You are on page 1of 7

PEMAHAMAN BUDAYA TEMPATAN OLEH PELAJAR ANTARABANGSA DI

UNIKL MIMET

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

KATA-KATA ALUAN i

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN 1

PENYATAAN MASALAH KAJIAN 2

OBJEKTIF KAJIAN 2

METODOLOGI KAJIAN 3

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 3

RUMUSAN DAN KESIMPULAN 4

RUJUKAN 5
KATA-KATA ALUAN

Segala puji tuhan sekalian alam, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan

limpah dan kurnianya dapat kami melaksanakan tugasan kerja khusus ini dengan penuh

jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Aizat Bin Khairi, Pensyarah

MPU 3113 Hubungan Etnik bagi kelas kami,di atas kesudian beliau memberi tugasan ini

kepada kami dan rakan sekelas yang lain. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses

pembentukan tugasan ini berlaku. Terima kasih juga kami ucapkan kepada Encik Anuar Bin

Kamarudin selaku orang yang amat penting untuk menjalankan tugasan ini. Tanpa sumbangan

dan maklumat yang dikongsi bersama sudah pasti sukar bagi kami menyiapkan tugasan ini.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami

secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.

Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi sokongan

serta dorongan kepada kami. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang menyiapkan

tugasan ini.

i
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

Semua pelajar yang mengambil subjek Hubungan Etnik dikehendaki untuk melaksanakan

sebuah tugasan berkumpulan berkaitan dengan subjek tersebut. Untuk tugasan ini, kumpulan

kami mengambil tanggungjawab untuk mengkaji “Pemahaman Budaya Tempatan Oleh

Pelajar Antarabangsa Di Unikl MIMET”.

Semenjak tahun 2015, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah menggerakkan sebuah pelan

transformasi ‘WE4ASIA UniKL’ sebagai kayu pengukur untuk menilai sejauh mana

pencapaian UniKL dalam segala segi bagi menjadikan UniKL berdaya saing dalam institusi

pendidikan terutamanya dalam bidang Pendidikan Tinggi Latihan dan Vokasional (HTVET)

agar menjadi antara universiti terbaik di Asia, kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL,

Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd. Su’ud dalam akhbar Utusan (Mion, 2018). Saban tahun,

kemasukan pelajar antarabangsa kian meningkat menujukkan keberkesanan pelan tersebut

sedang menuju kenyataan.

Menurut Lian (2011), sistem pendidikan di Malaysia seiring dengan pendidikan antarabangsa

kerana sentiasa berkembang dan semakin maju (seperti (Ahmad, Ali, Salman, & Salleh , 2016).

Hal ini secara tidak langsung pemangkin menjadi pemangkin kepada para pelajar dari luar

negara untuk menjadikan UniKL sebagai pilihan untuk menyambung pelajaran tinggi.

Sehubungan itu, Utusan Online ada melaporkan UniKL berjaya memeterai memorandum

perjanjian (MoA) Kementerian Pendidikan Tinggi dan Penyelidikan Perancis untuk

menghantar pakar – pakar Perancis membuat penyelidikan di UniKL MFI sekali gus

membuktikan pengiktirafan global terhadap pencapaian, kemampuan dan kredibiliti UniKL

institute pengajian tinggi (Kerjasama UniKL, rakan strategik diperkukuh, 2017).

1
PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Tujuan utama kami melaksanakan projek kajian ini adalah berdasarkan beberapa pernyataan

masalah seperti yang berikut:

1) Tahap peengetahuan pelajar antarabangsa tentang negara Malaysia.

2) Perspektif pelajar antarabangsa tersebut mengenai sosio budaya di MIMET.

3) Cabaran dan halangan komunikasi pelajar antarabangsa sesama pelajar tempatan

sebagai tujuan pembelajaran

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa objektif yang ingin kami capai dan menjadi

sebagai kiblat kajian kami. Objektif yang paling utama adalah untuk mengetahui dan mengenal

pasti sejauh mana kefahaman pelajar antarabangsa tentang negara Malaysia.

Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk mendalami bagaimana perspektif pelajar

antarabangsa dalam kalangan pelajar tempatan sesuai mengenai sosio budaya tempatan di

UniKL MIMET.

Akhir sekali, tujuan kajian ini juga adalah untuk mengkaji cabaran dan halangan komunikasi

terhadap suasana pembelajaran oleh pelajar antarabangsa dengan pelajar tempatan.

2
METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah penyelidikan secara kualitatif. Kaedah bagi

penyelidikan ini adalah melalui kaedah temu bual secara mendalam kerana ianya mempunyai

kelebihan dari segi mendapatkan kesahan data yang diperolehi. Melalui temu bual secara

mendalam ini, data akan dikumpul berpandukan protokol yang telah dibina bagi memastikan temu

bual yang dijalankan mengikut protokol yang ditetapkan. Seramai 5 orang pelajar antarabangsa

dipilih secara rawak dan sukarela dalam temu bual yang dilaksanakan.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Melalui temu bual kami mendapati beberapa aspek jawapan yang diberikan daripada informan

yang dipilih sangat sesuai dan menepati tujuan kajian. Umumnya, Malaysia dikatakan sebagai

sebuah negara yang cantik dan harmoni. Malaysia dikatakan sebagai tempat yang aman dan

seronok untuk didiami. Lanjutan dari itu, hal ini sebenarnya merupakan salah satu faktor pelajar

antarabangsa memilih untuk mengikuti pelajaran di sini.

Selain itu, pada pandangan mereka pelajar tempatan begitu ramah dan mudah untuk didekati

sebagai kawan. Hal ini sangat membantu mereka untuk menjalani kehidupan mereka di sini

sebagai pelajar. Adapun begitu, terdapat juga pandangan yang diberikan tentang sikap pelajar

tempatan dalam menepati waktu di dalam kelas kerana selalu lambat. Mereka berpendapat

keadaan seperti ini begitu ralat disebabkan perkara seperti ini tiada diamalkan di tempat

mereka.

Malahan, sebilangan dari mereka mendapati agak sukar budaya tempatan yang sedia ada untuk

diterima. Punca utama, budaya yang ada begitu berlainan dari budaya mereka yang telah

diamalkan. Namun begitu, tinggal peranan masa menjadi penggalak kepada penerimaan

budaya.

3
RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Konklusinya, kajian ini merupakan satu usaha untuk mengambil tahu perkembangan UniKL

melalui kajian lapangan terhadap pelajar antarabangsa di UniKL. Melalui kajian ini, dapat

dilihat sekian tanggapan melalui perspektif orang asing terhadap pelajar tempatan Malaysia di

UniKL. Positif mahupun negatif pandangan itu seharusnya menjadi panduan untuk menjadi

kunci perubahan ke arah mengapai visi UniKL WE4ASIA yang lebih baik. Diharapkan ia dapat

menjadi sebuah modal untuk peningkatan kualiti UniKL sebagai institusi pendidikan.

4
RUJUKAN

Kerjasama UniKL, rakan strategik diperkukuh. (9 Jun, 2017). diperoleh daripada Utusan

Online: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/kerjasama-unikl-rakan-strategik-

diperkukuh-1.491183

Mion, R. (20 Januari, 2018). UniKL sasar universiti terbaik Asia. diperoleh daripada Utusan

Online : http://m.utusan.com.my/pendidikan/kampus/unikl-sasar-universiti-terbaik-

asia-1.593702

Othman, I. W., Awang, H., Yusoff, M. S., & Jupiter, H. (2017). PENGARUH

SOSIOBUDAYA DALAM KALANGAN PELAJAR ANTARABANGSA DI

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. Journal of Information System and Technology

Management, 1-6.

Ridaryanthi, M. (2009). Tembikai atau Semangka: Kejutan Budaya Dalam Adaptasi Pelajar

Malaysia di Indonesia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Salleh, S. M., & Hussin, S. K. (2017). Tekanan Akulturasi Pelajar Malaysia di Luar Negara.

Malaysian Journal of Communication, 340-355.

TAUFIKI, R. (2014). SOSIALISASI DALAM KALANGAN PELAJAR ANTARABANGSA DI

UNIVERSITI PENDIDlKAN SULTAN IDRIS. UNIVERSITI PENDIDlKAN SULTAN

IDRIS.

Yufoff, M. M., & Moulita. (2012). FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG DALAM PROSES

KECEKAPAN KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA PADA MAHASISWA INDONESIA

DAN MALAYSIA. Universiti Sains Malaysia.

You might also like