You are on page 1of 1

Perkataan psikologi berasal dari dua perkataan Greek, iaitu “Pyche” (bererti jiwa) dan “ logos”

(bererti kajian terhadap sesuatu). Mengikut William (1960), psikologi ialah satu cabang kajian
saintifik tentang tingkah laku dan aktiviti manusia. Whittaber (1970) dalam bukunya
Introduction to Psychology menghuraikan psikologi sebagai sains tingkah laku. Fantino (1974)
menjelaskan psikologi sebagai penyelidikan saintifik terhadap mimpi, fantasi, ingatan, pemikiran
kebimbangan dan sensasi manusia. Murphy (1975) merupakan psikologi sebagai ilmu yang
mengkaji tindak balas yang diberi oleh manusia terhadap rangsangan persekitaran. Kalish (1977)
menyatakan psikologi ialah sains yang digunakan untuk memaham, meramal dan mempengaruhi
tingkah laku manusia. Baron (1989) mengertikan psikologi ialah sains yang mengkaji tingkah
laku dan proses – proses mental manusia.

Psikologi ialah satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik tingkah laku manusia atau
haiwan, khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi, kecerdasan, keperluan dan tindak
balas manusia terhadap rangsangan persekitaran sosial.

You might also like