You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perang British China (1839-1842) yang juga dikenali sebagai Perang Candu I merupakan satu titik
peralihan dalam sejarah moden negeri China kerana selepas perang ini khususnya dalam perjanjian
Nanking pada 29 Ogos 1842, China terpaksa menamatkan dasar isolasi dan seterusnya
mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa barat. Oleh itu, China terpaksa menandatangani
perjanjian yang berat sebelah seperti perjanjian Nangking 1842, Perjanjian Tienstsin 1858 dan
Konvensyen Peking 1860 yang telah meletakkan negara China dibawah telunjuk kuasa asing.
Perjanjian tersebut telah menjadikan negara China separuh dijajah oleh kuasa-kuasa barat. Kesan
daripada tamatnya dasar Isolasi, China terpaksa berhadapan dengan masuknya ideologi Barat.

Usaha tersebut dilihat melalui Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895). Hal ini kerana menurut
Latourette, peristiwa perang Candu Pertama dan Perang Lorcha Arrow jelas membuktikan orang-
orang barat sebenarnya memiliki teknologi moden dalam pelbagai bidang terutamanya ketenteraan
yang harus dicontohi oleh negara China. Kesedaran ini telah melahirkan inspirasi kepada Feng
Kuei-Fen untuk memwujudkan rancangan pemodenan yang dikenali sebagai Gerakan Menguatkan
Diri (Self Strenghtening) atau Yang Wu Mowement. Beliau berpendapat bahawa kelemahan
negara China adalah disebabkan oleh kejahilannya mengenai dunia luar dan teknologi barat. Beliau
mengesyorkan agar negara China memandang ke barat dan mempraktikkan ilmu-ilmu mereka bagi
menguatkan dan memodenkan negara China.

Seterusnya, Wei Yuan (1794-1856) yang merupakan seorang sarjana klasik serta mempunyai
kesedaran tentang pemodenan China. Beliau mengajak kerajaan China mengamalkan polisi
“belajar teknologi tinggi dari orang gasar untuk mengawal mereka. Kesedaran beliau tentang
China perlu mengadakan pembaharuan, lahir daripada pengalamannya yang pernah menjadi
setiausaha peribadi pemangku gabenor Jeneral Liangjiang semasa perang Candu. Pengamatan
tentang perang tersebut, beliau mula akur akan kekuatan sebenar orang barat yang mempunyai
kapal wap, senjata moden dan latihan ketenteraan yang lengkap.

Pembaharuan dalam Gerakan Memperkuat Diri ini dalam bidang ketenteraan juga dapat dilihat
dengan pembinaan Limbungan Kapal Foochow pada tahun 1866. Operasi limbungan ini dibantu
oleh dua orang warganegara Perancis iaitu Prosper Giquel (1835-1886) dan Paul d’Aiguebelle
(1831-1875) sebagai ketua jurulatih dan pengawas. Limbungan kapal ini juga menjadi pusat
pendidikan dan latihan bagi pegawai-pegawai laut China. Pembinaan limbungan kapal ini
dianggap sebagai pencapaian kedua penting dalam Gerakan Menguatkan Diri. Pada 10 Jun 1869,
kapal pertama yang dikeluarkan oleh limbungan ialah Wan Nien Ch’ing dan beberapa lagi kapal
dapat dikeluarkan.1 Li Hung-Chang yakin dengan memiliki kapal wap dan senjata dengan bahan
letupan akan dapat menghalang pencerobohan asing.

Tegasnya, China mengambil peluang untuk menjalin hubungan baik dengan kuasa Barat dengan
menerapkan ideologi yang berasaskan kebudayaan dan teknologi. Ini kerana, China menyedari
kekalahannya dengan Barat disebabkan kekuatan senjata China tidak setanding Barat.

RUJUKAN

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

1
Ibid. Hlm. 48.

You might also like