You are on page 1of 8

Pengenalan

Bermula pada tahun 1948, di Boston, Amerika Syarikat, sekumpulan ahli psikologi telah
berbincang tentang kesulitan melaksanakan penilaian dalam pendidikan. Hal ini
disebabkan oleh tiadanya rangka rujukan yang dipersetujui bersama semasa menilai
aspek-aspek yang terdapat dalam bidang tersebut. Dalam hal yang berkaitan, proses
pembentukan ujian dilihat sebagai satu pelan induk yang akan menjelaskan
kandungan, pengalaman manusia atau aspek kendiri orang yang dinilai. Tambahan
pula, objektif pendidikan seringkali dinyatakan sebagai ungkapan yang menjemukan
dan klise yang tidak bermakna. Ungkapan seperti ’berfikir’ atau ’menyelesaikan
masalah’ seringkali mempunyai definisi yang pelbagai serta kabur menyebabkan
berlaku ketidakseragaman dalam menyediakan pengalaman pembelajaran dan
instumen penilaian kepada murid yang terlibat. Mereka juga berpendapat bahawa
objektif pendidikan perlu diubah agar lebih jelas dan bermakna.

Objektif pendidikan boleh didefinisikan sebagai istilah yang memperihalkan


matlamat terhadap proses pendidikan iaitu hasil pembelajaran yang disebabkan oleh
aktiviti instruksional (pengajaran). Objektif-objektif ini pula seringkali dipanggil standard
oleh pakar-pakar pendidikan dalam menetapkan hala tuju sesebuah organisasi
pendidikan.

Sehubungan dengan perbahasan ahli-ahli psikologi pendidikan di Amerika


Syarikat tersebut, maka muncullah tiga domain pembahagian objektif pendidikan iaitu
kognitif, afektif dan psikomotor. Objektif domain kognitif merupakan objektif yang
berubah-ubah daripada mengingati semula bahan yang telah dipelajari sehinggalah
mensintesis bahan baru dengan cara yang kreatif dan asli. Objektif domain afektif pula
memfokuskan perasaan atau emosi. Minat, sikap, apresiasi, nilai dan emosi merupakan
contoh elemen yang terdapat dalam domain afektif ini. Objektif domain psikomotor pula
menekankan kemahiran otot dalam mengendalikan objek atau tindakan yang
memerlukan koordinasi otot. Ahli psikologi juga berpendapat bahawa tidak ada satu
objektif pendidikanpun yang mempunyai hanya satu jenis domain khusus. Sebagai
contohnya, jika kita menguji objektif kognitif, di dalamnya juga terdapat elemen afektif
dan elemen psikomotor. Jika kita menguji domain psikomotor, elemen kognitif dan
afektif juga akan wujud bersama penilaian tersebut. Pengwujudan ketiga-tiga domain ini
hanya untuk memudahkan ahli psikologi memberikan penekanan terhadap domain
yang paling dominan dalam sesuatu penilaian.

Kebanyakan objektif pendidikan di peringkat sekolah, institusi perguruan dan


universiti menekankan kepada konsep pengukuran, pengujian, pentaksiran dan
penilaian terhadap murid atau pelajarnya. Dalam hal ini, kebiasaannya peperiksaan
digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran mereka selepas belajar
sesuatu kandungan mata pelajaran yang khusus. Dengan itu, objektif bagi domain
kognitif menjadi suatu keutamaan kepada organisasi pendidikan dalam mengukur
kemahiran yang diperoleh oleh murid atau pelajarnya. Objektif ini didefiniskan,
disertakan dengan tingkah laku yang perlu dikuasai oleh murid dan juga mengandungi
instrumen penilaian
Taksonomi Bloom

Taksonomi bermaksud satu set pengelasan yang disusun dan disesuaikan atas dasar
yang konsisten (Bloom, 1964). Dalam perkataan lain, taksonomi merupakan sistem
pengelasan objektif pendidikan yang merupakan set yang didefinisikan dengan
seberapa tepat yang mungkin serta disusun daripada konsep yang ringkas kepada
yang kompleks. Susunan daripada objektif pendidikan yang konkrit kepada yang
abstrak menyediakan satu rangka bagi kategori matlamat pendidikan; yang akan
memudahkan guru untuk menentukan tahap penguasaan murid mereka. Taksonomi
perlu diuji agar selaras dengan bukti secara teoritikal dan empirikal. Dalam bidang
pendidikan, pengelasan dalam aspek objektif pendidikan adalah perlu dalam usaha
membantu membincangkan penilaian dengan lebih tepat lagi. Soalan-soalan seperti:
Apakah murid benar-benar tahu?, Adakah murid benar-benar faham? Adakah mereka
mampu menghitung jumlah sesuatu masalah matematik?; seringkali kita anggap
mempunyai pengelasan yang sama. Jika kita teliti lebih lanjut, terdapat perbezaan
antara murid yang benar-benar tahu, benar-benar faham dan yang boleh menghitung
jumlah. Oleh itu, pengwujudan satu sistem pengelasan standard (taksonomi) akan
memudahkan guru dan pensyarah mendefinisikan istilah objektif pendidikan agar dapat
difahami oleh mereka semua. Taksonomi seharusnya menjadi sumber bantuan
terhadap perkembangan kurikulum dan instrumen penilaian. Perspektif mengenai
penekanan kepada tingkah laku murid yang tertentu (Contohnya: kebolehan
menghitung) akibat daripada penglibatan dalam sesi pengajaran, dapat dikenal pasti
oleh guru. Oleh itu guru akan dapat mengelompokkan matlamat sesuatu pengajaran ke
dalam kategori yang spesifik. Dengan itu, pengalaman pembelajaran dan instumen
penilaian dapat digubal dengan lebih mudah kerana matlamat pendidikan diketahui
dengan jelas oleh guru.

Pada tahun 1959, Benjamin S. Bloom telah menyunting sebuah buku


berjudul Taxonomy of Educational Objectives Book 1 – Cognitive Domain yang
mencadangkan pengelasan objektif domain kognitif kepada enam komponen. Enam
komponen ini adalah pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian. Enam komponen ini disusun berdasarkan hirarki daripada yang mudah
kepada yang susah dan lebih dikenali sebagai Taksonomi Bloom.

Komponen pengetahuan melibatkan murid mengingat kembali perkara khusus


dan universal, mengingat semula kaedah dan proses atau mengingat semula sesuatu
corak struktur atau latar belakang. Komponen kefahaman melibatkan murid
menggunakan bahan yang dikomunikasikan tanpa perlu menghubungkannya dengan
bahan lain. Hal ini tercapai apabila murid mampu membuat terjemahan, penafsiran dan
ekstrapolasi apa yang dipelajari oleh mereka. Komponen aplikasi pula melibatkan murid
menggunakan apa yang telah dipelajari dalam satu situasi baru yang khusus dan
konkrit. Sementara komponen analisis pula melibatkan pemecahan sesuatu perkara
kepada bahagian-bahagian kecil agar persamaan dan perbezaan dapat menghuraikan
dengan memberikan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Manakala
komponen sintesis memungkin murid untuk menggabungkan unsur atau bahan supaya
membentuk satu keseluruhan atau kesimpulan. Dengan ini satu pola atau struktur akan
terbentuk akibat daripada unsur atau bahan yang digabungkan. Komponen terakhir
adalah penilaian di mana murid akan menggunakan pertimbangan kualitatif dan/atau
kuantitatif mengenai nilai bahan dan kaedah spesifik untuk sesuatu kriteria yang telah
ditetapkan.

Taksonomi Yang DiUbah Suai

Pada bulan November, 1996 Lorin Anderson yang merupakan bekas anak murid
Bloom bersama David Krathwohl telah mengetuai usaha untuk mengemaskinikan
Taksonomi Bloom. Usaha ini didasarkan dengan harapan agar dapat menambah baik
taksonomi ini sesuai dengan peredaran masa dan abad ke-21. Ahli-ahlinya adalah
terdiri daripada pakar psikologi kognitif, pakar teori kurikulum, pemimpin pendidikan
serta pakar pengujian dan pentaksiran. Usaha ini telah berlangsung selama enam
tahun. Akhirnya pada tahun 2001, mereka telah menerbitkan hasil penyelidikan yang
mengutarakan perubahan dalam tiga kategori iaitu istilah, struktur dan penekanan
(Forehand, 2004). Rajah 1(a) dan 1(b) di bawah ini menunjukkan perbezaan tersebut.

Perubahan Istilah

Rajah 1(a) menunjukkan taksonomi yang lama dan Rajah 1(b) pula mengemukakan
taksonomi bagi versi yang disemak semula. Perubahan yang paling ketara adalah
terhadap istilah yang digunakan iaitu daripada kata nama (pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian) kepada kata kerja iaitu mengingat, memahami,
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Perubahan ini adalah berdasarkan
pendapat bahawa taksonomi ini merupakan satu proses aktif. Oleh itu kata kerja adalah
lebih sesuai digunakan kerana cirinya yang menjelaskan tentang tindakan yang dibuat.

Daripada segi istilah juga, perkataan ‘pengetahuan’ telah diubah kepada


‘mengingat’. Pengetahuan adalah hasil atau produk daripada proses berfikir, maka
istilah ‘mengingat’ adalah lebih sesuai untuk menggambarkan kategori berfikir. Istilah
‘kefahaman’ pula diubah kepada ‘memahami’. Sementara itu, ‘sintesis’ diubah kepada
‘mencipta’. Dalam hal ini, versi yang lama meletakkan ‘sintesis’ di bawah ‘penilaian’
dalam hirarki taksonomi. Manakala bagi versi disemak semula, ‘mencipta’ merupakan
puncak bagi hirarki tersebut. Dalam hal yang berkaitan, berfikir secara kreatif
(mencipta) adalah lebih kompleks daripada berfikir secara kritikal (menilai). Seseorang
murid boleh berfikir secara kritikal tanpa menjadi kreatif tetapi murid yang kreatif
memerlukan cara berfikir yang kritikal. Dengan itu, ‘menilai’ seharusnya berada pada
hirarki yang lebih bawah daripada ‘mencipta’.
Istilah-istilah baru tersebut didefinisikan seperti yang terdapat dalam Jadual 1 di bawah
ini.
Jadual 1: Istilah dan definisi bagi Taksonomi Bloom yang disemak semula

Istilah Definisi
Mengingat Mendapatkan kembali, mengeluar kembali dan mengingat semula
pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang.

Contoh perkataan: Kenal pasti, Senaraikan, Ceritakan, Namakan,


...
Persoalan: Adakah murid boleh mengingat semula maklumat?

Memahami Membina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik


melalui menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi,
membuat ringkasan, membuat inferens, membanding dan
menjelaskan.

Contoh perkataan: Buat interpretasi, Berikan contoh, Ringkaskan,


Buat parafrasa, ...
Persoalan: Adakah murid boleh menjelaskan idea atau konsep?

Mengaplikasi Menggunakan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan


sesuatu.

Contoh perkataan: Dengan menggunakan, Laksanakan,


Hitungkan, ...
Persoalan: Bolehkah murid menggunakan pengetahuan baru
dalam situasi biasa yang lain?

Menganalisis Memecahkan bahan kepada bahagian kecil, menentukan


bagaimana bahagian-bahagian kecil berkait antara satu sama lain
dan terhadap struktur atau kegunaan umum melalui
perbandingan, menyusun atur dan attributing.

Contoh perkataan: Bandingkan, Susun atur, Susun semula, ...


Persoalan: Adakah murid boleh membezakan antara bahagian-
bahagian kecil?
Menilai Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui
semakan dan kritikan.

Contoh perkataan: Berikan hujah anda, kritik, sokong, ...


Persoalan: Adakah murid boleh menjustifikasikan sesuatu
keputusan atau tindakan yang diambil?

Mencipta Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan


umum yang koheren atau berfungsi; menyusun atur elemen ke
bentuk atau struktur baru melalui penjanaan, perancangan dan
penghasilan.
Contoh perkataan: Rekakan, Binakan, Rancangkan, Hasilkan, ...
Persoalan: Adakah murid boleh menjanakan produk baru, idea
baru atau pandangan yang baru?

Perubahan Struktur

Taksonomi Bloom yang lama mempunyai hanya satu dimensi. Manakala versi yang
disemak semula terdiri daripada dua dimensi iaitu Dimensi Pengetahuan dan Dimensi
Proses Kognitif. Dimensi Pengetahuan memfokuskan kepada jenis pengetahuan yang
dipelajari yang dibahagikan kepada empat bentuk iaitu pengetahuan fakta, konsep,
prosedur dan metakognitif. Dalam hal ini, metakognitif merujuk kepada kesedaran
terhadap kefahaman diri dan mampu memperbaiki kefahaman tersebut jika berlaku
kesalahfahaman. Sementara Dimensi Proses Kognitif memfokuskan proses yang
digunakan untuk belajar iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta. Jadual 2 di bawah menunjukkan hal ini.

Jadual 2: Taksonomi Bloom yang disemak semula

Dimensi Dimensi Proses Kognitif


Pengetahuan Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta
Pengetahuan Senarai Ringkaskan Klasifikasi Aturan Susunan Gabungkan
fakta List Summarise Classify Order Rank Combine
Pengetahuan Terangkan Interpret Eksperimen Hurai Taksir Rancangkan
konsep Describe Interpret Experiment Explain Assess Plan
Pengetahuan Bentangkan Ramalkan Hitungkan Bezakan Simpulkan Gubah
proses Tabulate Predict Calculate Differentiate Conclude Compose
Pengetahuan Kegunaan Laksanakan Binakan Rumuskan Tindakan Wujudkan
meta-kognitif sesuai Execute Construct Achieve Action Actualise
Appropriate
use

Perubahan Penekanan

Bagi versi yang lama, Bloom menyatakan bahawa taksonomi tersebut telah digunakan
secara tidak dijangka (unexpectedly) oleh ramai orang (Bloom, 1956). Taksonomi ini
sesuai digunakan bagi murid di peringkat awal persekolahan mereka. Manakala
taksonomi yang disemak semula menekankan sasaran penggunaanya kepada
pengguna yang lebih ramai. Sasaran ini termasuklah murid di sekolah rendah,
menengah serta pelajar di universiti atau kolej. Penekanan ini berasaskan anggapan
bahawa taksonomi yang disemak semula adalah alat yang lebih tulen (authentic) untuk
merancang kurikulum, penyampaian instruksional dan pentaksiran (oz-TeacherNet,
2001) (dalam Forehand, 2004).
Contoh Ayat dan Aktiviti
Jadual 3: Contoh ayat dan aktiviti bagi taksonomi yang disemak semula

Kategori Contoh Permulaan Ayat Aktiviti dan hasil


Mengingat Apakah yang berlaku selepas ...? Menyenaraikan kejadian utama.
Berapakah bilangan ...? Membuat jadual waktu peristiwa.
Apakah yang dimaksudkan...? Membuat carta drpd fakta.
Siapakah orang ...? Menulis senarai drpd maklumat yang
Namakan ...? boleh diingat.
Ceritakan apakah yang berlaku... Membaca sajak/puisi.
Siapakah yang bercakap ...?
Manakah yang benar atau palsu...?
Kenal pasti siapa...?
Namakan semua bahan ...?
Memahami Tuliskan dalam ayat anda sendiri. Menggunting atau melukis gambar
Terangkan... untuk menunjukkan peristiwa.
Apakah yang anda rasa akan Melukis kartun untuk menunjukkan
berlaku selepas ini? turutan peristiwa.
Siapakah yang anda fikir ...? Menulis dan membuat persembahan
Apakah idea utama ...? berdasarkan satu cerita.
Lakarkan jalan cerita ...? Menceritakan peristiwa dgn ayat
Terangkan mengapa watak tersebut sendiri.
...? Menulis laporan ringkas.
Menyediakan carta alir.
Membuat buku mewarna.

Mengaplikasi Adakah anda tahu maklumat lain Bina satu model untuk menunjukkan
tentang ...? ...
Bolehkah anda kumpulkan mengikut Buat satu diorama untuk
ciri seperti ...? menunjukkan ...
Apakah faktor yang anda akan ubah Buat buku skrap berkaitan ...
jika ...? Buat model tanah liat ...
Apakah soalan yang anda akan Ambil koleksi gambar foto untuk
tanya ...? menunjukkan ...
Daripada maklumat tersebut, Bina sebuah puzzle game.
bolehkah anda membina set arahan Tuliskan buku teks berkaitan topik ...
...?
Menganalisis Peristiwa yang manakah tidak Mereka bentuk soal selidik untuk
seharusnya berlaku? mendapatkan maklumat.
Jika ... berlaku, apakah Menulis iklan untuk menjual produk.
kemungkinan penamatnya? Membuat carta alir untuk
Bagaimana ... sama seperti ...? menunjukkan peringkat kritikal.
Apakah kemungkinan lain ...? Membina graf untuk menunjukkan
Mengapakah ... perubahan berlaku? maklumat khusus.
Terangkan apa yang sepatutnya Membuat family-tree untuk
berlaku ...? menunjukkan pertalian.
Bolehkan anda bezakan ...? Membuat drama ttg apa yang
Apakah punca di sebalik ...? dipelajari.
Apakah masalah dihadapi ...? Menulis biografi orang yang dikaji.
Menyediakan laporan.
Menilai Adakah lebih baik ...? Melaksanakan debat.
Berikan hujah anda ... Menulis buku peraturan dan
Pertahankan pernyataan ... yakinkan pembaca.
Adakah baik atau buruk ...? Menubuhkan panel untuk
Bagaimanakah anda akan membincangkan pandangan.
mengatasi masalah ....? Menulis surat nasihat terhadap
Apakah perubahan yang ...? keperluan perubahan.
Adakah anda percaya ...? Menulis Laporan Tahunan.
Apakah yang anda rasa, sekiranya Menyediakan kertas kes untuk
...? menjelaskan pandangan.
Setakat manakah keberkesanan ...?
Sejauh manakah anda yakin ...?

Mencipta Hasilkan satu binaan ... Mencipta mesin.


Cadangkan satu penyelesaian Mereka bentuk bangunan.
munasabah ... Mereka produk baru.
Apakah akan berlaku sekiranya .? Menulis tentang perasaan...
Kemukakan kertas cadangan ... Menulis cereka, lagu, sajak...
Berapa banyak carakah ...? Mereka bentuk kulit album

Kepentingan Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom yang terdiri daripada enam aras telah digunakan sejak lama dahulu
oleh guru di merata dunia. Taksonomi ini merupakan pengelasan secara sistematik bagi
proses berfikir dan belajar. Pengelasan ini membantu guru mengukur keupayaan murid
mereka. Aras yang tinggi dalam hirarki, memerlukan penguasaan terhadap aras yang
lebih rendah. Contohnya, jika seseorang murid itu mampu menyelesaikan masalah
berkaitan aktiviti menganalisis; maka mereka dianggap telah menguasai hirarki yang
lebih bawah iaitu aktiviti mengingat, memahami dan mengaplikasi.

Dengan perkembangan drastik dalam bidang pendidikan, taksonomi yang


disemak semula menyediakan alat yang lebih sesuai untuk digunakan oleh guru-guru.
Struktur yang baru memaparkan konsep yang menyeluruh dan jelas berkait
dengan penyelarasan antara piawaian dan matlamat pendidikan, objektif, produk dan
aktiviti (Krathwohl, 2002). Penyelarasan objektif pendidikan di peringkat daerah, negeri
dan kebangsaan merupakan satu keperluan. Bagi Malaysia, penyelarasan ini telahpun
berlaku dengan wujudnya sistem pendidikan kita yang berpusat. Oleh itu, penggunaan
taksonomi yang disemak semula ini bukan merupakan masalah yang besar bagi guru-
guru di Malaysia.

Kesimpulan

Perubahan terhadap Taksonomi Bloom merupakan satu usaha murni untuk


menjelaskan kekaburan yang terdapat dalam mendefinisikan objektif pendidikan.
Perubahan ini merupakan satu input yang amat baik untuk kita renungkan agar proses
penilaian yang kita laksanakan terhadap murid atau pelajar kita lebih tepat. Perubahan
terhadap istilah, struktur dan penekanan memberikan satu perspektif yang berbeza
kerana kita telah terbiasa dengan taksonomi yang lama. Justeru itu, kefahaman
mendalam tentang taksonomi yang baru akan memudahkan kita menggunakannya
dalam menguji, mengukur, menilai dan mentaksir murid atau pelajar. Dalam hal ini,
taksonomi yang baru, boleh digunakan untuk murid atau pelajar di peringkat awal
persekolahan hinggalah ke universiti.

Selama ini, warga pendidik di Malaysia telah menggunakan taksonomi yang


lama secara meluas sama ada di sekolah, pusat latihan atau universiti. Dan mungkin
timbul persoalan dalam minda kita, adakah perubahan ini kita perlukan. Atau kita ingin
lihat perkara ini berlalu begitu sahaja. Kita akan tentukan perkara ini secara bersama.

You might also like