You are on page 1of 19

PENGENALAN

Pengajian kerja paip domestik merupakan salah satu mata pelajaran


vokasional yang akan diperkenalkan disekolah sebagai salah satu aliran baru
dalam sesi pengajian sekolah harian biasa pada tahun 2005. Mata pelajaran
ini secara umumnya diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal
kepada pelajar tentang sistem perpaipan domestik dan kerja-kerja yang
bersangkutan dengan sistem ini yang lebih menjurus kepada aspek
kemahiran asas dan amali.

Salah satu komponen mata pelajaran yang perlu difahami dan dikuasai
dalam bidang ini ialah mengetahui dan mengenali pelbagai jenis dan fungsi
peralatan serta kelengkapan utama bagi kerja-kerja paip asas. Kerja kursus
ini disediakan sebagai panduan dan pengenalan kepada alatan tersebut yang
disertakan bersama gambar bagi memberikan lebih pemahaman serta
penerangan mengenai alatan tersebut. Kerja kursus ini juga disediakan
sebagai salah nota bantuan bagi kemudahan guru dan pelajar yang sedikit
sebanyak diharap dapat dijadikan panduan kepada bakal guru dan pelajar.
KERJA PAIP ASAS

ALATAN TANGAN KERJA PAIP ASAS

PITA UKUR

Pita ukur terdiri daripada perumah dan pembilah. Pita ukur digunakan
untuk membuat kerja-kerja mengukur sebelum sesuatu paip itu dipotong.

Pita pengukur yang biasa digunakan diperbuat daripada jenis kain atau
jenis zink. Ia mempunyai dua bentuk senggatan metrik. Saiz pita pengukur
yang biasa digunakan ialah 1 meter, 3 meter dan juga 6 meter. Pita pengukur
hendaklah dijaga kebersihanya daripada habuk, debu atau pasir. Tujuanya
adalah mengelakkan angka-angka pada pita pengukur itu tanggal dan kerja-
kerja pengukuran akan terjejas.
KIKIR

Kikir digunakan untuk mengikis dan menggegas benda kerja. Berus


kikir digunakan untuk membersihkan gigi-gigi kikir yang telah tersumbat
dengan serbuk logam. Kikir tidak boleh dikenakan minyak atau diletakkan
tindih-menindih antara satu dengan yang lain. Dua jenis kikir yang biasa
digunakan dalam kerja paip iaitu kikir bulat ( kikir ekor tikus ) dan kikir rata.

KIKIR BULAT ( KIKIR EKOR TIKUS )

Kikir bulat berfungsi untuk


membuang gerigis dan tepi tajam
pada lubang paip besi bergalvani yang
baru dipotong samada dengan gergaji
besi atau pemotong paip beroda.

Hulu kikir biasanya diperbuat daripada kayu keras atau plastik. Saiz
kikir ditentukan oleh jarak diantara hujung dengan pangkal. Saiz panjang kikir
yang biasa ialah 100mm hingga 300mm

Kikir bulat hendaklah sentiasa dijaga kebersihanya. Pastikan kikir bulat


dibersihkan selepas digunakan iaitu dengan memberusnya dengan
menggunakan berus dawai atau berus kikir. Simpan kikir di tempat khas
selepas digunakan.
KIKIR RATA

Kikir rata digunakan untuk membuat kerja-kerja menggegas logam. Di


dalam kerja perpaipan, ia digunakan untuk membuang gerigis dan tepi tajam
pada bahagian luar paip yang sudah dipotong.

Kikir rata diperbuat daripada keluli yang mempunyai permukaan yang


rata dan hulunya pula kebiasanya diperbuat daripada kayu. Saiz yang biasa
digunakan dalam kerja perpaipan ialah diantara 100mm hingga 350mm. Saiz
kikir rata ditentukan oleh jarak antara hujung dengan pangkal.
SEPANA BOLEH LARAS

Sepana boleh laras mempunyai dua rahang iaitu satu rahang tetap dan
satu rahang lagi boleh dilaras dengan memusing pelarasnya. Saiz sepanar
boleh laras ditentukan oleh panjang keseluruhanya.

Kegunaan sepanar boleh laras dalam kerja paip ialah :

i. Mengetat dan melonggarkan bolt atau nat


ii. Mengetat dan melonggarkan kepala paip

Cara menggunakan sepanar boleh laras dengan betul ialah dengan


rahang tetap berada di sebelah atas manakala rahang boleh laras di sebelah
bawah. Sepanar boleh laras dipusing menghala ke arah hujung boleh laras
dan menghala ke arah pengguna.
SEPANAR HUJUNG TERBUKA

Sepanar hujung terbuka mempunyai dua rahang yang tetap. Saiznya


ditentukan oleh jarak antara dua rahangnya dan dikira dalam unit mm.
Kegunaan sepanar hujung terbuka dalam kerja paip ialah :
i. Mengetat dan melonggarkan bolt dan nat
ii. Menanggalkan dan mengikatkan kelengkapan di tempat yang lapang

Cara menggunakan sepanar hujung terbuka pula ialah ;

i. Memastikan spanar hujung terbuka yang digunakan betul saiznya iaitu


muat dengan nat
ii. Sepanar hujung terbuka hendaklah ditarik ke arah pengguna
iii. Sepanar hujung terbuka tidak sesuai digunakan sebagai penukul
kerana boleh membuatkan rahangya patah
PERENGKUH PAIP

Perengkuh Paip adalah alat yang paling utama dalam kerja paip. Ia
digunakan untuk kerja paip yang batang paipnya jenis besi galvani (G.I). Saiz
perengkuh paip ditentukan oleh panjang keseluruhanya. Perengkuh paip
mempunyai dua rahang bergerigi dan satu daripadanya boleh dilaraskan
dengan nat pelaras. Kegunaan perengkuh paip dalam kerja paip ialah :

i. Mencengkam dan memutar batang paip ketika membuat kerja-kerja


penyambungan dan pemasangan paip
ii. Memegang objek-objek logam yang berbentuk bulat

Namun begitu perangkuh paip tidak sesuai digunakan untuk mengetatkan


atau melonggarkan bolt dan nat. Ini kerana ia boleh menyebabkan bolt atau
nat itu haus. Ia juga tidak sesuai digunakan untuk memegang peralatan
perpaipan jenis PVC.
PLAYAR

Playar merupakan alatan tangan yang digunakan untuk mencengkam


dan memegang. Ia dikenali mengikut jenis, saiz dan kegunaannya. Playar
tidak boleh sama sekali digunakan untuk menggantikan perengkuh paip dan
membuka bolt kerana cengkamannya tidak kuat dan dikhuatiri akan
merosakkan bahan tersebut.

PLAYAR GABUNG

Playar gabung mempunyai dua pemegang dan rahang cekup. Saiz


playar gabung juga ditentukan oleh panjang keseluruhannya. Kegunaan
playar gabung dalam kerja paip ialah :

i. Memegang dan mencengkam benda kerja yang bulat, leper dan kecil
ii. Memotong dawai halus
iii. Digunakan apabila mengikat dengan dawai

Cara menggunakan playar gabung dengan betul ialah :

i. Playar tidak seharusnya digunakan untuk mengetatkan bolt atau nat


ii. Playar gabung tidak boleh digunakan sebagai penukul
PLAYAR MUNCUNG TIRUS

Playar muncung tirus merupakan alat tangan untuk kerja-kerja


memegang dan mencengkam. Playar muncung tirus juga digunakan untuk
kerja yang sukar pada ruangan yang sempit contohnya semasa kerja
mengeluarkan pelompat dari sesendal dalam kerja baik pulih pili.

PLAYAR CENGKAM RAGUM

Playar ini biasanya digunakan untuk mencengkam batang besi paip


galvani kerana ia kuat mencengkam dan kukuh. Playar ini mempunyai rahang
yang bergigi dan boleh dilaraskan mengikut saiz yang dikehendaki.
PLAYAR CENGKAM SERIBU

Playar cengkam ragum pula biasanya digunakan untuk membuka paip


simbah dibawah tangki. Rahang atas dan bawahnya boleh dilaraskan. Ia
digunakan untuk membuka bahagian tersebut kerana cengkamannya besar
dan agak kukuh tetapi tidak sekuat cengkaman playar gabung. Bahagian
cengkamannya boleh mengurangkan kerosakan pada kelengkapan
perpaipan.
PEMUTAR SKRU

Pemutar skru digunakan untuk memasang dan mengetatkan skru. Saiz


pemutar skru ditentukan oleh panjang batang pemutar skru. Gunakan
pemutar skru yang bermata sesuai dengan skru bagi mengelakkan
kerosakan.

PEMUTAR SKRU MATA RATA

Pemutar skru mata rata digunakan untuk mengetatkan dan


melonggarkan skru kepala berlurah ( skru biasa ). Pemutar skru mata rata
juga dikenali sebagai pemutar skru biasa. Bahagian-bahagian utama pemutar
skru mata rata ialah mata rata, batang dan hulu.
PEMUTAR SKRU MATA PHILIPS

Pemutar skru philip juga digunakan untuk membuka dan melonggarkan


skru. Perbezaan antara kedua-dua pemutar skru hanyalah pada matanya
yang bersilang.

Langkah –Langkah Keselamatan Menggunakan Pemutar Skru ;

i. Jangan ketuk pemutar skru dengan tukul besi


ii. Gunakan pemutar skru yang sesuai saiznya dengan alur skru
iii. Sabun atau lilin boleh digunakan untuk memudahkan skru
GERGAJI BESI

Gergaji besi digunakan untuk memotong logam. Walau bagaimanapun,


ia boleh dianggap pemotong serbaguna kerana ia juga boleh digunakan untuk
memotong paip pvc selain paip besi bergalvani. Ia terdiri dari 2 bahagian yang
penting iaitu bingkai yang memegang mata gergaji dan mata gergaji.

Saiz panjang mata gergaji besi biasanya ialah 250 mm Ø dan 300 mm
Ø. Lebar mata pula biasanya 13 mm dan tebalnya ialah 0.65 mm. Ia
mempunyai jumlah gigi yang berlainan bergantung kepada jenis bahan yang
ingin dipotong. Terdapat 2 jenis gergaji besi iaitu gergaji besi berbingkai tetap
dan gergaji besi bingkai boleh laras.
PELOCOK

Pelocok digunakan untuk mengepam keluar kotoran yang terdapat


pada perangkap sink, besen cuci tangan dan mangkuk tandas. Pelocok
mempunyai satu hulu dan satu diafragma. Diafragma ini biasanya dibuat dari
getah dan berbentuk bulat. Cara menggunakan pelocok pada sinki ialah
dengan menadah air dalam sinki hingga separa penuh kemudianya diafragma
diletakkan pada permukaan air keluar sinki dan diafragma dipam dengan
menekan hulu.

Pelocok beroperasi menggunakan prinsip tekanan. Pada masa


sekarang, terdapat alat yang mempunyai fungsi yang sama dengan pelocok
yang hanya menggunakan kaedah pam. Alat ini masih belum digunakan
secara meluas.
PEMOTONG PAIP BERODA

Pemotong paip beroda digunakan untuk memotong besi paip


bergalvani, paip plastik dan objek-objek yang bulat dengan tepat dan cepat. Ia
mempunyai lima bahagian utama iaitu satu mata pemotong, dua roda pandu
atau penggolek, skru pelaras, bingkai dan pemegang yang juga dikenali
sebagai tangkai pemulas.

Matanya boleh ditukar jika telah haus. Ia juga boleh ditukar jika bahan
yang ingin dipotong memerlukan mata pemotong yang lebih sesuai contohnya
penggunaan mata yang berbeza diperlukan bagi pemotongan paip besi
tuang, paip palstik dan kuprum atau paip besi bergalvani.
ALAT PEMBENANG LUAR

Alat ini digunakan untuk membenang luar paip besi bergalvani. Ia


terdiri daripada mata pembenang (die) dan pasung (die stock). Mata berfungsi
untuk membuat benang pada paip dengan tepat untuk setiap saiz paip yang
lazim.

Saiz mata pembenang adalah dari 3 mm ke 102 mm. Semasa proses


membenang dijalankan, minyak pelincir diperlukan bagi mengurangkan
geseran untuk mengurangkan kepanasan mata dan memudahkan kerja
membenang dibuat. Pasung pula berfungsi untuk memusingkan mata
pembenang. Pasung jenis berengkol dan gear sala biasa digunakan kerana ia
memerlukan berat badan untuk memusingkan pembenang.
KALENG / PEMANCUT MINYAK

Berfungsi untuk memancutkan minyak kebahagian-bahagian yang


bergerak, berputar dan bergeser supaya kerja dapat dibuat dengan lancar
dan tidak merosakkan alat. Contoh terdekat ia digunakan ialah semasa kerja
membenang dan memotong paip besi bergalvani dibuat.

Pemancut terdiri daripada dua bahagian yang penting iaitu takungan


dan pemancut. Saiz takungan yang biasa digunakan ialah antara 250 ml dan
500 ml.
BERUS

Berus digunakan sama ada untuk menyapu bahan perpaipan semasa


kerja penyelenggaraan dan pemasangan ataupun untuk membersihkan
bahagian-bahagian tertentu paip selepas pemotongan atau ulir dibuat.
Terdapat beberapa jenis berus yang digunakan dalam saiz-saiz tertentu
seperti berus kikir atau berus dawai dan berus cat.

BERUS KIKIR / BESI

Berus kikir mempunyai hujung yang kasar, keras dan tajam. Ia


digunakan untuk mengeluarkan gerigis-gerigis yang biasanya terdapat pada
kikir selepas digunakan.

Ia juga boleh digunakan untuk membersih mata gergaji dan alat-alat


yang terlekat sisa selepas digunakan.
BERUS CAT

Fungsi utamanya ialah untuk mengecat tetapi ia boleh digunakan untuk


pelbnagai tujuan didalam kerja perpaipan. Kegunaan utamanya ialah untuk
membersih bahagian celahan alat dan kelengkapan sepertui mengeluarkan
gerigis pada celahan alat semasa membenang.

You might also like