You are on page 1of 8

[PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SK(2)PJ ] 2016

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK (2) PETALING JAYA 2016

1.0 PENDAHULUAN

Saban tahun Perkhemahan Perdana Badan Unit Beruniform merupakan Program Perdana
Sekolah di bawah Pengurusan Kokurikulum. Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktiviti pasukan
badan beruniform yang disertai oleh setiap Unit Bdan Beruniform yang terdapat di SK (2) Petaling Jaya.
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid sekolah dalam aktiviti perkhemahan di
samping menyemai sikap dan nilai kerjasama dan berdikari dalam diri murid-murid. Selain itu, aktiviti ini
dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang
kokurikulum.

2.0 RASIONAL

2.1 Satu aktiviti untuk memberi ruang kepada murid mempelajari kehidupan berdikari dan melatih
sifat kepimpinan yang unggul.
2.2 Program ini juga dilaksanakan untuk menyediakan murid yang mempunyai pelbagai potensi yang
berkualiti, berketrampilan, berwawasan, berdaya saing dan berdedikasi sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
2.3 Selain itu juga ia diadakan untuk memberi peluang kepada murid bertukar-tukar pendapat dan
menambahkan ilmu pengetahuan untuk memajukan diri sendiri

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif diadakan perkhemahan ini adalah:


 Untuk memupuk semangat kerjasama dan yakin diri dalam diri peserta.
 Untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggung jawab dalam diri peserta.
 Untuk memupuk semangat kerjasama antara semua warga SK(2) Petaling Jaya yang terlibat.
 Untuk mencungkil bakat murid dalam aktiviti kokurikulum.
 Untuk menyelaras unit beruniform secara kolektif.
 Untuk meningkatkan minat murid untuk bersaing secara positif.
 Untuk memupuk disiplin diri di kalangan murid.
 Untu meningkatkan jati diri dan mupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam
kalangan murid

4.0 TEMA

Cemerlang Duniawi Cemerlang Ukhrawi

5
[PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SK(2)PJ ] 2016

5.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 30 Sept, 1 Okt & 2 Okt 2016 ( Jumaat – Ahad )


Tempat : Padang Sekolah, SK ( 2 ) Petaling Jaya
Jumlah Murid : 60 orang
Jumlah Guru Pengiring : 6 orang

6.0 SASARAN

Seramai 60 orang peserta ( murid tahun 3,4,5,& 6 ) iaitu 30 orang daripada setiap unit :

1. Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)


2. Pertubuhan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

 Dibantu oleh 6 orang guru iaitu 3 orang guru penasihat TKRS dan 3 orang guru penasihat
PPIM

7.0 PENGELOLA

Jawatankuasa Pengelola TKRS SK (2) Petaling Jaya

8.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Saaidah bt Malik


Guru Besar, SK(2) Petaling Jaya
Naib Pengerusi : En. Mohd Hanafi b Hamzah
Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi I : Pn. Aminah bt Adam
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi II : En. Abdullah Paatoni b Hassim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penyelaras : En. Mohd Shazry b Osman
Ketua Penasihat TKRS
Setiausaha : Pn. Nor azian bt Adnan
Guru Penasihat TKRS
Bendahari : Pn. Pramila a/p Ponniah
Guru Penasihat TKRS
Urusetia : i. Pn Syaheela Atikah bt Hashmi
Penyelaras Unit Beruniform
ii. Kem Sri Raudah

Kem Komanden : En. Muhammad Qusairee b Yaakob

Pen Kem Komanden : Pn. Ashimah bt Ibrahim

5
[PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SK(2)PJ ] 2016

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA AHLI

JK Aktiviti 1. Pn Syaheela Atikah bt Hashmi

JK Makanan 1. Pn. Jauharatuddini bt Yaacob

JK Persiapan Tempat
1. En. Muhammad Qusairee b Yaakob
( kawasan perkhemahan )

JK Pendaftaran 1. Pn. Norazian bt Adnan

JK Peralatan / Logistik 1. Muhammad Hamizan b Mohd Hatta

JK Kawalan Keselamatan
1. En. Mohd Shazry b Osman
1.Disiplin

JK Kerohanian
1. Pn. Nor Bashiroh bt Mohd Bokri
JK Penerapan Nilai Moral

JK Persiapan Malam Ceritera 1. Pn. Pramila a/p Ponniah

JK Hadiah / Sijil 1. Pn. Siti Nurulatina bt Ibrahim

JK Dokumentasi
1. Pn. Nor Sharifah bt Shaari
JK Fotografi

JK Perasmian Penutup 1. Pn. Nor Ashimah bt Ibrahim

JK Buku Atur cara (Urusertia) 1. Pn. Norazian bt Adnan

JK Kebersihan Semua Guru

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN


5
[PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SK(2)PJ ] 2016

10.1 Perbelanjaan :

BIL PERKARA JUMLAH ( RM )

1 Tambang bas Ke Bukit Gasing RM 200.00

2 Pakej makanan RM20.00 X 60 Orang RM 1200.00

Hamper RM40.00 X 5 unit RM 200.00


3 Cenderahati/Hamper RM 50.00
Cenderahati RM50.00 X 1 unit
4 Banner RM 60.00 X 1 unit RM 60.00
5 Mineral RM10.00 X 5 kotak RM 50.00
6 Ubat-ubatan RM 50.00
7 Tali RM2.50 X 40 Meter RM 100.00
8 Bateri RM6.00 X 5 unit RM 30.00
9 Dapur Mudah Alih RM50 X 5 unit RM 250.00
10 Kompas RM25 X 10 RM 250.00
JUMLAH BESAR RM 2440.00

10.2 Pendapatan :

BIL PERKARA JUMLAH ( RM )

Peruntukan dari sekolah (BKK):


1 a. Sewa bas Pergi dan Balik RM 200.00
b. Peralatan Peralatan RM 790.00

2 Sumbangan PIBG dan Pihak Luar Hamper RM 250.00

Bayaran dari penyertaan :


2 Makan, minum & bayaran aktiviti Pakej RM20 X 60 orang murid RM1200.00
murid

JUMLAH BESAR RM 2,440.00

5
[PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SK(2)PJ ] 2016

11.0 TENTATIF PROGRAM

30 September 2016 (Jumaat)


MASA AKTIVITI CATATAN
1430 Pendaftaran
1500 - 1630 Penempatan
- Semakan kedatangan
- Pembahagian kumpulan khemah
- Serahan khemah & kelengkapan
- Taklimat keselamatan dan disiplin
- Persediaan kawasan perkhemahan & mendirikan
khemah
1630 Solat Asar / minum petang
1700 - 1830 Persiadaan Makan Malam (Masak makanan berkumpulan)
- Nasi, Telur goreng dan Sardin
1900 – 1930 Bersihkan Diri / Persiapan
1930 – 2100 KEROHANIAN
- Solat Maghrib, Bacaan Yasin & Doa Selamat
- Tazkirah ringkas & Solat Isya’ berjemaah
- Upacara perasmian program
2100 – 2300 Perasmian dan LDK
- Persiapan kumpulan ( bendera, moto dan
persembahan )
2300 Tidur

1 Oktober 2016 (Sabtu)


MASA AKTIVITI CATATAN
0530 – 0700 Bagun Pagi / Siapkan Diri/Solat Subuh /Kuliah Subuh
0700 – 0730 ROLL CALL
- Tatacara perjumpaan
- Bacaan doa selamat
- Nyanyian lagu
0730 – 0800 Sarapan
0830 – 1230 IKHTIAR HIDUP
- Jungle Tracking Sekitar Bukit Gasing
- Masakan Hutan
1230 – 1400 Makan Tengah Hari
Bersihkan Diri / Solat Zohor
1400 -1630 AKTIVITI: STESYEN
- Stesyen 1: Ikatan & Gadjet
- Stesyen 2: Bantu mula
- Stesyen 3: Ikhtiar hidup (Masakan)
- Stesyen 4: Asas kawad kaki
1630 – 1700 Solat Asar / Minum Petang
1700 - 1830 Riadah ( A Frame )
1930 - 2100 Solat Maghrib / Tazkirah Maghrib / Solat Isyak
2100 – 2230 Malam Kebudayaan
2230 – 2245 Kudapan Malam
5
[PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SK(2)PJ ] 2016

2300 Tidur

2 Oktober 2016 (Ahad)


MASA AKTIVITI CATATAN
0530 – 0700 Bagun Pagi / Siapkan Diri
Solat Subuh /Kuliah Subuh
0700 – 0730 ROLL CALL
0730 - 0830 Orientering
0830 – 0900 Sarapan
0900 – 1030 Pertandingan Kawad Kaki
1030 – 1130 Penyampaian hadiah/penutup
1100 – 1130 Makan Tengah hari
1200 Bersurai

12.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN YANG DIAMBIL OLEH PIHAK


SEKOLAH

Berikut merupakan langkah-langkah keselamatan dan kebajikan peserta yang dijalankan oleh Pihak
Sekolah :

 Mendapatkan kerjasama daripada pihak berwajib seperti Pejabat Polis di Raja Malaysia IPD
Petaling Jaya, Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, dan Klinik Kesihatan Taman Medan.

 Mengadakan majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat pada hari permulaan perkhemahan.

 Menabur Belerang, Garam Kasar dan Lada Hitam di sekitar tapak perkhemahan dan kawasan
aktiviti.

 Menjalankan kawalan keselamatan disiplin dan Sentri mengikut Shif sepanjang masa
perkhemahan bermula 7.00 pg hingga 11 malam dan 11.00 malan hingga 7 pagi berikutnya
sehingga tamat.

 Mendapatkan maklumat kesihatan murid dan keperluan makanan vegetarian dan tindakan
susulan di ambil.

 Memastikan tahap kesihatan dan kecergasan murid sepanjang masa perkhemahan di bawah
pengusaan petugas Jawatankuasa Klinik.

13.0 PERATURAN PERKHEMAHAN


5
[PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SK(2)PJ ] 2016

1. Peserta perkhemahan perlu tahu cara-cara mendirikan khemah, menggunakan dan menjaga
khemah pada waktu siang, malam dan semasa cuaca buruk.
2. Khemah mesti dijaga dengan baik sebelum dan selepas digunakan, jangan menyidai pakaian
diatas khemah atau tali khemah.

3. Khemah mesti dibuka atau dilipat dengan betul. Jangan sesekali menggunakan lilin atau pelita
dalam khemah.

4. Kawasan khemah mestilah dalam keadaan yang bersih dan makanan mestilah ditutup.

5. Setiap kumpulan haruslah menyiapkan alat-alat yang perlu dibuat dan mengetahui cara
menggunakan dan menjaga dengan baik. Alatan mestilah dibasuh dan dijaga dengan rapi.

6. Peserta perkhemahan perlu makan dan mandi mengikut masa yang ditetapkan.

7. Peserta perkhemahan harus berpakaian seragam bagi tatacara perjumpaan, perasmian dan
penutup.

8. Peserta perkhemahan berada dalam kumpulan masing-masing semasa bekerja, menjalankan


aktiviti dan sebagainya.

9. Dapur hendaklah dibersihkan dan sisa-sisa makanan hendaklah dikumpulkan terlebih sebelum
dibuang.

10. Peserta perkhemahan hendaklah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik dan sopan.

11. Peserta perlu memakai pakaian yang bersih dan sesuai bagi setiap aktiviti.

12. Peserta perkhemahan tidak membuat bising semasa waktu tidur.

13. Peserta perkhemahan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa kebenaran
kem komanden.

14. Peserta tidak dibenarkan meniup wisel kecuali dalam kecemasan.

15. Peserta perkhemahan tidak dibenarkan membawa barang-barang kemas/berharga.

14.0 PENUTUP

14.1 Jawatankuasa berharap program yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan mencapai
matlamat yang digariskan. 5
[PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SK(2)PJ ] 2016

14.2 Program ini diharap dapat memberi manafaat semaksimum kepada semua pihak terutama
kepada murid-murid.
14.3 Jawatankuasa memerlukan kerjasama dan peruntukan kewangan daripada pihak sekolah dan
pihak penaja/penyumbang kewangan bagi menjayakan aktiviti perkhemahan ini.
10.4 Jawatankuasa memerlukan kerjasama daripada semua pihak dan peserta ( murid-murid ) bagi
menjayakan aktiviti tahunan ini

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………….. ……………………………..
PN NORAZIAN BT ADNAN MOHD HANAFI B HAMZAH
Setiausaha, Penolong Kanan Kokurikulum
Perkhemhan Perdana Unit SK (2) Petaling Jaya
Beruniform 2016

Disahkan oleh,

……………………………..
PN SAAIDAH BT MALIK
Guru Besar
SK (2) Petaling Jaya

You might also like