You are on page 1of 19

Topik  Perniagaan

1
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan konsep perniagaan;
2. Mengenal pasti sumber mencari idea perniagaan;
3. Menerangkan cara memulakan perniagaan; dan
4. Mengenal pasti sumber-sumber pembiayaan perniagaan.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan perniagaan. Antaranya ialah pengenalan kepada perniagaan, memulakan
perniagaan dan keperluan kewangan dan kemudahan.

1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN


Perniagaan wujud apabila manusia mengkhususkan dalam pengeluaran
barangan dan perkhidmatan yang mereka berkemahiran dan cekap. Perniagaan
banyak memberi faedah kepada manusia kerana aktiviti-aktiviti perniagaan
dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Perniagaan juga menjana
keuntungan yang menggalakkan manusia berkecimpung dan mengembangkan
perniagaan serta sanggup menghadapi risiko daripada pelaburan wang dan
masa mereka. Ia seiring dengan perkembangan ekonomi negara yang boleh
mendatangkan keuntungan berlipat ganda.
2  TOPIK 1 PERNIAGAAN

1.1.1 Konsep Perniagaan


Perniagaan merupakan semua kegiatan membeli dan menjual barangan dan
perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dengan tujuan
mendapat keuntungan. Tahukah anda bahawa perniagaan meliputi empat
perkara penting? Berikut adalah perkara-perkara tersebut:

(a) Barang atau perkhidmatan


Barang dikenali sebagai produk atau keluaran fizikal seperti baju, laptop,
telefon, kereta dan lain-lain. Perkhidmatan merupakan produk bukan
fizikal yang dapat memberi kepuasan atau nilai faedah kepada pengguna
seperti perhotelan, perbankan, perhubungan dan pengangkutan.
(b) Pertukaran nilai
Pertukaran nilai merujuk kepada nilai aktiviti perniagaan dalam bentuk
wang yang diterima antara penjual dan pembeli.
(c) Keuntungan perniagaan
Keuntungan merupakan matlamat bagi setiap aktiviti perniagaan dan
merupakan ganjaran kepada peniaga daripada perniagaan yang mereka
jalankan.
(d) Kepuasan atau nilai faedah kepada pengguna
Pengguna akan membeli sesuatu barangan jika ia memberi kepuasan
maksimum atau nilai faedah kepadanya. Oleh itu, sekiranya peniaga
mahukan keuntungan, peniaga harus dapat memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna.

Perniagaan masa kini semakin mencabar dan peniaga perlu bersaing dalam
dunia tanpa sempadan. Perniagaan kini bergantung penuh kepada kecekapan,
pengurusan, kreativiti dan inovasi seseorang peniaga. Aktiviti penyelidikan dan
pembangunan serta kemajuan teknologi amat penting untuk menghasilkan
produk yang lebih berdaya saing secara global. Jika kita lihat pada masa kini,
kebanyakan peniaga berlumba-lumba menggunakan teknologi moden seperti
teknologi robotik dan jentera terkini untuk meningkatkan kecekapan
pengeluaran dan produktiviti. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) memudahkan dan meningkatkan lagi aktiviti perniagaan serta
perdagangan di dalam mahupun di luar negara. E-dagang misalnya
membolehkan peniaga di Malaysia untuk berdagang dengan orang di seluruh
dunia menerusi jaringan Internet dan rangkaian komputer yang baik.
TOPIK 1 PERNIAGAAN  3

1.1.2 Mencari Idea Perniagaan


Sekiranya anda sanggup menghadapi saingan yang semakin sengit dalam dunia
perniagaan, anda harus berani membuat sesuatu yang berbeza untuk mengatasi
pesaing yang mempunyai pelanggan tetap bagi menjamin kedudukan anda.
Idea-idea baru atau idea-idea inovatif sangat perlu untuk menunjukkan kelainan
dan membantu anda menghadapi persaingan. Oleh yang demikian, terdapat
beberapa perkara di sekeliling anda yang boleh membantu anda mendapatkan
idea tersebut.

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai sumber untuk menjana sesuatu idea?
Antara sumber yang paling kerap digunakan ialah melalui pengguna, syarikat
sedia ada, saluran pengedaran, penyelidikan dan pembangunan dan dasar-dasar
kerajaan.
(a) Pengguna
(i) Bakal usahawan dan peniaga perlulah memberi tumpuan kepada
sasaran akhir dalam menjana idea bagi menghasilkan produk atau
perkhidmatan, iaitu pengguna. Ini boleh dilakukan secara tidak
formal iaitu menghasilkan idea-idea yang menjurus kepada keperluan
pengguna akhir.
(ii) Usahawan boleh dapatkan idea yang menjurus kepada sasaran akhir
dengan memberi peluang kepada pengguna memberikan pandangan
mereka terhadap produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan
kepada mereka. Usahawan biasanya menjalankan kajian tinjauan
menerusi edaran borang soal-selidik bagi mendapatkan maklumat
tentang sikap pengguna terhadap barangan atau perkhidmatan yang
disediakan.
(iii) Idea atau keperluan yang akan dihasilkan nanti dapat mewakili
sejumlah besar pasaran usaha teroka baru yang dapat bertahan lama.
(b) Syarikat Sedia Ada
(i) Bakal usahawan hendaklah membentuk kaedah formal untuk
mengawasi dan menilai produk atau perkhidmatan yang kompetitif
di pasaran. Kebiasaannya, analisis ini akan mendedahkan cara
memperbaiki penawaran di pasaran, seterusnya menghasilkan
produk yang mempunyai daya tarikan di pasaran.
(ii) Contohnya, pada masa kini syarikat telekomunikasi berlumba-lumba
mengeluarkan pelbagai produk yang canggih dan terkini seperti
telefon android, ipad, iphone dan android tablet.
4  TOPIK 1 PERNIAGAAN

(c) Saluran Pengedaran


Ahli-ahli saluran pengedaran merupakan sumber terbaik untuk
mendapatkan idea baru kerana mereka ini peka dengan keperluan pasaran.
Golongan ini bukan sahaja boleh berikan cadangan produk baru, malahan
mereka boleh turut membantu memasarkan produk baru berkenaan.
(d) Penyelidikan dan Pembangunan
(i) Penyelidikan dan pembangunan merupakan sumber idea baru yang
terbesar. Penyelidikan boleh dilakukan secara formal mahupun tidak
formal. SIRIM, MIMOS, dan PORLA merupakan contoh agensi-
agensi penyelidikan formal.
(ii) Sebaliknya, penyelidikan yang dijalankan secara sendirian di rumah
adalah contoh penyelidikan secara tidak formal. Penyelidikan dan
pembangunan makanan dingin beku dari aspek perubahan rasa,
ketahanan dan rupa boleh dilakukan oleh bakal usahawan di
rumahnya sendiri.
(e) Dasar-dasar Kerajaan
(i) Dasar kerajaan meliputi aspek peraturan dan undang-undang yang
dilaksanakan oleh kerajaan. Ia boleh menjadi sumber idea perniagaan
yang baik. Contohnya, satu idea produk boleh dihasilkan akibat
penguatkuasaan peraturan kerajaan seperti Akta Kesihatan dan
Keselamatan di tempat kerja.
(ii) Peniaga yang berani merebut peluang keemasan ini sudah pasti akan
terfikir produk yang memenuhi keperluan di atas seperti peti
pertolongan cemas yang mengandungi ubatan asas bagi kemalangan
ringan boleh dikeluarkan. Begitu juga bila kerajaan menguatkuasakan
penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang di belakang,
maka di situlah wujudnya peluang untuk merealisasikan idea
perniagaan.
(iii) Dasar kerajaan seperti menjadikan Malaysia sebagai lebuh raya laluan
maklumat dalam projek MSC juga banyak memberi peluang idea
perniagaan yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Begitu juga
dengan pembukaan Wilayah Pembangunan Iskandar menjadi
pemandu arah pembangunan zon ekonomi di Selatan Negeri Johor. Ia
mempunyai segala elemen yang diperlukan untuk membangun
sebagai sebuah metropolis yang dinamik dan bertaraf dunia. Secara
tidak langsung, ia telah membuka seluas-luasnya idea dan peluang
kepada peniaga dan usahawan untuk bersaing di persada
antarabangsa.
TOPIK 1 PERNIAGAAN  5

Seseorang usahawan juga boleh menggunakan kumpulan fokus, sumbangsaran,


dan analisis inventori masalah bagi membantu menjana dan menguji sesuatu
idea perniagaan baru. Marilah kita lihat kaedah ini secara lebih jelas lagi.
(a) Kumpulan Fokus
(i) Kumpulan fokus merupakan sekumpulan individu yang memberi
maklumat secara formal dan berstruktur. Kaedah ini menggunakan
individu dan pelbagai latar belakang sosioekonomi. Terdapat orang
tengah yang akan mengetuai perbincangan secara terbuka dan
terperinci bagi mengenal pasti produk baru.
(ii) Orang tengah ini akan fokuskan perbincangan ini secara terarah atau
tidak terarah. Kumpulan ini terdiri daripada 8 hingga 14 orang
peserta yang akan dirangsangkan dengan komen-komen daripada
kumpulan lain secara kreatif. Tujuannya adalah untuk menghasilkan
idea produk baru yang memenuhi keperluan pasaran.
(iii) Kaedah ini merupakan kaedah yang baik untuk menyaring idea-idea
dan konsep-konsep baru.
(b) Sumbangsaran
(i) Sumbangsaran ialah satu kaedah mendapatkan idea dan penyelesaian
baru dalam kumpulan. Kebanyakan idea yang dihasilkan tidak
mempunyai asas untuk pembangunan seterusnya. Namun, kerapkali
kebanyakan idea baru dapat dihasilkan terutamanya, apabila usaha
difokuskan ke atas produk atau pasaran yang khusus.
(ii) Apabila usahawan menggunakan kaedah ini, terdapat empat
peraturan yang perlu diikuti iaitu:
 Tiada seorang pun dibenarkan mengkritik secara negatif dalam
kumpulan.
 Idea perlu dilontarkan secara bebas.
 Kuantiti idea dipentingkan.
 Kombinasi dan penambahbaikan idea digalakkan.
(c) Analisis Inventori Masalah
(i) Analisis inventori masalah merupakan satu kaedah mendapatkan idea
dan penyelesaian baru berfokuskan masalah. Biasanya, pelanggan
diberikan senarai masalah umum bagi kategori produk tertentu.
Mereka diminta mengenal pasti dan membincangkan produk dalam
kategori yang mempunyai masalah tertentu.
(ii) Kaedah ini lebih berkesan kerana ia lebih mudah untuk mengaitkan
produk yang telah dikenal pasti dengan masalah yang dicadangkan.
6  TOPIK 1 PERNIAGAAN

Seterusnya, memperolehi idea produk yang baru. Analisis inventori


masalah ini juga boleh digunakan untuk menguji idea produk baru.
(iii) Hasil keputusan analisis inventori produk ini hendaklah dinilai
dengan berhati-hati kerana tidak semua hasil keputusan ini
menggambarkan peluang perniagaan baru.
(iv) Contoh pendekatan ini dalam industri kosmetik ditunjukkan di dalam
Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Analisis Inventori Masalah Dalam Industri Kosmetik

Psikologikal/
Psikologikal Deria Aktiviti Beli-guna
Sosial
(a) Cantik (a) Bau (a) Santai (a) Kos (a) Imej diri
- wangi - wangi - mahal
(b) Bekerja
- tiada bau - tiada bau - murah (b) Pakai sendiri
- bau kuat - bau kuat (c) Majlis keraian
(b) Stok
(b) Keselesaan (b) Rupa (d) Majlis rasmi - di luar musim
- kulit - warna - jualan
(e) Rehat
- badan - bentuk langsung
- menarik (f) Tidur - mudah
(c) Kesihatan didapati
- berasid (c) Tekstur
- rosak kulit - keras (c) Kerosakan
- bau kuat - kering - senang rosak
- berminyak - hilang bentuk
- melekit - cepat berbau
- kasar - senang patah
- halus
(d) Penggunaan

Secara umum, peniaga perlu mencari idea yang inovatif supaya boleh
memberikan peluang dan kelebihan sewaktu menghadapi persaingan sengit
dalam dunia perniagaan. Tidak perlu fikir untuk memulakan perniagaan yang
besar kerana ianya memerlukan modal yang banyak.
TOPIK 1 PERNIAGAAN  7

AKTIVITI 1.1
Bentuk beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 3
hingga 4 orang.
Setiap kumpulan layari Internet dan dapatkan maklumat mengenai
Wilayah Pembangunan Iskandar.
Setelah membaca bahan maklumat tersebut, lakukan sumbangsaran
dalam kumpulan untuk menjana sekurang-kurangnya 6 idea perniagaan
yang dapat diwujudkan daripada Wilayah Pembangunan Iskandar,
Negeri Johor mengikut ÂFlagship ZonÊ.

1.2 MEMULAKAN PERNIAGAAN


Kejayaan dalam sesebuah perniagaan kecil tidak boleh dicapai tanpa
perancangan yang teliti dan pengetahuan asas tentang menguruskan perniagaan.
Usahawan harus cuba memperoleh sebanyak maklumat yang boleh tentang
perniagaan tersebut termasuk selok-belok operasi perniagaan, pasaran serta
pesaing-pesaingnya. Perancangan yang teliti amat perlu bagi mengelak
kegagalan dalam perniagaan. Perkara-perkara yang patut diketahui oleh seorang
usahawan sebelum memulakan sesuatu perniagaan merupakan perkara yang
akan disentuh dalam bahagian ini.

1.2.1 Langkah-langkah Memulakan Perniagaan


Mari kita lihat langkah-langkah dalam memulakan sesebuah perniagaan.
(a) Modal
Usahawan harus memastikan mempunyai modal yang mencukupi untuk
memulakan perniagaan. Beliau harus menyediakan anggaran modal
termasuk pecahan-pecahan kos terlibat, dari mana sumber modal boleh
diperolehi untuk membeli stok dan kelengkapan perniagaan. Jumlah modal
yang diperlukan adalah berdasarkan jenis, saiz dan lokasi perniagaan.
Semasa membuat anggaran, usahawan boleh merujuk kepada rekod dan
data perniagaan sedia ada, buku-buku rekod jualan dan belian, maklumat
daripada majalah atau bahan-bahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan atau
Agensi serta membuat pemerhatian dan temu bual.
8  TOPIK 1 PERNIAGAAN

(b) Memilih lokasi


Pemilihan lokasi penting dalam menjanjikan kejayaan sesuatu perniagaan.
Lokasi perniagaan yang sesuai dan strategik akan menentukan kejayaan
perniagaan tersebut. Lokasi yang strategik bermaksud tempat yang mudah
dikunjungi oleh pelanggan, menjadi tempat tumpuan orang ramai,
berhampiran dengan pembekal, serta mempunyai kemudahan asas yang
lengkap seperti telefon, elektrik, air dan jalan raya. Usahawan perlu
mengambil kira faktor-faktor lain seperti kos menyewa premis yang
berpatutan berdasarkan saiz modal yang dilaburkan, kadar upah tempatan,
persaingan sedia ada, kuasa beli penduduk di kawasan tersebut dan
peraturan kerajaan tempatan.
(c) Memastikan sumber bahan mentah
Sumber bekalan meliputi bahan mentah yang diperlukan dalam proses
pengeluaran sesuatu produk atau stok barang yang dibeli untuk dijual
semula. Bagi menjamin operasi perniagaan yang licin, usahawan perlu
memastikan bekalan yang berterusan dan mudah diperoleh. Beliau perlu
mengetahui tempat-tempat untuk mendapat bekalan barang-barang
dengan seberapa murah dan mudah serta mengetahui pembekal yang
dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik.
(d) Merancang strategi
Usahawan juga mesti memikirkan dan merancang strategi tentang
persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu dibuat untuk mengenal
pasti bilangan pesaing-pesaing, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan
kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan
mereka. Membuka perniagaan di tempat yang banyak mempunyai
persaingan tentu tidak akan dapat menarik ramai pelanggan pada
mulanya. Walaupun begitu, jika usahawan dapat memberi layanan yang
lebih baik, pelbagai pilihan barang, harga yang berpatutan dan
perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan banyak pelanggan akan
tertarik untuk ke kedainya. Demi memenangi persaingan, usahawan perlu
mengadakan rancangan dan ikhtiar yang rapi dan bernas untuk menarik
pelanggan ke kedainya.
(e) Mendaftar perniagaan
Terdapat empat perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan;
(i) Pertama
Pemilihan nama perniagaan. Usahawan boleh memilih untuk
menggunakan namanya sendiri sebagai nama perniagaan. Namun,
sekiranya mereka ingin menggunakan nama perniagaan yang lain,
mereka mestilah memohon untuk mendapatkan kelulusan atau
kebenaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
TOPIK 1 PERNIAGAAN  9

(ii) Pertama
Pemilihan nama perniagaan. Usahawan boleh memilih untuk
menggunakan namanya sendiri sebagai nama perniagaan. Namun,
sekiranya mereka ingin menggunakan nama perniagaan yang lain,
mereka mestilah memohon untuk mendapatkan kelulusan atau
kebenaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
(iii) Kedua
Usahawan perlu memilih bentuk perniagaan. Bentuk perniagaan yang
dipilih hendaklah bersesuaian dengan kebolehan, pengetahuan dan
pengalaman mereka. Perniagaan yang kecil mudah ditubuhkan serta
diurus, manakala perniagaan besar-besaran memerlukan modal yang
besar dan tidak mudah dikendalikan.
(iv) Ketiga
Usahawan hendaklah mendaftarkan perniagaan tersebut. Semua
perniagaan mesti didaftarkan dengan pihak-pihak tertentu kecuali
penjaja bergerai yang hanya perlu mendapatkan lesen menjaja
daripada pihak berkuasa. Pendaftaran perniagaan in adalah
bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan serta saiz
perniagaan itu.
(v) Keempat
Usahawan perlu mengetahui undang-undang dan peraturan
berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan. Antara lain, usahawan
seharusnya mengetahui undang-undang, peraturan-peraturan serta
akta-akta yang mengawal perjalanan perniagaan dalam negara agar
tidak melanggar undang-undang, peraturan atau akta yang boleh
menghalang perjalanan perniagaan. Pihak berkuasa tempatan seperti
Majlis Tempatan, Majlis Bandaran atau Dewan Bandar Raya telah
menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di kawasan-
kawasan tertentu serta jenis lesen yang diperlukan. Usahawan
mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
tempatan.
(f) Menyediakan rancangan perniagaan
Usahawan digalakkan membuat rancangan perniagaan sebelum
memulakan perniagaan supaya ia dapat menjadi garis panduan dalam
menguruskan perniagaan. Dengan itu, sumber-sumber yang terhad dapat
diagihkan dengan lebih baik dan boleh menilai atau mengkaji sama ada
perniagaan yang akan ditubuhkan berdaya maju dan praktikal. Ia juga
dapat meyakinkan pelabur terhadap idea perniagaan dan sebagai asas bagi
cadangan pembiayaan.
10  TOPIK 1 PERNIAGAAN

1.2.2 Cara Menjalankan Perniagaan


Apabila menjalankan perniagaan, pengendalian atau pengurusan perniagaan
yang cekap dan berkesan amat penting bagi menjayakan perniagaan yang
diceburi, memperoleh bahagian pasaran dan seterusnya menikmati keuntungan.
Berikut adalah perkara-perkara yang harus diberikan perhatian dalam
menjalankan perniagaan.
(a) Pengurusan stok
Stok memainkan peranan besar dalam sesuatu perniagaan sebagai aset
terpenting yang menjadi nadi dan nyawa kepada kesinambungan operasi.
Stok bermaksud barang-barang atau bahan-bahan yang disimpan oleh
sesebuah organisasi. Ia adalah bekalan pelbagai item yang disimpan bagi
kegunaan pada masa akan datang dan sudah tentu dijual semula. Bagi
perniagaan yang berbentuk pembuatan atau pengeluaran barangan,
barangan yang dihasilkan untuk dijual dinamakan stok. Manakala,
perniagaan yang bersifat perdagangan, barangan yang dibeli untuk dijual
semula itulah yang dikatakan stok.
Pegangan stok membolehkan organisasi itu mengendalikan perubahan dan
ketidaktentuan dalam bekalan dan permintaan. Usahawan yang bijak,
mampu untuk mendapatkan bekalan stok yang paling baik dari segi harga,
kualiti, syarat kredit dan perkhidmatan. Selain itu, penyemakan stok perlu
dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kecurian dan
kehilangan serta memastikan bekalannya sentiasa cukup apabila
diperlukan. Maklumat tentang stok juga perlu direkodkan dengan tepat
dalam buku rekod atau komputer. Kesemua stok perlu disimpan di dalam
gudang yang selamat dengan jumlah yang optimum iaitu tidak berlebihan
atau berkurangan. Peragaan stok juga amat penting, di mana stok tersebut
harus disusun dengan rapi di atas para bertingkat atau almari supaya
mudah dicari dan diambil.
(b) Pengurusan masa
Pengurusan masa yang baik ialah apabila usahawan dapat mendisiplinkan
diri dalam melaksanakan aktiviti perniagaan. Disiplin yang dimaksudkan
adalah mesti melakukan perancangan menurut keutamaan agar semua
urusan dapat diselenggarakan dalam masa tertentu. Buku perancangan dan
diari boleh membantu dalam pengurusan masa supaya setiap saat
digunakan dengan produktif.
(c) Pengurusan risiko
Pengurusan risiko melibatkan pengenalpastian, analisis dan pengawalan
risiko yang mengancam aset atau keupayaan perolehan sesebuah
perniagaan. Ia merupakan aspek penting dalam perancangan kewangan
yang boleh memberi keselesaan dan kelegaan sekiranya berlaku perkara
TOPIK 1 PERNIAGAAN  11

yang tidak diingini dalam perniagaan, yang sebelum itu telah


diinsuranskan.
Terdapat tiga jenis risiko dalam perniagaan;
(i) Risiko yang pertama adalah risiko yang boleh diinsuranskan.
(ii) Manakala risiko kedua adalah risiko yang tidak boleh diinsuranskan
dan tidak dapat dikawal seperti risiko akibat peperangan dan bencana
alam.
(iii) Risiko terakhir pula adalah risiko yang tidak boleh diinsuranskan dan
boleh kawal; contohnya, kerugian berpunca daripada spekulasi
pelaburan saham, kelemahan pengurusan, hutang lapuk dan
persaingan pasaran.
(d) Pemasaran
Pemasaran adalah satu proses yang menyatukan kemampuan sesebuah
perniagaan dengan permintaan pelanggan atau pengguna. Ia
mementingkan proses perhubungan dengan pelanggan dan mempunyai
kesan terhadap setiap aspek organisasi dari penyelidikan perkhidmatan
atau produk sehinggalah kepada perkhidmatan sokongan selepas jualan.
Proses ini memerlukan analisis terperinci tentang sifat sesebuah perniagaan
dan persekitaran atau pasarannya dalam perspektif yang lebih luas. Ia
penting bagi merancang, mereka bentuk dan menyediakan perkhidmatan
yang optima dan peraturan serta prosedur yang sesuai bagi menyesuaikan
diri kepada pasaran yang lebih luas.
(e) Pengurusan kewangan
Pengurusan kewangan yang baik dalam perniagaan membolehkan
perancangan dibuat dengan lebih sempurna untuk pembesaran dan
pelbagai operasi, dan untuk apa jua aktiviti di masa hadapan, bagi
memanfaatkan kemajuan-kemajuan dalam teknologi dan pasaran. Dalam
pengurusan kewangan, bukan sahaja perbelanjaan wajib akan dapat
dirancang, tetapi akan ada pula lebihan-lebihan daripada pendapatan yang
boleh ditabung dan dijadikan pelaburan. Perancangan kewangan yang
berdisiplin, dan pengurusan kewangan secara beramanah, akan
membolehkan perniagaan memberi perkhidmatan sebaik mungkin dan
mengelak daripada berlaku kejadian-kejadian seperti pecah amanah, lebih
belanja dan pembaziran. Pengurusan kewangan melibatkan menyimpan
rekod perakaunan dengan baik, menganalisis prestasi perniagaan
berdasarkan rekod yang disimpan dan mengambil tindakan susulan untuk
mengatasi kelemahan dan meningkatkan kedudukan perniagaan.
12  TOPIK 1 PERNIAGAAN

(f) Pengurusan sumber manusia


Usaha untuk membangunkan perniagaan yang berjaya bukan satu perkara
yang mudah. Ini adalah kerana ia melibatkan perubahan minda, emosi dan
juga sikap. Oleh itu, sebagai pemilik yang mengurus, usahawan pasti akan
berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya yang paling sukar
untuk ditangani adalah apabila berhadapan dengan pelbagai kerenah yang
berpunca daripada gelagat pekerja. Bagi menggerakkan usaha ini,
usahawan itu perlu menjadi seorang pemimpin yang berwibawa, dihormati
dan menunjukkan jalan dan contoh yang cemerlang. Beliau perlu berusaha
untuk meningkatkan kecekapan pekerja dengan memberi latihan dan
motivasi yang sesuai bagi meningkatkan produktiviti pekerja. Kebajikan
pekerja juga mesti dijaga untuk memupuk semangat dedikasi dan
semangat bekerja di kalangan mereka. Kebajikan ini termasuklah gaji,
bonus, perubatan percuma dan lain-lain. Selain daripada itu, suasana
bekerja yang harmonis dan selesa perlu diwujudkan dengan membina
hubungan yang baik antara majikan dan pekerja. Usahawan juga perlu
mematuhi undang-un dang kerajaan yang berkaitan dengan hak pekerja.
(g) Perkhidmatan pelanggan
Pelanggan adalah „raja‰ kepada perniagaan. Pelanggan yang ramai akan
meningkatkan jualan dan menambah keuntungan perniagaan. Dengan itu,
keupayaan usahawan untuk menarik pelanggan akan menentukan
kejayaan perniagaan. Usahawan perlu memahami sifat-sifat pelanggan,
mengenal pasti pelanggan tetap, pelanggan sekali sekala atau pelanggan
baru, dan melayan pelanggan dengan muka yang manis, memberi layanan
yang mesra, menyediakan perkhidmatan lepas jualan, bersopan santun dan
bersikap adil kepada mereka.
(h) Pengurusan maklumat
Pengurusan maklumat dengan menggunakan komputer membolehkan
usahawan merekod dan menyimpan pelbagai maklumat perniagaan.
Komputer dapat membantu usahawan untuk merekod dan menyimpan
maklumat berkenaan stok, pelanggan atau pembekal, dan kewangan.
Jaringan Internet pula merupakan kemudahan yang membolehkan
usahawan mendapatkan dan menyalurkan maklumat dengan pantas serta
menggunakan peluang perniagaan yang terdapat dalam Internet seperti
membina laman sesawang sendiri.
TOPIK 1 PERNIAGAAN  13

1.3 KEPERLUAN KEWANGAN DAN


KEMUDAHAN
Seterusnya, kita akan lihat pada keperluan kewangan dan kemudahan yang
boleh didapati oleh peniaga.

1.3.1 Pengenalan
Banyak kajian dan penulisan telah mengenal pasti faktor kegagalan sesebuah
perniagaan ialah kegagalan usahawan menyediakan modal yang mencukupi.
Minat yang tinggi, kelulusan yang baik, pengetahuan dan pengalaman luas
sahaja tidak menjamin seseorang usahawan itu dapat menubuhkan perniagaan
jika tidak dibekalkan dengan modal yang mencukupi. Tahukah anda bahawa
pemilihan sumber modal yang sesuai dengan perniagaan adalah sama penting
dengan memilih jenis pemilikan perniagaan atau lokasinya? Pemilihan ini akan
mempengaruhi sesebuah perniagaan untuk jangka masa panjang. Oleh itu,
seseorang usahawan hendaklah memberikan pertimbangan yang sewajarnya
terhadap pemilihan sumber kewangan yang sesuai dengan perniagaannya.

Pertama sekali, para usahawan perlu mengenal pasti tiga jenis modal asas yang
diperlukan oleh sesebuah perniagaan iaitu:
(a) Modal tetap
Modal yang diperlukan untuk membeli aset tetap perniagaan. Aset ini
digunakan dalam proses pengeluaran produk atau perkhidmatan dan
bukan untuk dijual. Modal ini akan beku di situ dan tidak boleh digunakan
untuk tujuan lain.
(b) Modal kerja
Modal ini mewakili dana semasa perniagaan yang menyokong operasi
biasa perniagaan dalam jangka masa pendek. Modal ini digunakan untuk
membeli inventori, membayar bil dan gaji dan membiayai perkara
kecemasan di luar jangkaan.
(c) Modal pertumbuhan
Modal pertumbuhan diperlukan apabila perniagaan berkembang atau
perniagaan ingin menukar arah tujuan asal perniagaannya.

1.3.2 Pembiayaan dan Sumber Modal


Dalam tajuk ini, kita akan bincangkan tentang alternatif yang boleh
dipertimbangkan oleh usahawan bagi memperoleh sumber modal.
14  TOPIK 1 PERNIAGAAN

(a) Pembiayaan Modal Ekuiti


(i) Ia mewakili pelaburan peribadi pemilik perniagaan. Kadangkala,
modal ekuiti dikenali sebagai modal berisiko kerana pelabur
menanggung risiko kehilangan wang mereka sekiranya perniagaan
itu gagal. Sebaliknya, jika usaha teroka berjaya, mereka akan
berkongsi keuntungan.
(ii) Kebaikan modal ekuiti ialah modal tidak perlu dibayar semula
sebagaimana pinjaman. Pelabur diberi jaminan haknya untuk
bersuara dalam operasi perniagaan dan peratusan pendapatan yang
diperoleh daripada operasi perniagaan.
(iii) Bentuk modal yang disumbangkan adalah dalam bentuk tunai atau
aset tetap. Pembiayaan ini tidak perlukan sandaran.

(b) Pembiayaan Modal Hutang


(i) Pembiayaan modal hutang ialah kaedah pembiayaan melibatkan
pinjaman dan pembayaran balik pinjaman tersebut bersama-sama
dengan faedah. Ia boleh dilakukan melalui hutang daripada pihak
ketiga iaitu orang perseorangan, rakan atau ahli keluarga.
(ii) Sumbangan modal dalam bentuk tunai atau aset tetap daripada rakan
kongsi yang berminat untuk melabur dalam perniagaan yang bakal
dijalankan.
(iii) Pinjaman jangka panjang atau jangka pendek daripada institusi
kewangan atau bank. Terdapat banyak institusi kewangan atau bank
yang menawarkan pinjaman jangka panjang dengan kadar faedah
yang menarik. Jangka waktu pinjaman melebihi lima tahun dan
biasanya berasaskan sebahagiannya kepada hayat aset yang dibiayai.
Pembayaran balik pada lazimnya dibuat secara ansuran bulanan atau
suku tahunan. Pinjaman jangka pendek pula adalah kemudahan
overdraf yang membenarkan pemegang akaun mengeluarkan
sejumlah wang melebihi daripada baki akaun yang tinggal. Walau
bagaimanapun, kadar faedah yang dikenakan adalah lebih tinggi
kerana berasaskan kadar harian. Usahawan boleh memilih untuk
menggunakan pinjaman berdasarkan pembiayaan konvensional atau
lunas-lunas Islam.
(c) Pembekal dan Peminjam Berasaskan Aset Sebagai Sumber Pembiayaan
(i) Melalui sewa beli kelengkapan dan pengangkutan, mesin, jentera dan
peralatan lain. Kelengkapan yang beli dengan sistem sewa beli boleh
digunakan sebaik sahaja wang pendahuluan dijelaskan dengan
menandatangani satu perjanjian untuk membayar bakinya secara
TOPIK 1 PERNIAGAAN  15

ansuran. Walau bagaimanapun, hak milik barang hanya berpindah


setelah semua ansuran dijelaskan. Sekiranya gagal menjelaskan
ansuran, barang itu akan ditarik balik.
(ii) Membuat pajakan bangunan atau ruang niaga, mesin jentera dengan
pemberi pajak. Pajakan adalah satu perjanjian yang dilakukan antara
pemajak dengan pemberi pajak. Ia adalah suatu cara untuk membeli
peralatan tanpa perlu membuat bayaran penuh dahulu. Pemberi pajak
akan membenarkan pemajak menggunakan aset miliknya bagi satu
jangka masa tertentu dengan kadar sewa pajakan tertentu mengikut
perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pemajakan ialah
cara yang paling lazim digunakan untuk memperolehi kenderaan dan
jentera.
(iii) Pihak pembekal menawarkan kemudahan kredit jangka pendek
kepada peniaga. Pembekal akan mengeluarkan invois yang
menyatakan tempoh kredit yang diberikan. Jika hutang dibayar atau
diselesaikan dalam tempoh yang diberikan, diskaun akan diberikan.

1.3.3 Kemudahan dan Bantuan dari Kerajaan


Kerajaan memainkan peranan penting dalam aktiviti perdagangan di negara ini.
Walaupun negara ini mengamalkan sistem pasaran terbuka, peniaga perlu
mematuhi dasar dan undang-undang yang ditetapkan. Peniaga harus merebut
peluang yang ada hasil daripada usaha kerajaan bagi memajukan perniagaan
masing-masing. Secara amnya, dasar dirancang berlandaskan matlamat
Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020.

Matlamat ini boleh dicapai sekiranya kegiatan ekonomi di negara ini


berkembang dengan pesat. Bagi memenuhi matlamat dan wawasan negara,
kerajaan memainkan peranan penting dalam perniagaan. Peranan tersebut
adalah seperti berikut:

(a) Pembiayaan
Jadual 1.1 menunjukkan agensi-agensi kerajaan yang menyediakan
perkhidmatan kewangan dalam bentuk pembiayaan, nasihat dan
sebagainya.
16  TOPIK 1 PERNIAGAAN

Jadual 1.1: Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan pembiayaaan.

Agensi Peranan
Kementerian Pembangunan Memberi bantuan teknikal, nasihat, kewangan dan
Usahawan (KPUn) insentif tertentu
Majlis Amanah Rakyat (MARA) Memberikan bantuan kredit dan subsidi kepada
usahawan, terutamanya, usahawan Bumiputera
Perbadanan Usahawan Nasional Memberi bantuan kewangan untuk membeli saham
Berhad (PUNB) biasa, saham keutamaan, bon boleh tukar dan
pembiayaan ekuiti.
Perbadanan Pembangunan Industri Kemudahan-kemudahan di bawah Tabung Bantuan
Kecil dan Sederhana (SMIDEC) Teknikal Perindustrian
Malaysian Industrial Development Memberi pinjaman jangka panjang dan jangka
Fund (MIDF) pendek kepada sektor perdagangan dan
perindustrian
Bank-bank dan institusi kewangan Memberi pinjaman dan pendahuluan jangka
seperti Bank Pertanian, Bank panjang dan jangka pendek kepada usahawan
Pembangunan Malaysia, Maybank,
CIMB Bank

(b) Khidmat Promosi dan Pemasaran


Jadual 1.2 pula menunjukkan khidmat promosi dan pasaran yang
disediakan agensi-agensi berikut.
Jadual 1.2: Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan pembiayaaan.

Agensi Peranan

Lembaga Pemasaran Membantu kegiatan membeli, memproses dan memasarkan hasil


Pertanian Persekutuan pertanian di samping mengadakan kempen penggunaan hasil
(FAMA) keluaran tempatan

Perbadanan Merangka dan laksanakan strategi pemasaran dan aktiviti


Pembangunan promosi untuk galakan eksport Malaysia, membuat
Perniagaan penyelidikan pemasaran, dan memberikan khidmat nasihat
Antarabangsa berkaitan aktiviti perdagangan antarabangsa
(MATRADE)

Pusat Perdagangan Membantu memasarkan hasil keluaran di dalam dan di luar


Eksport Malaysia negara
(MEXPO) Mengadakan ekspo dan pertunjukan untuk memperkenalkan
hasil keluaran

Karyaneka Memasarkan hasil kraf tangan di dalam dan di luar negara

Besta Distributor Membantu memasarkan produk hasil keluaran industri yang


berasaskan makanan
TOPIK 1 PERNIAGAAN  17

(c) Khidmat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)


Seterusnya, khidmat penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga
disediakan kerajaan. Agensi-agensi yang terlibat boleh dilihat dalam
Jadual 1.3.

Jadual 1.3: Agensi-agensi bagi khidmat penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Agensi Peranan
MARDI Penyelidikan dan pembangunan untuk IKS berasaskan
makanan dan herba
Institut Penyelidikan Penyelidikan dan pembangunan dalam industri
Perhutanan Malaysia berasaskan perkayuan seperti perabot dan herba
(FRIM)
Lembaga Minyak Sawit Industri berasaskan produk kelapa sawit
Malaysia (MPOB)
SIRIM Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan
teknologi untuk industri kejuruteraan ringan
Lembaga Getah Malaysia Membangun dan memodenkan industri getah, memberi
(MRB) khidmat nasihat dan membuat kajian tentang
pembangunan produk getah

(d) Khidmat Latihan dan Pengurusan


Kerajaan juga menyediakan khidmat latihan dan pengurusan. Sila lihat
Jadual 10.4.

Jadual 1.4: Agensi-agensi bagi khidmat pengurusan

Agensi Peranan
MARA Memberi latihan keusahawanan seperti kursus
kesedaran keusahawanan, kursus pembangunan
usahawan dan kursus peningkatan keusahawanan
Perbadanan Produktiviti Memberi latihan dalam peningkatan kualiti dan
Pengeluaran Negara (NPC) produktiviti seperti kursus untuk industri
kejuruteraan, jualan dan pemasaran, pengurusan hotel
dan pelancongan, pengurusan kewangan dan kawalan
mutu
Perbadanan Pembangunan Memberi latihan dan khidmat rundingan seperti
Industri Kecil dan kursus pembangunan usahawan, kursus peningkatan
Sederhana (SMIDEC) pengurusan perniagaan dan perakaunan berkomputer

(e) Khidmat Infrastruktur dan Ruang Niaga


Bagi khidmat struktur dan ruang niaga, Jadual 1.5 menunjukkan agensi-
agensi yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
18  TOPIK 1 PERNIAGAAN

Jadual 1.5: Perkhidmatan untuk Infrastruktur dan ruang niaga.

Agensi Peranan
Penyediaan rumah kedai, bazar, arked, kompleks
MARA
pejabat dan membeli belah
Membangunkan bandar baru serta membina
bangunan pejabat, kompleks perniagaan,
UDA Holdings Berhad (UHB) bangunan kilang, rumah kedai dan rumah
kediaman untuk dijual dan disewa kepada
peniaga, pengusaha dan orang perseorangan
Penyediaan tapak kilang bimbingan terutama
Bank Pembangunan Malaysia
kepada usahawan yang membuat pinjaman
(BPIMB)
melalui BPIMB
Menyediakan kemudahan multimedia dan
telekomunikasi bertaraf dunia, membina bandar
Perbadanan Pembangunan
baru dan taman teknologi, kompleks perniagaan
Multimedia (MDC)
dan kemudahan penyelidikan dan mewujudkan
pusat inkubator bidang multimedia
Penyediaan tapak dan bangunan kilang untuk
Malaysian Industrial Extension
industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan
Berhad (MIEL)
perusahaan IKS
Menyediakan tapak perindustrian, membina
Perbadanan Kemajuan Ekonomi
bandar baru, membangunkan pusat perdagangan
Negeri (PKEN)
dan perniagaan.
Penyediaan ruang pameran, dewan persidangan,
pusat teknologi maklumat dan multimedia, pusat
Taman Teknologi Malaysia
pembelajaran bestari dan auditorium. Ia juga
( TPM)
mengendalikan penyelidikan dan gedung inovasi,
pusat inkubator dan pusat perdagangan.

AKTIVITI 1.2
Berikan satu contoh seorang usahawan yang telah berjaya. Huraikan
bagaimana agensi yang terlibat telah menyumbang kepada kejayaannya.
TOPIK 1 PERNIAGAAN  19

 Perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara


kebelakangan ini telah melahirkan banyak peluang perniagaan.
 Orang ramai mula menyedari bahawa keusahawanan adalah sumber rezeki
yang lebih meyakinkan. Walau bagaimanapun, seseorang harus bersedia dari
segi kemahiran untuk mengharungi cabaran dan dugaan dunia perniagaan.
 Usahawan perlu berusaha mendapatkan maklumat yang perlu mengenai
perniagaan yang menjadi pilihan mereka.
 Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja,
iaitu mengikuti orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang
tersebut.
 Kejayaan orang lain dalam bidang perniagaan bukanlah sebagai jaminan
yang kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama.

Dasar-dasar kerajaan Pengguna


Modal Perniagaan
Pembiayaan

1. Senaraikan langkah-langkah untuk memulakan sesebuah perniagaan.


2. Bagaimanakah seseorang boleh mencari idea perniagaan yang baik?
3. Bagaimanakah sumber pembiayaan modal boleh diperolehi?
4. Nyatakan 6 agensi kerajaan dan swasta yang boleh dihubungi untuk
mendapatkan sumber pembiayaan.

You might also like