You are on page 1of 8

KHUTBAH JUMAAT

“AL-QURAN MUKJIZAT TERAGUNG SEPANJANG ZAMAN”


(17 Mac 2017M/ 18 Jamadilakhir 1438H)

،ِ ‫م‬$ ‫ َعا َل‬$ ‫ي ا ْل‬$$ ‫ ِر َج ِف‬$ ‫خ‬ $ْ ُ ‫ ِبيٍّ أ‬$ َ‫ ْي ِر ن‬$ ‫خ‬$َ ‫ة‬$ِ $ ‫ ْن أ ُ َّم‬$ ‫م‬$ِ ‫ا‬$$ َ‫ارن‬
َ َ ‫ت‬$ ‫خ‬
$ْ ‫ َوا‬،ِ ‫الَم‬$ ‫س‬ $ $ْ ‫ا ْ ِإل‬$ ‫ب‬$ِ ‫ا‬$$ َ‫زَّن‬$ ‫ع‬$َ ‫ذي‬$ِ $‫م ُد ِهللِ ا َّل‬$ْ $‫ح‬ $ َ ‫ا َ ْل‬
َّ‫ َه إِال‬$ ٰ‫ ُد أ َ ْن الَ إِ َلـ‬$‫ش َه‬ ْ َ ‫ أ‬.ِ ‫ام‬$$َ‫ألَن‬$ْ $ِ‫م ًة ل‬$َ $‫ح‬
$ْ ‫ ًدى َو َر‬$‫ ُه‬،ِ ‫ َكالَم‬$‫ل ا ْل‬$َّ $‫ج‬ $َ َ ‫ب َوأ‬ ِ ُ ‫ ُكت‬$‫س َن ا ْل‬$ $ْ َ ‫ َل ْي ِه أ‬$‫ز ََل َع‬$ ْ‫َوأَن‬
َ $‫ح‬
ْ‫ ِّلم‬$‫س‬
$ َ ‫ل َو‬$ِّ $‫ص‬
$ $ َ ‫ اَللّٰ ُه َّم‬.‫ ُه‬$‫و ُل‬$$‫س‬ $ َ ‫ ُد أ َ َّن‬$‫ش َه‬
$ ُ ‫بْ ُد ُه َو َر‬$‫م ًدا َع‬$َّ $‫ا ُم َح‬$$َ‫ ِّي َدن‬$‫س‬ ْ َ ‫ َوأ‬،‫ ُه‬$‫ك َل‬$َ $‫ ِري‬$‫ش‬ $ َ َ‫ َد ُه ال‬$‫ح‬ $ْ ‫اهللُ َو‬
،َ‫لِ ُمون‬$$ ‫س‬$ $ْ ‫ـم‬ ُ ‫ َها ا ْل‬$ ‫ َيا أ َ ُّي‬$ َ‫ ف‬،‫ ْع ُد‬$ ‫ا َب‬$$ ‫ أ َ َّم‬.‫ني‬ $ ْ َ ‫ح ِب ِه أ‬$
َ ‫م ِع‬$َ $ ‫ج‬ $ $ $ َ ‫ه َو‬$ِ $ ِ‫ َلى آل‬$ $‫م ٍد َو َع‬$َّ $ ‫ح‬
ْ $‫ص‬ $ َ ‫ا ُم‬$$ َ‫ ِّي ِدن‬$ $‫س‬
$ َ ‫ َلى‬$ $‫َع‬
ِ ْ‫وصي ُك ْم َونَف‬
ُ ‫ فَ َق ْد فَازَ ا ْل‬،‫سي ِبت َ ْق َوى اهللِ َعزَّ َو َج َّل‬
.َ‫ـمت َّ ُقون‬ ِ ُ‫أ‬

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,


Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah
subhanahu wata’ala dengan melaksanakan segala perintahNya dan
meninggalkan segala laranganNya. Semoga kita temasuk dalam kalangan
hambaNya yang memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Pada hari
ini, khutbah yang akan disampaikan bertajuk ‘Al-Quran Mukjizat Teragung
Sepanjang Zaman’.

Al-Quran secara umum sama ada dari segi bahasa, gaya atau isinya adalah
satu mukjizat dan sumber petunjuk bagi membentuk kehidupan yang lurus.
Firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah Al-Israa’, ayat 9:

Maksudnya: Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi petunjuk ke jalan yang


betul, dan memberi berita gembira kepada orang yang beriman yang
mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

!1
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Al-Quran jugalah yang berjaya mencetuskan bibit-bibit keimanan seorang
insan yang pada awalnya sangat menentang Islam, tetapi akhirnya beliau
menjadi seorang sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang amat
berpengaruh lagi berwibawa. Beliau ialah Sayyidina Umar bin al-Khattab
radhiallahu ‘anhu.

Ketika memetik tafsiran ayat 41-43 dari surah Al-Haaqqah menerusi tafsir
Ibnu Kathir, Imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullah meriwayatkan bahawa
Sayyidina Umar radhiallahu anhu telah berkata: “Sebelum aku memeluk
Islam, aku telah keluar untuk mendapatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam. Maka aku dapati bahawa baginda telah mendahului aku ke masjid,
lalu aku berdiri di belakangnya dan beliau membuka (solat) dengan bacaan
(surah) Al-Haaqqah sehingga aku merasa takjub dengan kandungan Al-
Quran.” Maka aku berkata: “Demi Allah, ini adalah syair sebagaimana yang
dikatakan oleh kaum Quraisy.” Maka Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam pun
membaca:

Maksudnya: “Dan bukanlah al-Quran itu perkataan seorang penyair


(sebagaimana yang kamu dakwakan, tetapi sayang!) amatlah sedikit
daripada kamu yang beriman.” (Surah Al-Haaqqah ayat 41).

Maka aku (Sayyidina Umar) berkata: “(Ia adalah kata-kata) tukang tilik! ”
Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pun membaca:

!2
Maksudnya: “Dan juga bukanlah al-Quran itu perkataan seorang tukang tilik
(sebagaimana yang kamu katakan, tetapi sayang!) Amatlah sedikit kamu
mengambil peringatan. (al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian
alam.” (Surah Al-Haaqqah ayat 42-43).

Lihatlah, betapa mukjizat Al-Quran begitu menyerlah sehingga berjaya


menerbitkan bibit-bibit keimanan dalam hati manusia yang dahulunya
menolak petunjuk. Begitulah antara mukjizat al-Quran seperti yang tergambar
di dalam surah Al-Israa’ ayat 88:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi


wasallam): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan
tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini,
mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding
dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Satu lagi bentuk mukjizat Al-Quran adalah pemansuhan sesuatu hukum dan
arahan dengan hukum atau arahan baru yang lebih baik, atau lebih dikenali
sebagai ‘Al-Nasikh Wal Mansukh.’ ‘Al-Nasikh Wal Mansukh’ merujuk kepada
sesuatu hukum yang dimansukhkan atau ditiadakan, atau boleh juga diganti
oleh Allah dengan hukum yang lain. Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah
ayat 106:

!3
Maksudnya: Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan
(batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan
ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya.
Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu?

Seorang ahli tafsir terkenal, Sheikh Mutawalli Sya’rawi rahimahullah, ketika


menafsirkan ayat ini, menyatakan bahawa ianya tidak bermaksud bahawa
terdapat kekurangan pada risalah terdahulu sebelum perutusan Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam, akan tetapi maksudnya di sini, risalah
mereka adalah yang terbaik bagi kelompok manusia yang hidup pada zaman
tersebut.

Sheikh as-Sya’rawi rahimahullah menambah lagi, perkembangan gaya dan


cara kehidupan telah mengundang pelbagai isu baru yang belum pernah
dialami oleh zaman dahulu. Oleh yang demikian, ketika diutuskan Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam dibekalkan
dengan huraian atau jalan keluar bagi permasalahan yang tidak pernah
wujud di zaman para Rasul sebelumnya.

Sebagai contoh, pada zaman Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam


pensyariatan kiblat ke arah Baitul Maqdis telah dimansukhkan dan ditukarkan
ke arah Kaabah di Makkah. Ini secara jelas berlainan dengan kelaziman yang
telah lama diamalkan oleh umat Nabi-Nabi yang terdahulu.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Pengajaran yang boleh kita perolehi daripada ini, adalah bahawa
peningkatan diperlukan dalam kehidupan, sama ada peningkatan dari segi
amalan, kerohanian atau juga peningkatan di dalam urusan duniawi yang
dapat memberikan kemanfaatan pada diri. Malah, adalah menjadi ajaran
Islam bagi kita berlumba-lumba untuk mempertingkatkan diri agar kita

!4
beroleh kejayaan dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Sabda
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

“Berlumbalah untuk memperolehi apa saja yang memberikan


kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah
dan janganlah merasa lemah.”
(Hadith riwayat Imam Muslim)

Sebagai contoh dari segi ibadah, jika kita hanya membaca al-Quran selepas
solat, maka adalah baik jika kita bertekad untuk membacanya di masa-masa
dan kesempatan yang lain juga, sambil menghayati maksud ayat-ayat Al-
Quran itu.

Inilah ciri-ciri agama yang dinamik, progresif, berdaya saing, mampu melerai
kerumitan dan masalah ummah di mana dan bila-bila masa sahaja. Ini juga
pengajaran yang dapat digarap dari maksud ‘Al-Nasikh Wal Mansukh’.

Ia bukan sekadar satu lipatan sejarah pensyariatan atau pemansuhan


sesuatu perkara, bahkan lebih dari itu, ia mengajak kita sentiasa bertafakkur
memikirkan hal keadaan kehidupan beragama agar ia sentiasa berkembang
serta maju, mengikut setiap dasar dan prinsip agama itu sendiri.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Di penghujung khutbah ini, dapatlah dirumuskan beberapa pengajaran
penting dari khutbah yang disampaikan.

Pertama - Keperluan untuk kita menghayati isi kandungan kitab suci Al-
Quran dengan sebaik-baiknya, agar dapat dijadikan panduan bagi diri kita
dalam mengharungi kehidupan seharian, semoga dengannya kita akan
sentiasa beroleh hidayah daripada Allah subhanahu wata’ala.

Kedua - Setiap perubahan yang berlaku di sekeliling mengundang kita


meneliti perubahan tersebut. Jika dilihat dari sudut positif, ia sebenarnya

!5
mengajak kita melihat kembali keprihatinan terhadap apa yang dikatakan
sebagai keutamaan. Kita perlu bijak di dalam memilih keutamaan agar
dengannya, kita dapat melakukan perubahan diri dan seterusnya mendapat
kemanfaatan daripadanya.

Ketiga – Salah satu mukjizat al-Quran ialah dari sudut bahasanya yang
menjadi dalil bahawa al-Quran bukan ciptaan atau rekaan manusia tetapi
datangnya dari Allah subhanahu wataa’ala.

Keempat – Antara mukjizat al-Quran ialah melembutkan hati dan


mendatangkan hidayah Allah subhanahu wata’ala kepada orang yang
membaca dan mendengarnya.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita menghayati


firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah al-Israa’ ayat 9 :

ِ ‫ن ال َّر‬
ِ ‫جيْم‬ َّ
ِ ‫الشيْطَا‬ ‫هلل ِم َن‬ ُ َ‫أ‬
ِ ‫عوْذُ ِبا‬

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna


imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya)
gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-
ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka
jualah mereka berserah.

ِ‫ر‬$‫ذِّ ْك‬$‫ات َوال‬$ ِ ‫ َن اْأل َ َي‬$‫ ْي ِه ِم‬$‫ما ِف‬$َ ‫ ْم ِبـ‬$‫ا ُك‬$‫فَ َع ِني َو إِ َّي‬$َ‫ َون‬،ِ ‫ظ ْيم‬ ِ ‫ َع‬$‫ان ا ْل‬ ِ ‫ ُق ْر َء‬$‫ي ا ْل‬$‫ف‬$ِ ‫ ُك ْم‬$‫يْ َو َل‬$ِ‫ار َك اهللُ ل‬$ َ ‫َب‬
‫ذَا‬$ $‫يْ ٰه‬$ $ِ‫ ْول‬$ $‫ ْو ُل َق‬$ $‫ أ َ ُق‬.‫ َعلِ ْي ُم‬$ $‫س ِميعُ ا ْل‬$ َّ $ ‫ َو ال‬$ $‫ ُه ُه‬$ $َّ‫ إِن‬،‫ ُه‬$ $َ‫ال َوت‬$َ $ $‫ن ْ ُك ْم ِت‬$ $‫نِّي َو ِم‬$ $‫ َقبَّ َل ِم‬$ $َ‫ َوت‬،ِ ‫ح ِك ْيم‬$
َ $ ‫ا ْلـ‬
َْ‫نني‬$ِ $ $ ‫ْم‬$ِ ‫مؤ‬$ُ $ $ ‫ َوا ْلـ‬،‫ات‬ ِ ‫لِ َم‬$$ $ ‫س‬ َ ْ ‫لِ ِم‬$$ $ ‫س‬
ُ ‫ني َوا ْل‬
$ $ْ ‫ـم‬ ِ ‫س‬$
ُ ‫ ِر ا ْل‬$ $ $‫ائ‬
$ $ْ ‫ـم‬ َ $ $ ِ‫ ُك ْم َول‬$ $ $‫يْ َو َل‬$ $ $ِ‫ظيْ َم ل‬
ِ ‫ َع‬$ $ $‫ت َ ْغ ِفر اهللَ ا ْل‬$ $ $‫س‬
ُ $ ْ َ ‫َوأ‬
.‫حيْ ُم‬ِ ‫ إِنَّ ُه ُه َو ا ْل َغفُ ْور الر‬،ُ‫است َ ْغ ِفر ْوه‬ ْ َ‫ ف‬،‫ات‬ ِ ‫آء ِمن ْ ُه ْم َواْأل َ ْم َو‬ ِ َ‫ات اْأل َ ْحي‬ ِ َ ‫ـمؤ ِْمن‬ ُ ‫َوا ْل‬
َّ ُ ُ
!6
‫‪KHUTBAH JUMAAT KEDUA‬‬
‫____________________________________________________________________________________________________________‬

‫اَ ْﻟـ َﺤـ ْﻤ ُﺪ ِ?ِ‪ ،‬اَ ْﻟـ َﺤـ ْﻤ ُﺪ ِ?ِ َﺣـ ْﻤ ًﺪا َﻛـﺜِﯿﺮًا َﻛـ َﻤﺎ أَ َﻣـ َﺮ‪ .‬أَ ْﺷﮭَـ ُﺪ أَ ْن ﻻَ إِﻟَ ٰــﮫَ إِﻻﱠ ﷲُ َوﺣْ ـ َﺪهُ‬
‫ٰ‬
‫ﺻـﻞﱢ َو َﺳـﻠﱢ ْﻢ‬ ‫ﻚ ﻟَـﮫُ‪َ ،‬وأَ ْﺷﮭَـ ُﺪ أَ ﱠن َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ ُﻣـ َﺤـ ﱠﻤ ًﺪا َﻋـ ْﺒ ُﺪهُ َو َرﺳ ُْـﻮﻟُـﮫُ‪ .‬اَﻟﻠّﮭُ ﱠﻢ َ‬ ‫ﻻَ َﺷ ِ‬
‫ـﺮﯾْـ َ‬
‫ـﺎر ْك َﻋـﻠَ ٰﻰ َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ ُﻣـ َﺤـ ﱠﻤ ٍﺪ َو َﻋـﻠَ ٰﻰ ٰأﻟِـ ِﮫ َوأَﺻْ ـ َﺤﺎﺑِـ ِﮫ أَﺟْ ـ َﻤ ِﻌﯿ َْﻦ‪ .‬أَ ﱠﻣـﺎ ﺑَـ ْﻌ ُﺪ‪ ،‬ﻓَـﯿَﺎ ِﻋـﺒَﺎ َد‬
‫َوﺑَ ِ‬
‫ﻖ ﺗُﻘَﺎﺗِ ِﮫ ﻟَ َﻌﻠﱠ ُﻜ ْﻢ ﺗُ ْﻔﻠِﺤ ُْﻮ َن‪ .‬ﻗَﺎ َل ﷲُ ﺗَ َﻌﺎﻟَ ٰﻰ‪:‬‬ ‫ﷲِ‪ ،‬اِﺗﱠﻘُﻮا ﷲَ َﺣ ﱠ‬
‫ﺻـﻠﱡﻮا َﻋـﻠَ ْﯿ ِﮫ‬ ‫ﯾـﻦ آ َﻣـﻨُﻮا َ‬ ‫ﻮن َﻋـﻠَﻰ اﻟـﻨﱠﺒِ ﱢﻲ ﯾَـﺎ أَﯾﱡـﮭَﺎ اﻟﱠـ ِﺬ َ‬ ‫ﺼﻠﱡ َ‬ ‫ﻼَﺋِـ َﻜﺘَﮫُ ﯾُـ َ‬ ‫إِ ﱠن ﷲَ َو َﻣـ ٓ‬
‫َو َﺳﻠﱢ ُﻤﻮا ﺗَ ْﺴﻠِﯿ ًﻤﺎ‬
‫ٰ‬
‫ْﺖ َﻋـﻠَ ٰﻰ‬ ‫ﺻـﻠﱠﯿ َ‬ ‫ﺻـﻞﱢ َﻋـﻠَ ٰﻰ َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ ُﻣـ َﺤـ ﱠﻤ ٍﺪ َو َﻋـﻠَ ٰﻰ ٰأ ِل َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ ُﻣـ َﺤـ ﱠﻤ ٍﺪ‪َ ،‬ﻛـ َﻤﺎ َ‬ ‫اَﻟﻠّﮭُ ﱠﻢ َ‬
‫ـﺎر ْك َﻋـﻠَ ٰﻰ َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ ُﻣـ َﺤـ ﱠﻤ ٍﺪ َو َﻋـﻠَ ٰﻰ‬ ‫ٰ‬
‫َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ إِ ْﺑـ َﺮا ِھـ ْﯿ َﻢ َو َﻋـﻠَ ٰﻰ أ ِل َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ إِ ْﺑـ َﺮا ِھـ ْﯿ َﻢ‪َ ،‬وﺑَ ِ‬
‫ـﺖ َﻋـﻠَ ٰﻰ َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ إِﺑْـ َﺮا ِھـ ْﯿ َﻢ َو َﻋـﻠَ ٰﻰ ٰأ ِل َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ‬ ‫ٰأ ِل َﺳـﯿﱢ ِﺪﻧَـﺎ ُﻣـ َﺤـ ﱠﻤ ٍﺪ‪َ ،‬ﻛـ َﻤﺎ ﺑَـﺎ َر ْﻛ َ‬
‫ــﻦ ْاﻟـ ُﺨــﻠَﻔَﺎ ِء‬ ‫ﻚ ﺣــﻤ ْﯿ ٌﺪ ﻣـــﺠ ْﯿ ٌﺪ‪ .‬وارْ ض ٰ‬
‫ِ‬ ‫ﻋ‬‫َ‬ ‫ﻢ‬
‫ﱠ‬ ‫ُ‬ ‫ﮭ‬‫ّ‬ ‫اﻟﻠ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ــﻲ ْاﻟــ َﻌﺎﻟَــ ِﻤﯿ َْﻦ‪ ،‬إِﻧﱠــ َ َ ِ َ ِ‬ ‫إِﺑْــ َﺮا ِھــ ْﯿ َﻢ‪ ،‬ﻓِ ْ‬
‫ـﻦ‬‫ﺎن َو َﻋـﻠِ ﱟﻲ‪َ ،‬و َﻋ ِ‬ ‫ـﻲ ﺑَـ ْﻜ ٍﺮ َو ُﻋـ َﻤ َﺮ َو ُﻋ ْـﺜ َﻤ َ‬ ‫ْـﻦ ْاﻟـ َﻤﮭْـ ِﺪﯾﱢـﯿ َْﻦ‪َ ،‬ﺳـﺎ َداﺗِـﻨَﺎ أَﺑِ ْ‬ ‫ﱠاﺷـ ِﺪﯾ َ‬
‫اﻟـﺮ ِ‬
‫ْـﻦ‪ .‬اَ ٰﻟﻠّﮭُ ﱠﻢ ا ْﻏـﻔِﺮْ ﻟِ ْﻠ ُﻤﺴْـﻠِ ِﻤﯿ َْﻦ‬ ‫ﺼ َﺤﺎﺑَـ ِﺔ َواﻟـﺘﱠﺎﺑِـ ِﻌﯿ َْﻦ ﻟَـﮭُ ْﻢ ﺑِــﺈِﺣْ ـ َﺴ ٍ‬
‫ﺎن إِﻟَ ٰـﻰ ﯾَ ْـﻮ ِم اﻟـ ﱢﺪﯾ ِ‬ ‫اﻟـ ﱠ‬
‫ﻚ َﺳـ ِﻤ ْﯿ ٌﻊ‬‫ت‪ .‬إِﻧﱠـ َ‬ ‫ت ْاﻷَﺣْ ـﯿَﺂ ِء ِﻣـ ْﻨﮭُ ْﻢ َو ْاﻷَ ْﻣـ َﻮا ِ‬
‫ت َو ْاﻟــ ُﻤ ْﺆ ِﻣـﻨِﯿ َْﻦ َو ْاﻟــ ُﻤ ْﺆ ِﻣـﻨَﺎ ِ‬ ‫َو ْاﻟـ ُﻤﺴْـﻠِ َﻤﺎ ِ‬
‫ت‪.‬‬‫ﺎﺿ َﻲ ْاﻟ َﺤﺎ َﺟﺎ ِ‬ ‫ت َوﯾَﺎ ﻗَ ِ‬ ‫ـﺠ ْﯿﺐُ اﻟ ﱠﺪ َﻋ َﻮا ِ‬ ‫ﻗَ ِﺮﯾْﺐٌ ُﻣ ِ‬
‫‪Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,‬‬
‫‪mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah‬‬
‫‪meninggal dunia. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan‬‬
‫‪kepada kami semua dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat‬‬
‫‪kelak.‬‬

‫‪Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada‬‬


‫‪kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara kami,‬‬
‫‪khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan‬‬

‫‪!7‬‬
juga pemimpin-pemimpin Islam negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, kami memohon ke hadratMu, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah


amal kami, eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami,
kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan
yang bermanfaat. Suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti yang mulia,
bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada
ujianmu seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit,
persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung dan bermohon
denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa bertambah aman,
makmur dan berkat.

Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon ke hadratMu ya Allah,
jadikanlah setiap individu generasi muda di kalangan remaja dan belia
generasi pelapis negara dan negeri kami ini golongan yang beramanah,
bertanggungjawab, dan berakhlak mulia agar dapat membentuk sebuah
masyarakat yang baik, aman dan bertamadun, serta mendapat keampunan,
keredhaan dan berkat daripadaMu, ya Allah. Peliharalah kami serta generasi
yang mewarisi kami, daripada terlibat dalam apa jua unsur negatif yang boleh
menjatuhkan maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara.

‫ ٰأ ِﻣـﯿْﻦ ﯾَـﺎ‬،‫ ٰأ ِﻣـﯿْﻦ‬.‫ﺎر‬


ِ ‫اب اﻟـﻨﱠ‬ َ ‫ﻵﺧـ َﺮ ِة َﺣـ َﺴﻨَﺔً َوﻗِـﻨَﺎ َﻋـ َﺬ‬ ِ ‫َرﺑﱠـﻨَﺂ ٰأﺗِـﻨَﺎ ﻓِـﻲ اﻟـ ﱡﺪ ْﻧـﯿَﺎ َﺣـ َﺴﻨَﺔً َوﻓِـﻲ ْا‬
‫ َوإِﯾـﺘَﺂ ِء ِذي ْاﻟـﻘُﺮْ ﺑَ ٰـﻰ‬.‫ﺎن‬ ِ ‫ـﺎﻟـ َﻌ ْﺪ ِل َو ْا ِﻹﺣْ ـ َﺴ‬ ْ ِ‫ إِ ﱠن ﷲَ ﯾَـﺄْ ُﻣـ ُﺮ ﺑ‬.ِ‫ ِﻋـﺒَﺎ َد ﷲ‬.‫َربﱠ ْاﻟـ َﻌﺎﻟَــ ِﻤﯿ َْﻦ‬
َ‫ـﺎذ ُﻛـﺮُوا ﷲ‬ ْ َ‫ ﻓ‬.‫ ﯾَـ ِﻌﻈُ ُﻜ ْﻢ ﻟَـ َﻌﻠﱠ ُﻜ ْﻢ ﺗَـ َﺬ ﱠﻛـﺮ ُْو َن‬.‫ـﻦ ْاﻟـﻔَﺤْ َﺸﺂ ِء َو ْاﻟــ ُﻤ ْﻨ َﻜ ِﺮ َو ْاﻟـﺒَ ْﻐ ِﻲ‬
ِ ‫َوﯾَ ْﻨﮭَ ٰـﻰ َﻋ‬
ِ ‫ َواﺳْـﺄَﻟُـ ْـﻮهُ ِﻣ ْـﻦ ﻓَـﻀْ ﻠِ ِﮫ ﯾُـﻌ‬.‫ـﺰ ْد ُﻛـ ْﻢ‬
.‫ْﻄ ُﻜ ْﻢ‬ ِ َ‫ َوا ْﺷـ ُﻜﺮ ُْوهُ َﻋـﻠَ ٰﻰ ﻧِـ َﻌ ِﻤ ِﮫ ﯾ‬.‫ْاﻟـ َﻌ ِﻈ ْﯿ َﻢ ﯾَ ْـﺬ ُﻛـﺮْ ُﻛـ ْﻢ‬
.َ‫ﺼﻼَة‬ ‫ أَﻗِ ْﯿ ُﻤﻮا اﻟ ﱠ‬.‫ُﻮن‬ َ ‫ َوﷲُ ﯾَ ْﻌﻠَ ُﻢ َﻣﺎ ﺗَﺼْ ﻨَﻌ‬.ُ‫َوﻟَ ِﺬ ْﻛ ُﺮ ﷲِ أَ ْﻛﺒَﺮ‬

!8

You might also like