You are on page 1of 1

Nota sains tahun 5

Pemboleh Ubah
Untuk menjawab soalan bahagian B dengan baik, semua calon haruslah terlebih dahulu
menguasai dua jenis pemboleh ubah iaitu:

pemboleh ubah dimanipulasi @ diubah


pemboleh ubah bergerak balas @ diperhatikan

Kedua-dua pemboleh ubah ini boleh di dapati di dalam jadual, graf, dan rajah. Kadangkala,
pemboleh ubah ini boleh ditemui di dalam penyataan yang diberikan di dalam soalan yang
diberikan. Calon harus bijak mengenali pemboleh ubah ini dan jika ada CALON BOLEH
MENGGARISKAN PEMBOLEH UBAH tersebut.

Apa itu 'pemboleh ubah dimanipulasi (PM)'.

'Pemboleh ubah dimanipulasi' atau juga dikenali dengan 'diubah', merupakan sesuatu perbuatan
pengkaji untuk membezakan bahan ujikaji supaya penyiasatan yang dijalankan juga akan
mendapat perbezaan. Untuk mengenalinya calon boleh melihat kepada PERBEZAAN YANG
BOLEH DILAKUKAN OLEH MANUSIA.

Apa itu 'pemboleh ubah bergerak balas (PB)'.

'Pemboleh ubah bergerak balas' atau juga dikenali sebagai 'diperhatikan', merupakan hasil atau
keputusan yang diperoleh setelah perkara yang diubah itu dilakukan. Calon boleh melihat
kepada PERBEZAAN YANG TERDAPAT DI DALAM PENYIASATAN YANG BERLAKU SECARA
AUTOMATIK (TIDAK DIBUAT OLEH MANUSIA).

Contoh :

Ali menyediakan empat gelas air masak. Setelah itu dia telah memasukkan pati berperisa seperti
sirap, sarsi, jagung dan anggur ke dalam setiap gelas. Setelah dia memasukkan pati tersebut,
setiap air masak itu menghasilkan warna-warna yang berbeza.

Di dalam penyiasatan ini,

Pemboleh ubah yang dimanipulasi @ diubah


= jenis pati berperisa

Pemboleh ubah yang bergerak balas @ diperhatikan


= warna air

Terdapat satu lagi pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah yang dimalarkan @ ditetapkan. Pemboleh
ubah yang dimalarkan ialah perkara yang perlu dikekalkan di dalam setiap penyisatan tersebut. Di
dalam penyiasatan di atas JENIS AIRadalah pemboleh ubah dimalarkan. Ini kerana, pada setiap
pati dimasukkan ke dalam air masak. Jika salah satu air masak itu ditukar kepada air kopi maka
akan berlakunya perubahan dan penyiasatan yang dijalankan akan terganggu.

Ini bermakna pemboleh ubah dimalarkan @ ditetapkan merupakan perkara yang perlu dikekalkan
dan boleh mempengaruhi hasil penyiasatan jika ianya diubah.

Semoga penerangan ini akan dapat membantu anda semua. Jika ada sebarang masalah, sila
bertanya....

You might also like