You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT,

11960 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG.

DOKUMENTASI MAJLIS
ANUGERAH JASAMU DIKENANG
SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2017

TOKOH
TUAN HAJI AHMAD SUHAIMI BIN ISMAIL

TARIKH
15 SEPTEMBER 2017 (JUMAAT)

MASA
8.00 PAGI – 9.30 PAGI

ANJURAN
UNIT HEM SKPDL
PANITIA SEJARAH, RBT, TMK, MUZIK & PSV
JKKKP PERMATANG TEPI BENDANG.
SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT, 11960 BAYAN
LEPAS, PULAU PINANG.

LAPORAN PROGRAM PAMERAN SENJATA API SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN


KE-60

1. NAMA PROGRAM : Majlis Anugerah Jasamu Dikenang

2. TARIKH/HARI : 15 September 2017

3. MASA : 8.00 Pagi – 9.30 Pagi

4. TEMPAT : Dewan SK Permatang Damar Laut

5. OBJEKTIF

a) Majlis ini bertujuan untuk mengenang jasa Tn. Haji Ahmad Suhaimi yang merupakan
seorang pejuang negara suatu ketika dahulu. Beliau pernah berkhidmat sebagai anggota
tentera British dan pernah berjuang dan terpaksa melihat rakan-rakannya terkorban dalam
pertempuran.
b) Ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah
Malaysia yang pernah suatu ketika dahulu dijajah dan ditawan oleh kuasa asing. Ini melalui
perkongsian yang dibuat oleh Tn. Haji Ahmad Suhaimi kepada semua warga SKPDL. Bagi
murid yang mempelajari subjek Sejarah, ini bagaikan suatu pembelajaran secara langsung
didepan mata yang tidak dapat diperolehi di mana-mana.
c) Di samping itu, majlis ini juga membuktikan bahawa pihak SKPDL sentiasa prihatin dengan
pihak-pihak yang telah berkorban nyawa dan tenaga untuk mempertahankan kedaulatan
negara.
d) Majlis ini merupakan satu pengisian sambutan sempena Bulan Kemerdekaan peringkat
SKPDL bagi tahun 2017.

6. SASARAN : Semua guru dan murid SK Permatang Damar Laut.


7. BUTIRAN AKTIVITI
a) Majlis dimulakan dengan rutin bacaan Yasin bermula pada jam 7.30 pagi di Dewan
SKPDL. Murid-murid dan guru-guru SKPDL berkumpul seawal jam 7.20 pagi.
b) Setelah selesai bacaan Yasin, majlis mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan

Sementara itu, guru-guru yang lain dilihat melawat pameran pada masa senggang
mereka. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama pihak tentera yang hadir dan
ucapan oleh wakil pihak mereka dan seterusnya ucapan perasmian penutup oleh puan
Guru Besar.

8. PENILAIAN PROGRAM : 8.1 Kekuatan Program

Program ini telah mendapat kerjasama yang baik


daripada pihak Batalion ke-2 Rejimen Askar Diraja Melayu
dari Kem Sungai Ara. Pihak mereka telah menyediakan
bahan pameran yang mencukupi dan menarik untuk
dipamerkan kepada murid-murid dan guru-guru SKPDL.

Selain itu, pengurusan murid juga dilihat telah berjaya


melancarkan perjalanan pameran. Murid-murid telah
bergilir-gilir mengikut darjah untuk menyaksikan
pameran. Ini sekaligus memberikan peluang sama rata
kepada setiap murid untuk melihat setiap bahan pameran
dengan lebih teliti dan teratur.

Di samping itu, masa yang diperuntukkan kepada


setiap darjah juga mencukupi untuk murid-murid
meluangkan masa bertanyakan soalan, mencuba pelbagai
aktiviti yang disediakan dan juga menonton bahan
multimedia yang disediakan. Penerangan yang diberikan
oleh pihak tentera yang terlibat di setiap meja pameran
amat jelas dan terperinci.

8.2 Kelemahan Program

Tidak terdapat sebarang kelemahan yang ketara


sepanjang program berlangsung namun antara aspek
yang dapat dicatat dan diambil kira untuk
penambahbaikan pada masa akan datang ialah faktor
disiplin murid ketika melawat pameran. Murid-murid
mungkin berasa teruja melihat bahan-bahan pameran
dan tidak dapat mengawal tahap kebisingan mereka.
Terdapat juga murid yang berlari di sekeliling dewan
tanpa mempedulikan arahan guru.

8.3 Cadangan Penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan yang dapat


dijalankan ialah melaksanakan peraturan yang lebih ketat
kepada murid yang gagal mengikut arahan. Dengan cara
tersebut, murid akan sentiasa berjaga-jaga dan tidak
bertindak sesuka hati mereka.

Selain itu, guru-guru lain juga perlu bekerjasama


dengan guru-guru disiplin untuk mengawal disiplin murid
dan tidak hanya mengharapkan guru disiplin untuk
mengawal 583 orang murid. Langkah yang diambil dengan
melibatkan pengawas sekolah sebagai pembantu pada
hari berkenaan juga telah sedikit sebanyak melancarkan
perjalanan program.

8.4 Ulasan Keseluruhan

Secara keseluruhan, program Pameran Senjata Api


sempena Bulan Kemerdekaan ke-60 telah berjaya
dijalankan dengan baik tanpa sebarang isu yang tidak
dapat diselesaikan.

Kerjasama yang baik dilihat telah dapat diwujudkan


antara pihak SKPDL dan pihak Batalion ke-2 Rejimen Askar
Melayu Diraja Kem Sungai Ara. Ini sekaligus menunjukkan
bahawa tidak mustahil untuk melibatkan pihak tentera
dengan aktiviti-aktiviti di sekolah.

Disediakan Oleh, Disahkan oleh,

………………………………………………. …………………………………………………..
(SITI SOLEHAH BINTI SHAARI) (PUAN MADIHAH BINTI ISMAIL)
AJK Dokumentasi Guru Besar,
Majlis Anugerah Jasamu Dikenang SK Permatang Damar Laut.
Sempena Bulan Kemerdekaan Kali Ke-60
SK Permatang Damar Laut.

You might also like