You are on page 1of 3

Metodologi Kajian

Bahagian ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan temu duga yang dijalankan. Analisis temu

bual dijalankan berdasarkan instrumen yang disediakan. Borang temu duga ini mengandungi

soalan terbuka. Tujuan temu bual adalah untuk mendapatkan pandangan murid secara bersemuka

dan membenarkan murid menjawab soalan terbuka. Data temu bual ini dianalisis secaara kualitatif.

Temu duga dijalankan kepada seramai 20 orang responden. Temu duga ini tertumpu kepada 10

orang murid Tahun 4 yang 5 orang murid dipilih daripada tahun 4 Thiruvalluvar iaitu kumpulan

cemerlang dan yang selebihnya ialah dipilih dari kumpulan galus.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, bagi soalan satu iaitu “Adakah anda meminati mata

pelajaran Sains apabila belajar secara berkumpulan?” daripada sepuluh orang seramai 8 orang iaitu

sebanyak 80% murid menyatakan mereka suka belajar mata pelajaran Sains secara kumpulan.

Sebanyak 80% murid menyakatan mereka suka belajar secara berkumpulan kerana mereka dapat

bertukar pendapat serta menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran sains. Kajian yang lepas

menunjukkkan

Menurut Stalh (2009), pembelajaran koperatif dapat meningkatkan minat murid dalam

pembelajaran serta meningkatakan sikap saling bantu-membantu dari segi sosial. Seramai 20 %

murid menyatakan mereka tidak berminat dalam aktiviti kumpulan dalam mata pelajaran sains

kerana mereka menyatakan tidak dapat memberikan idea atau pendapat berkaitan tajuk yang

dibincangkan. Menerusi perbincangan dengan murid berkenaan didapati dia tidak suka aktiviti

kumpulan kerana mereka berasa tidak selesa untuk mengemukakan pendapat untuk tugasan

kumpulan yang diberi kerana murid cemerlang dalam kumpulan tersebut tidak memberi peluang

kepada mereka. Selain itu, seorang responden menyatakan dia tidak suka aktiviti kumpulan kerana
suasana yang bising menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk memberikan pendapat

dalam masa yang singkat.

Soalan kedua pula berfiokuskan “Adakah pembelajaran koperatif menggalakkan saya

berfikir dalam mata pelajaran sains?”. Bagi soalan kedua pula, sebanyak 70% orang murid

menyatakan mereka dapat memberikan pendapat dalam tugasan yang diberikan semasa aktiviti

kumpulan yang dijalankan. Menerusi temu duga yang dijalankan ini, didapati seramai 7 orang

daripada 10 orang murid gemar akan aktiviti kumpulan yang dijalankan semasa mata pelajaran

sains. Mereka mendapati dapat belajar bersama dan dapat membantu rakan lain dalam kumpulan.

Sebanyak 30% murid menyatakan bahawa mereka tidak dapat memberikan pendapat

dalam tugasan yang diberikan kerana perasaan malu dan tidak yakin dalam menjawab soalan yang

ditanyakan dalam aktiviti kumpulan. Daripada hasil perbincangan didapati, murid berasa malu

kerana kurang berpengetahuan dalam topik yang dibincangkan. Selain itu, sikap mereka sebagai

seorang pendiam juga menyebabkan mereka kurang aktif dalam memberikan pendapat.
Kesimpulan

Kesimpulannya, menerusi kajian yang dijalankan ini didapati bahawa pembelajaran

koperatif berkesan dalam proses pembelajaran sains tahun 4. Penerepan pembelajaran koperatif di

peringkat sekolah menjadi pelengkap kepada pendidikan abad ke-21 yang berpaksikan pengajaran

dan pembelajaran koperatif sebagai asas pendidikan abad-21 dalam Pelan Pendidikan

Pembangunan Malaysia 2013-2025. Guru yang bertindak sebagai fasilitator dalam bilik darjah

memberi peluang kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dapat dilihat bahawa, ahli kumpulan

yang terdiri dari pelbagai tahap kebolehan dapat memupuk semangat bekerjasama, sentiasa

bertimbang rasa, saling membina kepercayaan serta mahir berkomunikasi. Pembelajaran koperatif

juga mampu meningkatkan prestasi pembelajaran murid dalam mata pelajaran sains Tahun 4

kerana murid mempelajari ilmu sains menerusi percambahan idea dan pengalaman sendiri. Dengan

ini, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran koperatif dapat memberi perubahan yang positif

dalam akademik serta aspek sosial seseorang murid.

You might also like