You are on page 1of 4

Cara Untuk Menanam Pokok Jambu Paling Berkesan Tanpa Menggunakan Biji Benih

Sudah pasti ramai antara kita menyukai buah jambu air atau jambu madu ini. Seperti kita ketahui kebanyakkan buah-buah jambu
ini akan dibiakkan melalui biji atau secara tampang.

Tetapi tahukah anda pembiakan melalui biji tidak disyorkan kerana menimbulkan masalah ketulenan baka. Biasanya Kaedah tut
dan cantuman lebih diutamakan kerana tumbesarannya cepat.

Namun kali ini kami akan berkongsikan kepada anda satu cara lain untuk menanam buah jambu ini yang mudah dan berkesan
selain menghasilkan anak benih yang lebih baik.

Bahan-bahan yang perlu adalah

1. Gunting dan pisau yang tajam

2. Span dipotong berbentuk dadu seperti dibawah

3. Tray semaian ( Boleh dibeli atau dibuat sendiri)

4. Hormon pengakaran jenis serbuk dan cecair.

1
5. Campuran sekam bakar dan baja cocopeat( Sabut kelapa yang sudah dihancurkan) dengan nisbah 2:1

Berikut adalah langkah-langkah untuk proses semaian.

1. Gunakan gunting untuk mengambil pucuk pokok dan potongan seperti dibawah. Jika pucuk berkenaan diambil dari tempat yang
jauh pastikan ia sentiasa lembab dan tidak kering.

2. Isikan air sebanyak 4 liter ke dalam bekas dan masukkan hormon pengakaran jenis cecair sebanyak 40cc/4 liter air.

3. Kemudian rendamkan seketika pucuk berkenaan di dalam air.

4. Selepas itu celup hujung pangkal pucuk tadi ke dalam hormon pengakaran jenis serbuk dan cucukkan kepada span.

2
5. Letak pucuk semaian tadi ke dalam bekas semaiaan dengan air hormon pengakaran untuk rendam pucuk tadi dituang ke dalam
lubang tray untuk diresap oleh span. Biarkan sehingga tumbuh akar(Pastikan air tidak kering)

6. Biarkan selama beberapa hari hingga akar tumbuh seperti dibawah.

7. Apabila akar sudah tumbuh, anda sudah boleh tanggalkan span tadi, pindahkan benih berkenaan ke dalam pasu kecil yang
berisi campuran sekam dan cocopeat. Biarkan selama seminggu. Siram dua kali sehari.

8. Selepas seminggu anda sudah boleh pindahkan anak pokok tadi ke dalam pasu lebih besar atau polybag.

Tips: Tanah yang terbaik adalah tanah lembab yang diambil dari kedalaman 1 meter.
Gambar 1. Selepas benih dipindahkan
Gamabr 2. Tanaman sedang membasar
Gamabr 3. Anak pokok tumbuh dengan sihat

3
9. Apabila anak pokok sudah membesar anda bolehlah menanamnya di tempat terbuka. Hasilnya sudah pasti amat menakjubkan
kerana cara tanaman yang dikongsikan ini adalah cara tanaman pokok jambu yang paling berkesan untuk menghasilkan benih
yang terbaik. - Siakapkeli.my

* Hormon pengakaran ni biasanya mengandungi Indole-3-butyric Acid atau ringkasnya IBA.

Biasanya dia mmg datang samada dalam bentuk serbuk atau pun cecair, digunakan bagi merangsang pertumbuhan akar.

Cecair yang digunakan untuk rendaman tu kurang jelas samada dia guna hormon pengakaran juga atau hormon pertumbuhan,
biasanya kalau nak galak pertumbuhan tunas baru kita guna hormon pertumbuhan. Tu kalau nak ikut sop yang betul la, tapi kalau
cara atas tu pun menjadi utk tanam suka suki boleh ja buat.

You might also like