You are on page 1of 11

1

PROSES HIDUP MANUSIA

Manusia menjalani proses kehidupan. Contoh proses kehidupan manusia


(a) pernafasan
(b) perkumuhan
(c) penyahtinjaan
(d) tindak balas terhadap rangsangan)
(e) perwarisan
(f) tabiat yang perlu dielakkan
(g) amalan hidup sihat

A. PERNAFASAN

1. Manusia bernafas untuk mendapatkan oksigen yang diperlukan oleh badan.


2. Dengan meletakkan tangan kita di atas dada, kita dapat merasakan pergerakan dada
apabila kita menarik nafas.
3. Dada kita naik dan jatuh apabila kita menyedut dan menghembus nafas.
4. Proses pernafasan melibatkan penyedutan dan penghembusan.

5.Apabila kita menyedut,


(a) udara masuk melalui hidung ke dalam paru-paru.
(b) dada meningkat.
6. Apabila kita menghembus nafas,
(a) udara dibuang daripada paru-paru keluar melalui hidung.
(b) dada jatuh.
2

7. Udara yang disedut mempunyai lebih banyak oksigen daripada udara semasa menghembus
nafas.
8. Udara semasa menghembus nafas mempunyai lebih oleh karbon dioksida daripada udara
yang dihidu.
9. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan dalam kandungan udara oleh dihidu dan
menghembus nafas.

Kandungan Dihidu Hembus

Nitrogen 78% 78%

Oksigen 21% 16%

Karbon dioksida 0.03% 4%

Gas Nadir 1% 1%

Wap air Berubah Tepu

PARU-PARU

1. Paru-paru adalah organ-organ pernafasan bagi manusia.


2. Peparu ialah organ pernafasan yang menjalankan pertukaran oksigen dan karbon
dioksida
3. Organ yang terlibat semasa pernafasan: Hidung, Trakea, Peparu.
4. Semasa menarik nafas

a. Udara masuk dari: Hidung -> Trakea -> Peparu.


b. Peparu mengembang.
c. Dada naik dan mengembang.
d. Diafragma mengendur dan turun ke bawah.

5. Semasa menghembus nafas,

a. Udara keluar dari: Peparu -> Trakea -> Hidung.


b. Peparu mengempis.
c. Dada turun dan mengempis.
d. Diafragma mengecut dan naik ke atas.
3

6. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam masa satu minit.
7. Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan.

a. Kadar pernafasan rendah: tidur, membaca


b. Kadar pernafasan sederhana: bermain boling, berbasikal
c. Kadar pernafasan tinggi: berenang, berlari

8. Semasa melakukan aktiviti cergas, badan memerlukan lebih banyak udara. Oleh itu,
peparu memerlukan lebih banyak udara dan menyebabkan kadar pernafasan bertambah.
9. Hubungan: Semakin cergas aktiviti yang dilakukan, semakin tinggi kadar pernafasan.
10.Kesimpulan: Setiap orang mempunyai kadar pernafasan yang berbeza.

B. PERKUMUHAN
1. Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.
2. Bahan buangan akan memudaratkan kesihatan jika tidak disingkirkan daripada
badan.
3. Terdapat 3 organ perkumuhan: Ginjal, Kulit dan Peparu.
4

C. PENYAHTINJAAN

1. Penyahtinjaan berlaku kerana ada sisa-sisa makanan yang tidak dapat dihadamkan
oleh perut kita.
2. Perkumuhan dan penyahtinjaan penting bagi badan kita.
3. Jika hasil perkumuhan dan penyahtinjaan tidak disingkirkan, bahan tersebut akan
terkumpul dalam badan kita dan menjadi toksik atau beracun.
4. Pelbagai penyakt boleh berlaku jika perkumuhan dan penyahtinjaan tidak berlaku:
1. Jika tidak berlaku perkumuhan, kita boleh menghidapi masalah batu karang
atau kencing berdarah.
2. Jika tidak berlaku penyahtinjaan, kita boleh menghadapi masalah kanser
usus, radang usus atau usus tersumbat.

D. GERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN

1. Rangsangan ialah keadaan atau perubahan yang dapat dikesan oleh manusia.
2. Gerak balas ialah tindakan yang diambil terhadap rangsangan.
3. Manusia dapat mengesan dan bergerak balas terhadap rangsangan dengan
menggunakan organ-organ deria, iaitu lidah, mata, hidung, telinga dan kulit.
4. Gerak balas terhadap rangsangan penting bagi manusia untuk mengesan perubahan
dan mengelakkan diri daripada bahaya, kecederaan dan sebagainya.
5. Contoh gerak balas terhadap rangsangan:
1. Menggunakan payung untuk mengelakkan diri daripada cuaca panas (kulit).
2. Memakai tuala tebal dalam keadaan kesejukan (Kulit).
3. Mengangkat dan menarik kaki apabila terpijak benda tajam (kulit).
4. Menggunakan cermin mata gelap semasa cahaya matahari terik (mata).
5. Menutup hidup apabila terhidu bau kuat (hidung).
6. Terkejut apabila mendengar bunyi kuat daripada hon kereta (telinga).
6. Kesimpulan: Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.
5

E. PEWARISAN

1. Pewarisan ialah ciri-ciri yang diwariskan oleh ibu bapa mereka.


2. Anak-anak mewarisi ciri-ciri persamaan daripada ibu bapa mereka, seperti:
1. Rupa Paras
2. Warna kulit
3. Jenis rambut
3. Ciri-ciri pada anak juga boleh diwarisi daripada keturunan.
4. Contoh penyakit Keturunan:
5. Kencing Manis (Diabetis)
1. Asma
2. Albino
3. Buta warna
4. Down syndrome
5. Hemofilia

F. TABIAT YANG PERLU DIELAKKAN

1. Tabiat buruk mengganggu proses hidup dan pertumbuhan manusia.


2. Antara kesan utama amalan tabiat yang buruk ialah:
1. Memudaratkan kesihatan
2. Mengganggu tumbesaran
3. Melambatkan gerak balas terhadap rangsangan
6

3. Contoh tabiat buruk dan kesannya:

G. AMALAN HIDUP SIHAT

1. Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjaga kesihatan badan.
2. Contoh amalan gaya hidup sihat:
a. Membawa bekal makanan yang berkhasiat ke sekolah.
b. Mengambil makanan yang seimbang.
c. Minum lapan gelas air sehari.
d. Menonton televisyen dan berehat bersama-sama keluarga.
e. Tidur yang mencukupi.
f. Meluangkan masa untuk bersukan dan berjoging bersama-sama rakan-rakan.
g. Menjaga kebersihan diri dengan menggosok gigi dan mandi.
h. Mengelakkan tabiat-tabiat yang buruk.
7
8

PROSES HIDUP HAIWAN

1. Seperti manusia, haiwan juga melalui proses hidup.


2. Proses hidup haiwan termasuklah:
a. perkumuhan (excretion)
b. penyahtinjaan (defecation)
c. pernafasan
d. pembiakan

PERKUMUHAN DAN PENYAHTINJAAN

1. Haiwan berkumuh dan bernyahtinja untuk menyingkirkan bahan buangan daripada badan
mereka.
2. Jika haiwan tidak mengumuhkan atau bernyahtinja bahan buangan daripada tubuh, haiwan
akan mendapat penyakit.
3. Oleh itu, haiwan perlu berkumuh dan bernyahtinja untuk kekal sihat.

PERNAFASAN

1. Haiwan bernafas melalui struktur pernafasan.


2. Haiwan yang berbeza mempunyai struktur pernafasan yang berbeza.
3. Gambar di bawah menunjukkan struktur pernafasan bagi beberapa jenis haiwan.

insang
peparu
9

Peparu buku spirakel

Kulit lembab

4.Jadual di bawah menunjukkan cara haiwan yang berlainan bernafas.


10

A.ORGAN PERNAFASAN HAIWAN

1. Haiwan mempunyai organ pernafasan yang berbeza-beza.


2. Terdapat 4 jenis organ pernafasan utama, iaitu peparu, insang, kulit lembap
dan spirakel.
3. Terdapat haiwan yang mempunyai dua organ pernafasan.
Contohnya, Katak, Salamander dan Newt.
4. Mereka bernafas melalui peparu ketika di darat dan bernafas melalui kulit
lembap ketika di dalam air.
11

You might also like