You are on page 1of 4

PK07- LAMPIRAN 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS BIL1/ 2015

TARIKH : 12 FEBUARI 2015

MASA : 1.15 PETANG HINGGA 2.45 PETANG

TEMPAT : BILIK MEDIA

PENGERUSI : En. Azmi bin Salleh GPK Tadbir & Kurikulum

KEHADIRAN :

1. Pn. Faridah Bt Yahya


2. Pn. Nurul Ain Amilia Bt Ahmad
3. Pn. Shamala A/P Karunanithy
4. Pn. Sumathi A/P Sundaram Pillay
5. Pn. Nooraini Bt Sayutin
6. Pn. Yoganandhi
7. Pn. Nailiwahida Bt Masiron
8. Pn. Zaleha Bt Mohd Noor
9. Pn. Suzila Bt Sulong
10. Pn. Zuliana Bt Mohd Rambli
11. Pn. Nik Aznira Bt Nik Dea
12. Pn. Haslini Pawiro Bt Husin
13. Pn. Hafizah Bt Husin
14. Pn. Zurita Bt Ab Zulkifli
15. Pn. Ong Ai Geik
16. En. Ong Him Guat
17. En. Wan Zamani B Wan Hassan
18. Pn. Sivashankari A/P Annamalai
19. Cik Hasnizia Bt Abdul Hamid
20. Pn Wan Hazlina Bt W.Mohd Sobri
21. Pn Nuraafiah Bt Abdullah
22. En Mohd Hakimi Bin Ahmad
23. En. Mohd Amanzi Bt Mustofa
24. Cik Asniza Bt Hj Ariffin
25. Cik Nursyafizza Bt Mustaffa
26. Pn Fatimah Munirah Bt Ahmad
27. En. Asnizal B Semporna

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA.WBA0011.SPSK


PK07- LAMPIRAN 3

TIDAK HADIR : (tiada)

SETIAUSAHA : Pn. Amirah binti Jaafar

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dengan
program LINUS yang hadir ke mesyuarat kali pertama Jawantankuasa Linus.

Tindakan : Makluman.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Tiada pengesahan minit

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit

4 PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 KEPUTUSAN LINUS SARINGAN 2 2014

4.1.1 Puan Amirah menyampaikan sedikit taklimat mengenai keputusan


saringan 2 Linus tahun 2014. Berikut ialah keputusannya:

TAHUN LINUS TEGAR LINUS JUMLAH


(XKUASAI K1-K2) (XKUASAI K3-K12)
1 LITERASI BM 16 30 46
(230 Org LITERASI BI 43 60 103
Murid) NUMERASI 21 28 49

2 LITERASI BM 2 10 12
(224 Org LITERASI BI 30 25 55
Murid) NUMERASI 1 2 3

3 LITERASI BM 0 1 1
(204 Org LITERASI BI - - -
Murid) NUMERASI 0 0 0

Tindakan : Makluman.

4.1.2 Keputusan saringan 2 pada tahun lepas menunjukkan perbandingan


yang agak ketara. Peratus murid Linus dan Linus Tegar meningkat
berbanding tahun sebelumnya.

Tindakan : Makluman.

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA.WBA0011.SPSK


PK07- LAMPIRAN 3

4.1.3 Murid Linus Tahun 3 bagi tahun 2014 yang belum menguasai Linus
iaitu Ahmad Izzul Nifael akan terus diberi perhatian dan mengikuti program
Pemulihan Khas di bawah bimbingan Puan Noraini, guru pemulihan.

Tindakan : Puan Noraini, Guru Pemulihan

4.1.4 Puan Noraini membetulkan kesilapan maklumat bilangan murid linus


tegar tahun 2 2014. Bilangan murid linus tegar tahun 2/ 2014 hanyalah
seorang. Seorang murid lagi didapati hanya murid linus. Murid tersebut tidak
hadir pada hari ujian saringan dijalankan.

Tindakan : Makluman.

4.2 KELAS LINUS 2015

4.2.1 Berikut ialah kelas-kelas linus bagi tahun 2015.

Tahun 1 : Jaya dan Maju

Tahun 2 : Budiman dan Kreatif

Tahun 3 : Kreatif dan Bestari

Tindakan : Makluman.

4.3 PROGRAM-PROGRAM LINUS

4.3.1 Puan Amirah memaklumkan beberapa program akan diadakan


sepanjang tahun 2015 bagi membantu murid-murid linus agar menguasai
saringan linus yang akan diadakan nanti. Berikut ialah perancangan program
yang akan berlangsung sepanjang tahun 2015.

PROGRAM TEMPOH
5 minit asas Fonik Sepanjang Tahun
Kem Gempur LINUS Ogos
Temu Murni Ibu Bapa Ogos
Program Mentor Mentee Mei-Sept
Bengkel Pengurusan LINUS Mac

Tindakan : Penyelaras Linus dan Guru-guru LINUS

4.4 Peranan Guru Linus

4.4.1 Puan Amirah juga mengingatkan semua guru agar sentiasa


mengenalpasti dan memantau tahap penguasaan dan kelemahan murid beserta

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA.WBA0011.SPSK


PK07- LAMPIRAN 3

latar belakang keluarga murid linus. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran pula
perlulah mengikut kemahiran murid iaitu berdasarkan konstruk LINUS.

Tindakan : Makluman.

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Faridah memaklumkan mengenai kesukaran yang dihadapi ketika sesi
pdp di kelas 3 Bestari. Dua orang murid iaitu Haydan dan Curtis Ang Hin dikenal
pasti mengalami masalah komunikasi yang agak rumit. Murid tersebut tidak
memahami pembelajaran dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.
Akibatnya, aktiviti pembelajaran terutamanya Bahasa Melayu sangat kritikal kerana
beliau tidak dapat menilai tahap penguasaan murid tersebut dengan sebaiknya.

Tindakan : Makluman.

5.2 Puan Sumathi meminta agar semua guru yang mengajar kelas Linus yang
belum mengambil modul Linus agar berbuat demikian di kelas 3 Maju dengan kadar
segera.

Tindakan : Guru Kelas Linus

5.3 Puan Sumathi memaklumkan Modul Literasi Bahasa Inggeris Asas 1 bagi
Tahun 1 hanyalah digunakan selepas saringan 1. Bagi murid tahun 2 dan tahun 3
boleh digunakan seperti biasa.

Tindakan : Guru Linus Bahasa Inggeris

6 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Disediakan oleh,

_________________________

(AMIRAH BT JAAFAR)

SETIAUSAHA

JAWATANKUASA LINUS SKBB 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA.WBA0011.SPSK

You might also like