You are on page 1of 1

GETAH

 Berita Harian

 12 Jan 2018


Pasaran getah Malaysia ditutup kebanyakannya tinggi semalam walaupun pasaran hadapan
komoditi itu di peringkat serantau mencatat prestasi yang bercampur-campur serta kenaikan
nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
“Sementara itu, pasaran hadapan getah di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) yang merupakan
penanda aras, ditutup rendah hari ini susulan peningkatan yen berbanding dolar AS serta
kerugian yang dicatatkan oleh pasaran saham Jepun,” katanya.
Pada jam 12 petang semalam, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia untuk tayar gred
SMR 20 menokok dua sen kepada RM5.90 sekilogram, manakala lateks dalam pukal susut
2.5 sen kepada RM4.695 sekilogram.
Harga penutup tidak rasmi bagi tayar gred SMR 20 naik 6.5 sen kepada RM5.92 sekilogram
dan latex pukal naik 1.5 sen kepada RM4.755 sekilogram.

You might also like