You are on page 1of 1

Leftenan Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang,

Selangor pada tahun 1915. Beliau merupakan anak sulung dalam


keluarganya dan menerima pendidikan di Pekan Sungai Ramal dalam
aliran Inggeris. Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, beliau
memasuki Rejimen Askar Melayu.

Peristiwa Bukit Candu telah meninggalkan kenangan pahit dalam


perjuangan Leftenan Adnan bagi mempertahankan tanah air tercinta.
Leftenan Adnan cedera parah dalam peristiwa ini. Namun begitu,
beliau enggan berundur malahan menyuruh orang-orangnya berjuang
mempertahankan negara tercinta. Keberaniannya telah menaikkan
semangat juang anak-anak buahnya untuk bertahan dan berjuang.

Namun, pihak musuh berjaya juga menawan Leftenan Adnan dan


membunuhnya pada 14 Februari 1942. Keberanian Leftenan Adnan
untuk mempertahankan Permatang Pasir Panjang kini menjadi
sebahagian daripada sejarah negara.

1. Siapakah tokoh yang diceritakan di atas?


2. Di manakah beliau dilahirkan?
3. Berapakah umur beliau ketika memasuki Rejimen Askar Melayu?
4. Apakah yang berlaku kepada beliau semasa peristiwa Bukit Candu?
5. Bagaimanakah cara beliau mempertahankan tanah air?
6. Pada tahun berapakah beliau terbunuh?
7. Di manakah tempat yang menjadi sejarah negara berdasarkan kisah beliau?

You might also like