You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMBUT ,

JALAN SEGAMBUT, 51200 KUALA LUMPUR.

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK


BILANGAN 1 TAHUN 2018

Tarikh : 10 Januari 2018

Masa : 1.45 – 3.00 petang

Tempat : Pusat Sumber


Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1. En Nor Rizan Bt. Jalil GPK Kurikulum


2. En Muhammad Ridzuan B. Alias Ketua Panitia TMK /
Guru TMK Tahun 5
3. En Aremantey Anak Yaji Guru TMK Tahun 6
4. En Mohamad Ikraamuddeen B. Mohmad Nasir Guru TMK Tahun 4

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 GPK HEM memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul Kitab Al-Fatihah. Beliau
mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.
1.2 GPK HEM menyampaikan pesanan dari Tuan PPD pada taklimat yang telah beliau
hadiri.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pengesahan minit mesyuarat Panitia TMK Bil 3/2017.

Cadangan : En Mohamad Ikraamuddeen B. Mohmad Nasir


Sokongan : En Aremantey Anak Yaji
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Ketua Panitia menerangkan bahawa TMK ini diajar berselang seli dengan RBT.
Namun TMK tidak boleh diajar secara 6 bulan TMK 6 bulan RBT kerana boleh
Mendatangkan masalah kepada murid-murid apabila bertukar sekolah.
3.2 Ketua Panitia menyatakan bahawa keputusan sekolah adalah membuat giliran
minggu TMK dan 1 minggu RBT. Subjek TMK akan diajar 1 jam seminggu.
3.3. Ketua panitia menerangkan DSKP TMK Tahun 4 dan 5 mengenai komputer. Tahun 4
ada 7 tajuk dalam 2 modul.
Modul 1 : Modul Dunia Komputer
Modul 2 : Modul Elemen Multimedia

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa penulisan buku rekod mengajar ditulis dalam
Bahasa Malaysia .
4.2 Perkara-perkara yang perlu ada semasa penulisan rancangan harian TMK seperti
berikut:-
Modul
STD Kandungan
Objektif/Hasil pembelajaran
Aktiviti
EMK
Refleksi
.
4.3 DSKP boleh didapati melalui ketua panitia.
Tindakan : Semua Guru
Penyelaras Tahun dan Pengagihan Tugas 2018
4.4 Ketua Panitia menyatakan carta organisasi TMK Tahun 4,5 dan 6 dan borang biodata
guru.
Tindakan : Setiausaha
4.5 Ketua panitia menyatakan supaya guru-guru menyemak dan memberi latihan kepada
murid-murid.
Tindakan : Semua Guru
Perancangan Tahun 2018
4.6 Ketua panitia menyatakan terdapat maklumat tentang perancangan aktiviti yang
diarahkan oleh JPN dan akan mewujudkan aktiviti penyelarasan di peringkat sekolah.
4.7 Perancangan komuniti maya panitia TMK peringkat sekolah samada dalam
bentuk Group FB, Blog , Portal atau Penggunaan Google+ yang disokong oleh
1Bestarinet dan pertandingan membina laman blog oleh pelajar tahun 5
4.8 Ketua Panitia menekankan bahawa TMK merupakan satu subjek baru dan perlu
mempunyai satu panitia yang berdiri sendiri sama seperti subjek elektif yang lain di
mana semua pekeliling berkaitan panitia adalah terpakai. Segala yang berkaitan dengan
pengurusan panitia adalah tertakluk kepada Arahan Perkhidmatan dan Surat Pekeliling
Ikhtisas berikut:
• Arahan Perkhidmatan Bab 4 : Fail Memfail
• SPI Bil. 4/1986
• PKPA Bil. 2/1991
• SPK Bil 5/2002
• SPI Bil. 2/2013

Tindakan : Semua Guru

Peruntukan Kewangan
4.9 Peruntukan kewangan bagi TMK KSSR bagi tahun lepas tidak dapat digunakan
sepenuhnya kerana belum diberitahu oleh pihak pengurusan.
4.10 Kewangan panitia TMK peringkat sekolah adalah mengikut formula berikut:
Duit TMK = Bilangan Murid Tahun 4 dan 5 X Duit PCG
Tindakan : Semua Guru

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua Panitia memohon kerjasama guru untuk menyiapkan pelan taktikal dan operasi
dalam minggu pertama persekolahan.
5.2 Setiausaha akan menyediakan carta organisasi untuk dilengkapkan di papan kenyataan
tersebut.
5.3 Ketua panitia menyatakan format peperiksaan kertas TMK adalah sebagaimana tahun
2016 iaitu berbentuk objektif iaitu dua kali peperiksaan manakala ujian formatif yang
berterusan bolehlah dijalankan sepanjang tahun untuk diisi ke dalam modul perekodan
offline TMK.
Tindakan : Semua Guru
6 PENUTUP

6.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan mengharapkan
dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik lagi pada tahun 2017.
6.2 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-‘Asr dan ditangguhkan pada pukul 3 petang.

Disediakan Oleh

.......................................
(Muhammad Ridzuan B. Alias)
Ketua Panitia TMK

Tarikh : 10 Januari 2018

You might also like