You are on page 1of 1

AKTIVITI 3

Program LADAP merupakan salah satu platform bagi guru-guru


menambahkan pengetahuan berkenaan bidang tugas yang mereka ceburi.
Oleh yang demikian, keperluan untuk mengurus dan mentadbir program
LADAP di sekolah dengan baik memerlukan perancangan dan pelaksanaan
yang komprehensif.
Bagi penambahbaikan pelaksanaan Ladap di sekolah, saya
mencadangkan supaya LADAP boleh dijalankan sekurang-kurangnya sebulan
sekali untuk mencukupkan 7 hari kursus setahun. Jika kekerapan guru datang
ke sekolah untuk berkursus akan menidakkan kebajikan guru. Ladap yang
hendak dibuat hendaklah meliputi perkara-perkara yang boleh mewujudkan
kerja berpasukan. Manakala tidak hanya bertumpu kepada ceramah sahaja
tetapi hendaklah kepada aktiviti yang aktif dan dinamik supaya Ladap tidak
membosankan. Aspek pengisian yang dilaksanakan melibatkan apa yang
perlu disajikan dalam kursus berkenaan yang relevan dengan staf, menjurus
kepada meningkatkan keberkesanan kualiti pembangunan kemenjadian
murid. Sebagai contoh pengisian berunsurkan ICT.
Akhir sekali dengan adanya perkongsian ilmu dalam Ladap, guru-guru
dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan lebih rapat lagi sesama rakan.

148 patah perkataan

You might also like