You are on page 1of 2

1.

0 PENDAHULUAN

Jurnal ini membincangkan tentang kepentingan internet sebagai penyampai maklumat kepada

pelajar – pelajar universiti, dan bagaimana kebolehcapaian internet ini digunakan sebagai

medium untuk meningkatkan penyertaan pelajar universiti dalam mana – mana program yang

dianjurkan oleh pihak – pihak tertentu. Penulis journal membuka kata dengan menyatakan

bahawa tiada kesangsian lagi bahawa internet mainkan peranan yang sangat signifikan dalam

komunikasi dan transmisi informasi yang diperlukan dalam apa jua bentuk partisipasi sosial

seseorang pelajar.

Penulis turut menyatakan tentang Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir pada tahun 1990-an. Wawasan 2020

menggariskan bahawa Malaysia akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dimana

pembangunan yang positif telah mencakupi pendidikan, budaya, ekonomi dan politik. Untuk

mencapai pembangunan positif ini penduduk negara Malaysia haruslah menjadi rakyat yang

serba tahu tentang segala informasi dimana informasi ini boleh didapati daripada media.

Penulis berpendapat bahawa dalam disiplin sains sosial, tiada keraguan bahawa internet

memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat kepada kepada rakyat

tentang kehadiran pelbagai entiti sosial dan politik, aktiviti – aktiviti berkaitan politik dan

seterusnya menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti politik ini.

Fakta/teori/model/hujah/idea

Dalam kerangka teoritikal jurnal ini, penulis menggunakan kaedah kuantitatif-kualitatif yang

dijalankan atas pengaruh dua teori. Diperkenalkan olej Katz, Blumler dan Gurevitch pada tahun

1973 serta penggunaan teori gratifikasi (Gratification theory) ia memfokuskan kepada

bagaimana audiens dan pengguna menggunakan media (Katz,1959). Teori ini menjelaskan

tentang mengapa dan bagaimana pengguna internet mencari media yang spesifik bagi
memenuhi kehendak spesifik mereka bagi mengembangkan pengetahuan. Interaksi sosial,

mengurangkan stress daripada kehidupan seharian dan sebagainya. (Tankard,2000). West dan

Turner (2007) menyatakan bahawa dalam teori ini pengguna internet bukanlah pengguna yang

pasif tetapi mereka merupakan penggunakan yang aktif dan sentiasa menggunakan media bagi

memenuhi matlamat mereka serta cuba untuk mengintegrasikan media dalam kehidupan

seharian mereka agar mereka lebih berinformasi, terpelajar dan tehibur.

Stafford, Marla dan Lawrence (2004) percaya bahawa internet mempunyai tiga kategori

utama dalam konteks gratifikasi atau kepuasan. Iaitu content gratification, process gratification

dan social gratification.

Analisis kritikal

Contoh

Kesimpulan

You might also like