You are on page 1of 4

Kenapa Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

mempertahankan tulisan jawi? Ada LIMA sebab utama iaitu :

PERTAMA: TULISAN JAWI MEMPUNYAI KAITAN DENGAN BAHASA


IBUNDA UMAT ISLAM IAITU BAHASA AL-QURAN, BAHASA ARAB.

Bahasa Melayu yang berteraskan tulisan Jawi kesan daripada penyebaran Islam
yang berlaku di Nusantara satu ketika dulu akan lenyap dan hilang jika tiada usaha
dilakukan dalam memartabatkan semula penggunaannya. Menurut Azizi Haji
Abdullah (2006), dari perspektif sejarah tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab
dan orang Melayu meminjamnya untuk menggantikan tulisan Hindu yang sekian
lama digunakan di awal kemasukan Islam. Bukti kemasukan ini ialah pada batu
nisan maqam Shaikh Abdul Qadir ibnu Husin Syah Alam, di Langgar, Alor Setar,
Kedah Darul Aman pada 290 Hijrah bersamaan 910 Masihi. Tiga ratus tahun
kemudian, timbul pula tanda awal bahasa Melayu yang menggunakan tulisan jawi
pada baru bersurat di Terengganu, dengan tarikh ‘Pada hari Jumaat 4 Rejab 702
Hijrah, bersamaan 22 Februari 1303’ dan diikuti dengan penemuan-penemuan lain
selepas itu. Kemudian ia tersebar luas, digunakan di daerah-daerah bahasa Melayu
dan daerah bukan bahasa Melayu, termasuk ke Pulau Jawa. Natijahnya, golongan
yang menguasai tulisan jawi biasanya akan menguasai cara bacaan al-Quran.

KEDUA: PERUTUSAN-PERUTUSAN RASMI DI-RAJA DITULIS DALAM


TULISAN JAWI

Tulisan Jawi turut menjadi tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan
agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,
Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan
peranan yang sangat penting dalam masyarakat di mana ia digunakan sebagai
perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan.
Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-
Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke
Nusantara. Tulisan jawi juga merupakan tulisan rasmi bagi negara Brunei dan
digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Sehubungan dengan itu,
kerajaan negeri memerlukan ramai pakar jawi bagi memastikan perutusan-
perutusan rasmi seluruh tanah Melayu ditulis dalam tulisan jawi yang betul.

KETIGA: KEHEBATAN TEKNOLOGI MELAYU TERDAPAT DALAM


MANUSKRIP JAWI

Hasil daripada pengumpulan yang telah dibuat oleh pihak berwajib dari Malaysia
dan Indonesia maka dapat dikumpulkan manuskrip tulisan melayu jawi lama
kepada 10 bidang keilmuwan. Bidang-bidang itu ialah bidang: asal kajadian alam,
manusia dan makhluk lain; astronomi; fara‘id ; matematik, perubatan; ramalan &
taabir; sains hayat; sains fizik; tasawuf dan falsafah ; dan teknologi/kejuruteraan.
Manuskrip yang tersimpan di luar Alam Melayu pula didapati ada 1455 buah di
Belanda, 617 buah di U.K, 135 buah di Jerman Barat, 205 buah di Perancis dan 13
buah di Library of Congress AS. Semua manuskrip di luar Alam Melayu ini juga
dapat dikelaskan kepada bidang-bidang yang sama seperti yang di Alam Melayu
itu.manuskrip yang paling banyak ialah bidang ramalan dan tadbir, diikuti oleh
tasawuf dan falsafah, perubatan, sains hayat, dan asal kejadian. Justeru, pengkaji-
pengkaji manuskrip mestilah terdiri lebih ramai daripada orang Melayu,
bukannya barat yang telah lama mencedok ilmu orang Melayu. Mahir jawi
untuk faham manuskrip dan membongkar kehebatan ulama Melayu di mata
dunia.

KEEMPAT: TULISAN JAWI ADALAH ANTARA TULISAN TERAWAL


YANG PERNAH DITEMUI DI NUSANTARA

Tulisan ini juga telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke
zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17.
Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding
tulisan Rumi. Tulisan Jawi turut menjadi tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam
urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor,
Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan jawi
memainkan peranan yang sangat penting dalam masyarakat di mana ia digunakan
sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan
perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara
pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan
Inggeris. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam
ke Nusantara. Tulisan jawi juga merupakan tulisan rasmi bagi negara Brunei dan
digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Oleh itu, belajar jawi
merupakan tanggungjawab semua golongan bagi menjaga dan memelihara
satu-satunya warisan umat Melayu yang mengangkat wibawa umat di ufuk
persada intelektual dan umpama nyawa serta aset warisan terunggul milikan
umat Melayu di rantau ini.

KELIMA: KURIKULUM SEKOLAH

Ramai guru Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan di sekolah menengah rendah
tidak sedar bahawa mereka mesti mengajarkan pelajaran Jawi. Segolongan mereka
menganggap aspek bahasa itu tidak wajib diajarkan kerana tidak diuji dalam
peperiksaan. Sebahagian lagi memberikan alasan yang cukup mudah, iaitu mereka
sendiri tidak boleh membaca dan menulis Jawi. Ini kerana maktab perguruan dan
pusat-pusat pendidikan tinggi tidak menekankan perkara tersebut.

Secara peribadinya pihak Majlis Ugama Islam tidak menyalahkan para guru
namun, mengambil langkah sebagai pembantu dalam menyelesaikan masalah
dengan memberi sumbangan dan mengeluarkan dana kepada badan-badan yang
ingin mengembangkan lagi keintelektualan dalam tulisan jawi seperti yang
dilaksanakan oleh KIPSAS pada hari ini.

KESIMPULANNYA

Apa yang amat penting sekali adalah berkenaan tulisan jawi dan penerimaannya
oleh orang ramai yang suatu ketika dahulu kita dapat melihat orang Cina dan India
pun bangga membaca akhbar bertulisan jawi. Kita juga mengharapkan agar tulisan
jawi akan terus berkembang dan menjadi tulisan kebanggaan semua. Ini juga
adalah selaras dengan projek mega kerajaan di bawah kelolaan Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan Program J-QAF (Jawi, Quran, Arab
dan Fardhu Ain) di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara semenjak 2005.
Berita gembira kepada generasi muda untuk mempertahankan warisan agung ini
dan tamparan keinsafan kepada generasi lama yang meminggirkan tulisan ini sejak
sekian lama. Semoga inisiatif bijak kerajaan ini menjadi pemangkin kepada
perkembangan dan survival tulisan jawi di Malaysia dan rantau ini.

You might also like