You are on page 1of 5

CABARAN MENGURUSKAN PERPADUAN DAN KONFLIK ETNIK

PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kepelbagaian kaum
yang terdiri daripada pelbagai etnik yang wujud di Malaysia menjadikan pembangunan
semakin rancak dan lancar. Hal Ini juga mampu dicapai apabila wujudnya perpaduan dan hubungan
yang baik antara semua etnik yang ada. Hubungan yang baik ini telah dapat dilihat semenjak zaman
dahulu lagi apabila kerjasama dan tolak ansur antara masyarakat pelbagai kaum menjadi titik tolak
sejarah kemerdekaan.

Kepesatan kemajuan dan pembangunan yang terdapat di Malaysia kini jauh lebih maju berbanding
negara-negara serantau yang lain. Menjadi satu kebiasaan apabila mendengar pujian dan kekaguman
pelancong asing dan orang luar terhadap keharmonian dan hubungan antara etnik-etnik di Malaysia
dimana setiap orang tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan budaya dapat duduk semeja tanpa
merasa terancam. Melalui keamanan inilah kita menjadi sebuah negara bangsa yang berjaya dan
dikagumi.

CABARAN MENGURUSKAN PERPADUAN

Antara cabaran yang dihadapi dari segi perpaduan ialah dalam membentuk dan
memelihara hubungan etnik di Malaysia. Perpaduan merupakan matlamat yang amat
penting bagi semua negara yang merdeka. Hal ini kerana perpaduan adalah satu jaminan
yang terpenting bagi keutuhan sesebuah negara dan pentadbirannya. Menurut sejarah
pada zaman penjajahan British, tidak ada satu pun dasar yang menegaskan untuk
menyatukan masyarakat pelbagai kaum ini, bahkan British bertindak mengasingkan
kaum-kaum ini mengikut jenis pekerjaan dan asas ekonomi yang berbeza. Dengan
tindakan ini mengakibatkan timbul syak wasangka dan sikap curiga antara satu sama lain
dalam kalangan orang Melayu, orang Cina dan orang India seterusnya mewujudkan
jurang pemisah serta membantutkan proses perpaduan antara etnik-etnik ini.
Selain itu, cabaran dalam memupuk dan membina jati diri bangsa Malaysia ini
apabila berlakunya peristiwa pada 13 Mei 1969. Peristiwa yang berlaku ini telah
mencerminkan bahawasanya rakyat Malaysia pada masa itu masih belum memiliki
budaya atau jati diri nasional dalam diri mereka. Justeru, adalah menjadi cabaran buat
semua untuk menyemai jati diri bangsa Malaysia dalam memelihara serta mengekalkan
keharmonian hubungan etnik di Malaysia.

CABARAN DALAM POLITIK

Politik sememangnya penuh kontroversi dimana terdapat pelbagai individu yang


mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingan seperti yang berlaku di Malaysia sendiri.
Parti-parti politik wujud demi mempertahankan dan memperjuangkan hak rakyat dan
demi Negara. Cabaran timbul kerana setiap kaum diwakili oleh parti politik sendiri yang
bertujuan untuk memelihara hak kaum masing-masing, memperjuangkan nasib dan
menyuarakan pendapat mereka. Namun begitu, terdapat pemimpin yang bermain kotor
dengan menghasut, meracuni pemikiran rakyat dan mengapi-apikan sentiment perkauman
demi kepentingan mereka sendiri.

Hal ini telah menyebabkan setiap kaum seolah-olah berdendam,bersangka buruk dan
tidak mahu berbaik-baik akibat dari hasutan mereka. Cabaran juga timbul apabila
sesetengah kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana
pemimpinya sudah semestinya mempunyai corak kepimpinanya sendiri. Setiap individu
mempuyai pegangandan prinsip mereka sendiri dan setiap parti dan pemimpin
mempunyai agendamereka sendiri, namun begitu terdapat juga parti yang memelihara
dan mementingkan perpaduan namun kebanyakan etnik memilih untuk menyokong parti
etnik mereka sahaja.
CABARAN DARI SEGI AGAMA DAN BUDAYA

Perbezaan nilai dan agama setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan
dan bahasa yang berbeza. Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem hidup yang
berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik mempertahankan
kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga
menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Disamping itu, kewujudan akhbar
yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka ini akan
memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik setiap kaum. Hal ini merupakan satu
faktor yang tidak dapat dielakkan kerana semua kaum mempunyai budaya, kepercayaan
dan agama mereka yang tersendiri.

Setiap kaum di Malaysia mempunyai semangat yang menebal terhadap kebudayaan


mereka dan bahasa mereka. Mereka hanya ingin menggunakan bahasa mereka dan tidak
mahu membuka dunia budaya mereka kerana beranggapan jika terdapat yang lain selain
bangsa mereka. Identity bangsa mereka akan hilang dan tiada lagi keistimewaannya.
Namun, terdapat juga batasan dan peraturan sosial yang perlu diambil kira kerana
perbezaan budaya. Ini kerana apabila terdapatnya perbezaan ini, kita tidak tahu apa yang
diperkatakan dan apa yang menjadi dalam kalangan bangsa lain.

CABARAN DARI SEGI EKONOMI

Ekonomi merupakan nadi yang menjadi penggerak utama kemajuan sesebuah negara.
Cabaran yang wujud dari segi ekonomi ini adalah kesan daripada kerajaan British yang
telah memisahkan kaum-kaum di Tanah Melayu mengikut pekerjaan dan tempat tinggal
mereka. Perkara ini dinamakan dasar pecah dan perintah. Kaum Melayu kebanyakannya
tinggal di kawasan kampung dan luar bandar sebagai petani atau nelayan, orang India
pula kebanyakannya menjadi buruh diestet dan ladang-ladang manakala orang cina pula
berada di bandar sebagai pelombong dan peniaga. Hal ini telah mewujudkan jurang
ekonomi antara kaum serta polarisasi antara kaum.
Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial kerana mereka hanya
dapat meluangkan banyak masa ditempat kerja dengan berkomunikasi dengan rakan
sekerja. Jika rakan sekerja terdiri dari kaum sama, maka interaksi dan komunikasi mereka
berada dalam lingkungan kaum yang sama. Ini menyebabkan perasaan perkauman dan
kurangnya hubungan semakin menebal.

CABARAN DARI SEGI GLOBALISASI

Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi semakin
pantas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan
segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi membawa masuk
pengaruh dari Barat dari segi ideologi, budaya hedonism dan nilai negatif, ekonomi
bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik
bagi semua manusia. Melalui globalisasi, kuasa Barat yang masuk kedalam negara
Malaysia mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan pemikiran barat diterima secara
senang ke dalam masyarakat. Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan
yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan moden.

Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik, intergrasi, perpaduan,
mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum. Cabaran
globalisasi ini boleh kita rumuskan sebagai satu anasir luar yang mampu untuk
memecahbelahkan perpaduan dalam negara kita. Cabaran globalisasi ini boleh terdiri
daripada tiga perkara iaitu ketenteraan, serangan pemikiran, dan unsur hasutan. Antara
ketiga-tiga perkara ini, serangan pemikiran paling banyak sekali berlaku. Hal ini kerana,
kebanyakkan dari kita lebih suka berfikiran berkiblatkan barat. Contoh yang paling ketara
sekali adalah dari segi pemakaian, genre lagu dan fesyen-fesyen rambut. Tanpa kita
sedari,dunia tanpa sempadan secara perlahan-lahan memakan bangsa dan budaya negara
Malaysia yang sepatutnya mempunyai adab dan sopan santun yang tinggi.
KESIMPULAN

Secara tuntasnya, menguruskan perpaduan dan etnik di Malaysia adalah suatu perkara
yang tidak boleh dipandang mudah. Hal ini kerana terdapat pelbagai cabaran yang perlu
ditempuhi yang meliputi cabaran perpaduan, politik, agama dan budaya, ekonomi dan
globalisasi. Sehingga kini Malaysia mempunyai tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan
India. Pelbagai usaha perlu diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak
langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Antaranya
termasuklah pelaksanaan Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun,
Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha
untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa
adanya kerjasama daripada semua pihak. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa
kerjasama dan perpaduan Antara kaum dan etnik adalah sangat penting bagi menjamin
sebuah negara yang maju,aman dan berdaya saing setaraf dengan negara maju lain.

You might also like