You are on page 1of 3

KERTAS KERJA KURSUS PROSES TEKNIK BAHAN BUKU

PENGAWAS PSS
1.0 PENDAHULUAN
Kursus Proses Teknik Bahan Buku ini dirancang untuk memberi pengetahuan dan kemahiran
kepada pengawas-pengawas dalam kerja-kerja di pusat sumber seperti memproses bahan, dan
mengumpul maklumat bagi memperkukuhkan P&P sekolah di samping mewujudkan Pengawas Pusat
Sumber yang kreatif, berkarisma, berdedikasi dan berdisiplin.

2.0 MATLAMAT
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :
2.1. Melahirkan Pengawas PSS yang berpengetahuan dan kemahiran dalam kerja-kerja proses teknik
bahan di pusat sumber sekolah.
2.2 Mewujudkan Pengawas PSS yang kreatif, berkarisma berdedikasi dan berdisiplin dalam
menjalankan tugas mereka.

3.0TARIKH / MASA / TEMPAT


7 Februari 2014 (Sabtu)
7.30 pagi – 11.30 pagi
Pusat Sumber SK Bangsar.

4.0 SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
Murid Tahun 4, 5 dan 6

5.0 OBJEKTIF
5.1 Memberi pendedahan mengenai cara memproses buku secara automasi S-Lib dengan cara yang
betul.
5.2 Memberi pengetahuan mengenai kemudahan dan perkidmatan yang terdapat di Pusat Sumber
SK Bangsar.
6.0 KPI (INDIKATOR OUTPUT)
1. Mewujudkan perkhidmatan lebih mesra dan kondusif.
2. Menambah koleksi buku bahan bacaan bagi Program NILAM.
3. Meningkatkan pengetahuan dan ilmu Sains Perpustakaan di kalangan Pengawas
PSS.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Bahan Jumlah


1. Makanan murid
40 Orang Pengawas PSS X RM 5.00 RM 200.00
Jumlah RM 200.00
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi : Pn Siti Maziah Binti Abdullah- GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi : Pn Nor Shafina Bt Yasak- Gpk Hal Ehwal Murid
Pn Norsilah Bt Dali - Gpk Kokurikulum
Pn Tanma A/P Rajasegaran - Penyelia Petang
Penyelaras : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha : Pn Rafeah Binti Badaruddin
Bendahari : Pn Zalina Binti Mohamad
Jurukamera : Encik Zulkifli Bin Saad
AJK :
Pn Anita Juliana Bt Mohammad
Pn Noor Fazriena Bt Yaakub
Pn Roszaini Bt Mohd Zain
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Penerangan Proses Teknik Buku, tugas Pengawas PSS, dan amali murid bersama guru.

9.1 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM


7 Februari 2014 (Sabtu)
7.30 pagi Pendaftaran
8.00 pagi Taklimat Proses Teknik Buku
oleh Cik Norhazalina Binti Hashim
9.00 pagi Rehat/ kudapan
9.30 pagi Pembahagian kumpulan
1. Automasi S-Lib, mengecap nombor perolehan, pengelasan dan hak milik buku baru.
2. Susun buku fiksyen Bahasa Melayu
3. Susun buku fiksyen Bahasa inggeris
4. Susun buku non fiksyen
5. Susun majalah lama di fail tegak
6. Baik pulih buku
11.30 pagi Bersurai
Pusat Sumber SK Bangsar.

10.0 KAEDAH PEMANTAUAN


Pemerhatian secara berterusan.

Disediakan oleh :

…………………………………..
( CIK NORHAZALINA HASHIM)
PENYELARAS
Tarikh : 4 Februari 2015
Ulasan : Adalah menjadi harapan kepada AJK Jawatankuasa dapat diterima dan akan berjalan seperti
yang telah dirancang. Semoga program ini mendapat manfaat kepada semua pihak.

You might also like