You are on page 1of 1

4 maut nahas di LPT

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


cnews@nstp.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet

Share

MARAN: Tiga wanita dan seorang lelaki terbunuh dalam kemalangan di


kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur,
di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.49 pagi itu, semua mangsa menaiki kereta
Perodua Myvi dikatakan terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan.

Akibat rempuhan itu, semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat


kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan
akibat tersepit dalam kenderaan yang remuk itu.

Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya


terpaksa menggunakan mesin pemotong hidraulik bagi mengeluarkan empat
mangsa yang tersepit.

"Semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan...


siasatan kemalangan diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam
kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Sani berkata, identiti kesemua mangsa sedang dikenal pasti dan usaha
memaklumkan keluarga mangsa sedang dijalankan.

Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah


(HOSHAS), Temerloh untuk tindakan lanjut.

You might also like