You are on page 1of 5

2.

3 PENGUKUHAN PENJAJAHAN BRITISH DI PAHANG MELALUI PENUBUHAN

NEGERI- NEGERI MELAYU BERSEKUTU

2.3.1 Perluasan British ke negeri-negeri Melayu telah dijalankan melalui sistem

Residen.

Menjelang tahun 1895, sistem Residen mula diperkenalkan di Perak, Selangor, Negeri

Sembilan dan Pahang. Secara rasminya, rancangan pembentukan Negeri-negeri Melayu

Bersekutu telah dicadangkan kepada pejabat Tanah Jajahan British pada tahun 1893 oleh

Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir Cecil Clementi Smith. Namun begitu, sumber sebenar

bagi pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu merupakan idea asal yang dikemukakan
1
oleh Frank Swetenham. Cadangan rasmi yang pertama bagi pembentukan persekutuan itu

telah dibuat oleh C.P. Lucas, iaitu seorang pegawai Tanah Jajahan pada bulan Mac 1892,

selepas mengadakan perbincangan dengan Frank Swetenham. Oleh itu pada tahun 1896, Perak,

Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah digabungkan di bawah satu unit pentadbiran yang

dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kepada penubuhan NNMB. Antaranya

ialah masalah kewangan negeri Pahang. Pahang telah mengalami masalah kewangan yang

teruk dalam tahun-tahun 1890-an. Menjelang akhir tahun 1891, Pahang telah berhutang

sebanyak kira-kira $600 000 dari kerajaan Negeri-Negeri Selat. Manakala pada akhir tahun

1892, jumlah hutang Pahang telah meningkat kepada $800 000.2 Pada ketika itu, kerajaan

Negeri Selat tidak lagi berupaya menanggung pinjaman wang kepada Pahang kerana Negeri-

Negeri Selat sendiri turut menanggung hutang beban yang banyak. Jelaslah bahawa sesetngah

jabatan seperti kereta api, pos, dan telegraf akan mendapat manfaat jika dasar dan kegiatannya

1
Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan, Persatuan Sejarah Malaysia, 1979, hlm. 104.
2
Emerson. R, Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule, Kuala Lumpur: University of Malaya. 1937. Hlm
133-134.
diseragamkan di keempat-empat buah negeri.3 Sehubungan dengan itu, pegawai-pegawai

British berpendapat bahawa dengan penyatuan keempat-keempat negeri itu, negeri-negeri yang

miskin seperti Sungai Ujong, Negeri Sembilan dan Pahang akan mendapat manfaat di samping

mengurangkan belanja elaun dan gaji pegawai di negeri-negeri itu.

Selain itu, dalam pembinaan dan penyelengaraan jalan raya di setiap negeri NNMB ini

juga telah mewujudkan satu kuasa pusat adalah lebih baik agar tidak ada kerja yang bertindan

dilakukan oleh pegawai-pegawai kanan British di London dan di Tanah Melayu. Mereka

merumuskan bahawa jabatan-jabatan yang berkaitan dengan jalan raya, keretapi, telegraf,

perlombongan, hal ehwal orang Cina, pelajaran dan jabatan-jabatan lain juga mungkin

berfaedah disatukan di bawah satu kuasa pusat. Penggubalan undang-undang juga perlu

diselaraskan supaya boleh digunakan di keempat-empat buah negeri itu.

Namun begitu, Pahang terus terhutang tanpa sebarang daya untuk membayarnya

semula sejak menerima Residen British pada tahun 1889. Jika dibandingkan dengan negeri

Perak dan Selangor, negeri Pahang mempunyai beberapa kekurangan. Pahang tidak boleh

dihubungi dengan jalan laut selama enam bulan dalam setahun pada musim tengkujuh angin

timur laut. Pahang juga sukar dihubungi dengan jalan darat dari pantai barat Tanah Melayu

kerana Banjaran Titiwangsa yang membujur di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu.

Tidak seperti Perak dan Selangor, Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang banyak.

Malah pihak British mendapati bahawa kekayaan hasil emas Pahang yang dilaung-laungkan

dahulu hanyalah tipu helah. Jika dilihat kepada keluasan tanah pula, Pahang telah mendahului

dengan memiliki keluasan tanah sebanyak 14,000 hektar tanah berbanding Perak iaitu 7,983

hektar. Walaupun negeri Pahang memliki tanah yang luas namun, faktor geografinya seperti

bergunung-ganang menyukarkan proses pembangunan seperti pembinaan jalan keretapi.4

3
Malaysia Warisan dan Perkembangan. Zainal Abidin Abdul Wahid et.al. DBP: kuala lumpur. 1996. Hlm 152
4
Cant, R.G, An Historical Geography of Pahang, hlm 9-10
2.3.2 Kemasukan British ke Pahang

Sistem Residen di Pahang bermula dengan termerainya perjanjian di Pekan pada 8

Oktober 1887 antara Bendahara Wan Ahmad yang menjadi Sultan Pahang dengan kerajaan

British. Sebenarnya perjanjian ini telah lama diimpikan oleh kerajaan British sejak awal tahun

1883 lagi. Dengan perjanjian 1887 ini, Hugh Clifford telah dilantik sebagi wakil British di

Pahang. Tetapi beliau tidak mmepunyai kuasa untuk mentadbir dan membantu memajukan

negeri Pahang. Clifford juga dapat mempengaruhi sultan dan pembesar-pembesarnya.

Sementara itu, bilangan pemodal British dan Cina dari Singapura yang mendapat kurnia

Bendahara Wan Ahmad untuk membuka lombong dan membalak di Pahang semakin

bertambah.5 Perkara ini semestinya telah menarik British yang mahu mengawal pemberian hak

melombong dan membalak. Sehubungan dengan itu, dengan hanya menempatkan seorang

Residen di Pahang sahaja, barulah kuasa Bendahara Wan Ahmad sebagai sultan dapat

dihadkan.

British telah menggunakan cara bagi mengambil alih sepenuhnya sultan ialah dengan

menggunakan alasan pembunuhan seorang rakyat British berketurunan Cina bernama Goh Hui

untuk mendesak Wan Ahmad supaya menandatangani satu lagi perjanjian dengan pihak

British. Akhirnya pada tarikh 24 Ogos 1888, Wan Ahmad telah menandatangani satu surat

yang membenarkan penempatan seorang pegawai British sebagai Residen di Pahang. Bukan

itu sahaja, baginda juga memohon agar seua hak dan kuasa pemerintahan tradisional

dikekalkan dan semua adat istiadat yang berkaitan dengan agama Islam dikecualikan daripada

penguasaan Residen. Dengan keadaan inilah telah menjadikan Pahang sama seperti di Perak,

5
Ibid hlm 141
Selangor dan Sungai Ujong. Pertimbangan kepentingan ekonomi telah menyebabkan pihak

British berusaha menempatkan seorang Residen di negeri tersebut.

2.3.3 Ekonomi Masyarakat Pahang Selepas Kedatangan British.

Bentuk dan kegiatan ekonomi penduduk Tanah Melayu di zaman silam dapat

disusurgalurkan daripada pola-pola petempatan dan sistem pemerintahan pada sesuatau ketika

itu. Kajian-kajian sejarah telah menunjukkan bahawa hubungan-hubungan ini melihat kegiatan

ekonomi agak kompleks telah wujud, terutamanya di sekitar pusat-pusat pemerintahan.6

Sebelum kedatangan British, pekerjaan utama masyarakat Pahang ialah di dalam bidang

pertanian, perlombongan secara tradisional dan mengutip hasil-hasil hutan. Walaupun negeri

Pahang pada masa tersebut lebih merupakan sebuah negeri pertanian tetapi pertanian yang

dijalankan bukanlah untuk perdagangan.

Perubahan ini telah berlaku setelah datangnya British ke Tanah Melayu. Bukan itu

sahaja, pekerjaan yang penting kepada masyarakat Melayu selain dalam pertanian ialah

melombong. Pekerjaan ini kebanyakannya diceburi oleh orang-orang melayu dan cina pada

masa tersebut. Emas dan bijih timah merupakan hasil perlombongan utama. Melalui aktiviti

ekonomi melombong ini, pihak British telah tertarik dengan kekayaan mentah seperti emas,

biji timah dan bahan galiannya yang lainnya di Pahang ini. Bagi memudahkan mereka untuk

6
Tesis kegiatan ekonomi orang melayu di Pahang,
mengaut segalah hasil bumi tersebut ke pusat pentadbirannya di Lipis. Pembinaan stesen

keretapi di setiap tempat yang menjalankan aktiviti perlombongan tersebut berupaya

memudahkan pengumpulan bahan mentah di satu tempat sahaja.

Ekonomi Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua adalah berdasarkan pada dua

sumber utama iaitu bijih timah dan getah. Hasil kedua-dua sumber utama ini telah dapat

menampung perkembangan ekonomi Tanah Melayu dan mengisi perbendaharaan kerajaan

penjajah British. Penjajah British begitu ghairah pada mulanya terhadqap pengeluaran bijih

timah dan kemudiannya getah, sehingga membahayakan kedudukan ekonomi Tanah Melayu

apabila harga bahan itu merosost semasa Kemelesetan Ekonomi Dunia pada tahun 1929-1933.

Perkembangan ekonomi berlaku dalam keadaan yang tidak seimbang yakni kemajuan

diperoleh di kawasan perlombongan bijih timah dan perusahaan getah manakala di kawasan

lain terbiar begitu sahaja. Tanaman bahan makanan dianggap tidak begitu penting kerana beras

yang menjadi makanan ruji penduduk Tanah Melayu diimport dengan murahnya dari negara

jiran dengan menggunakan keuntungan yang diperoleh daripada hasil bijih timah dan getah.

You might also like