You are on page 1of 8

AKTIVITI PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH

&
PEMBANGUNAN KOKURIKULUM
(KELAB MULTI TERAPI)
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK BUKIT JANA

1.0 PENDAHULUAN

Program Pendidikan Khas Integrasi terdiri daripada murid yang mengalami beberapa
ketidakupayaan dari segi emosi, mental, dan fizikal. Ketidakupayaan mereka
menghadkan mereka dalam pelaksanaan pembelajaran seperti pelajar arus perdana. Oleh
itu, kurikulum pendidikan khas disesuaikan dengan ketidakupayaan pelajar pendidikan
khas menjadikannya fleksibel yang membolehkan guru-guru pendidikan khas
mengubahsuai pelaksanaan aktiviti pengajaran bagi mencapai objektif pembelajaran.
Pengubahsuaian ini perlu bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
bermakna kepada pelajar pendidikan khas.

Kelab Multi Terapi ini merupakan kelab yang melibatkan aktiviti pembelajaran
luar bilik darjah bagi pelajar-pelajar pendidikan khas didedahkan dengan dunia luar dan
pengalaman yang bermakna dalam hidup mereka. Dengan itu, pelajar-pelajar akan dapat
menyesuaikan aktiviti terapi dalam memahami pembelajaran yang diajarkan di dalam
kelas. Kelab Multi Terapi merangkumi 3 jenis terapi iaitu terapi kuda, terapi air dan terapi
permainan. Terapi ini akan dapat membantu menambahbaik pergerakan motor kasar,
motor halus dan perkembangan kecergasan fizikal bagi membantu menambah kemahiran
kehidupan seharian. Diharap agar program ini akan berjalan dengan jayanya.
Sesungguhnya penyatuan idea dan tenaga daripada pelbagai pihak mampu memberikan
impak positif bagi menjayakan Kelab Multi Terapi ini.
2.0 RASIONAL

Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati dan menangani penyakit
atau masalah tubuh badan dan sebagainya. Ia didefinisikan sebagai kaedah untuk
membantu pelajar-pelajar pendidikan khas bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti
atau kemahiran-kemahiran tertentu. Pelajar-pelajar pendidikan khas memerlukan
terapi sebagai persediaan untuk belajar dari segi mental, fizikal, emosi, dan
sosialisasi. Program ini juga secara tidak langsung dapat menjayakan hasrat PRISMA
yang diperkenalkan oleh Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan Negeri Perak
iaitu mewujudkan hubungan masyarakat luar dengan program pendidikan khas.

3.0 OBJEKTIF

Tujuan program ini adalah untuk ;


a. memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke
arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Khas
b. mendedahkan pelajar pendidikan khas kepada masyarakat setempat khusus untuk
mereka berinteraksi dan bersosialisasi
c. memperbaiki pengawalan kepala, mempertingkatkan kelenturan (kepelbagaian
pergerakan), memperbaiki koordinasi dan keseimbangan pelajar pendidikan khas
d. menjadi salah satu kaedah rawatan susulan agar murid boleh mengawal
pernafasan serta menguatkan otot-otot mereka.

3.1 Terapi Hidro

Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan
motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan
dalam air di dapati lebih mudah bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan
sokongan kerana bergantung kepada daya apungan air sahaja.
Rangsangan air secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada
permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini
dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan
yang lebih dalam. Secara tidak langsung guu-guru telah melatih membina keyakinan diri
murid-murid “water confident”. Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan
perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan, seterusnya melembutkan
sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

3.2 Terapi Haiwan

Terdapat pelbagai terapi yang boleh dilaksanakan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas.
Salah satunya ialah terapi kuda. Menurut Lisa McCallum, terapi berkuda dari Sleepy
Hollow Theraputic Riding Centre dan South African Riding for the Disable Association
(Sarda) : “Menunggang kuda ialah satu kegiatan yang menyenangkan kebanyakan orang,
tetapi bagi anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda boleh dijadikan
sebagai salah satu penyembuhan”. Terapi haiwan memiliki 3 manfaat utama kepada
pelajar-pelajar pendidikan khas iaitu olahraga, pendidikan, dan pengubatan.

Terapi haiwan dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar-pelajar pendidikan


khas di samping menambahbaik pergerakan motor halus, motor kasar dan perkembangan
kecergasan fizikal bagi menambah kemahiran kehidupan seharian.melalui terapi haiwan
juga, murid dapat mendekatkan diri dengan makhluk ciptaan Allah (haiwan).

3.3 Terapi Permainan

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti
yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak. Dari aspek psikologi ,
terapi permainan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan dan
mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan
kehidupan di sekeliling. Justeru, terapi ini amat sesuai dipraktikkan kepada pelajar-
pelajar pendidikan khas. Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang
menyediakan peluang untuk belajar keterampilan sosia-emosional dan meningkatkan
ketahanan emosional. Terapi permainan membantu murid menunjukkan komitmen dan
fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.
4.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Pn. Hjh. Roslini bt. Razali


(Pengetua SMK Bukit Jana)
Timbalan Pengerusi : Pn. Nor Mala bt. Abdul
(Penolong Kanan Pend. Khas)
Naib Pengerusi : Pn. Latifah bt. Ahmad
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras Kokurikulum : Pn. Noorhasni bt. Abdul Talib
Pengurus Program : Pn. Raha bt. Ibrahim
Setiausaha : Pn. Nur Azizah bt. Jaafar
Bendahari : Cik Salasiah bt. Othman
Kebajikan & : Pn. Nor Asiah bt. Othman
Keselamatan Cik Salasiah bt. Othman
Makanan : Pn. Noorhasni bt. Abdul Talib
Pengangkutan : Pn. Raha bt. Ibrahim
Pn. Nur Azizah bt. Jaafar
Peralatan & Aktiviti : Pn. Nor Asiah bt. Othman
Cik Salasiah bt. Othman
En. Mohd Zawawi b. Muda
Dokumentasi : Pn. Nur Azizah bt. Jaafar

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


1 Sesi 4 Sesi Jumlahpelajar
(35 Orang)
YuranTerapi

RM 12 RM 48 RM 1680.00

Makanan

RM 3 RM 12 RM 420.00
Pengangkutan

RM 150 RM 600 RM 600.00

JUMLAH RM 2700.00

6.0 PENDAPATAN

6.1 Kutipan pelajar:


RM 48 x 35 orang = RM 1680.00

6.2 Pengangkutan
RM 150 X 4 sesi
Bantuan Kokurikulum Pen. Khas (BKK) = RM 600.00

6.3 Makanan
RM 3 x 35 orang
Bimbingan & Kaunseling Pen. Khas = RM 420.00

JUMLAH = RM 2700.00

7.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh : Mulai 25 Februari 2016


Hari : Setiap hari Khamis
Masa : 8.00 pagi – 12.00 t/hari
Jumlah peserta: 44 orang = Pelajar = 35 orang
Guru = 6 orang
PPM = 3 orang

PERKARA TARIKH TEMPAT

Terapi Permainan 25.2.2016 Taman Tasik Taiping


Terapi Permainan 31.3.2016 Spritzer EcoPark, Taiping
Terapi Haiwan 28.7.2016 Zoo Taiping
Terapi Hidro 1.9.2016 Kolam Air Panas, Trong/
Kolam Renang Taiping
Golf Resort

8.0 PENUTUP

Aktiviti terapi yang dijalankan diharapkan dapat memberikan manfaat fizikal, emosi, dan
sosial pelajar-pelajar pendidikan khas. Selain itu, ia dapat memantapkan perkembangan
fizikal melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan. Seterusnya, murid-murid akan dapat
membina keyakinan diri, kreativiti, kawalan diri, daya pengamatan dan konsentrasi serta
membentuk tingkah laku yang sopan supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Kesimpulannya, program terapi ini diharapkan dapat mewujudkan sokongan
daripada semua pihak serta membina hubungan yang lebih akrab di antara guru-guru dan
pelajar-pelajar pendidikan khas.

Disediakan oleh,

__________________________
(NUR AZIZAH BT JAAFAR)
Setiausaha Kelab Multi Terapi,
Program Pendidikan Khas Integrasi,
SMK Bukit Jana,
34600 Kamunting,
Perak.

Disemak oleh,

_________________________
(NOR MALA BT ABDUL)
Penolong Kanan Pendidikan Khas,
SMK Bukit Jana,
34600 Kamunting,
Perak.

Disemak oleh,

_________________________
(HJH. ROSLINI BT RAZALI)
Pengetua,
SMK Bukit Jana,
34600 Kamunting,
Perak.

KERTAS KERJA
KELAB multi terapi
AKTIVITI PEMBELAJARAN
LUAR BILIK DARJAH
&
PEMBANGUNAN KOKURIKULUM
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK BUKIT JANA

DISEDIAKAN OLEH:
NUR AZIZAH BINTI JAAFAR

You might also like