You are on page 1of 1

esepi Punten : (menu yang sangat ohsem orang jawa)

1:3 sukatan beras dan santannya

==============================

Bahan-Bahan:

2 pot beras

6 pot santannya. Saya guna sebiji kelapa

Sedikit garam bagi rasa lemak. Janganlah pula letak sekilo ya

Letak sikit kelapa parut (suka hati nak letak ke tak)

Cara Membuat:

1. Cuci beras sampai bersih, lepas itu masuk santan, garam, kelapa parut. Masak macam masak nasi
lemak, cuma lebihkan airnya.

2. Lepas tu bila dah kering airnya, matikan api. Kacau dan kaup balikkan.

3. Ambil botol, sarung dengan plastik bagi dia mudah untuk menumbuk bagi lagi tekstur lumat. Botol
apa-apa pun boleh, saya guna botol sos tomato. Kalau arwah suami saya dia guna pelepah kelapa yang
di repair bagi cantik dan guna sebagai alat menumbuk. Nampak lagi tradisional kan?

4. Dah lumat, kepal-kepalkan bentuk ikut suka. Kalau panas alas dengan plastik. Kalau tangan kebal, ok
je. Nak cun guna acuan kuih pun boleh. Kalau style arwah suami saya dia akan alas talam atau loyang
dengan daun pisang.

5. Selepas tu tuang je yang dalam periuk atas tu dan ratakan. Kemudian, sejukkan. Dah sejuk baru
potong ya. Rupanya dia cantik bila di potong ikut persegi!

You might also like