You are on page 1of 30
KETUA SETIAUSAHA. SECRETARY GENERAL Kementerian Pendidikan Malaysia Ministry of Education Malaysia Aras 8, Blok E8 Kompleks € Tol: 03-8884 6072 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Faks: 03-8888 5124 62604 PUTRAJAYA Laman Web: waw.moe.govmy Ruj Kami: KPM.100-1/7/1Jld.7( 62) Tarikh [ Januari 2018 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri Semua Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Semua Pengetua/Guru Besar YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018 BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 1. TUJUAN 1.1 Surat Pekeliling Kewangan (SPK) ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara pelaksanaan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 2, LATAR BELAKANG 2.1 Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 10 April 2003. la bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003. Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 25 Mac 2014. 2.2 Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid darjah satu (1) hingga darjah enam (6) di sekolah rendah (SR) dan Tingkatan Satu (1) di sekolah menengah (SM) yang layak meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan, pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah, bantuan persekolahan serta bantuan latihan dan bimbingan. Terdapat tiga (3) jenis bantuan yang diberikan kepada murid iaitu: a) Bantuan Am Persekolahan (BAP) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Persekolahan) diberikan kepada murid melalui kaedah dikredit terus ke akaun murid atau pemberian dalam bentuk wang tunai atau bukan tunai (pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan keperluan- keperluan lain persekolahan murid); SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2018: BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) b) Bantuan Bulanan (BB) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Am) diberikan kepada murid melalui kaedah dikreditkan terus ke akaun murid secara bulanan atau sekaligus (lump sl um); dan c) Bantuan Kecemasan (BK) dibayar kepada murid yang layak pada kadar bayaran BAP yang berkuat kuasa pada tahun semasa. 2.3 Selaras dengan perubahan dasar, peruntukan dan keperluan semasa, kajian semula kadar pemberian dilaksanakan seperti berikut:- bantuan telah Jenis Bantuan Poly, | a: —_{RM) | BantuanAm |SR dan SM:| SR : 200.00 SR : 100.00 Persekolahan | 200.00 SM : 300.00 SM : 150.00 SR : 500.00 SR kategori MISKIN : Bantuan (50 x10 bulan) | 250.00 (25 x10 bulan) Bulanan dihentikan SM: 600.00 | SR kategori MISKIN (60 x10 bulan) | TEGAR : 500.00 (50 x10 bulan) Bantuan Bulanan SM kategori MISKIN: 300.00 (30 x10 bulan) SM kategori MISKIN TEGAR : 600.00 (60 x10 bulan)

You might also like