You are on page 1of 3

MODULE: Keelektrikan

EPISOD 1: Keajaiban yang Hebat

Lembaran Kerja 1.1 Semua objek mempunyai elektrik statik. Elektrik statik bukan
Tenaga yang tidak sejenis elektrik yang boleh mengalir melalui wayar. Anda
kelihatan mungkin biasa dengan percikan (kejutan seperti kilat) yang
kadang-kadang dirasai selepas menyeret diri anda melalui
permaidani atau ambal dan kemudian menyentuh tombol pintu
logam.

Percikan ini disebabkan oleh elektrik statik. Elektrik statik


tidak mengalir melalui sesetengah bahan tetapi tersimpan di
dalamnya. Bahan ini dipanggil bukan pengalir atau penebat.

Menggosok jalur politena dengan kain akan menghasilkan cas


statik (pada jalur dan kain). Oleh kerana kedua-duanya ialah
penebat, cas tidak boleh mengalir keluar tetapi kekal dalam
objek.

Sesetengah bahan seperti politena akan mendapat elektron


daripada kain dan menjadi cas negatif, manakala bahan lain
akan kehilangan elektron dan bercas positif.

Kadangkala apabila anda menyikat rambut, bunyi gemersik akan


kedengaran hasil merupakan kesan elektrik statik dan hujung
rambut akan berdiri.

1. Lakukan aktiviti berikut secara berpasangan.

2. Jalankan aktiviti amali yang telah disediakan di setiap stesen.

3. Tuliskan pemerhatian anda dalam jadual yang disediakan.

1
Lembaran Kerja 1.1 Tenaga yang tidak kelihatan

Stesen Arahan Pemerhatian


1 • Taburkan cebisan kecil kertas tisu di atas
meja.
• ‘Caskan’ sikat dengan menggosokkannya
dengan kain bulu kambing. (Geseran
dengan menggosok akan menghasilkan
elektrik statik.)
• Sekarang hampirkan sikat yang telah
dicas dengan kumpulan cebisan tisu.
2 • Tiupkan belon.
• Ikatkan benang pada belon.
• Gosokkan kain pada belon dan gantung
belon pada ketinggian paras kepala.
• Minta rakan sekelas anda untuk
mendekati belon itu secara perlahan-
lahan.
3 • Buka pili air dan biarkan air mengalir.
• Gosok dengan kuat kain bulu kambing
dan sikat dalam suatu tempoh yang
sesuai.
• Bawa sikat menghampiri aliran air tanpa
menyentuhnya secara langsung.
4 • Kepitkan pensel menggunakan dua
pengepit supaya pensel itu dipegang
secara melintang.
• Gantung dua biji bola gabus pada pensel
menggunakan benang kapas untuk
membolehkan bola gabus itu tergantung
pada jarak kira-kira 6-8 cm antara satu
sama lain.
• Caskan sikat dan letakkan sikat antara
kedua-dua bola gabus itu.
5 • Perhatikan dengan teliti kepingan logam
dan kepingan kecil serbuk emas di
bawah sebuah elektroskop. Ia terdiri
daripada satu bekas yang dipateri dengan
kepingan logam dan kepingan kecil
serbuk emas.
• Caskan sikat dan pegangnya berdekatan
dengan hampirkan sikat dengan
kepingan logam tanpa menyentuhnya.

2
Lembaran Kerja 1.1 Bincangkan pemerhatian anda.
Tenaga yang tidak
kelihatan Pilih satu stesen kegemaran anda.

1. Bagi stesen kegemaran anda: Bagaimanakah elektrik statik


menyebabkan kesan yang telah anda perhatikan?

2. Bagi stesen 1: Bagaimana anda menghasilkan cas statik


kepada objek logam yang besar?

3. Bagi stesen 2: Apakah yang anda fikir akan berlaku jika


anda caskan dua belon dan kemudian menggolekkan kedua-
duanya ke arah satu sama lain? Bagaimanakah cara untuk
anda caskan kedua-duanya supaya boleh melekat?

4. Bagi stesen 3: Bagaimana kilat mempengaruhi arah hujan


yang turun semasa ribut?

You might also like