You are on page 1of 7

Norhafizah bt Abdul Razak v Mohd Shahrezuan B Mohd

[2015] 4 ShLR Sahaharel (Ibrahim Lembut ShCAJ) 1

A Norhafizah bt Abdul Razak v Mohd Shahrezuan bin Mohd


Sahaharel

B SYARIAH SUBORDINATE COURT (PULAU PINANG) — CIVIL CASE


NO 07001–057–0499 OF 2011
IBRAHIM LEMBUT SHCAJ
10 JANUARY 2013

C
Islamic Law — Divorve — Ta’liq — Desertion and failure to provide
maintenance for continuous four months — Whether ta’liq violated — Whether
established — Whether justifies divorce — Islamic Family Law (State of Pulau
Pinang) Enactment 1996, s 45
D
The plaintiff and defendant was husband and wife who had solemnised their
marriage on 24 December 2009. The plaintiff ’s complaint against the
defendant was for the violation of ta’liq prescribed in the marriage certificate
and uttered by the defendant on 24 December 2009 namely, that the
E defendant had deserted the plaintiff for more than four months since July 2010
and had continued since the filing of this application on 28 September 2011.
Further, during the aforesaid period, the defendant had failed to provide her
with maintenance. This is considered as a complaint to the Syarie judge. The
defendant had neither filed any defence nor appeared before this court without
F any valid reasons and thus, the case was heard ex parte. The issues before this
court was as follows: (a) whether the parties were lawfully married; (b) if so,
whether the ta’liq was uttered by the defendant; (c) if established, whether there
had been violation of the ta’liq and complaint lodged with the Syarie judge.

G Held:
(1) Upon considering the plaintiff ’s evidence which was verified by two
witnesses who were also her parents and the documentary evidence, this
court is satisfied that the parties were legally married on 24 December
H 2009, the said marriage was accordingly registered and a marriage
certificate issued. Hence, the requirement of s 45 of the Islamic Family
Law (State of Pulau Pinang) Enactment 1996 (‘Enactment’) for this
court to grant a divorce was established (see para 9(a)).
(2) Based on the ta’liq in the marriage certificate, the court established that
I the said ta’liq was uttered by the defendant on 24 December 2009.
Further, the ta’liq had been violated when the defendant deserted the
plaintiff for more than four months since July 2010 and had continued
till to date and thus, the application considered as a complaint to the
Syarie judge (see para 9 (c)).
2 Shariah Law Reports [2015] 4 ShLR

(3) Failure of the defendant to file a defence and further, his refusal to attend A
the proceeding without any valid reasons is considered qarinah to
support the plaintiff ’s claim. Based on the facts of this case, all the
elements of ta’liq had been established. As the case was heard ex parte and
to avoid any doubt, the plaintiff was asked to take the oath of istidzhar
(sumpah al-istidzhar) pursuant to s 121(2) of the Enactment and B
thereupon this court affirmed that the defendant had deserted the
plaintiff for more than four months and also failed to provide her with
maintenance during the aforesaid period. In light of the above, the
plaintiff ’s claim is established pursuant to ss 72 and 73(1) of the Syariah
Court Evidence (State of Pulau Pinang) Enactment (see paras 11–13). C

[Bahasa Malaysia summary


Di dalam tindakan ini plaintif dan defendan merupakan pasangan suami isteri
yang sah mengikut hukum syarak dan telah berkahwin pada 24 Disember
2009. Tuntutan plaintif terhadap defendan adalah terhadap pelanggaran syarat D
ta’liq yang terkandung dalam sijil nikah yang dilafazkan oleh defendan pada 24
Disember 2009 iaitu defendan telah meninggalkan plaintif lebih daripada
empat bulan mulai Julai 2010 sehinggalah kes ini difailkan pada 28 September
2011 dan masih berterusan sehingga prosiding kes berjalan. Seterusnya,
kegagalan defendan menunaikan nafkah kepada plaintiff melebihi empat E
bulan hijrah. Tindakan plaintif memfailkan kes ini adalah ditafsirkan sebagai
suatu aduan kepada hakim Syariah. Defendan tidak menfailkan sebarang
pembelaan dan telah gagal hadir di mahkamah tanpa apa-apa alasan. Prosiding
kes ini telah diteruskan secara sebelah pihak. Isu-isu yang perlu diputuskan
dalam kes ini adalah seperti berikut: (a) sama ada pihak-pihak adalah pasangan F
isteri yang sah mengikut hukum syarak; (b) sekiranya sah, sama ada telah
wujud lafaz ta’liq yang dilafazkan oleh defendan; dan (c) sekiranya wujud, sama
ada telah berlaku pelanggaran bagi syarat-syarat ta’liq tersebut dan aduan
dibuat kepada hakim Syariah.
G
Diputuskan:
(1) Setelah meneliti keterangan plaintif yang disokong oleh keterangan dua
orang saksi yang masing-masing merupakan ibu dan bapa kandung
plaintif dan keterangan dokumentar, maka mahkamah mendapati H
bahawa pihak-pihak di dalam tindakan ini telah berkahwin pada 24
Disember 2009 dan telah didaftarkan menurut kehendak
undang-undang. Oleh itu, mahkamah berpuas hati bahawa pihak-pihak
merupakan pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum syarak
berdasarkan sijil nikah asal. Dengan itu kehendak s 45 Enakmen I
Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 1996 bagi
membolehkan mahkamah mengeluarkan suatu perintah perceraian telah
dipenuhi (lihat perenggan 9 (a)).
(2) Telah wujud lafaz ta’liq yang dilafazkan oleh defendan pada 24 Disember
Norhafizah bt Abdul Razak v Mohd Shahrezuan B Mohd
[2015] 4 ShLR Sahaharel (Ibrahim Lembut ShCAJ) 3

A 2009 berdasarkan perakuan ta’liq yang terkandung dalam sijil nikah.


Seterusnya, telah berlakunya pelanggaran terhadap syarat ta’liq tersebut
apabila defendan meninggalkan plaintif lebih daripada empat bulan
mulai Julai 2010 sehinggalah kes ini difailkan pada 28 September 2011
dan masih berterusan sehingga prosiding kes berjalan. Tindakan plaintif
B memfailkan kes ini adalah ditafsirkan sebagai suatu aduan kepada hakim
Syariah (lihat perenggan 9(c)).
(3) Mahkamah juga mengambil kira ketidakhadiran defendan tanpa apa-apa
alasan atau pembelaan difailkan merupakan satu qarinah yang
C membuktikan bahawa tuntutan plaintif adalah benar serta tidak dicabar.
Berdasarkan fakta-fakta kes adalah jelas menunjukkan bahawa kesemua
elemen utama yang menjadi syarat kepada ta’liq dalam kes ini telah
dipenuhi. Oleh kerana kes ini didengar secara sebelah pihak sahaja, maka
Mahkamah telah menawarkan sumpah istidzhar kepada plaintif setelah
D sanggup melafazkannya apabila diterangkan mengenai implikasi sumpah
bagi mengelakkan apa-apa tohmahan, selaras dengan kehendak s 121 (2)
Enakmen. Setelah sumpah dilafazkan maka tiada lagi keraguan di sisi
mahkamah untuk mensabitkan bahawa defendan telah meninggalkan
dan gagal menunaikan nafkah terhadap defendan melebihi empat bulan
E hijriah. Berdasarkan keterangan yang ada ini juga mahkamah berpuas
hati bahawa plaintif telah berjaya membuktikan dakwaannya selaras
dengan kehendak ss 72, 73(1) dan (2) Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 1996 (lihat perenggan 11–13).]

F Legislation referred to
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 1996 ss 4,
45, 48, 50(1), 72, 73(1), (2), 121(2)
Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 ss 4
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah(Negeri Pulau Pinang) 1996 ss 4
G
Books referred to
Mughni al-Muhtaj, Juzu 4, p 407
Al-Akhyar
Al-Sharkawi Ala Tahrir
H I’anat At-Talibin, Juzu 4, p 22
Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh, Juzu 9, pp 6972

Ibrahim Lembut ShCAJ:

I PENGHAKIMAN RINGKAS

[1] Kes didengar dan diputuskan di bawah s 50(1) dan (2) EUUKI setelah
mahkamah berpuas hati ianya telah memenuhi kehendak ss 4 dan ss 45
EUUKI (Bidang kuasa). Kes ini juga telah dibenarkan dibicarakan secara
4 Shariah Law Reports [2015] 4 ShLR

sebelah pihak sahaja setelah mahkamah turut berpuas hati bahawa defendan A
telah gagal hadir setelah penyampaian saman disempurnakan secara gantian
pada 31 Mei 2012 mengikut kehendak s 48 ETTM setelah penyampaian
kendiri menurut s 41 gagal disempurnakan berdasarkan afidavit yang
diikrarkan pada 2 November 2011. Dalam meneruskan prosiding secara
sebelah pihak ini mahkamah merujuk kepada kitab Mughni al-Muhtaj, juzu’ B
ke-4, ms 407 antara lain ada menyebut:
Penghakiman keatas yang ghaib itu adalah diharuskan jika ada bagi yang mendakwa
dapat mengemukakan keterangan dan dakwaan itu keatas yang ghaib itu boleh
disangkal atau boleh dibantah, jika berkata yang kena dakwa mengakui tidak boleh C
dengannya baiyinah, tetapi jika diitlakkan maka yang asalnya baiyinah itu boleh
didengar dan tidak perlu hakim melihat orang yang membela yang ghaib atau
mengingkari dakwaan itu dan wajib bagi hakim memerintahkan sumpah

[2] Dari sudut syarak terdapat beberapa nas yang jelas tentang keharusan D
bertaklik sebagaimana berikut:
Hadis Rasulullah SAW iaitu:
Maksudnya:
Orang Islam terikat kepada syarat-syarat mereka yang mana berlaku banyak E
perkara itu (membuat syarat) di zaman Nabi S.A.W dan zaman sahabatnya
termasuklah berkenaan dengan talak ta’liq ini seperti mana yang diriwayatkan
oleh Imam Bukhari, Abdullah bin Umar berkata:‘telah membuat syarat ta’liq
oleh seorang lelaki akan isterinya jika sekiranya ia keluar. Berkata Ibn Umar’:
sekiranya perempuan itu keluar maka jatuhlah talak dan jika tidak keluar maka
F
tidak ada apa-apa

[3] Dalam kitab Al-Akhyar diriwayatkan hadis Rasulullah SAW yang


berbunyi:
Maksudnya: G

Seorang mukmin terikat dengan syarat-syarat dan perjanjian-perjanjiannya. Selain


itu, dalam kitab yang soma ada menyebut:
Bermaksud:
H
Dan adalah sah takliknya dengan sifat dan syarat.

[4] Dalam kitab Al-Sharkawi Ala Tahrir ada disebut maksudnya:


Sesiapa yang melafazkan ta’liq dengan peruntukan talaq atas satu syarat dan syarat
I
itu terjadi talaq akan berlaku mengikut lafaznya itu.

[5] Dalam kitab I’anat At-Talibin ada juga disebut maksudnya:


Adalah dibolehkan mencerai dengan ta’liq seperti juga janji merdekakan hamba atas
Norhafizah bt Abdul Razak v Mohd Shahrezuan B Mohd
[2015] 4 ShLR Sahaharel (Ibrahim Lembut ShCAJ) 5

A syarat dan tidak dibenarkan menarikbalik sebelum kejadian perkara itu dan
perceraian itu akan terjadi apabila apa yang disyaratkan itu terjadi

[6] Dari segi hukum syarak, ta’liq diharuskan sebagaimana dijelaskan dalam
kitab I’anah al-Talibin, juzu’ 4, ms 22 yang berbunyi:
B
Maksudnya:
Harus berta’liq dengan talaq

C [7] Dalam kitab Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh juzu’ 9 ms 6972 karangan


Dr Wahbah Zuhaili ada menyebut:
Maksudnya:
Para ulama’ imam mazhab yang empat sependapat bahawa jatuh talaq yang
D bergantung (berta’liq) jika wujud perkara yang menjadi tempat pergantungannya.
Sama ada perkara itu merupakan perbuatan salah seorang daripada suami atau
isteri, ataupun suatu perkara yang luar dari perbuatan manusia (samawi), dan sama
ada ta’liq itu sebagai sumpah iaitu menggalakkan agar melakukan sesuatu atau
meninggalkannya atau untuk menguatkan khabar, ataupun sebagai syaratyang
dimaksudkan berlaku jawab syarat.
E
[8] Isu utama yang perlu diputuskan dalam kes ini adalah:
(a) sama ada pihak-pihak adalah pasangan isteri yang sah mengikut hukum
syarak;
F
(b) sekiranya sah, sama ada telah wujud lafaz ta’liq yang dilafazkan oleh D;
dan
(c) sekiranya wujud, sama ada telah berlaku perlanggaran bagi syarat-syarat
ta’liq tersebut dan aduan dibuat kepada hakim Syariah.
G
[9] Dalam memutuskan isu-isu tersebut maka mahkamah telah meneliti
keterangan P yang disokong oleh keterangan dua orang saksi yang terdiri
daripada Abdul Razak bin Shaari dan Rosnah bt Mahmood masing-masing
merupakan ibu dan bapa kandung P dan keterangan dokumentar iaitu eksh PI
H dan P2. Setelah meneliti keterangan-keterangan tersebut maka mahkamah
mendapati bahawa:
(a) pihak-pihak telah berkahwin pada 24 Disember 2009 dan telah
didaftarkan menurut kehendak undang-undang. Oleh itu mahkamah
I berpuas hati bahawa pihak-pihak merupakan pasangan suami isteri yang
sah mengikut hukum syarak berdasarkan sijil nikah asal. Dengan itu
kehendak s 45 EUUKI bagi membolehkan mahkamah mengeluarkan
suatu perintah perceraian telah dipenuhi;
(b) telah wujud lafaz ta’liq yang dilafazkan oleh D pada 24 Disember 2009
6 Shariah Law Reports [2015] 4 ShLR

berdasarkan perakuan ta’liq yang terkandung dalam sijil nikah; dan A


(c) telah berlakunya perlanggaran terhadap syarat ta’liq tersebut apabila D
telah meninggalkan P lebih daripada empat bulan mulai Julai 2010
sehinggalah kes ini difailkan pada 28 September 2011 dan masih
berterusan sehingga prosiding kes berjalan. Tindakan P memfailkan kes B
ini adalah ditafsirkan sebagai suatu aduan kepada hakim Syariah.

[10] Bagi dakwaan kekasaran fizikal yang dilakukan oleh D terhadap P,


mahkamah mendapati hanya keterangan SP2 sahaja yang menyokong tanpa
sebarang keterangan dokumentar yang boleh dijadikan qarinah yang kuat C
untuk diterima dakwaannya. Sungguhpun mahkamah boleh mengambil
sumpah takmilah daripada P untuk menyempurnakan dakwaannya
berdasarkan keterangan saksi tunggal iaitu SP2 dalam isu ini, namun
mahkamah berpandangan ianya tidaklah perlu memandangkan adalah
memadai untuk mahkamah mensabitkan tuntutan P hanya dengan alasan D D
telah meninggalkan dan gagal menunaikan nafkah kepadanya melebihi empat
bulan hijrah. Ini memandangkan kedua-dua saksi yang dikemukakan jelas
konsisten dalam isu nafkah dan D meninggalkan P.
E
[11] Mahkamah juga mengambil kira ketidakhadiran D tanpa apa-apa
alasan atau apa-apa pembelaan difailkan merupakan satu qarinah yang
membuktikan bahawa tuntutan P adalah benar serta tidak dicabar. Ini selaras
dengan kaedah fiqh:
Tidaklah disandarkan kepada orang yang berdiam diri itu sebarang kenyataan, F
tetapi berdiam diri ketika diperlukan adalah dikira keterangan.

[12] Berdasarkan fakta-fakta kes adalah jelas menunjukkan bahawa kesemua


elemen utama yang menjadi syarat kepada ta’liq dalam kes ini telah dipenuhi.
G
Oleh kerana kes ini didengar secara sebelah pihak sahaja, maka mahkamah
telah menawarkan sumpah istidzhar kepada P setelah sanggup melafazkannya
apabila diterangkan mengenai implikasi sumpah bagi mengelakkan apa-apa
tohmahan. Ini selaras dengan kehendak s 121(2) ETTM.
Sumpah P: H
Wallahi, Wabillahi, Watallahi, demi Allah aku Norhafizah bt Abdul Razak
bersumpah dengan nama Allah bahawasanya suami aku Mohd Shahrezuan bin
Mohd Shahaharel telah meninggalkan dan gagal menunaikan nafkah kepada
aku sejak bulan Julai 2010 sehingga kes ini difailkan dan masih berlarutan
I
sehingga sekarang tanpa sebab yang munasabah dan aku telah taat penuh
kepadanya serta tiada nusyuz dan dua orang saksi yang memberi keterangan bagi
pihakku adalah benar. Jika aku dusta pada sumpahku ini nescaya aku akan
dilaknat dan dimurkai oleh Allah Taala di dunia dan akliirat.
Norhafizah bt Abdul Razak v Mohd Shahrezuan B Mohd
[2015] 4 ShLR Sahaharel (Ibrahim Lembut ShCAJ) 7

A [13] Setelah sumpah dilafazkan maka tiada lagi keraguan di sisi mahkamah
untuk mensabitkan bahawa D telah meninggalkan dan gagal menunaikan
nafkah terhadap D melebihi empat bulan hijriah. Berdasarkan keterangan yang
ada ini juga mahkamah berpuas hati bahawa P telah berjaya membuktikan
dakwaannya selaras dengan kehendak ss 72, 73(1) dan (2) EKS.
B
[14] Berasaskan alasan-alasan di atas, maka diperintahkan:
(a) bahawa mahkamah mensabitkan tuntutan perceraian ta’liq antara
Norhafizah bt Abdul Razak dengan Mohd Shahrezuan bin Mohd
C Shahaharel mulai hari ini 10 Januari 2013;
(b) bahawa mulai hari ini tertalaklah Norhafizah bt Abdul Razak dengan
Mohd Shahrezuan bin Mohd Shahaharel dengan talaq satu;
(c) bahawa pembubaran perkahwinan ini didaftarkan di Pejabat Agama
D Daerah Timur Laut; dan
(d) bahawa surat perakuan nikah bil 76819 bil 786/TL/B12 tahun 2009
yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang
dibatalkan.
E Order accordingly.

Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed

You might also like