You are on page 1of 5

SJK TAMIL DENGKIL

43800 DENGKIL , SELANGOR

PERLEMBAGAAN KELAB GURU

1. NAMA PERTUBUHAN
Persatuan Kelab Guru SJK TAMIL DENGKIL.

2. OBJEKTIF
Menjadi Persatuan yang cekap dalam memperjuangkan hak guru-guru serta dapat menjaga
kebajikan ahli-ahli persatuan dari segi sosial, ekonomi, masalah semasa yang timbul serta
pendidikan mengikut undang-undang sedia ada.

3. MISI PERSATUAN
Sentiasa AKTIF; merancang dan melaksana pelbagai program berfaedah , motivasi ke arah
melahirkan warga KGTD yang lebih Inovatif, Proaktif dan Progresif selaras untuk
meningkatkan profesion pendidikan dan dalam masa yang sama melindungi serta
memperjuangkan hak setiap ahli persatuan.

4. KEAHLIAN
Semua guru-guru SJKT Dengkil secara automatik menjadi ahli kelab.

5. YURAN KEAHLIAN
5.1 Semua ahli wajib membayar yuran pendaftaran sebanyak RM10 iaitu sekali seumur hidup
5.2 Kadar bayaran yuran tahunan adalah seperti berikut :
a) Guru : RM 120.00

Nota : Yuran tahunan boleh dibayar 2 kali setahun atau secara ansuran melalui Bendahari
Kelab Guru .

6. MESYUARAT AGUNG
6.1 Mesyuarat Agung hendaklah dijalankan setahun sekali iaitu ketika mesyuarat guru pertama
dijalankan
6.2 Mesyuarat Agung hanya boleh dijalankan sekiranya kehadiran ahli tidak kurang 2/3 daripada
keseluruhan ahli kelab

7. MESYUARAT TERGEMPAR
Mesyuarat tergempar boleh dilaksanakan tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
7.1.1 1/3 daripada ahli kelab mengemukakan usul meminta mesyuarat tersebut diadakan
7.1.2 Jika kehadiran itu kurang daripada 1/2 jumlah ahli jawatankuasa, mesyuarat akan
digugurkan dan akan dipanggil semula selepas 14 hari dari tarikh tersebut. Pada
ketika ini, sebarang keputusan yang diambil adalah muktamad.
SJK TAMIL DENGKIL

43800 DENGKIL , SELANGOR

8. AHLI JAWATANKUASA
Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah terdiri daripada 6 orang dan AJK terdiri daripada 7 orang.
Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa mengikut perlembagaan ini adalah seperti berikut:

8.1 Pengerusi
I Memanggil mesyuarat
II Mempengerusikan mesyuarat
III Melantik Ahli Jawatankuasa kecil
IV Membuat keputusan Ahli Jawatankuasa kecil
V Memimpin aktiviti kelab secara keseluruhan
8.2 Naib Pengerusi
I Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya
8.3 Setiausaha
I Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
II Menguruskan surat-menyurat
III Menyimpan rekod kehadiran ahli
8.4 Penolong Setiausaha
I Membantu kerja-kerja Setiausaha seperti di atas
8.5 Bendahari
I Menguruskan hal ehwal berhubungkait dengan kewangan
8.6 Penolong Bendahari
I Membantu kerja-kerja Bendahari
8.7 Ahli jawatankuasa
I Menghadiri mesyuarat
II melaksanakan kerja-kerja sokongan

9. PERLANTIKAN SAH AHLI JAWATANKUASA


9.1 Tempoh perlantikan sah Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah selama 2 tahun.
9.2 Jika Penasihat Kelab mengumumkan perlantikan jawatankuasa baru atau pembubaran
jawatankuasa lama persatuan semasa Mesyuarat Guru kali pertama setiap tahun, secara
automatik Ahli jawatankuasa yang telah dilantik pada tahun sebelumnya akan tamat
berkhidmat.

10. JAWATANKUASA BIRO


10.1 BIRO KEBAJIKAN
Menguruskan hal berkaitan kebajikan ahli
10.2 BIRO KECERIAAN DAN KESELAMATAN BILIK GURU
SJK TAMIL DENGKIL

43800 DENGKIL , SELANGOR

Menguruskan kebersihan,keceriaan dan keselamatan bilik guru


10.3 BIRO PENAJAAN
Melaksanakan aktiviti pemasaran termasuk mengumpul dana kelab
10.4 BIRO SUKAN & REKREASI
Menguruskan aktiviti sukan dan rekreasi

11. PEMANSUHAN KELAB


Pemansuhan kelab boleh dibuat sekiranya menepati syarat-syarat berikut:
I 2/3 daripada ahli kelab ingin atau bersetuju berbuat demikian
II Baki kewangan tahun ini akan dimasukkan ke dalam akaun sekolah dan akan diserahkan
kepada mana-mana kelab baru yang ditubuhkan.
Nota : Baki wang tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada ahli

12. FAEDAH AHLI


Setiap ahli KGTD dengan sendirinya menjadi ahli persatuan sekiranya bersetuju dan
mendaftarkan diri sebagai ahli. Faedah diberikan ialah:

12.1 Saluran Menyuarakan Pendapat


Setiap ahli KGTD berhak untuk memperjuangkan hak mereka dan menyuarakan
pendapat melalui persatuan ini, di mana pihak persatuan akan cuba mencari jalan
rundingan agar kedua-dua pihak berpuas hati.Ini bermakna persatuan akan menjadi orang
tengah (saluran terbaik) dalam menyelesaikan konflik yang berlaku.

12.2 Majlis anjuran KGTD


Persatuan akan terlibat secara langsung dalam majlis yang diadakan di sekolah. Ini
bermakna dana yang disumbangkan oleh setiap ahli akan digunakan dalam
majlis.Contohnya jamuan akhir Tahun, Hari Guru dan sebagainya.

12.3 Khairat kematian


Setiap ahli yang kehilangan/kematian ibu bapa kandung, anak atau suami/isteri layak
mendapat sumbangan bagi mengurangkan beban kesedihan. Sekiranya ahli sendiri yang
meninggal, pihak persatuan akan cuba sedaya upaya menghubungi waris untuk
memberikan sumbangan berkenaan. Sumbangan yang diperuntukkan adalah RM50.

12.4 Perkahwinan
Bagi ahli yang akan melangsungkan perkahwinan buat kali pertama, ahli ini berhak
mendapat sedikit sumbangan daripada persatuan dalam bentuk hadiah atau sesuatu yang
dirasakan sesuai. Peruntukkan sumbangan adalah RM50.
SJK TAMIL DENGKIL

43800 DENGKIL , SELANGOR

12.5 Kelahiran
Ahli juga akan memperolehi sedikit sumbangan daripada pihak persatuan sekiranya anak
pertama atau ahli yang isterinya melahirkan anak pertama di SJKT Dengkil. Sumbangan
yang diperuntukkan ialah RM30.

12.6 Persaraan
Pihak persatuan akan cuba mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan ahli yang akan
bersara dengan dana yang ada. Guru yang berkhidmat selama lebih daripada sepuluh
tahun berhak menerima RM150.

12.7 Pertukaran guru/ perkhidmatan guru praktikal


Pihak persatuan akan cuba mengadakan majlis meraikan guru baru atau guru praktikal
dengan menggunakan dana yang ada. Guru yang berkhidmat lebih daripada satu tahun
berhak menerimanya. Sumbangan yang diperuntukkan ialah RM30.

12.8 Musibbah ahli


Persatuan sentiasa peka dengan musibbah/masalah yang dihadapi ahli dan akan cuba
mencari jalan untuk membantu bergantung kepada situasi. Contohnya kebakaran rumah,
kemalangan,kecurian dan sakit yang kritikal.

12.9 Hal-hal berkaitan


Pihak persatuan sebagai medium pengantara kepada guru-guru sentiasa terbuka untuk
mendengar sesuatu isu dan akan cuba menyelesaikannya dengan syarat setiap ahli tidak
terburu-buru dan sentiasa merujuk kepada pihak persatuan, khususnya Pengerusi dan
Naib Pengerusi.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Sebagai satu persatuan yang ditadbir dan diuruskan oleh warga SJKT Dengkil , maka di sini amat
ditekankan bahawa setiap keluar/masuk dana yang diperolehi MESTI direkodkan dan pihak persatuan
mesti melantik satu badan bebas (audit dalaman) yang akan meneliti dan mengesahkan perjalanan
kewangan persatuan.
SJK TAMIL DENGKIL

43800 DENGKIL , SELANGOR

Disediakan oleh; Disemak dan Diakui,

----------------------------------- ------------------------------------------

Setiausaha KGTD Pengerusi


Kelab guru (KGTD)

Disaksikan :

----------------------------------------

Guru Besar
SJK TAMIL DENGKIL

You might also like