You are on page 1of 1

PROGRAM JELAJAH TURKI -LONDON

1. Yang Berusaha, Puan Meriam binti Abdul Karim, pengetua SMK Putrajaya Presint 5
(1)
2. Puan Sallleha binti Salleh, Penolong Kanan Pentadbiran.
3. Encik Roslan bin Hassan , Penolong kanan hal ehwal murid
4. Puan Sartini binti Mohd Noor, Penolong kanan Kokurikulum.
5. Puan Rozita Binti Sayuti, Penolong Kanan Tingkatan 6
6. Guru-guru kanan mata pelajaran, kaunselor, guru-guru dan seterusnya para pelajar
yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera.

Sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina dan


melonjakkan modal insan murid yang berketrampilan dan bertaraf dunia, maka
kesediaan sekolah menyediakan program dan aktiviti serta penglibatan murid pada
peringkat antarabangsa amat digalakkan. Justeru, Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Selangor dan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menyahut seruan ini dan
cuba merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pengelolaan
program JELAJAH BUDAYA ANTARABANGSA TURKI-LONDON .
Buat julung kalinya pada tahun ini, sekolah kita telah menyertai festival
antarabangsa kanak-kanak melalui program International Children Festival dan
Jelajah Budaya di Turkey/London pada 18-30 April 2018.

Tanpa membuang masa, dijemput Puan Salleha binti Salleh mengiringi Puan
Meriam binti Abd Karim, pengetua SMKPP 5 (1) untuk menyampaikan sijil
penghargaan kepada Pihak sekolah, guru dan pelajar yang terlibat. Dipersilakan,
Puan Sartini binti Mohd Nor, Penolong kanan Kokurikulum untuk menerima sijil

penghargaan bagi pihak sekolah SMK Putrajaya Presint 5(1). Seterusnya,


dipersilakan PUAN MAZIRA BINTI MOHD ZAIN, Guru Kanan Mata Pelajaran
Bahasa yang komited untuk turut bersama-sama mengikuti program ini. Seterusnya
dipersilakan peserta yang terlibat iaitu ALYA FARIHA BINTI AZAIRRY. Tahniah
diucapkan kepada semua yang terlibat.Terima kasih diucapkan kepada Puan Meriam
binti Abd karim dan Puan Salleha Salleh atas penyampaian sijil sebentar tadi.

You might also like