You are on page 1of 19

NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

QEUSTION 5 : WHY IS SUSTAINABLE POSITIVE PEACE SO ELUSIVE?

Konsep perdamaian boleh didefinisikan sebagai keadaan di mana tidak adanya kekerasan.
Perdamaian adalah jarak keadaan dari kekerasan menuju kepada ketiadaan kekerasan.
Selain itu, perdamaian itu sendiri terbahagi kepada dua kategori iaitu pertamanya adalah
Negative Peace (perdamaian negatif) iaitu sebuah keadaan yang dimana dengan ketiadaan
kekerasan yang dilakukan oleh perseorangan, mahupun secara berkumpulan, perdamaian
dalam bentuk ini biasanya lebih merujuk pada kekerasan individu mahupun kekerasan
secara berkumpulan. Kategori perdamaian yang kedua adalah Positive Peace (perdamaian
positif) yang boleh didefinisikan sebagai keadaan semasa dimana tidak terdapat kekerasan
yang dilakukan secara berstruktur, dan ini sangat berbeza dengan negative peace, positive
peace lebih merujuk kepada kekerasan dalam bentruk structural (Baylis & Smith,2012 : 119).

Perdamaian juga tidak hanya tertumpu kepada bagaimana mengawal dan


mengurangkan kekerasan yang terjadi. Lebih daripada itu, perdamaian juga dapat
memberikan sebuah pembangunan yang lebih baik. Perdamaian juga tidak bergantung pada
teori-teori yang berkaitan dengan konflik semata-mata, tetapi juga termasuk pada
pembangunan perdamaian itu sendiri. Konflik yang kerap berlaku, biasanya terdapat dalam
sebuah struktur,tempat, negara mahupun etnik. Teknik untuk mengatasi perdamaian dalam
kekerasan struktur, negara, berkumpulan mahupun etnik memerlukan dorongan yang lebih
serta berperingkat untuk mengelakkan konflik itu bertambah buruk dan tidak dapat
diselesaikan.

Bagaimanakah mewujudkan perdamaian yang positif? Membina perdamaian pada


kekerasan individu dan kekerasan struktural dapat berjalan dengan apabila kita fokus
terlebih dahulu pada diantara dua pilihan tersebut. Tambahan lagi, perdamaian yang
sifatnya lebih kepada struktur, hal ini kerana dalam sebuah struktur mempunyai undang-
undang sosial yang telah ditetapkan. Selain itu, kekerasan individu juga mempunyai
kaitannya dengan kekerasan struktur seperti contoh ketidakadilan dalam undang-undang.
Sehingga apa bila dapat mendamaikan sebuah kekerasan struktural, paling tidak kita juga
dapat mengurangkan kekerasan individu mahupun konflik itu sendiri.

Dalam konteks ini, apa yang diperlukan untuk mewujudkan perdamaian positif yang
mampan adalah dengan menganalisis kembali langkah-langkah yang sudah dilakukan oleh
pelbagai pihak untuk mencapai tujuan keamanan, terutama dalam konteks memenuhi hak-
hak warganegara untuk merasa aman, serta melihat bagaimana usaha untuk mewujudkan
mekanisme pengendalian konflik, dan kepentingannya untuk mendorong ke arah

1
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

perdamaian jangka panjang di sesebuah tempat yang berkonflik. Apakah kita mempunyai
alternatif "perdamaian", yang dimaksudkan bukan dalam pengertian "negative peace" yang
berbentuk sekadar penamatan kekerasan, ataupun "positive peace" yang disertai
penyertaan langsung dari masyarakat untuk merealisasikannya dan menyelesaikan konflik
tersebut dengan secara baik? Pendekatan pengendalian konflik yang manakah yang paling
sesuai jika melihat kepada kecenderungan konflik, terutamanya jika melihat akibat yang
akan ditimbulkannya?

Pihak yang berkonflik dalam jangka panjang terhadap konflik itu sendiri sekurang-
kurangnya bergantung pada dua sebab iaitu keseimbangan kekuatan, serta kesedaran
terhadap kewujudan kumpulan-kumpulan kepentingan dan keperluan mereka yang terlibat
konflik; dan pendekatan terhadap pengendalian konflik. Proses pengendalian konflik dan
usaha untuk mencapai keamanan dapat difahami dalam konteks tersebut. Dalam hal ini,
untuk mewujudkan perdamaian yang positif, peranan peace builder terutama diharapkan
muncul dari kalangan civil society, atau individu-individu yang memahami persoalan, dan
mampu menganalisis dengan jernih setiap konflik yang berlaku, dengan mengambil kira
faktor-faktor yang melatarbelakanginya. Kita boleh meletakkan diri sebagai pihak yang
memberikan analisis, perundingan, melakukan advokasi, atau melibatkan diri sebagai "third
party" dalam skim pengantaraan dan ataupun rundingan, dengan syarat keadaan hubungan
yang seimbang di antara pihak-pihak yang berkonflik(Baylis & Smith,2012 : 125) .

Tujuan utama dan proses perdamaian adalah untuk menyusun semula hubungan-
hubungan sosial yang telah musnah dan lebih jauh lagi, menghasilkan sebuah mekanisme
pengendalian konflik yang adil dan damai, dengan memberi perhatian kepada aspek-aspek
politik, ekonomi, sosial dan budaya yang meliputi lokus konflik tersebut. Dari sisi ppihak
yang berkonflikng seperti ini, mengetengahkan dan membuka potensi konflik terpendam
dan bukannya merupakan "provokasi" atau "menambah" konflik, melainkan merupakan
sebahagian dari proses perdamaian yang lebih luas. Namun begitu, bagaimanakah
perdamaian positif yang mampan untuk dunia dapat dicapai?

Pertelingkahan politik dalam negara seperti di Syria, konflik antara kaum yang masih
melanda Sri Lanka dan pembunuhan etnik yang pernah terjadi di Bosnia Herzergovina serta
Rwanda memberikan bayangan bahawa keamanan di dunia amat goyah ibarat buih-buih di
lautan. Oleh yang demikian, usaha mewujudkan keamanan dunia menjadi agenda perdana
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Walau bagaimanapun, setiap negara tidak boleh

2
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

bergantung semata-mata kepada badan dunia itu, malah setiap negara perlu mengambil
inisiatif untuk memastikan perdamaian positif yang mampan untuk dunia dapat dicapai.

Tidak boleh dinafikan bahawa perpaduan antara negara merupakan kunci keamanan
dunia dan salah satu langkah terhadap perdamaian positif yang mampan untuk dunia dapat
dicapai terutamanya di negara yang berkonflik. Oleh itu, usaha mewujudkan semangat
bersatu padu dalam Negara-negara antarabangsa hendaklah dilaksanakan secara serius dan
berterusan. Pada masa yang sama keamanan sejagat juga mampu diwujudkan dengan cara
menjalin hubungan kerjasama antara negara serantau dan antarabangsa. Impak daripada
kerjasama antara negara dapat memupuk persefahaman antara negara
serantau.Sehubungan itu, Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan
Negara-negara Berkecuali (NAM), dan Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC)
seharusnya mengambil beberapa langakah dan perancangan untuk mewujudkan dunia
yanga aman di samping menjalin hubungan diplomatik dengan setiap negara di dunia
kecuali Israel. Langkah ini adalah untuk menjalin kerjasama dari aspek politik, ekonomi, dan
sosial serta membincangkan usaha untuk menyelesaikan konflik antara negara anggota.
Intihanya, hubungan baik antara negara mampu menjadikan dunia ini sebagai sebuah
petempatan untuk masyarakat yang aman dan makmur. PBB juga harus mengambil langkah
yang lebih drastik dan perlaksanaan kuasa veto dalam PBB haruslah dilupuskan bagi
memastikan keadilan dapat dilaksanakan dan dalam memastikan keamanan dunia dan
perdamaian positif yang mampan untuk dunia dapat dicapai dapat diwujudkan(Baylis &
Smith,2012 : 135).

Marcapada, perbalahan antara negara seakan-akan sukar untuk dielakkan apabila


masing-masing cuba mengeksploitasi sumber kekayaan yang terdapat di muka bumi ini
demi kelangsungan ekonomi negara masing-masing. Apabila keadaan ini terjadi maka meja
rundingan ialah platform yang paling ampuh untuk menyelesaikan konflik yang timbul dan
bukannya dengan mengangkat senjata. Dalam hal ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa
(ICJ) di The Hague, Belanda telah banyak berjasa dalam menyelesaikan pertikaian antara
negara seperti perebutan Pulau Ligitan dan Sipadan oleh Malaysia dan Indonesia serta Pulau
Batu Putih antara Malaysia dan Singapura. Tuntasnya, setiap perumitan yang timbul
hendaklah diselesaikan dengan penuh berhemah dan memastikan perdamaian positif yang
mampan untuk dunia dapat dicapai.

Keamanan dunia dan perdamaian positif yang mampan untuk dunia dapat dicapai
dan boleh diwujudkan jika layanan yang adil dan saksama diberikan kepada semua pihak.

3
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

Tamsilannya, di Malaysia, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
bertujuan untuk memastikan setiap kaum mendapat hak yang adil dan saksama untuk
menikmati kemakmuran negara. Begitulah yang seharusnya berlaku di peringkat
antarabangsa. Kuasa-kuasa besar dunia sewajarnya memberikan layanan yang adil kepada
semua negara tanpa melabelkan negara-negara yang tertentu sebagai sekutu ataupun
seteru. Buktinya, peristiwa 11 September 2001 dikatakan berpunca daripada kebencian puak
militan terhadap Amerika Syarikat yang bersikap pilih kasih dalam isu-isu antarabangsa yang
memberikan keuntungan kepada rakan sekutunya, khususnya Israel. Kempen memerangi
keganasan tajaan Amerika Syarikat juga ternyata telah gagal untuk mengekalkan keamanan
dunia malah negara ‘Uncle Sam’ itu apabila keamanan dunia bertambah buruk lantaran
polisi pilih bulu pemimpin negara berkenaan. Rumusannya, keadilan dan kesaksamaan
layanan antara semua pihak merupakan kunci keamanan dunia dan perdamaian positif yang
mampan untuk dunia dapat dicapai(Baylis & Smith,2012 : 138). Namun begitu adakah ia
mengekalkan perdamaian secara berterusan?

Prakarsa untuk mewujudkan keamanan dunia tidak boleh dipandang sebelah mata
sahaja. Perpaduan antarabangsa harus dipupuk. Selain itu, hubungan kerjasama antara
negara harus dipererat dan budaya perundingan hendaklah diamalkan untuk menyelesaikan
sesuatu perbalahan. Tambahan lagi, semua pihak harus dilayan secara adil dan saksama
untuk mewujudkan keamanan sejagat dan perdamaian positif yang mampan untuk dunia
dapat dicapai .

Apabila kita meningkat pada waktu pagi dan mendengar radio atau membaca surat
khabar, kita berhadapan dengan berita sedih yang sama, keganasan, jenayah, peperangan,
dan bencana. Saya tidak boleh ingat satu hari tanpa laporan sesuatu yang dahsyat berlaku
di suatu tempat. Walaupun dalam zaman moden ini ia adalah jelas bahawa kehidupan
berharga seseorang tidak selamat. Tiada bekas generasi telah terpaksa mengalami begitu
banyak berita buruk seperti yang kita hadapi hari ini; kesedaran yang berterusan ini
ketakutan dan ketegangan perlu membuat mana-mana orang soalan sensitif dan penyayang
serius kemajuan dunia moden kita. Oleh itu, pentingnya dan perdamaian positif yang
mampan untuk dunia dapat dicapai agar keamanan sejagat dapat dikekalkan.

Ia adalah ironi bahawa masalah yang lebih serius berpunca daripada masyarakat
yang lebih perindustrian maju. Sains dan teknologi telah bekerja keajaiban dalam pelbagai
bidang, tetapi masalah asas manusia kekal. Terdapat jenayah yang pernah berlaku sebelum
ini, namun pendidikan universal ini tidak seolah-olah telah dipupuk kebaikan, tetapi hanya

4
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

kegelisahan mental dan rasa tidak puas hati sebaliknya. Tidak ada keraguan tentang
kenaikan kemajuan material dan teknologi, tetapi entah bagaimana ini tidak mencukupi
kerana ada banyak lagi individu masih belum berjaya membawa keamanan dan kebahagiaan
atau dalam mengatasi penderitaan.

Tugas PBB untuk mewujudkan dunia yang aman dan perdamaian positif yang
mampan untuk dunia dapat dicapai, kita harus menyedari bahawa kita hanya boleh
menyimpulkan bahawa mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan kemajuan dan
pembangunan kita, dan jika kita tidak mendaftar dalam masa yang mungkin ada kesan
buruk untuk masa depan umat manusia. Saya tidak sama sekali menyangkal terhadap
kemajuan terhadap sains dan teknologi kerana mereka telah memberi sumbangan yang
besar kepada keseluruhan oleh manusia, keselesaan hidup bahagia dan kesejahteraan dan
kepada pemahaman kita yang lebih besar di dunia kita ini. Tetapi jika kita memberi terlalu
banyak penekanan kepada sains dan teknologi ini kita berada dalam bahaya untuk
kehilangan berhubung dengan aspek-aspek pengetahuan dan pemahaman manusia yang
bercita-cita ke arah kejujuran dan pemurah serta semakin banyaknya kana berlaku konflik.

Sains dan teknologi, sungguh pun berkebolehan mewujudkan keselesaan bahan


menyakitkan, tidak boleh menggantikan nilai-nilai kerohanian dan kemanusiaan usia tua
yang sebahagian besarnya berbentuk tamadun dunia, dalam semua bentuk negara, seperti
yang kita tahu hari ini. Tiada siapa yang boleh menafikan manfaat material tidak pernah
berlaku sebelum sains dan teknologi, tetapi masalah asasi manusia kita kekal; kita masih
berhadapan dengan yang sama, jika tidak lebih, penderitaan, ketakutan, dan ketegangan.
Oleh itu, adalah logik untuk cuba untuk mencapai keseimbangan antara pembangunan
material dalam satu tangan dan pembangunan rohani, nilai-nilai kemanusiaan di pihak yang
lain. Dalam usaha untuk membawa kira-kira pelarasan yang besar ini, kita perlu
menghidupkan semula nilai-nilai kemanusiaan. Oleh itu, PBB harus mempertahankan semula
nilai-nilai kemanusiaan yang sering dipertahankan organisasi ini agar keamanan dan
keselamatan antarabangsa dapat dikekalkan dan dan perdamaian positif yang mampan
untuk dunia dapat dicapai .

Pada masa yang sama keamanan sejagat dan dan perdamaian positif yang
mampan untuk dunia dapat dicapai juga mampu diwujudkan dengan cara menjalin
hubungan kerjasama antara negara serantau. Impak daripada kerjasama antara negara
dapat memupuk persefahaman antara negara serantau ibarat aur dan tebing Sehubungan
itu, PBB seharusnya memantau dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan setiap negara

5
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

di dunia kecuali Israel. Penglibatan PBB yang lebih efektif dapat mewujudkan dan
menjalinkan kerjasama dari aspek politik, ekonomi, dan sosial serta membincangkan usaha
untuk menyelesaikan konflik antara negara anggota. Intihanya, hubungan baik antara
negara mampu menjadikan dunia ini sebagai sebuah petempatan untuk manusia yang aman
dan makmur serta dan perdamaian positif yang mampan untuk dunia dapat dicapai.

Keadilan dan kesaksamaan layanan antara semua pihak merupakan kunci keamanan
dunia dan perdamaian positif yang mampan untuk dunia dapat dicapai. Oleh itu, semua
pihak seharusnya bertindak dengan lebih agresif lagi dalam memastikan keamanan dunia
sentiasa dapat dikekalkan dengan sama rata dan perdamaian positif yang mampan untuk
dunia dapat dicapai.

Perdamaian yang positif yang sukar dicapai boleh dilihat melalui konflik perebutan
wilayah Crimea, iaitu sebuah semenanjung yang terletak di lokasi strategik mengunjur ke
Laut Hitam telah dianugerahkan oleh pemimpin Soviet kepada Ukraine dan diberikan taraf
pemerintahan semi-autonomi 60 tahun lalu (Elena Mizorokhi,2009). Bagaimanapun, wilayah
tersebut kini berdepan konflik yang boleh membawa kepada peperangan antara Rusia
dengan Ukraine dan kuasa besar Barat pada bila-bila masa sahaja. Sebenarnya,
Semenanjung Crimea merupakan destinasi popular untuk percutian, namun di situ juga
terletaknya pangkalan utama Armada Laut Hitam Rusia. Majoriti penduduk di wilayah
tersebut ialah etnik Rusia (Merle Maigre, 2008).

Kebanyakan mereka melahirkan kebimbangan terhadap pemimpin baharu di ibu kota


Kiev, Ukraine iaitu kira-kira 650 kilometer ke utara Crimea yang pro-Barat. Ketegangan mula
tercetus apabila bekas Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych, yang digulingkan pada 28
Februari 2014, didakwa melakukan keganasan polis ke atas penunjuk perasaan hingga
mengakibatkan kematian lebih 100 penduduk awam Ukraine (Steven Woehrel, 2014).

Disebabkan penggulingan pemimpin yang dipercayai pro-Rusia itu, timbul desakan


daripada penduduk dalam kalangan etnik Rusia supaya wilayah autonomi tersebut menarik
diri atau keluar dari Ukraine. Konflik di Ukraine semakin memuncak selepas anggota-
anggota Parlimen memilih Oleksandr Turchynovse sebagai presiden sementara. Beliau
dilantik bagi menggantikan Yanukovych yang telah melarikan diri selepas menandatangani
satu perjanjian damai tajaan Barat bagi meredakan situasi politik akibat pertempuran antara
polis dengan penunjuk perasaan (Yossi Alpher, April 2014).

6
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

Sejak tahun 2008, Rusia telah memperuntukkan kewangan untuk membina pelabuhan
baharu di wilayah sendiri di Novorossiysk dalam Crimea dengan rancangan untuk
menjadikannya kawasan perkapalan utama baharu. Apa yang pasti, terdapat sebab-sebab
politik dan ethno - budaya menjadi alasan Moscow untuk mengekalkan pengaruhnya di
Crimea. Namun begitu, ia semata-mata kepentingan tentera dan lokasi strategik Sevastopol.
Sebenarnya kawasan tersebut sudah lemah sejak bertahun-tahun kebelakangan ini, "ujar
pengkaji Institut Strategik Antarabangsa London, Christian Le Miere (Steven Woehrel, 2014).

Sementara itu, kerajaan Ukraine mula berada selangkah ke dunia peperangan


selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengisytiharkan beliau mempunyai hak untuk
menceroboh Semenanjung Crimea. Ketegangan yang berlaku melibatkan Ukraine dengan
Rusia dan Barat itu dianggap yang paling buruk sejak Perang Dingin berakhir (Yossi Alpher,
April 2014). .

Putin memperoleh kebenaran daripada anggota-anggota Parlimen negaranya untuk


melindungi warga Rusia di Ukraine selepas konflik politik berlaku di negara tersebut. Malah,
tentera Rusia telah menawan Crimea dan turut mengepung beberapa buah pusat
ketenteraan Ukraine serta menuntut tentera negara itu meletakkan senjata.

Justeru, Majlis Keselamatan Ukraine mengarahkan para pegawainya memastikan


semua askar diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk berdepan sebarang pertempuran.
Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyuarakan kebimbangan
berhubung pencerobohan Rusia ke dalam wilayah Ukraine. Menurut White House, Rusia
jelas melanggar undang-undang antarabangsa kerana telah menceroboh wilayah Ukraine
(Steven Woehrel, 2014).

Sebelum menentukan siapa saja yang menjadi aktor dalam konflik ini, kita harus
memiliki landasan teori yang jelas agar tidak keliru dalam menentukan aktor-aktor yang
terlibat. Berikut beberapa paradigma, teori, ataupun konsep yang dapat kita gunakan untuk
menganalisis siapa pelaku hubungan antarabangsa pada konflik Crimea yang melibatkan
Rusia, Ukraine bahkan PBB (Jakcson : 2005).

Pihak yang merupakan aktor hubungan antarabangsa ialah mereka yang mampu
memberikan dampak kepada negara lain bahkan mampu memengaruhi pengambilan
keputusan suatu negara

7
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

Secara garis besar aktor hubungan antarabangsa terbahagi kepada dua:

 State (pemerintahan negara)

 Bukan State

Aktor hubungan antarabangsa yang termasuk negara tidak terbatas pada Pemimpin
Negara ataupun Pemimpin Pemerintahan, sesiapapun yang memiliki jabatan pemerintahan
dalam suatu negara lalu melintasi batas-batas wilayah negara lain untuk saling berinteraksi
dengan membawa kepentingan negara asalnya dapat dikategorikan sebagai aktor hubungan
antarabangsa jenis State atau Negara. Contohnya, Menteri Luar Negera, Ketenteraan yang
bertugas sebagai Pasukan Penjaga Keamanan (Peace Keeper), Atase, Konsul, Kedutaan, dan
lain sebagainya.

Sedangkan aktor Bukan state, Conway Henderson (1998) & Joshua Goldstein (2002)
membagi menjadi berikut; NGO
Transnational
Actors IGO
Bukan State Actors
Substate Actors MNCs

NGO (Bukan Governmental Organization) merupakan Organisasi antarabangsa


umumnya bergerak dibidang kemanusiaan, lingkungan, kesehatan dan bidang sosial lainnya.
Organisasi seperti ini bersifat bukan profit, dan memiliki cabang atau perwakilan di hampir
seluruh negara didunia. Contoh NGO didunia seperti Greenpeace, International Red Cross,
WWF, Oxfam, UNDP, dan lain sebagainya.

IGO (International Governmental Organization), merupakan organisasi yang


didalamnya merupakan pihak-pihak yang mewakili negara masing-masing untuk
memperjuangkan kepentingan negara bersama. Syarat utama menjadi anggota dari IGO
adalah aktor tersebut harus merupakan negara. Jadi mustahil bagi sebuah organisasi untuk
boleh menjadi bagian dari IGO. Contoh IGOs, di dunia seperti, PBB, ASEAN, Arabian League,
G-8, G-20 dan lain sebagainya (Jakcson : 2005) .

Berdasarkan konsep mengenai aktor hubungan antarabangsa diatas, sekarang kita


dapat mengklasifikasikan dengan mudah siapa yang pantas dikategorikan sebagai aktor
hubungan antarabangsa. Secara umum, ada 2 jenis aktor hubungan antarabangsa pada
konflik tersebut yakni; negara dan bukan negara.

8
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

Aktor negara dalam konflik Crimea ialah Rusia, Ukraine, dan Amerika Syarikat yang
secara jelas berusaha untuk menunjukkan dominasinya pada dunia dengan cuba menguasai
wilayah Crimea. Hal ini sesuai jika dipandang dari Paradigma Realisme yang mengatakan
bahawa pada dasarnya negara akan selalu berusaha menunjukkan kuasa dan mengutakan
kepentingan negaranya sendiri. Bahkan lebih jauh, dalam pandangan Realisme konflik
seperti ini akan sangat mungkin terjadi peperangan antar negara yang terlibat.

Aktor bukan negara yang terlibat dalam konflik ini ialah PBB. Sesuai dengan konsep
aktor hubungan antarabangsa diatas. PBB merupakan salah satu IGO, yang memiliki
keanggotaan negara-negara di dunia. Akan tetapi jika ditinjau dari segi sejarah, PBB
didirikan atas dasar semangat Liberalisme. Dalam pandangan Liberalisme, konflik antara
negara adalah sebuah ketidakpercayaan dan sikap self interest negara itu sendiri , akan
tetapi hal itu boleh dihindari jika negara-negara didunia mahu untuk bekerjasama
membangunkan kedamaian didunia. Secara tersiratnya, Amerika Syarikat yang merupakan
negara Liberal berusaha untuk menerapkan idealisme negara mereka melalui PBB untuk
mengajak negara-negara di dunia menolak hasil referendum yang akan dilaksanakan di
Crimea, kerana berpotensi memicu peperangan antara negara. Hal ini dapat dilihat bahawa
Amerika Syarikat adalah pihak ketiga yang cuba menerapkan Game theory dalam konflik
wilayah Crimea ini (Yossi : 2014).

Crimea adalah wilayah semi-autonomi milik Ukraine tetapi mempunyai majoriti


penduduk pro-Rusia dan berasal daripada Russia. Mengapa Russia mahukan Crimea?
Jawapannya terletak pada kedudukan wilayah itu yang begitu strategik bagi Russia
menempatkan tentera lautnya di Laut Hitam (Merle Maigre : 2008). Crimea turut menjadi
destinasi pelancongan popular kerana iklim cuaca subtropika dan banyak pusat peranginan
di tepi laut. Pelabuhan Sevastopol merupakan sebuah pelabuhan yang strategik. Pelabuhan
ketenteraan ini telah menjadi pangkalan tentera laut Rusia sejak dari tahun 1783 lagi.
Catatan menunjukkan, armada ketenteraan Rusia yang berpangkalan di Sevastopol di Laut
Hitam adalah amat penting bagi Rusia untuk menghadapi sebarang kemungkinan serangan
dari pihak musuh.

Crimea menyumbang tiga peratus daripada keluaran dalam negara kasar Ukraine
dengan 60 peratus daripada pengeluaran sendiri yang dibuat oleh perkhidmatan. Tanah
tersebut sangat bertani , dengan gandum, jagung dan bunga matahari tanaman utama.
Bekalan air tambahan yang dibawa oleh terusan dari Ukraine Dnieper River. Oleh hal yang

9
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

demikian, Ukraine sangat memerlukan Crimea bagi menyeimbangkan keluaran dalam


negara kasarnya (Yossi : 2014).

Manakala bagi Rusia pula, ekonomi Rusia kini sangat bergantung pada penjualan gas
ke Eropah. Adalah dianggarkan kini lebih dari 70 peratus dari gas yang di eksport ke Eropah
terpaksa melalui saluran paip gas melalui sebahagian dari negara Ukraine. Pelabuhan
Sevastopol ini juga menjadi pusat penyaluran gas dan minyak ke sebahagian besar negara
Ukraine. Dengan memiliki Wilayah Crimea, Rusia akan memperoleh banyak manfaat
ekonomi.

Ada kilang pemprosesan kimia dan bijih besi dilombong di Kerch. Ukraine
mempunyai dua terminal gandum di Crimea - di Kerch dan di Sevastopol. Menurut
UkrAgroConsult, ini telah mengeksport 1.6 juta tan bijirin musim ini atau 6.6 peratus
daripada jumlah eksport Ukraine.Sementara itu, wilayah Crimea yang keluasannya kira-kira
saiz Belgium (32,545 kilometer persegi) merupakan kawasan penting pertanian dan
pengeluaran wain di samping kaya dengan ladang tembakau.

Perebutan wilayah Crimea yang dilakukan oleh Rusia mengakibatkan Ukraine


menghadapi konflik. Konflik di Ukraine membayangkan konflik yang lebih besar kerana
sudah dimanipulasi oleh AS. Pada masa sama Rusia yang mempunyai semangat
nasionalisme tinggi telah mempertahankan rakyat Ukraine berbangsa Rusia.

Konflik di Ukraine tercetus pada November tahun lalu apabila Presiden Viktor
Yanukovych enggan menandatangani perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah
(EU). Tindakan Yanukovych melepaskan peluang keemasan untuk kesenangan rakyat. (Sinar
Harian : 2014)

Kemudian tercetus demonstrasi mendesak Yanukovych meletak jawatan. Keganasan


meletus lagi pada 16 Januari lalu apabila kerajaan menguatkuasakan Bondarenko-Oliynyk
atau undang-undang anti rusuhan yang menyebabkan perusuh menawan pejabat kerajaan
di Kiev termasuk Kementerian Kehakiman. Rusuhan di Kiev mengakibatkan 98 orang
terbunuh dan beribu-ribu yang lain cedera.

Parlimen mendapati Yanukovych gagal menangani konflik ini dan menetapkan pilihan
raya pada 25 Mei untuk mencari pengganti Yanukovych. Pada 1 Mac, Presiden Rusia,
Vladimir Putin, dengan restu Parlimen telah menghantar tentera ke wilayah Crimea di mana

10
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

majoriti rakyatnya berbahasa Rusia. Dari sudut sejarahnya Crimea adalah sebahagian
daripada Rusia hingga 1954.

Dari sudut ekonomi, impak dan kehilangan Crimea terhadap ekonomi Ukraine secara
keseluruhannya terhadap makroekonomi adalah terhad kerana wilayah Crimea hanya
menyumbangkan kepada KDNK negara Ukraine sebanyak 3.69 % pada tahun 2013 . Namun
begitu, ekonomi Ukraine masih lagi boleh terjejas jika melibatkan sektor ekonomi yang
terpilih . Hal ini demikian kerana, kerajaan Crimea mengambil alih hartanah Ukraine yang
terletak di bahagian semenanjung Ukraine. Contohnya, Ukraine akan kehilangan sebuah
syarikat Chornomornaftohaz yang mempunyai jumlah tenaga pekerja yang tinggi dan
memiliki nilai perkembangan aset tempatan yang sangat tinggi nilainya. Syarikat
Chornomornaftohaz merupakan satu daripada tiga buah syarikat pengeluaran gas milik NAK
Naftogaz Ukraine dan merupakan salah satu pengeluar gas yang paling cepat meningkat
dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Buktinya pada tahun 2013, Syarikat
Chornomornaftohaz telah meningkatkan pengeluaran hasil produk gas kepada 1.65 bcm,
yang pada jangkaan masa yang pendek dengan pantasnya boleh memenuhi keperluan
permintaan di bahagian semenanjung.

Selain itu , kesan kehilangan Crimea juga turut memberikan kesan kepada
pengurangan dalam saiz Zon Ekonomi Ekseklusif (ZEE) Ukraine dari Laut Hitam dan juga
Laut Azov. Kemungkinan Ukraine tidak dapat melaksanakan projek-projek untuk
megeluarkan atau mengesktrak hidrokarbon dari kerak Laut Hitam, yang telah dirancang
bersama-sama dengan syarikat-syarikat dari Barat. Sebagai contoh, pada akhir tahun 2013 ,
Kyiv telah menandatangani perjanjian dengan ENI DAN EDF untuk memproses gas dari
pelantar di bahagian Selat Scerch dan pada awal tahun ini juga pada 19 Mac sebuah
syarikat British Shell yang sepatutnya menjadi salah satu peserta dalam rakan kongsi
pembinaan konsortium telah menarik diri dari rundingan untuk menandatangani kontrak
untuk pembahagian pengeluaran projek bagi aktiviti pemprosesan ekstrak hidrokarbon dari
kerak Skitri di laut Hitam.

Selain itu, kebimbangan apabila berlaku penaklukan wilayah Crimea akan


mempengaruhi pelaksanaan perjanjian Ukraine –Rusia yang bermula pada tahun 2010 yang
dikenali sebagai “ Fleet of Gas “ atau “ Armada untuk Gas” . Penjelasan kepada Armada
untuk Gas adalah merupakan perjanjian pertukaran bagi melanjutkan pajakan Armada Rusia
yang terletak di Laut Hitam , di Ukraine Crimea dan Ukraine pula akan menerima sebanyak
30 peratus diskaun dalam harga pembelian gas yang diimport dari Rusia (Elena : 2009).

11
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menggesa Rusia menarik balik
pasukan pertahanan mereka atau menghadapi pengasingan politik dan ekonomi termasuk
digugurkan dalam keanggotaan Kumpulan Lapan (G8). Namun begitu, Rusia tidak
mengendahkan ancaman tersebut. Malahan, melalui petikan daripada CNN, Menteri Luar
Negara Rusia, Sergey Lavrov mengatakan bahawa G8 merupakan sebuah organisasi atau
pertubuhan tidak rasmi yang tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada sesebuah negara
untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang dikehendaki. Katanya pada sidang media. Dan
kewujudan G8 hanyalah sebagai dialog antara negara-negara terkemuka. Hal ini demikian
kerana semua keputusan yang berasaskan ekonomi dan kewangan ditentukan oleh G20.
(Jim Acosta, 2014)

Pemilikan sememangnya melibatkan sejumlah kos yang tinggi untuk Persekutuan


Rusia. (Larry Hanauer : 2014). Bagi Crimea, masalah segera atau persoalan yang dihadapi
oleh mereka ialah bagaimana pembiayaan deficit bajet untuk tempat yang besar,
dianggarkan pada $ 1 billion dapat dilaksanakan. Menurut maklumat awal, bantuan ekonomi
Rusia-Crimea dijangkakan berjumlah sekurang-kurangnya $ 2.2 billion setiap tahun.

Selain itu, pelaburan diperlukan dalam penambahbaikan infrastruktur di wilayah


Crimea. Para pegawai kerajaan menganggarkan bahawa keperluan untuk pelaburan Rusia di
sektor pengangkutan dan pelancongan dianggarkan bernilai dari $ 4 billion sehingga $ 5
billion. Selain itu, untuk memastikan hubungan komunikasi yang berkesan di antara Rusia
dan Crimea, Rusia perlu membina sebuah jambatan untuk merentasi Selat Skerch. Menteri
Pengangkutan Rusia Maksim Sokolor menganggarkan kos pelaburan pembinaan jambatan
tersebut sekurang-kurangnya menelan belanja sebanyak $ 1.4 billion. Seterusnya untuk
memastikan Crimea tidak lagi terikat dan bergantung pada Ukraine dalam dalam
pembekalan elektrik dan gas. Moscow perlu menanggung kos untuk membina saluran
kuasa melalui Selat Skerch, serta saluran paip. Menurut wakil Menteri Kewangan Rusia, iaitu
Alexandar Pochinok, penaklukan Crimea –Rusia boleh menelan kos perbelanjaan sebanyak
$ 8.2 billion(Goldman: 1970).

Selain daripada keperluan untuk perbelanjaan kewangan secara langsung, perebutan


Rusia terhadap Crimea, akan memberikan masalah kepada struktur pentadbiran dan
organisasi. Rusia perlu mewujudkan infrastruktur yang bersepadu dan memastikan
pertahanan sempadan, serta penandaan sempadan baru termasuk sempadan maritim dan
pembahagian wilayah perairan untuk mengawal akses dan pemilikan kawasan.

12
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

Penaklukan Crimea boleh membolehkan Rusia mendapatkan manfaat dari segi


kewangan. Contohnya, Ukraine telah membayar Moscow $ 97 billion setahun ke atas
Armada di semenanjung. Mengikut perjanjian yang sedia ada , pada tahun 2017 jumlah
tersebut akan meningkat kepada $ 100 billion.

Pengambilan Crimea bukan sahaja menghapuskan keperluan untuk membayar yuran


tersebut, tetapi Rusia juga beruntung kerana dapat menambah peluang untuk memodenkan
armada tenteranya dalam apa-apa cara yang difikirkan patut, daripada mematuhi limit yang
dihadkan oleh Rusia-Ukraine, iaitu merupakan perjanjian yang disediakan hanya untuk
memenuhi kemungkinan sebarang pengubahsuaian peralatan yang disediakan di sana (Larry
Hanauer : 2014) .

Rusia juga bercadang untuk mengambil alih kapal-kapal Ukraine yang berada di
Crimea, serta seluruh infrastruktur tentera Ukraine dan pelabuhan. Seterusnya, manfaat
yang kedua yang diperoleh Rusia ialah dengan pengawalan sepenuhnya ke atas Crimea,
Rusia akan berjaya mengurangkan kos perjalanan kapal melalui Terusan Kerch-Yerikal.

Melihat konflik tersebut terjadi, NATO berhasrat untuk memperkuat negara anggota
di wilayah Eropah Timur kerana risau akan aksi tindakan Rusia yang ingin menguasai
wilayah Crimea. Berbagai-bagai cara yang diambil untuk memastikan keamanan Eropah
Timur tidak akan terpengaruh dengan tindakan yang dilakukan oleh Rusia ini termasuk
menghidupkan kembali rancangan membangun pangkalan tentera NATO, di salah satu
negara Eropah Timur yang menjadi anggota NATO. Amerika Syarikat (AS) berserta
sekutunya tidak membenarkan melakukan intervensi ketenteraan di Ukraine kerana Ukraine
bukan sebahagian dari anggota NATO.

Mereka juga meyakinkan para negara anggota yang berada di wilayah Eropah Timur
bahawa mereka terlindung oleh aliansi keamanan. Untuk menjaga keamanan di Eropah
Timur, Negeri Uncle Sam meningkatkan kualiti pesawat tempurnya untuk melakukan
serangan udara. Mereka juga akan melakukan peningkatan latihan yang dirancangkan
bersama Angkatan Udara Polandia. Duta Besar AS untuk NATO Douglas Lute mengatakan,
menteri-menteri termasuk Menteri Luar Negeri AS John Kerry akan membahas langkah-
langkah lebih lanjut untuk meyakinkan negara anggota NATO yang berada di wilayah
Eropah Timur (Merle Maigre : 2008).

Malaysia dan Belanda ditimpa tragedi akibat konflik Ukraine dan Russia ini apabila
pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas akibat ditembak jatuh di wilayah berkonflik

13
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

Ukraine, dekat dengan sempadan Rusia. Insiden malang ini muncul menjadi peristiwa
penentu penting dalam geopoltik dunia, dengan Malaysia dan Belanda menjadi negara yang
tersepit dan dipaksa memainkan peranan yang kritikal, pada masa sama Kuala Lumpur
berusaha mengimbangi kuasa-kuasa besar iaitu Russia dan Ukraine yang disokong kuasa
besar Amerika Syarikat yang terlibat (Haris Zalkapli, 2014). Sejurus laporan dan ulasan
peristiwa ini muncul di media, satu konspirasi dalam media Barat kelihatan telah dicapai,
mengaitkan pemberontak pro-Rusia malah tentera Rusia sendiri sebagai pihak yang
bertanggungjawab di atas tragedy yang berlaku yang mengorbankan 295 orang penumpang
yang terdiri daripada 10 buah negara. Namun begitu, negara yang paling teruk mengalami
kesan daripada peristiwa ini ialah Malaysia dan Belanda kerana mangsa korban dari tragedi
ini adalah dari rakyat Malaysia dan Belanda.

Media Amerika Syarikat dan negara-negara Barat lain telah membina dan terus
mengekalkan naratif kaitan kumpulan pemberontak pro-Rusia dan pertanggungjawaban
Moscow dengan kemalangan pesawat MH17 sejak awal, dan pada masa sama segera
memberi gambaran implikasi geopolitik peristiwa ini. Sikap realist, Presiden AS Barack
Obama segera membuat kenyataan amaran kepada Rusia dan pemberontak agar tidak
mencemarkan lokasi pesawat terhempas, dan menyatakan kesediaan AS untuk membantu
siasatan kepada Presiden Ukraine Petro Poroshenko, yang menyatakan kesediaan menerima
penyiasat antarabangsa. Hal ini, secara tidak langsung memberi implikasi yang lebih teruk
kepada kedua-dua Negara ini iaitu Malaysia dan Belanda. Konflik terus berlangsung di
Ukraine, apabila kumpulan militan pemisah disokong Rusia terus aktif di wilayah timur
Ukraine yang didiami majoriti penduduk cenderung ke Rusia.

Perkembangan terbaharu ini meningkatkan konfrontasi antara Rusia dengan Barat,


dan memberi peluang kepada AS dan sekutu meningkatkan tekanan dan mengolah tindakan
baharu terhadap Putin dan Moscow. Ini meningkatkan lagi kepentingan kritikal Malaysia dan
Belanda dalam percaturan politik kuasa besar global, yang menyaksikan kemungkinan
peningkatan konflik bersenjata. Tragedi MH17 di Ukraine berlaku kurang sehari selepas AS
dan Eropah mengumumkan sekatan baharu terhadap syarikat-syarikat penting Rusia,
termasuk institusi kewangan dan syarikat tenaga. Peristiwa ini sedang menyaksikan kesan
negatif kepada Rusia, apabila AS dan sekutu-sekutu telah melemparkan kritikan terhadap
Rusia, yang tertumpu pada pertanggungjawaban Rusia kerana membekalkan peralatan
perang yang canggih kepada pemisah di Ukraine, negara yang kini dikuasai pemerintah pro-
Barat.

14
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

Penyiasat antarabangsa yang bebas ini ditegaskan sejak awal bersama presiden
Ukraine dan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang bermaksud
sebagai satu amaran kepada Rusia tidak menghalang siasatan ke atas insiden ini yang
berlaku di wilayah dikuasai pemisah pro-Rusia. Oleh itu, penyiasat Organisasi bagi
Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, OSCE, telah tiba di lokasi insiden. Pemberontak
dikatakan menghalang akses kepada kawasan pesawat terhempas, dan kemungkinan
penglibatan mereka bakal mendorong lagi tindakan menyekat penyiasat luar (Konflik
Harian : 2014).

Kejadian MH17 ini melibatkan pihak utama yang merupakan sekutu rapat AS seperti
Belanda, Malaysia, Australia dan Ukraine. Hal ini, membolehkan AS memimpin respons
terhadap kejadian ini dan kesan-kesannya kemudian. Dalam sidang media itu Obama juga
menegaskan bahawa konflik di Ukraine kini memperlihatkan implikasi globalnya yang tidak
boleh diabaikan lagi oleh dunia.

Setakat ini, Washington secara rasmi masih tidak menunjukkan kecenderungan


untuk secara terbuka dan keras menekan Rusia, tetapi secara konsisten membina sokongan
daripada masyarakat antarabangsa untuk menunjukkan respons yang seragam.

Perkembangan ini bermakna Malaysia dan Belanda kini berdepan kemungkinan


menghadapi ujian dalam hubungan dengan Rusia, terutamanya kepada Malaysia selepas
hubungan dengan China terjejas akibat peristiwa kehilangan MH370 lapan bulan lalu.

Perkembangan ini menunjukkan Malaysia dan Belanda secara tidak langsung kini
terlibat dalam persaingan kuasa besar dunia, yang implikasinya bakal mempengaruhi politik
global, terutama melibatkan hubungan AS dan sekutu dengan Rusia. Ini mendedahkan
Malaysia dan Belanda kepada cabaran keselamatan yang semakin meningkat, yang
disukarkan lagi oleh peranan besar kuasa-kuasa global yang mempunyai hubungan baik
dengan Kuala Lumpur dan Amsterdam .

Berdasarkan kajian kes konflik wilayah Crimea antara Rusia dan Ukraine dapat
dianalisiskan mengapa perdamaian positif yang berkekalan susah untuk dicapai, hal ini
kerana kepentingan negara masing-masing melebihi segalanya daripada perdamaian positif
itu sendiri.

Konflik wilayah crimea antara Rusia dan Ukraine mengetengahkan pendekatan


bahawa konflik tidak boleh dielakkan dalam kehidupan sosial, kerana tidak ada satu pun
sistem sosial yang stabil sepenuhnya benar-benar bebas daripada konflik). Tetapi konflik

15
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

boleh ditransformasikan daripada yang merosakkan kepada yang konstruktif. Konflik dan
damai tidaklah saling bercanggahan apabila parti-parti yang berkonflik menggunakan cara-
cara damai dan tidak mematikan dalam penyelesaian dan transformasi konflik. Oleh itu ia
menguatkan lagi mengapa perdamaian positif yang berterusan sukar dicapai.

Proses perdamaian gagal apabila penyusunan semula hubungan-hubungan sosial


yang telah musnah diantara masyarakat yang terkesan daripada konflik yang berlaku dan
lebih jauh lagi, menghasilkan sebuah mekanisme pengendalian konflik yang tidak adil dan
kacau-bilau, kesan kepada aspek-aspek politik, ekonomi, sosial dan budaya yang meliputi
fokus konflik tersebut juga berlaku bukan sahaja terhadap negara –negara yang berkonflik
seperti Rusia dan Ukraine tetapi juga terhadap luar, dan dalam konteks konflik Ukraine dan
Rusia , negara yang turut menerima kesan adalah negara Eropah, Amerika Syarikat, Belanda
serta Malaysia.

Apabila konflik diantara kedua-dua negara yang turut melibatkan negara-negara lain
terkesan, proses perdamaian yang berpanjangan tidak akan tercapai, malahan ia akan
memburukkan hubungan diplomatik dan hubungan antarabangsa juga.

Kesimpulannya, perdamaian positif yang berpanjangan disebabkan kegagalan ,


aktor-aktor antarabangsa bekerjasama dalam menyelesaikan konflik, hubungan
antarabangsa yang berlandaskan “national interest’ semata-mata, ketidakseimbangan kuasa
diantara negara-negara menyebabkan kesukaran perdamaian positif yang berterusan itu
sukar dicapai.

16
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

RUJUKAN

Baylis and Smith , The Globalization of World Politics , 2012 Oxford University Press.

Dr Roy Allison, The Ukraine Crisis : An International Law Perspective, 11 July 2014,

University Oxford

Elena Mizoroki, Russian Separatism in Crimea and NATO : Ukraines’s Big Hope, Russia’s

Grand Gamble, August 2009, Caval University.

Haris Zalkapli, Implikasi global tragedi MH17, Saturday, July 19, 2014 , siasah daily.

Goldman Minton : The Soviet Union and Eastern Europe , 1970.

http://www.osw.waw.pl/en/publikacje/analyses/2014-03-19/consequences-annexation-

crimeac

http://www.themoscowtimes.com/opinion/article/crimean-adventure-will-cost-russia-
dearly/506550.html

Merle Maigre, Crimea The Achilles’ Heel of Ukraine, November 2008.

Mohd. Najib Abdul Ghaffar, Penyelidikan Pendidikan, 1999, Universiti Teknologi Malaysia.

Joseph Gabriel Starke, International Law, 1984, London : Butterworth.

Jim Acosta, other kuasas kick Russia out of G8, CNN Senior White House Correspondent,

March 25, 2014, U.S., -- Updated 0032 GMT (0832 HKT).

Jackson, Robert., Georg Sorensen. (2005). Pengantar Studi Hubungan Internasional.

Diterjemahkan oleh : Suhendar. Yogyakarta: Pustaka Pelajar

Perwita, Anak Agung Banyu., Yanyan Mochamad Yani. (2005). Pengantar Ilmu Hubungan

Internasional. Bandung: PT Remaja Rosdakarya

17
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

Steven Woehrel, Ukraine : Current Issues and US Policy, September 4, 2014,

CongressionalResearch Service.

Yossi Alpher, The Ukraine/Crimea, Crimea Crisis : Ramifications For The Middle East, April

2014, Norwegian Peace Building Resources Centre.

18
NUR AIN BINTI ABU KASSIM (MA1712187T)

19

You might also like