You are on page 1of 3

T.

3 BAB 1 KONSEP ASAS ILMU


1) Nilai ilmu
2) Dasar dan prinsip ilmu.
3) Keistimewaan orang yang berilmu

SINOPSIS
Menjelaskan kepada pelajar mengenai nilai ilmu, dasar dan perinsip
ilmu serta kedudukan atau keistimewaan orang yang berilmu.

HASIL PEMBELAJARAN

i. Menjelaskan nilai ilmu


ii. Menjelaskan dasar dan prinsip ilmu.
iii. Keistimewaan orang yang berilmu

ISI PEMBELAJARAN

Nilai ilmu
Nilai ilmu terletak pada iman dan amalan.

ALLAH

ILMU

MANUSIA
Amalan
Dasar dan Prinsip

Ilmu mesti membawa kepada kebenaran.

Ilmu Terpuji Ilmu yang berasaskan wahyu lebih bernilai tinggi


berbanding ilmu-ilmu emperikal dan rasional. Dalam erti
kata lain ilmu yang berteraskan wahyu adalah ilmu yang
terpuji. Daripada ilmu inilah lahirnya ilmu fardhu ain dan
fardhu kifayah.

Ilmu Terkeji Maksud ilmu terkeji ialah ilmu yang dicela oleh Allah
s.w.t . Ia dibahagikan kepada dua:
1. Tercela secara jelas ; contohnya ilmu sihir dan nujum.
2. Tercela secara syubhah kerana ia boleh membawa
kepada kelalaian ; contohnya ilmu muzik , kebudayaan
dan lain-lain.

Ilmuan Terpuji Ilmuan yang terpuji ialah mereka yang beramal dengan
ilmunya dan mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan
masyarakatnya. Mereka berfungsi sebagai agen penyebar
ilmu dan mempunyai tanggungjawab akhlak yang
menyentuh sifat-sifat mahmudah seperti berhikmah,
bermaruah, ikhlas, jujur, amanah, gigih dan lain-lain.

Ilmuan Terkeji Ilmuan yang dikeji adalah apabila dia terpesong daripada
tanggungjawab sosial dan agama. Mereka menyepi diri
daripada masyarakat dan membiarkan masyarakat dalam
kejahilan dan kebodohan. Fenomena ilmuan yang dikeji
telah lama berlaku dalam sejarah dan berterusan hinggalah
sekarang. Mereka dikenali sebagai ulama al- su’
Ulama al-su’

Mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap ilmunya dan tidak berfungsi dengan
sepatutnya, dikenali sebagai ulama al-su’ atau ulama jahat. Mereka juga dikenali sebagai
ulama dunia dan sanggup untuk menjual agama kerana dunia. Antara ciri-ciri ulama al-su’
ialah mementingkan dunia, tidak mengamal bahkan menyembunyikan ilmunya, bersifat
riya’ serta menyalahgunakan ilmunya untuk kepentingan dunia.

Keistimewaan Orang Berilmu

Kalau sekiranya tidak ada ulama’ nescaya manusia akan jadi seperti
haiwan.

Fikirkan - Apa bezanya manusia berbanding dengan haiwan?

“Rosaknya Rakyat Kerana Pemimpin, Rosaknya Pemimpin Kerana


Ulama’

Dan Rosaknya Ulama’ Kerana Harta,Pangkat dan Kedudukan”

You might also like