You are on page 1of 3

Bilangan Jurnal : Kesepuluh

Minggu Praktikum : Minggu Kesepuluh (26 Mac - 29 Mac 2018)

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 28 Mac 2018 (Rabu)

Tajuk Jurnal : Kebersihan Bilik Darjah

a) Masalah
Setelah sepuluh minggu saya berada dan mengajar di sekolah ini, saya
mendapati masalah utama yang perlu saya beri perhatian ialah keadaan dan
kebersihan kelas. Hal ini kerana, keadaan kelas dan kebersihan menjadi salah
satu aspek penting dalam menjalani pembelajaran.

Mengikut Sulaiman (2004), salah satu faktor yang mempengaruhi


pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan iklim bilik darjah.Salah
satu aspek yang perlu diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang
baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik
darjah member sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu
memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik
darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolah atau pengajaran
dan pemelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik darjah berada dalam
keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

b) Analisis:

Saya merasakan masalah ini timbul kesan daripada beberapa


kemungkinan disebabkan oleh:

1) Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada


ditahap yang amat rendah.

2) Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang


dalam diri setiap murid.
3) Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga
kebersihan kelas.

4) Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.

5) Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.

c) Cadangan:

Antara cadangan yang saya kemukakan ialah:

1) Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di


bawah meja dan di sekeliling mereka selepas bacaan doa.

2) Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas


dan bersedia untuk sesi pangajaran dan pembelajaran.

3) Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan


dalam Islam mahupun dalam agama lain.

4) Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid


dengan membuat hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan
kehidupan mereka sekiranya boleh dan bersesuaian

d) Kesimpulan
Kesimpulanya guru haruslah peka dengan keadaan sekeliling sekaligus
mewujudkan suasan pembelajaran yang kondusif untuk para pelajar mereka.
Pencapaian objektif pembelajaran juga secara tidak langsung diperngaruhi
oleh suasana dan kebersihan kelas. Oleh itu guru haruslah sentiasa
memastikan kelas dalam keadaan yang bersih dan selesa. Selain itu juga, guru
juga dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam diri para pelajar. Daripada
tugas yang diberikan kepada pelajar, sedikit sebanyak ia dapat membantu
pelajar untuk lebih bertanggungjawab dalam kehidupan seharian mereka.

e) Rujukan
Sulaiman, E. (2004). Pengenalan pedagogi. Penerbit UTM.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

You might also like