Bab 3 t3

You might also like

You are on page 1of 8

BAB 3 TAMADUN ISLAM

T.3 BAB 3 TOKOH-TOKOH ISLAM

i. Syeikh Idris Al-Marbawi


ii. Prof. Dr. Ahmad Ibrahim

SINOPSIS

Merangkumi latar belakang dan sumbangan tokoh-tokoh tersebut dalam pembangunan


tamadun Islam.

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan latar belakang, personaliti dan sumbangan tokoh berikut dalam pembangunan
tamadun Islam:

i. Syeikh Idris Al-Marbawi


ii. Prof. Dr. Ahmad Ibrahim
ISI PEMBELAJARAN

SYEIKH IDRIS AL-MARBAWI (1893 – 1989)

BIODATA RINGKAS

Nama sebenarnya ialah Mohd Idris bin ‘Abdul Rauf al-Marbawi. Beliau digelar Idris al-Marbawi sempena
menggunakan nama keturunannya bersempena kampung asal beliau iaitu Lubuk Merbau, Perak.Syeikh Idris
dilahirkan di sebuah kampung bernama Misfallah di Makkah pada 28 Dzulkaedah 1313 Hijrah bersamaan 10 Mei
1896Beliau kembali ke rahmatullah padaOktober 1989, dimakamkan di Kampung Lubuk Merbau, Perak ketika ber usia 96
tahun

ABADI
KETOKOHAN

- Idris AlMarbawi adalah seorang - Nama beliau juga telah diabadikan


pada sebuah kolej di Universiti
tokoh di dalam bidang persuratan
Kebangsaan Malaysia dengan nama
dan ulama yang tidak asing lagi Kolej Idris al-Marbawi.
bukan sahaja di Nusantara, malah - Sekolah pertama tempat beliau
di Mesir dan Makkah terutamanya belajar menggunakan dinamakan
dalam bidang bahasa Arab, ilmu Sekolah Kebangsaan Sheikh Idris al-
Hadith, tafsir dan fiqah. Marbawi.
- Kamus Al-Marbawi, hasil - Beliau telah menggunakan wang
ganjaran Tokoh Ma’al Hijrah untuk
nukilannya adalah kamus Arab- menubuhkan sebuah Kolej Pengajian
Melayu yang terunggul sekali di Islam yang dinamakan Kolej Idris Al-
Nusantara sehingga hari ini. Marbawi Al-Islami di Ipoh, Perak

ANUGERAH YANG DITERIMA

- Pada 5 Julai 1980 Allahyarham Syeikh Idris al-Marbawi telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor
Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Pada tahun 1987 bersamaan 1 Muharram 1408H, beliau ditabalkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
yang pertama berdasarkan sumbangan serta pengetahuan yang tinggi terhadap Islam di Nusantara,
khususnya di Malaysia. Ketika menerima anugerah itu tokoh Maal Hijrah itu berumur 95 tahun.
- Pada 19 April 1988, beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Perak (AMP) oleh Sultan Perak,
Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah sempena hari
keputeraan baginda
PENDIDIKAN

PENDIDIKAN AWAL

- Mendapat pendidikan awal di Makkah Al Mukaramah. Ketika berusia 10 tahun, beliau mampu menghafaz
sebanyak 10 juzuk al-Quran di samping beberapa buah kitab lain
- Pada tahun 1333 Hijrah / 1913 Masihi beliau pulang ke tanahair bersama keluarganya. Sekembalinya ke
tanahair, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan pertama di Sekolah Melayu
Lubuk Merbau, Perak.

PENDIDIKAN AWAL

- Mendapat pendidikan awal di Makkah Al Mukaramah. Ketika berusia 10 tahun, beliau mampu menghafaz
sebanyak 10 juzuk al-Quran di samping beberapa buah kitab lain
- Pada tahun 1333 Hijrah / 1913 Masihi beliau pulang ke tanahair bersama keluarganya. Sekembalinya ke
tanahair, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan pertama di Sekolah Melayu
Lubuk Merbau, Perak.

PENDIDIKAN MENENGAH

- Beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok seperti :


- Sekolah Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar,
- Pondok Tuan Hussain al-Mas’udi di Kedah,
- Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam
- Pondok Tok Kenali di Kelantan.
- Setelah menamatkan pengajian, beliau bertugas sebagai guru agama di Perak.

PENDIDIKAN TINGGI

Pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar Mesir dan berjaya mendapat Ijazah
‘Aliyah
KEPERIBADIAN

Syeikh Idris Al Marbawi sangat mencintai ilmu dan penghayatan beliau terhadap ilmu sangat tinggi. Belaiu
sangat merendah diri. Bahkan semasa diminta SUMBANGAN
berucap setelah dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah, beliau
dengan terus terang menyatakan yang beliau tidak layak berucap di situ kerana merasakan dirinya masih
kekurangan ilmu.
Dalam satu kejadian lain pula, beliau telah dilihat mengambil wudhu’ dengan menggunakan air yang sangat
minimum yang tidak habis segayung air.

Semasa di Mesir, Idris Al Marbawi mulai sedar mengenai pendidikan anak bangsanya di Tanah Melayu .
dirinya. Ketika itulah beliau mula menyusun kamus Arab/Melayu atau lebih dikenali sebagai Kamus Idris al-
Marbawi yang diterbitkan pada tahun 1937.

Kitab Bahrul Mazi -Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahih Tarmizi.

Kitab ini merupakan terjemahan lengkap berserta syarahnya kepada Hadith Sahih Tarmizi
yang membicarakan 8200 permasalahan agama dan hal ehwal dunia akhirat.

Syeikh Mohd Idris al-Marbawi juga telah


menghasilkan beberapa kitab tafsir al-Quran
dalam Bahasa Melayu. Antaranya ialah :

- Tafsir Quran Marbawi,


- Tafsir Quran Nurul-Yaqin dan
- Tafsir Surah Yasin
Antara karya yang lain yang bertajuk:

- Terjemahan Kitab Bulughul Maram,


- Mu’jam al-Ka’inat,
- Jami’ul Ulum, Usul al-Islam,
- Nizamul Hayah,

Fikirkan ketekunan tokoh ini dalam bidang ilmu dan bagaimana kita dapat
mencontohinya
PROF. TAN SRI DATUK AHMAD BIN MOHAMED
IBRAHIM
(1916-1999)

BIODATA

Nama sebenar Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim ialah Ahmad bin Mohamed Ibrahim

Prof.Tan Sri Datuk Ahmad bin Mohamed Ibrahim dilahirkan pada 15 Mei 1916 di Singapura,
dan kembali ke rahmatullah pada 17 April 1999 di Gombak, Malaysia ketika berusia 82 tahun
akibat penyakit jantung.

LATAR BELAKANG KELUARGA SIFAT PERIBADI

Beliau berasal daripada keluarga Prof. Ahmad Ibrahim seorang yang


yang berlatarbelakangkan tidak sombong, peramah, cepat
pendidikan agama. mesra,lemah lembut, suka
senyum,dan berhemah tinggi.
Bapa beliau Mohamaed Ibrahim
merupakan seorang doctor - Beliau sangat mencintai ilmu.
perubatan yang aktif di dalam Malah sangat obses membaca dan
aktiviti sosial berkaitan umat Islam. menulis.

- Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim merupakan satu-satunya tokoh ilmuan negara yang berjaya
menguasai dua aliran undang-undang dalam satu masa yang sama - iaitu undang-undang sivil
dan undang-syariah.
- beliau merupakan tokoh undang-undang Islam negara yang telah mencorakkan pelaksanaan
undang-undang Islam bukan saja di Malaysia dan Singapura tetapi pengaruhnya sampai ke
seluruh dunia
- Digelar oleh rakan-rakannya sebagai walking encyclopaedia of Malaysian law (ensiklopedia
bergerak undang-undang Malaysia).
ANUGERAH DAN PENGHARGAAN
- Anugerah Johan Mangku Negara (J.M.N) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong pada
tahun 1974,
- Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (D.M.P.N) oleh Yang Dipertua Negeri of Pulau Pinang
PENDIDIKAN
- Pingat Allama Muhammad Iqbal oleh kerajaan Pakistan pada tahun 1979,
- Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong pada tahun 1987,
- Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1989 and
- Pingat Tun Razak pada tahun 19923

PENDIDIKAN AWAL

- Professor Ahmad Ibrahim menerima pendidikan awal di Victoria Bridge School.


- Ketika berusia 13 tahun, beliau telah lulus peperiksaan Junior Cambridge
- Ketika berusia 14 tahun beliau telah lulus dengan kepujian peperiksaan Senior Cambridge, tetapi tidak
boleh memasuki Raffle Collage kerana usia terlalu muda.
- Beliau kemudiannya meneruskan pengajiannya di Raffle Institution

PENDIDIKAN TINGGI

- Ketika berusia 16 tahun Professor Ahmad Ibrahim berjya memasuki Raffle College, dan memperolehi
ijazah Bacelor of Arts dari Universiti London ketika berusia 19 tahun pada tahun 1935
- Ketika usia 20 tahun, beliau berjaya memenangi hadia biasiswa Queen dan berjaya memasuki St.
John’s College, Universiti Cambridge Cambridge dan Middle Temple, London.

PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK

- 1st class Economics Tripos I, University of Cambridge


- 1st class Law Tripos II, University of Cambridge
- George Long Prize for Roman Law
- Certificate of Honour, Bar Final, Middle Temple, London (beliau satu-satunya calon peguam di waktu
itu yang mengambil peperiksaan di Singapura sedangkan calon-calon lain menduduki peperiksaan
tersebut di London)
- M.A. 1965 dari Universiti Cambridge
- Beliau juga dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang (LLD) dari Universiti
Nasional Singapura pada 5th June 1965.
KETOKOHAN

PENGALAMAN PEKERJAAN

- Professor Ahmad Ibrahim memualakan kerjayanya sebagai Majistret di Singapura pada 1946 sebelum
dinaikkan pangkat sebagai Hakim pada 1947.
- Pada 1948 beliau menjadi pensyarah di Raffles College
- Beliau kemudiannya menjadi peguambela dan peguamcara dari tahun 1949 hingga 1955. Salah satu
kes kontroversi yang pernah dikendalikannya ialah kes Natrah @ Maria Hertogh di mana beliau
merupakan peguambela bagi pihak ibu angkat Natrah
- Beliau juga merupakan ahli Penggubal Undang-Undang dari 1952 hingga 1955
- Pada 1955, beliau sekali lagi bertugas sebagai Hakim dan dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya
pada 1956. Seterusnya beliau dilantik sebagai Pendakwaraya pada 1957.
- Pada tahun 1959, Prof. Ahmad Ibrahim dilantik sebagai Peguamcara Negara. Pada tahun 1963, beliau
dinaikkan pangkat menjadi Peguam Negara Singapura
- Pada 1967, beliau dilantik sebagai Duta Singapura ke Mesir sehingga 1968.
- Setelah 22 tahun berkhidmat untuk Singapura, beliau memohon kerakyatan Malaysia dan berkhidmat di
dalam bidang pendidikan undang-undang di Malaysia. Pada tahun 1969, beliau dilantik sebagai
Professor Undang Undang di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya
- Pada tahun 1983, apabila Universiti Islam Antarabangsa ditubuhkan, Profesor Ahmad Ibrahim dilantik
menjadi dekan yang pertama Fakulti Undang-undang.

SUMBANGAN

Beliau merupakan pengasas kepada penubuhan 2 buah Sekolah Undang-undang terkemuka iaitu Fakulti
Undang-undang, Universiti Malaya dan Kulliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

- Di UIAM. Allahyarham berpeluang luas untuk menggubal dan melaksanakan sebuah sistem
pembelajaran yang berinteraksi antara undang-undang sivil dan syariah di Kulliyyah Undang-
undang. Hasil perjuangan beliau, sistem perundangan syariah telah diterima dan diiktiraf sebagai
berperanan penting dalam sistem perundangan Malaysia
- Jasa beliau yang paling besar dalam mengangkat dan menaiktaraf undang-undang syariah adalah
penggubalan Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan Fasal (1A). Fasal (1A)
Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai
bidang kuasa mendengar apa-apa perkara yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah
- Beberapa hari sebelum meninggal dunia Tan Sri Ahmad Ibrahim sempat meninggalkan sebuah lagi
khazanah ilmu buat umat Islam. Beliau berjaya menyiapkan bukunya yang terakhir berjudul ‘Undang-
undang Keluarga Islam di Malaysia’

You might also like