You are on page 1of 10

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK : FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION

KOD KURSUS UWS 10103

NAMA KURSUS KENEGARAAN & PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA

FAKULTI FPTV

NAMA PELAJAR ANWAR FAHMI BIN AZNAN

SEKSYEN 5

NAMA PENSYARAH DR. SITI SARAWATI HJ. JOHAR

TARIKH HANTAR 30/4/2015

MARKAH

TUGASAN
Bil. Isi kandungan Muka surat

1 Biodata

2 Pengenalan

3 Ulasan

4 kesimpulan

5 Rujukan

6 Lampiran
Biodata

Nama : Anwar Fahmi bin Aznan

No. matrik : DB140099

No. Kad Pengenalan : 921226-02-5291

Alamat semasa : Bilik 132, Blok K Kolej Taman Kelisa 86400 Parit Raja Batu Pahat

Johor

Alamat Kampung : 1398 Km 5 Jalan Abi Tok Hashim 01000 Kangar Perlis

Emel : db140099@siswa.uthm.edu.my

No. telefon : 016-5648531

Nama rakan baik : Aiman bin Muhammad

No. telefon : 010-3735103

Motto hidup : Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.

Idola
Pengenalan

Selepas Perang Dunia ke-2 Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's
House iaitu di Carcosa Seri Negara. Tujuan Malayan Union ditubuhkan ialah untuk
membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan imigran menumpukan kesetiaan,
mengawal kuasa politik melayu yang bekerjasama dgn Jepun, menjimatkan perbelanjaan di
mana Negeri Selat (Pulau Pinang, Province Wellesly, Melaka), Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang,Negeri Sembilan) & Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis) digabungkan dalam satu pentadbiran, jaminan
penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu (pengeluar bijih timah dan
getah), memastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur
tidak terjejas, mengukuhkan pertahanan British, mewujudkan pentadbiran yang cekap dan
seragam, dan sebagai persediaan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Terdapat
beberapa ciri Malayan Union yang diperkenalkan oleh pihak British. Antaranya ialah
Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan di bawah kuasa seorang Gabenor British
berbeza dengan tanah melayu yang mana ia digabungkan menjadi satu pentadbiran. Selain
itu, kedaulatan sultan dan raja-raja melayu dihapuskan. Raja-raja melayu hanya dibenarkan
bersuara dalam soal berkaitan agama Islam dan Adat istiadat Melayu sahaja. Corak
pemerintahan Malayan Union didahului oleh Parlimen British dan seterusnya diwakili oleh
Gabenor Malayan Union. Dibawahnya pula mempunyai tiga majlis iaitu Majlis Eksekutif,
Majlis Undangan dan Majlis Melayu.

Ulasan

Namun penubuhan Malayan Union mendapatkan tentangan yang hebat daripada


orang melayu. Hal ini kerana atas beberapa faktor yang menyebabkan orang melayu
menentang Malayan Union. Yang pertama ialah kedaulatan dan kuasa sultan terancam
apabila dilaksanakan Malayan Union. Gabenor yang mempunyai kuasa veto boleh
mengakibatkan kuasa raja-raja melayu dikurangkan dan terhakis. Perlembagaan Malayan
Union telah merangka bahawa Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis
Agama Islam dan ini boleh menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam kerana orang
bukan Islam yang menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam. Raja-Raja yang dianggap sebagai
‘Payung Ketuanan Bangsa’ dan di bawah mereka rakyat tumpang bernaung. Bagi orang
Melayu, jika kedaulatan dan kuasa politik hilang bermakna raja-raja tidak lagi mempunyai
kuasa untuk melindungi hak dan kepentingan orang Melayu pada masa depan. Jika kuasa
raja-raja melayu hilang status Tanah Melayu akan bertukar kepada Tanah Jajahan British.
Kesannya tanah melayu akan menjadi Jajahan Takluk (Koloni) Britain.

Faktor yang kedua ialah kaedah atau pun cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan
tandatangan sultan. Sir Harold Mac Michael merupakan wakil kerajaan Inggeris yang
ditugaskan untuk mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu menyerahkan negeri-negeri
mereka kepada kerajaan Inggeris untuk dijadikan Jajahan Takluk (Koloni) Great Britain.
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh Sir Harold Mac Michael untuk memperdayakan sultan
dan raja-raja melayu menurunkan tandatangan persetujuan penyerahan kuasa kepada kerajaan
Inggeris. Di antaranya ialah dengan cara ugutan. Sir Harold Mac Michael telah mengugut
akan memecatkan raja dan menggantikan baginda dengan seseorang yang sanggup
menurunkan tandatangan tanda persetujuan. Selain itu, Sir Harold Mac Michael pandai
mengenakan janji-janji manis kepada raja-raja melayu iaitu raja-raja melayu akan
dikurniakan kemudahan dan kedudukan yang istimewa untuk baginda dan waris-warisnya.
Raja-raja melayu juga didesak untuk menurunkan tandatangan tanpa diberikan masa untuk
mengkaji dan meneliti perjanjian yang dibawa oleh Sir Harold Mac Michael. Raja-raja
melayu juga tidak dibenarkan untuk berunding bersama pembesar-pembesar negeri dengan
alasan perkara yang dibincangkan itu adalah rumit dan amat sulit. Orang melayu berasa
marah akan tindakan yang dilakukan oleh Sir Harold Mac Michael. Pemimpin-pemimpin
juga berasa terhina dengan keangkuhan pihak British yang tidak memikirkan tentang
kepentingan orang melayu. Tindakan British dianggap sebagai tidak demokratik dan tidak
berpelembagaan.

Faktor yang ketiga ialah pemberian taraf kerakyatan. Pemberian kerakyatan yang
longgar juga ditentang oleh orang Melayu. Hal ini kerana British ingin menggunakan prinsip
jus soli di mana bagi menyeragamkan keadaan yang tidak konsisten yang berlaku di antara
kaum di Tanah Melayu. Jus soli bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan
yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan. Melalui
penggunaan prinsip ini hak-hak istimewa orang melayu sebagai bumiputera akan terjejas di
mana golongan pedagang yang datang dari luar akan mendapat hak kerakyatan dengan
mudah. Ini akan menyebabkan hak-hak istimewa orang melayu terjejas. Orang melayu risau
akan hak-hak istimewa mereka akan dinikmati oleh orang cina dan india yang dilihat
hanyalah pendatang yang menumpang di tanah melayu. Selain itu, orang melayu juga
bimbang dengan penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini akan
meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan Cina. Orang melayu menjadi lebih
bimbang apabila pada tahun 1947 jumlah peratusan orang melayu hanyalah 49.46% daripada
jumlah penduduk tanah melayu. Orang melayu telah memboikot pengisytiharaan Malayan
Union pada 1946 kerana mereka berasa tergugat dengan status dan kedudukan hak
kerakyatan mereka. Walaupun ia telah dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu pada mulanya
tetapi Datuk Onn Jaafar telah berjaya memujuk Raja-Raja Melayu supaya memboikot
pengisytiharaan tersebut.

Kesimpulan

Namun orang melayu telah menentang Malayan Union dengan pelbagai cara seperti
melalui akhbar, demontrasi, mengadakan kongres dan sebagainya. Sifat orang melayu yang
bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain ketika itu telah berjaya membatalkan
British untuk melaksanakan Malayan Union di tanah melayu. Secara keseluruhannya, sebab-
sebab orang Melayu menentang Malayan Union adalah kerana takut kedaulatan raja-raja
Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu akan lenyap. Oleh itu, berlakunya penentangan
daripada pemimpin-pemimpin Melayu yang ingin membela nasib orang Melayu. Banyak
persatuan berjuang bersama. Akhirnya, Malayan Union tidak dilaksanakan dan kerajaan
British telah memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 bagi menggantikan Malayan
Union yang mendapat tentangan hebat daripada orang melayu.
Rujukan

BUKU

1. Dato’ Jaafar Onn (2007) UMNO Dan Malayan Union. Kuala Lumpur:
Penerbit MPH Group Publishing Sdn Bhd

2. Mohd Ashraf Ibrahim (2004) Gagasan Bangsa Malayan Yang Bersatu 1945-1957
Bangi Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

3. Mohamad Idris Salleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1995) Sejarah


Pembangunan Bangsa Dan Negara : Kuala Lumpur Penerbit Utusan
Publications and Distributers Sdn Bhd

RUJUKAN ELEKTRONIK

4. Laman web : http://ms.wikipedia.org/wiki/Jus_soli bertarikh : 8 mac 2009

5. Laman Web : Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia : Pusat sumber


http://www.arkib.gov.my/web/guest/malayan-union-teladan-buat-generasi-kini-akan-
datang
Lampiran

You might also like