You are on page 1of 1

7/3/2018 Sindiket judi punca utama

Galeri Foto
Versi Mobile
Arkib
Iklan
Langgan ePaper
SMS Alert
Facebook
Sign in

parlimen
Waktu Solat Kuala Lumpur
Subuh 5:45
Zuhur 1:20
Asar 4:46
Maghrib 7:29
ARKIB : 13/12/2012 Isyak 8:44

Sindiket judi punca utama Klik untuk waktu solat kawasan lain

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Jurang pendapatan antara pemain bola sepak bukan faktor
utama berlakunya gejala rasuah dalam sukan tersebut di negara ini, sebaliknya sindiket
perjudian merupakan penyumbang utama kegiatan tidak bermoral itu.
Bagaimanapun Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata,
pihaknya tidak menafikan jurang pendapatan dalam kalangan pemain bola sepak
tempatan turut mendorong berlakunya gejala rasuah.
"Saya bersetuju dan tidak menafikan jurang pendapatan antara pemain dalam liga bola
sepak tempatan menyumbang kepada gejala rasuah, tetapi perbezaan itu tidak seberapa
sekiranya dibandingkan dengan peranan sindiket perjudian yang mengatur perjudian
bola sepak.
"Sindiket-sindiket perjudian ini akan mendekati bukan sahaja pemain bola sepak, tetapi Dengar SuriaFM
pegawai, jurulatih termasuklah pengadil untuk menentukan keputusan perlawanan," Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini. Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Beliau menjawab soalan Datuk Mohammed Najeeb Abdullah berkenaan gejala rasuah
bola sepak yang masih berlaku di Malaysia walaupun langkah-langkah tegas telah Tragedi Pesawat MH370
diperkenalkan. Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370

KE7B Greenland 2014


Mengulas lanjut, Razali memberitahu, rasuah atau mengatur perlawanan bola sepak
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014
bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi merupakan isu global yang turut berlaku di Itali,
Turki, Greece, Korea Selatan, China, Indonesia dan banyak negara lain.
Katanya, masalah itu sukar dikesan dan dihapuskan dengan segera memandangkan
wujudnya perjudian bola sepak yang diuruskan sindiket perjudian antarabangsa di
seluruh dunia.
"Kita telah mengambil beberapa langkah dan daripada aspek penguatkuasaan pula, satu
jawatankuasa telah dibentuk yang dianggotai wakil-wakil daripada Polis Diraja Malaysia
dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
"Jawatankuasa ini akan bermesyuarat pada Isnin setiap minggu bagi meneliti aduan-
aduan diterima selain memantau keseluruhan perlawanan bola sepak terutamanya yang
meragukan," jelasnya.
Menjawab soalan tambahan Mohammed Najeeb berhubung tindakan pemain meminta
gaji tinggi berikutan kos penghijrahan yang semakin meningkat, Razali memberitahu,
perkara itu memberi keuntungan kepada liga bola sepak tempatan terutamanya
daripada aspek kecemerlangan.
Kongsi Konten di :

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20121213/pa_01/Sindiket- 2/4

You might also like