You are on page 1of 15

Hamka Permata

Nusantara

Nama : Fatin Nur Farhanah Binti Mohd Ridzal


Kelas : 5A2
Nama Guru : Encik Kamalhakky Bin Mohd Rahim
Isi kandungan
ISI KANDUNGAN M/S
Penghargaan
Latar belakang
Latar belakang pendidikan

Sumbangan kepada tamadun Islam

Ikhtibar
Rumusan

Lampiran :- Kata-kata Hamka


- Karya Hamka
Bibliografi
Penghargaan
Assalamualaikum

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat


juga saya menyiapkan folio saya yang bertajuk Hamka Permata
Nusantara.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang


banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio
saya ini. Pertama sekali kepada Encik Kamalhakky Bin Mohd Rahim
selaku guru Pendidikan Islam saya kerana beliau telah banyak
memberikan bimbingan dan semangat.Sekalung penghargaan
kepada ibubapa saya yang sedikit sebanyak telah memberi
bimbingan dan maklumat berkaitan dengan tugasan ini.Tidak lupa
juga kepada rakan-rakanseperjuangan yang sama-sama berhempas
pulas dalam menyempurnakan tugasan yang diamanahkan ini.
Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan folio
amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa
untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya
secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan saya
disiapkan.Sebelum saya mengundur diri, saya ingin memohon maaf
andai terdapat kekurangan di dalam folio ini.
Latar belakang

Nama penuh : Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad
Amirullah
Gelaran : Hamka (nama singkatan yang menggabungkan nama beliau dan bapanya)
Tempat lahir : Sumatera Barat , Indonesia
Tarikh lahir : 13 Muharam 1362 H atau 16 Februari 1908 M
Tarikh meninggal dunia : 24 Julai 1981 M (73 tahun)

Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan


Arab 'Abi'atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang
amat dihormati.
Keperibadian

1.Hamka merupakan orang yang petah berpidato. Beliau pernah


diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rancangan radio
arab Saudi.

2.Seorang yang berjiwa seni. Ini jelas kelihatan melalui gaya bahasa
beliau dalam karya-karya agungnya. Rangkap-rangkap pantun dan
syair banyak terdapat dalam tulisan beliau.

3.Seorang yang berani. Semasa revolusi terhadap pihak penjajah


Belanda di Sumatera,Hamka dengan beraninya mengatur siri pidato
untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang Belanda
Latar belakang
pendidikan
1. Hamka mempelajari al-Quran dan asas-asas agama daripada
bapanya iaitu Syeikh Abdul Karim.
2. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang
Panjang dan Sekolah Agama at Tawalib yang didirikan oleh bapanya
sendiri.
3. Hamka banyak mengikuti pengajian di masjid dan surau yang
disampaikan oleh ulama-ulama yang terkenal ketika itu.
4. Hamka suka menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan
untuk membaca buku-buku falsafah, kesasteraan, sejarah, dan poltik
dunia.
5. Beliau menggunakan kemahirannya dalam bahasa Arab untuk
mengkaji karya-karyas arjana timur tengah dan sarjana barat seperti
Karl Marx.
6. Pada usia 16 tahun ia merantau ke Jawa untuk menimba ilmu
tentang gerakan Islam moden kepada HOS Tjokroaminoto, Ki Bagus
Hadikusumo, RM Soerjopranoto, dan KH Fakhrudin.
7. Pada usia 17 tahun, Hamka menerbitkan sebuah majalah
dakwah yang diberi nama Khatibul Ummah.
Sumbangan kepada
tamadun Islam
1. Hamka merupakan tokoh ulama yang melakukan pembaharuan
yang besar kepada umat islam di nusantara.
2. Karya-karya beliau dalam bidang agama, kesasteraan, dan falsafah
menyentuh secara langsung kehidupan umat Islam di rantau ini.
3. Hamka merupakn penyambung idea Islah yang dibawa oleh Sayyis
Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh di nusantara.
4. Akhbar dan majalah digunakan sepenuhnya untuk mengajak umat
islam mengkaji semula tentang sebahagian kefahaman dan ajaran
yang bertentangan al-Quran dan sunnah.
5. Karya-karya beliau terutamanya Tafsir al Azhar meninggalkan
kesan yang mendalam dalam bidang ilmu dan pemikiran umat Islam
di alam melayu.
6. Pendekatan Hamka yang sederhana diterima baik oleh
masyarakat Islam di Indonesia, malah pada peringkat antarabangsa.
7. Kegigihan beliau mendapat perhatian pelbagai pihak untuk
menganugerahkannya dengan pelbagai anugerah.
Ikhtibar
# Kita hendaklah sabar dengan dugaan yang ditempuhi.
Contohnya seperti Hamka yang terus berjuang demi Islam walaupun
kedua ibu bapanya telah bercerai ketika beliau berusia 15 tahun.

# Kita perlulah rajin menimba ilmu


Contohnya , Hamka sering menghabiskan masa lapangnya di
perpustakaan untuk membaca buku-buku falsafah, kesasteraan,
sejarah, dan politik dunia.

# Setiap umat Islam perlulah berdakwah serta menyeru kepada


kebajikan
Contohnya, Hamka gigih menyampaikan dakwah Islam dalam bentuk
penulisan dan pidato.

# Kita wajarlah menyampaikan dakwah dan ajaran Islam dalam cara


yang berhikmah agar dapat diterima oleh semua orang.
Misalnya, pendekatan Hamka yang sederhana diterima baik oleh
masyarakat Islam di Indonesia,malah pada peringkat antarabangsa.
Rumusan
1.Hamka adalah penerus idea Islah
2.Hamka menggunakan karisma dalam pidato dan penulisan untuk
menyampaikan ajaran Islam secara berkesan kepada masyarakat.
3.Keberanian beliau merupakan sifat peribadi yang terpuji.
Lampiran
Bibliografi
https://www.scribd.com/doc/63050821/Tokoh-Tokoh-Islam-
Tingkatan-5

https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-
instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=karya+buya+hamka

https://translate.google.com/translate?hl=en&sl=id&tl=ms&u=http%
3A%2F%2Fbio.or.id%2Fbiografi-buya-hamka%2F

You might also like