You are on page 1of 3

Bilangan Jurnal : Kelapan

Minggu Praktikum : Minggu Kelapan (4 Mac - 8 Mac 2018)

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 5 Mac 2018 (Isnin)

Tajuk Jurnal : Komunikasi Berkesan

(a) Masalah
Setelah 8 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) bagi matapelajaran Sejarah, saya dapati dan berpendapat bahawa segelintir
murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam
kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan
arahan guru, membuat bising, berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal
sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri
dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan
guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai
seorang pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan
corak kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik
yang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan
dengan murid-murid menyebabkan taknik ini mempengaruhi pemupukan minat murid
terhadap proses pengajaran.

(b) Analisis masalah


Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali
terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti
bising, perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang
kurang kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah
bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru menghadapi
kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dan
menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya.
Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada
sikap murid-murid yang kurang berminat untuk belajar.
Menurut Mok (2010), Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi
dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan
menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah banyak mempengaruhi proses
interaksi antara guru dengan murid. Guru yang mengamalkan corak kepimpinan
autokratik di mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak
diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya,
interaksi di antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif.

(c) Cadangan
Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa
perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau
diatasi. Saya akan mencuba mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang disarankan seperti melakuakan corak kepimpinan demokratik.
Mok (2010) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guru ketika berada di dalam
bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang berlangsung (samada
berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik
akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan murid-
muridnya:
Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan.
Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang
baik seperti berikut:
Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa
yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif,
serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang
berkomunikasi (Mok, 2010).
Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang
diajar, guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak
permainan. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid
menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.
(d) Kesimpulan
Kesimpulannya guru haruslah tahu bagaimana hendak mengatasi masalah yang
berlaku dalam bilik darjah terutamanya tingkah laku negatif yang di tunjukkan oleh
pelajar dengan menghubungkaitkan corak kepimpinan dalam proses penyampaian
PdP dan juga cara guru berkomunikasi dengan pelajar.

(e) Rujukan
Mok, S. S. (2010). Pedagogi untuk pengajaran-pembelajaran. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd..

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

You might also like