You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PEMBELIAN PERALATAN SISTEM SIARAYA PERHIMPUNAN


RASMI SEKOLAH

1.0 RASIONAL

Bidang Hal Ehwal Murid (HEM) mencakupi ruang tugas yang luas dan
apa-apa program yang melibatkan murid secara langsung akan diletakkan di
bawah pengurusan HEM. Program-program HEM yang melibatkan murid
biasanya meliputi jumlah murid yang ramai. Oleh itu, Unit Hal Ehwal Murid
memerlukan sistem siaraya yang mantap sebagai sokongan bagi menjayakan
sesuatu aktiviti. Lagi pula, Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai sering kali
menganjurkan aktiviti-aktiviti yang besar dan melibatkan ramai murid baik
peringkat sekolah, daerah mahu pun negeri. Jika peralatan siaraya disewa
harganya sehari sebanyak RM 400.00. Sekiranya peralatan tersebut disewa
sebanyak sepuluh kali, ini bererti melibatkan perbelanjaan sebanyak RM
4000.00. Alangkah baiknya sistem siaraya tersebut dibeli dan menjadi hak
milik sekolah serta boleh digunakan sepanjang masa. Secara ekonominya
lebih baik beli daripada sewa kerana lebih menguntungkan dalam jangka
masa panjang. Peralatan siaraya yang dibeli beberapa tahun lepas telah
rosak, walau pun telah diselenggara tetapi tidak dapat digunakan dalam
jangka masa yang lama. Apabila dihantar untuk dibaiki, pihak berkenaan
memberitahu kos baiki lebih mahal daripada beli baru. Justeru kami
mengambil keputusan untuk membeli PA Sistem yang baru. Oleh itu, sistem
siaraya merupakan keperluan fizikal sokongan untuk menjana kecemerlangan
selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah pendidikan
Kebangsaan.

1.2 MATLAMAT

Pengurusan kewangan yang efisien dan menyokong kemudahan fizikal dalam


menjana kecemerlangan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang berteraskan keseimbangan dalam pendidikan negara yang bertaraf
dunia.

1
1.3 OBJEKTIF

1.3.1 Dapat melancarkan aktiviti perhimpunan rasmi mingguan dan harian.


1.3.2 Dapat membantu melancarkan pengelolaan sesuatu aktiviti baik di
peringkat sekolah, daerah mahupun negeri.
1.3.3 Dapat menaikkan imej sekolah sebagai pengelola baik di peringkat
sekolah, daerah dan negeri.
1.3.4 Dapat menjimatkan kewangan umpama “alah membeli tapi menang
memakai”.
1.3.5 Dapat memberilkan ilmu tambahan melalui Jawatankuasa Siaraya, iaitu
melatih dan memberikan kemahiran dalam penggunaan peralatan audio
visual yang tidak diajarkan dalam kelas.
1.3.6 Dapat membantu murid untuk mendapatkan markah kokurikulum yang
diperlukan dalam pensijilan pelajaran sebanyak sepuluh peratus.

1.4 BELANJAWAN

Peralatan system siaraya yang diperlukan dalam menjana kecemerlangan


dapat diperincikan di bawah;
BIL PERKARA HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH (RM)
1 Power Mixer RM 780.00 1 RM 780.00
2 Pembesar suara RM 500.00 2 RM 1000.00
3 Stand Pembesar suara RM 50.00 2 RM 100.00
4 Kabel Pembesar suara 20 RM 50.00 2 RM 100.00
meter
5 Wayar Mic RM 50.00 1 RM 50.00
6 Mic Stand RM 50.00 1 RM 50.00
JUMLAH RM 1999.00

1.5 KESIMPULAN

Peralatan sistem siaraya ini diharapkan dapat berfungsi sebagai


keperluan kemudahan sokongan fizikal dalam menjana kecemerlangan yang
dirancangkan. Kemudahan sokongan fizikal ini diharapkan dapat digunakan
secara maksimum agar kecemerlangan yang dicanangkan dapar direalisasikan

2
Disediakan oleh; Disemak oleh;

______________________ _______________________

You might also like