You are on page 1of 15

Kaedah Fiqh Dan Kedudukannya Dalam

Perundangan Islam

Pengertian Qawaid Fiqhiyyah


Qawacid fiqhiyyah merupakan gabungan dua perkataan Arab iaitu qawacid dan
juga fiqhiyyah yang dinamakan murakkab idafi.

Maksud Qawaid Bahasa


Ibn Manzur, al-Razi alFayyumi dan lain-lain berkata: Kaedah bererti asas. Kaedah
rumah bererti asas bagi sesebuah rumah.

Kaedah dengan makna asas mempunyai beberapa sandaran di dalam al-Quran dan juga
hadis Rasulullah s.a.w.

Antara sandaran daripada al-Quran sebagaimana firmanNya:

‫س َما ِعي ُل‬ ِ ‫َو ِإ ْذ يَ ْرفَ ُع ِإ ْب َرا ِهي ُم ا ْلقَ َوا ِع َد ِم َن ا ْلبَ ْي‬
ْ ‫ت َو ِإ‬
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya Nabi
Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu.

a) Para mufassirin seperti al-alusia, al-muqatil,al-Tabari, al-samqandi, al-


Mawardi,alwahidi dan lain-lain berkata maksud alqawaid dalam ayat di atas ialah asas.

Dan FirmanNya lagi:

َّ ‫ِين ِم ْن قَ ْب ِل ِه ْم َفأَتَى‬
‫َّللاُ بُ ْنيَانَ ُه ْم ِم َن ا ْل َق َوا ِعد‬ َ ‫قَ ْد َمك ََر الَّذ‬
Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan
rancangan jahat (terhadap ugama Allah dan Rasul-rasulNya); maka Allah binasakan
bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya.

Melalui keterangan di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa yang dimaksudkan


dengan kaedah dari sudut bahasa ialah asas atau tapak.

Maksud Fiqh
Pengarang kitab Adwar ‘Ilm al-Fiqh wa Atwaruh berkata: perkataan fiqh di awal
kebangkitan Islam tidak hanya dikhususkan semata-mata kepada ilmu fiqh, bahkan
perkataan ini digunakan untuk kesemua cabang ilmu asas dalam Islam, sama ada yang
berbentuk usul seperti aqidah atau pun furu’ seperti fiqh, juga termasuk yang berkaitan
dengan akhlak.

Manakala faqih pula dinisbahkan kepada seseorang yang menghafal ayat-ayat al-Quran
serta memahami maknanya, tahu nasakh mansukhnya, muhkam mutashabih, ‘umum,
khusus, mutlaq atau muqayyad.

‘Abd al-Karim Zaydan dalam bukunya al-Madkhal li Dirasat al-Shari‘ah al-


Islamiyya berkata pada asalnya kalimah fiqh digunakan untuk kesemua hukum-hukum
agama yang dibawa oleh syariah.

Abu Hanifah, ‘Ubayd bin Mas‘ud, Imam al-Ghazali dan juga Hasan al-Basrimenggunakan
perkataan fiqh untuk semua Ilmu. Imam Abu Hanifah contohnya telah menamakan
tulisannya yang berkaitan dengan aqidah sebagai “al-Fiqh al-Akbar”. Imam al-
Ghazali berkata:

‫ولقد كان اسم الفقه في العصر األول مطلقا ً على علم طريق اآلخرة ومعرفة دقائق آفاق النفوس ومفسدات األعمال وقوة اإلحاطة‬
‫ فَلَ ْوالَ نَف ََر مِ ْن ُك ِّل ف ِْرقَ ٍة‬:‫ ويَد ُلّكَ على ذلك قوله عز وجل‬،‫بحقارة الدنيا وشدة التطلع إلى نعيم اآلخرة واستيالء الخوف على القلب‬
. َ‫ِّين َو ِليُ ْنذ ُِروا قَ ْو َم ُه ْم ِإذَا َر َجعُوا ِإلَ ْي ِه ْم لَعَلَّ ُه ْم يَحْ ذَ ُرون‬
ِ ‫طائِفَةٌ ِليَتَفَقَّ ُهوا فِي الد‬
َ ‫مِ ْن ُه ْم‬
Maksudnya:

Sesungguhnya istilah fiqh pada zaman pertama diistilahkan untuk semua jenis ilmu
yang membawa kepada akhirat dan mengetahui perincian yang berkaitan dengan jiwa,
perkara yang merosakkan amalan, kekuatan menguasai kehinaan dunia, bersungguh
dalam mengkaji kenikmatan akhirat dan mengusai ketakutan terhadap hati. Apa yang
disebutkan di atas, dibuktikan dengan firman Allah taala: Oleh itu, hendaklah keluar
sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang
tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan
supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu
kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan
larangan Allah).

Begitu juga dengan Ubaid bin Mascud pernah berkata:

‫ ولست‬،‫ واالطالع على اآلخرة وحقارة الدنيا‬،‫ ومعرفة دقائق النفوس‬،‫األول كان مطلقًا على علم اآلخرة‬
ّ ‫اسم الفقه في العصر‬
.‫ إن الفقه لم يكن ُمتناوالً أوالً الفتاوى واألحكام الظاهرة‬:‫أقول‬
Maksudnya:
Perkataan fiqh pada peringkat permulaan digunakan untuk ilmu berkaitan akhirat, ilmu
untuk mengenali batin jiwa manusia, mengetahui alam akhirat dan kehinaan dunia.
Namun aku tidak mengatakan bahawa perkataan fiqh itu langsung tidak mencakupi
perkara berkaitan fatwa dan hukum hakam zahir.
Setelah beredarnya masa, penggunaan perkataan fiqh mula dikhususkan untuk ilmu
yang berkaitan dengan hukum-hakam yang bermula pada zaman tabi‘ al-tabi‘in.

Pengertian Fiqh dari sudut Bahasa

Perkataan fiqh merupakan pecahan bagi kata dasar (‫ )فقه‬dan diulang sebanyak 20 kali
dalam al-Quran.
Dari sudut bahasa maksudnya berlegar sekitar memahami dan ilmu.

a) al-Jirjani mentakrifkan fiqh sebagai: Memahami maksud pertuturan seseorang.


b) Pengarang Ensiklopedia fiqh pula berkata fiqh ialah: Mengetahui sesuatu dan
memahaminya dan cerdik tentangnya. Kebiasaanya perkataan fiqh digunakan untuk
ilmu-ilmu agama kerana kemuliaan ilmu ini.
c) Muhammad Mustafa Shalabi dalam bukunya al-Madkhal fi al-Ta‘rif bi al-Fiqh al-Islami:
berkata al-Quran menggunakan perkataan fiqh untuk memahami sesuatu dengan
mendalam.
d) Manakala al-Razi dan al-Amidi pula berkata al-fiqh ialah faham.
e) Begitu juga dengan Abu Bakr Ahmad al-Baghdadi berkata al-fiqh ialah al-fahm (faham).
Seseorang itu tidak faqih kata-kata ku maksudnya seseorang itu tidak memahami kata-
kataku.

Maksud fiqh dari sudut bahasa sebagaimana yang diterangkan oleh ahli-ahli bahasa
ialah memahami dan mengerti kerana setiap ilmu datangnya daripada Allah. Makna
inilah yang telah ditegaskan oleh Allah.

FirmanNya:
ً ِ‫ب َما نَ ْف َقهُ َكث‬
‫يرا ِم َّما تَقُو ُل‬ ُ ‫قَالُوا يَا‬
ُ ‫شعَ ْي‬

Maksudnya: Mereka berkata: Wahai Shuacib, ! Kami tidak mengerti kebanyakan dari apa
yang Engkau katakan itu.

FirmanNya lagi:

‫سانِي () يَ ْف َق ُهوا قَ ْو ِلي‬


َ ‫ع ْق َدةً ِم ْن ِل‬
ُ ‫َواحْ لُ ْل‬
Maksudnya: Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, ”Supaya mereka faham
perkataanku. ”

Oleh itu apa yang dimaksudkan dengan fiqh dari sudut bahasa ialah memahami sesuatu
perkara dengan mendalam dan terperinci. Oleh itu seseorang tidak dinamakan faqih jika
dia tidak memahami sesuatu dengan jelas terang dan terperinci.

Fiqh Pada Istilah

Dari segi istilah, pelbagai pengertian telah dikemukakan oleh para ulama, walaupun
berbeza dari segi lafaz tetapi dari sudut makna ia hampir mempunyai persamaan.

a) al-Zarkashi dan al-Isnawi telah memberi pengertian fiqh dengan katanya: Mengetahui
hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal yang diambil daripada dalil-dalil yang
terperinci.
b) Manakala al-Amidi menyebut fiqh ialah ilmu yang terhasil secara jumlahnya daripada
hukum-hukum syarak yang far‘i dengan cara memerhati dan menggunakan dalil.
c) al-Baji memberi pengertian yang lebih ringkas tentang fiqh iaitu mengetahui hukum-
hukum syarak.
d) Ibn Qudamah berkata: Fiqh ialah mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk
perbuatan seperti halal, haram, sah dan fasad.
e) al-Shawkani: Mengetahui hukum-hukum syarak dengan dalil-dalil yang terperinci
dengan cara beristidlal.
f) al-Asmandi berkata fiqh ialah hukum-hukum yang didapati melalui syarak, bukannya
hukum yang diperolehi daripada aqal.

Kesimpulan tentang maksud fiqh ialah mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan
dengan hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal dengan mendalam dan
terperinci yang diambil daripada dalil yang terperinci.

Hubungan Fiqh Dengan Syariah

Ramai di kalangan masyarakat awam yang keliru dengan perkataan fiqh dan juga
syariah. Pengkaji akan menjelaskan secara ringkas perbezaan antara fiqh dengan
syariah.
Dari sudut bahasa, syariah mempunyai beberapa maksud antaranya jalan yang lurus dan
juga tempat manusia mencari sumber minuman. Kedua-dua makna tersebut
mempunyai makna yang sama dengan syariah kerana kedua-duanya mempunyai
persamaan iaitu menjadi tempat tumpuan manusia.

Firman Allah Ta‘ala:

َ ‫علَى ش َِري َع ٍة ِم َن ْاْل َ ْم ِر فَاتَّبِ ْع َها َو ََل تَتَّبِ ْع أ َ ْه َوا َء الَّذ‬


‫ِين ََل يَ ْعلَ ُمون‬ َ َ‫ث ُ َّم َج َع ْلنَاك‬

Maksudnya:

Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau)


menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka
Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang
tidak mengetahui (perkara Yang benar).

Manakala dari sudut istilah, syariah bermaksud “hukum-hukum yang disyariatkan oleh
Allah ke atas hambanya menerusi seorang Rasul. Hukum-hukum yang diturunkan oleh
Allah disebut sebagai syariat kerana lurusnya hukum tersebut dan sekali-kali tidak
bengkok atau menyeleweng daripada jalannya. Perbezaan antara fiqh dengan syariah
antaranya ialah:

a) Syariah merupakan suatu sistem atau perundangan yang lengkap meliputi seluruh
aspek kehidupan manusia sama ada berkaitan dengan aqidah, akhlak, ibadah atau
muamalah. Ia menggariskan kaedah-kaedah, dasar-dasar umum dan daripada dasar-
dasar inilah dipegang hukum yang tidak dinaskan secara langsung di dalam al-Quran
atau al-Sunnah.
b) Adapun fiqh ialah mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal.
Manakala dari satu sudut yang lain ia merupakan pendapat para mujtahidin di kalangan
ulama yang disebut sebagai fiqh Shafici, fiqah Maliki, fiqh Hanafi dan sebagainya.
c) Syariah lebih umum berbeza dengan fiqh yang lebih khusus kepada sesuatu masalah
atau perbincangan seperti fiqh zakat, fiqh muamalat, dan sebagainya.
d) Syariah diwajibkan ke atas setiap manusia, adapun pendapat mujtahid tidak diwajibkan
ke atas mujtahid yang lain bahkan tidak diwajibkan ke atas orang yang mengikutinya
setelah ia memilih pendapat lain.
e) Fiqh merupakan istinbat mujtahid yang kadang-kadang dapat mengatasi permasalahan
untuk sesuatu masa dan juga tempat sahaja bukan untuk semua tempat dan masa
berbeza dengan syariah.
f) Hukum-hukum syariah tidak ada kesilapan dan kesalahan serta tidak berlaku
perubahan, berbeza dengan kefahaman para fuqaha atau mujtahid yang ada
kesilapan Di samping itu juga pendapat fuqaha mengalami perubahan. Contohnya
pendapat Imam Shafici yang berubah daripada qawlqadim kepada qawl jadid.
g) Syariah bersifat kekal dan tidak berlaku perubahan, berbeza dengan fiqah yang
sebahagian besarnya telah hilang disebabkan tiada pengikut atau tiada yang
menyebarkannya seperti fiqh al-Awza‘i, Dawud al-Zahiri, al-Thawri.

Pengertian Kaedah Fiqh

Pengertian Kaedah Fiqh Sebagai suatu ilmu yang khusus


Apabila dirujuk kepada kitab-kitab qawa‘id fiqhiyyah yang ditulis oleh ulama silam atau
penulis semasa, pelbagai definisi dibuat dapat ditemui. Kebanyakan mereka mempunyai
definisi yang tersendiri sehingga menjangkau lebih daripada dua puluh definisi
dikemukakan.

Banyaknya definisi sama ada kerana keluasan ilmu yang mereka miliki atau kerana
luasnya perbincangan ilmu qawa‘id fiqhiyyah atau berbezanya pemahaman mereka
terhadap ilmu ini. Apabila dibuat penelitian secara mendalam tentang definisi yang
dikemukakan, ada di kalangan ulama yang memberi definisi kaedah secara umum yang
meliputi semua jenis kaedah, sama ada kaedah usul, kaedah fiqh dan kaedah bahasa.

Ada pula yang memberikan definisi khusus untuk kaedah fiqh sahaja. Di samping itu ada
juga di kalangan ulama yang mengatakan bahawa kaedah fiqah bukan bersifat kulli dan
ada pula yang berpendapat sebaliknya.

Oleh kerana banyak definisi yang ada maka pengkaji akan membahagikan perbincangan
kepada dua bahagian. Pertama yang dibuat oleh ulama silam dan yang kedua yang
dibuat oleh penulis atau ulama semasa. Seterusnya pengkaji akan memilih definisi yang
terbaik dan membuat kesimpulan terhadap definisi tersebut.

Pengertian Ulama silam

a) al-Subki: Iaitu sesuatu yang kulli (keseluruhan) yang boleh diaplikasikan ke atasnya
juzuk-juzuk yang banyak, yang dapat difahami hukum darinya.
b) al-Hamawi: Iaitu hukum kebanyakan bukan kulli (keseluruhan) yang boleh
diaplikasikan ke atas kebanyakan juzuk-juzuk untuk mengetahui hukum daripadanya.
al-Taftazani: Hukum kulli yang boleh diaplikasikan ke atas kesemua juzuk untuk
mengetahui hukum daripadanya.
c) al-Jirjani: Sesuatu yang bersifat kulli yang boleh diaplikasikan ke atas
kesemua juz’iyyatnya.

Pengertian Ulama Semasa

a) al-Zarqa’: Pokok-pokok fiqh yang bersifat usul fiqhiyyah yang berbentuk kulli, dalam
bentuk nas perundangan yang ringkas, meliputi hukum-hukum perundangan yang
umum dalam persoalan-persoalan yang dimasukkan di bawah mauduknya.
b) Mustafa Shalabi: Asas atau pokok yang kulli yang dibentuk daripada nas ringkas yang
merangkumi hukum-hukum syarak yang umum tentang peristiwa yang termasuk di
bawah mauduknya.
c) ‘Ali al-Nadwi dalam bukunya al-Qawacid al-Fiqhiyyah telah memberikan dua takrif ilmu
ini:
i. Hukum syarak dalam bentuk isu-isu kebiasaan yang dapat diketahui daripadanya
hukum-hukum yang masuk di bawah lingkungannya.
ii. Dasar fiqh yang bersifat kulli yang merangkumi hukum-hukum umum yang
disyariatkan dalam pelbagai bab mengenai masalah-masalah yang terkandung di bawah
lingkungannya.
d) Mahmud Isma‘il Muhammad Mis’al: hukum fiqhi yang berbentuk umum yang dapat
diketahui daripadanya hukum-hukum juz’i, mauduknya daripada bab-bab yang berbeza.
e) ‘Abd al-Rahman al-Sha‘lan berkata, pengertian kaedah fiqh ialah hukum fiqah
yang kulli yang boleh diaplikasikan ke atas juzuk yang banyak daripada pelbagai bab.
f) Shaykh Muhammad al-Khudari berkata dasar kulli yang boleh diaplikasikan ke
atas juz’iyyat ketika diketahui hukumnya.

Kesimpulan

Penulis lebih cenderung untuk memilih takrif yang dikemukan oleh ulama yang
mengatakan bahawa kaedah fiqh ialah suatu yang “kulli yang boleh diaplikasikan ke atas
kesemua juzu’nya”.

Pengertian inilah yang dipegang oleh sebahagian besar ulama seperti al-Jurjaniyy, al-
Fayyumi, al-Subki, Shaykh Mustafa al-Zarqa’ dan ‘Abd al-Rahman al-Kaylani.

Walaupun takrif ini mendapat kritikan daripada beberapa penulis seperti al-Hamawi,
dengan alasan kaedah fiqh mempunyai pengecualian sedangkan takrif yang
dikemukakan menggunakan kalimah kulli.
Untuk menjawab persoalan tersebut, penulis akan menukilkan beberapa jawapan yang
telah dikemukan oleh penulis lain dan tambahan daripada penulis sendiri serta
kesimpulannya;

a) Adanya pengecualian tidak memusnahkan sifat kulliyyah kerana setiap kaedah


mempunyai syarat-syarat yang tertentu bahkan setiap pengecualian yang terdapat dalam
kaedah tersebut adalah terkeluar daripada kaedah kerana pada asalnya ia bersifat
sedemikian bahkan setiap kaedah atau dasar sesuatu perkara terdapat pengecualiannya.
b) Dalam hal ini al-Shatibi berkata: “Sesungguhnya dasar-dasar kulli apabila telah tetap,
dengan adanya sesuatu yang tidak termasuk di dalamnya ia tidak memusnahkan sifat
kulliyynya. Jadi pada pandangan al-Shatibi dengan adanya pengecualian tidak
memusnahkan sifat kulliyy sesuatu kaedah.
c) al-Quran telah menggunakan perkataan kulli ketika Allah s. w. t memperkatakan
tentang golongan yang mendapat rahmat daripadaNya. Allah s. w. t. telah berfirman:
ٍ‫سعَتْ ُك َّل ش َْيء‬
ِ ‫َو َرحْ َمتِي َو‬
Maksudnya:
Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu.

Daripada zahir ayat, seolah-olah semua makhluk akan menerima rahmat daripada Allah
s. wt., sedangkan pada hakikatnya tidak sedemikian.

Muqatil ketika mentafsirkan ayat di atas berkata: Dan rahmat Allah memenuhi setiap
sesuatu, maka Iblis berkata: “Sesungguhnya aku termasuk dalam golongan tersebut. ”
Lantas Allah menjawab: “Sesungguhnya rahmatKu hanya untuk orang-orang bertakwa. ”
Apa yang disebutkan oleh Muqatil, disebutkan juga oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya
ketika mentafsikan ayat di atas.

Perbezaan Kaedah Fiqh dengan Kaedah Usul Fiqah

Imam al-Qarafi dianggap sebagai ulama pertama yang memberikan perbezaan antara
kaedah usul fiqh dengan kaedah fiqh, sebagaimana disebutkan oleh beliau dalam
kitabnya yang amat berharga iaitu al-Furuq.

Pengertian Kaedah Usul


Kaedah usul boleh diertikan sebagai “dasar kulli yang dapat diketahui daripadanya
hukum-hukum juz’i yang termasuk di bawah mauduknya. ” Contoh kaedah usul yang
mashyur ialah:
‫كل أمر للوجوب‬

Maksudnya: Setiap perintah adalah Wajib.

‫كل نهى للتحريم‬


Maksudnya: Setiap larangan adalah haram.

Persamaan kaedah Usul dengan Kaedah Fiqh

Terdapat beberapa persamaan antara kaedah usul dengan kaedah fiqh. Antaranya ialah:
i. Kedua-dua kaedah ini bertujuan untuk memudahkan dalam memahami hukum-
hukum yang diturunkan oleh Allah (s. w. t).
ii. Setiap furuk yang diaplikasikan ke atas kaedah sama ada dari kaedah usul atau
kaedah fiqh berbeza di antara mazhab-mazhab fiqh.

Perbezaan Kaedah Usul dan Kaedah Fiqh

i. Kaedah usul lahir pada kebiasaannya daripada lafaz-lafaz dan nas-nas bahasa Arab,
manakala kaedah fiqh pula lahir daripada hukum-hukum syarak dan juga masalah-
masalah fiqh.
ii. Kaedah usul merupakan manhaj dan penjelasan tentang cara yang mesti diikuti oleh
seseorang faqih untuk mengistinbatkan hukum-hukum daripada dalil-dalilnya. Adapun
kaedah fiqh pula merupakan sesuatu ( mabda’) umum dalam fiqh Islam yang
merangkumi hukum-hukum syarak umum yang dapat diaplikasikan ke atas sesuatu
perkara atau kejadian yang termasuk di bawah tajuknya.
iii. Kaedah usul perbincangannya ialah tentang dalil-dalil seperti al-Quran, al-Sunnah,
ijmak dan qiyas. Kaedah fiqh pula perbincangannya adalah perbuatan manusia seperti
sengaja, tidak sengaja, dipaksa dan sebagainya.
iv. Kaedah usul dikhususkan kepada para mujtahid digunakan untuk mengistinbatkan
hukum fiqh dan ketika untuk megetahui hukum bagi peristiwa dan persoalan yang baru
berlaku. Kaedah fiqh khas untuk fuqaha’ atau mufti atau untuk seseorang yang mahir
dengan ilmu ini bagi megetahui hukum bagi sesuatu perkara tanpa perlu merujuk
kepada kitab-kitab fiqh.
v. Kaedah usul merupakan sesuatu yang tetap dan tidak berubah. Kaedah fiqh tidak
semuanya tetap, kadang-kadang berlaku perubahan bagi kaedah yang didasarkan
kepada uruf dan adat, maslahah dan lain-lain.
vi. Seseorang yang telah mengusai kaedah usul tidak semestinya dia telah mengusai usul
fiqh. Dengan mengusai kaedah fiqh, kebisaaannya seseorang telah dapat mengusai fiqh.
vii. Kedah usul merupakan dalil-dalil umum, manakala kaedah fiqh pula merupakan
hukum yang berbentuk umum. Contoh kaedah usul seperti ‫ال يتم الواجب اال به فهو‬ ‫ما‬
‫الواجب‬. Manakala kaedah fiqh seperti: ‫العادة محكمة‬
viii. Kaedah usul lahir terlebih dahulu sebelum kewujudan furuk, manakala kaedah fiqh
lahir terkemudian daripada furuk masalah.
ix. Para mujtahid memandang kaedah usul dari sudut lafaz, sebelum mengeluarkan
hukum, manakala kaedah fiqh dipandang dari sudut makna. Contoh ayat ( ‫والتقربوا‬
‫)الزنى‬. Mereka memandang ayat tersebut dari sudut lafaz sama ada perintah atau
larangan, sebelum mengeluarkan hukum. Contoh untuk kaedah fiqh pula seseorang
ragu-ragu tentang bilangan rakaat, maka fuqaha’ akan melihat dari sudut makna ragu-
ragu tersebut.

Perbezaan antara Kaedah Fiqh dengan al-Ashbah wa


al-Naza’ir

Perkataan ashbah pertama kali telah digunakan oleh Sayyidina ‘Umar ibn al-
Khattab ketika baginda mengutus surat kepada Abu Musa al-Asha‘ari. Antara isi
kandungan surat tersebut:

‫ ثم قس االمورعندك‬،‫اعرف األمثال واألشباه‬


Maksudnya:

Kamu kenalilah persamaan kemudian qiaskan perkara-perkara yang ada disi kamu.

Daripada penelitian yang dilakukan, pengkaji beranggapan bahawa penulis pertama


yang menggunakan tajuk al-Ashbah wa al-Naza’ir ialah Muqatil ibn Sulayman al-
Balkhi dalam kitabnya al-Ashbah wa al-Naza’ir fi al-Qur’an al-Karim. Pengarang kitab
ini telah menyebut perkataan-perkataan tertentu dalam al-Quran dan mendatangkan
pelbagai makna bagi perkataan tersebut. Sebagai contoh perkataan huda dalam al-Quran
mempunyai 17 bentuk antaranya al-bayan (penjelasan), din al-Islam (agama Islam), al-
iman, da‘i (penyeru), ma‘rifah(pengetahuan) dan lain-lain.

Adapun pengarang pertama dalam fiqh yang menggunakan tajuk al-ashbah wa al-
naza’ir ialah ulama dari mazhab Shafici yang dikenali dengan Ibn al-Wakil dalam
kitabnya al-Ashbah wa al-Naza’ir.

Persamaan antara Kaedah denganAshbah


i. Sama-sama membincangkan furu fiqh yang hampir sama.
ii. Sama-sama bertujuan untuk merungkaikan dan mencari jawapan bagi
masalah yang berlaku.

Perbezaan antara Kaedah denganAshbah

i. Ashbah lebih umum berbanding kaedah yang lebih khusus.


ii. al-Ashbah wa al-Naza’ir menekankan kepada furuk dan juz’iyyat fiqh yang
hampir sama, manakala kaedah pula menekankan hubungan kesemua dengan
furuk dan juzu’.

Kepentingan Dan Faedah Mempelajari Kaedah Fiqh

Memang tidak dinafikan kaedah fiqh mempunyai kepentingan yang amat besar kepada
umat Islam lebih-lebih lagi kepada para ulama yang berkecimpung dalam bidang yang
berkaitan dengan pengeluaran hukum hakam dan fatwa, seperti para mufti dan hakim.
Kepentingan dan faedah mempelajari ilmu ini, telah banyak diperkatakan oleh ulama-
ulama silam dalam karangan mereka dan juga oleh penulis-penulis semasa. Sebelum
pengkaji meringkaskan apa yang telah diperkatakan oleh mereka, rasanya lebih baik kita
perhatikan apa yang pernah disebutkan oleh ulama silam tentang ilmu ini:

Imam Suyuti pernah menyebut dalam kitabnya al-Ashbah wa al-Naza’ir:


،‫ ويتمهر فى فهمه واستحضاره‬،‫ ومداركه ومآخذه وأسراره‬،‫ به يطلع على حقائق الفقه‬،‫اعلم أن فن األشباه والنظائر فن عظيم‬
‫ والحوادث والوقائع التى التنقضى على ممر‬،‫ ومعرفة األحكام والمسائل التى ليست بمسطورة‬،‫ويقتدرعلى اإللحاق والتخريج‬
.‫الزمان‬
Maksudnya: Sesungguhnya Ilmu al-Ashbah Wa al-Nazair suatu ilmu yang agung,
dengannya dapat diketahui hakikat fiqah, tempat pengambilan dan rahsia-rahsianya
mahir dalam memahami fiqh dan menghadirkan masalah, mampu untuk menyamakan
dan mengeluarkan hukum, dapat mengetahui hukum-hukum dan masalah-masalah
yang tidak habis persitiwa dan kejadian yang tidak habis dengan perjalanan masa.

Manakala al-Zarkashi pula berkata:


. .………‫ومن ضبط الفقه بقواعده استغنى عن حفظ أكثر الجزئيات الندراجها في الكليات‬

Maksudnya: Sesiapa yang mengawal fiqh dengan kaedah–kaedah fiqh maka dia tidak
perlu untuk menghafal banyak cabang kerana cabang tersebut telah terangkum dalam
kuliyyat. . . . . .
Manakala ulama dari mazhab Maliki pula menyebut dalam al-Furuq:
،‫ وبقدر اإلحاطة بها يعظم قدر الفقيه ويشرف‬،‫ عظيمة النفع‬،‫وهذه القواعد مهمة في الفقه‬

Maksudnya: Kaedah ini penting bagi fiqh, besar manfaatnyadengan mendalaminya akan hebat
seseorang faqih dan ia akan mulia….

Kepentingan ilmu ini dapat dibahagikan kepada empat aspek:

1.Membentuk Gambaran Umum Tentang Fiqh

a) Pengajian kitab fiqh di Malaysia untuk masyarakat awam kebanyakannya tidak sempat
untuk dikhatamkan dengan bermacam-macam alasan. Dengan adanya pengajian kaedah
fiqh ini akan membuka peluang kepada masyarakat awam untuk mendapat gambaran
umum tentang fiqh dari kesemua bab.
b) Islam ialah agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya dengan perkara-
perkara yang sukar. Dengan adanya kaedah fiqh, maka ia dapat menarik umat Islam
untuk mendalami ilmu fiqh dengan lebih mudah dalam bentuk baru.

2.Mengeluarkan Hukum Isu-Isu Semasa

a) Setiap mukmin yang mengambil berat masalah halal haram dalam kehidupannya akan
merujuk kepada mereka yang berkelayakan untuk menyelesaikan persoalan yang timbul
dalam kehidupannya. Dengan adanya kaedah fiqh, akan memudahkan untuk mencari
jawapan bagi persoalan yang dikemukakan.
b) Orang yang mengusai kaedah fiqh lebih mudah untuk mencari jawapan tanpa perlu
merujuk kepada kitab-kitab fiqh. Ini berdasarkan pengalaman penulis yang mula
didedahkan dengan ilmu ini sejak 1991 dan menyampaikan kepada masyarakat awam.

3.Menjaga dan Mengehadkan Furu’ Fiqh Yang


Berterabur

Salah satu kesukaran yang dilalui ketika mempelajari ilmu fiqh ialah untuk mengingati
masalah-masalah fiqh yang tidak terhitung banyaknya, bahkan ia bertambah dari
setahun ke setahun kerana bertambahnya persoalan-persoalan yang menimpa manusia.
Dengan mengusai ilmu ini kesukaran untuk mengingati masalah-masalah ini dapat
diatasi iaitu dengan cara menghafal kaedah-kaedah fiqh.
4.Melahirkan Ahli Fiqh yangMuktabar

a) Untuk melahirkan seorang ahli fiqh yang hebat bukannya suatu yang mudah, tetapi
dengan mempelajari kaedah fiqh dan dawabit fiqhiyyah, jalan ke arahnya lebih terbuka.
b) Ahli fiqh juga semestinya dikehendaki menguasai maqasid syariah yang agak rumit,
tetapi dengan mempelajari kaedah fiqh kandungannya memberi gambaran yang jelas
tentang maqasid dan tujuan syarak.

Kehujjahan Kaedah Fiqh

Sebagaimana yang telah disebutkan dalam perbincangan yang lepas kaedah fiqh
memainkan peranan yang besar dalam memudahkan pengeluaran hukum-hukum
berdasarkan nas-nas kaedah. Dari situ timbul satu persoalan yang agak menarik untuk
dibincangkan iaitu tentang kehujjahan kaedah fiqh atau dengan kata lain adakah kaedah
fiqh boleh dijadikan sebagai sumber hukum sebagaimana sumber hukum yang lain
seperti al-Quran, sunnah, ijmak, qiyas, al-masalih al-mursalah, sadd al-
dhara’i‘, istihsan, istishab dan lain-lain sumber dalam mengistinbatkan hukum-hakam.

Perbincangan berkaitan perkara ini telah pun dibincangkan oleh beberapa penulis silam
seperti Imam Shafici, Imam al-Ghazali, al-Qarafi, al-Juwayni, Ibn Daqiq al-‘Id, Imam al-
Shatibi dan lain-lain. Penulis semasa seperti Ahmad al-Nadwi, ‘Uthman Shubayr, al-
Burnu, Mahmud Isma‘il Muhammad Mish‘al juga telah membuat perbincangan tentang
perkara ini dengan lebih lanjut. Di samping menukilkan apa yang pernah dibincangkan
oleh mereka di sini, penulis juga akan menambah beberapa perkara yang tidak
disebutkan oleh penulis-penulis tersebut dan membuat kesimpulan daripada apa yang
telah dibincangkan.

Pendapat Ulama

Ulama telah berselisih kepada dua pendapat dalam menjadikan kaedah fiqh sebagai
sumber hukum. Walaupun ‘Uthman Shubayr membahagikan kepada tiga pendapat,
tetapi pendapat kedua dan ketiga boleh disatukan.

Pendapat Pertama

Harus menjadikan kaedah fiqh sebagai sumber hukum. Pendapat ini dipegang oleh,
Imam al-Ghazali, al-Qarafi, Ibn Bashir, al-Shatibi, al-Suyuti, dan al-Futuhi.Manakala dari
kalangan penulis semasa seperti al-Burnu, Ya‘qub al-Bahsayn dan Mahmud Isma‘il
Muhammad Mish‘al.

Hujjah yang Digunakan

i. Sebahagian daripada kaedah fiqh berasal daripada nas sama ada al- Quran atau al-
Sunah, atau nas yang diubah suai tetapi tidak menjejaskan kedudukannya. Maka tidak
dapat diterima jika atas nama nas ia diterima sebagai dalil, tetapi apabila ditukar kepada
kaedah fiqh ia tidak boleh menjadi dalil.
ii. Dalil-dalil yang tidak disepakati di kalangan ulama boleh diterima sebagai sumber
hukum di kalangan mazhab tertentu, sedangkan dalil yang mengiktirafnya sebagai
sumber hukum lebih lemah berbanding sumber nas berkaitan dengan kaedah.
iii. Kaedah fiqh merupakan dasar kulli yang boleh diaplikasikan ke atas semua cabang.
Walau pun wujud pengecualian, namun tidak menjadi suatu kecacatan kepada
sifat kulli yang ada pada keadah fiqh.
iv. Kehujjahan kaedah dan kemampuannya untuk dijadikan dalil diambil daripada
gabungan dalil-dalil juz’ie yang berkembang, kerana setiap dalil juz’ie merupakan hujjah
yang mesti beristidlal dengannya. Maka gabungan dalil-dalil yang lebih layak dijadikan
dalil.
v. Apabila diperhatikan kepada ijtihad yang dikeluarkan oleh imam-imam mujtahid,
didapati bahawa mereka mengambi kira dan berpegang dengan kaedah fiqh ketika
hendak mengeluarkan hukum.

Pendapat Kedua

Tidak harus menjadikan kaedah fiqh sebagaimana sumber hukum selagi tidak didapati
nas yang jelas daripada al-Kitab atau al-sunnah. Pendapat ini dipegang oleh Imam al-
Juwayniyy, Ibn Daqiq al-‘Id, Ibn Nujaym, penulis Majallat al-Ahkam, Mustafa al-
Zarqa’ dan ‘Uthman Shubayr.

Dalil Pendapat Kedua

a) Kaedah fiqh adalah bersifat majoriti (aghlabiyyah) bukan keseluruhan (kulliyyah).


Pengecualian yang ada adalah banyak. Kemungkinan akan berlaku perkara yang
dikecualikan akan dimasukkan ke dalam kaedah ketika beristinbat.
b) Kebanyakan kaedah fiqh tidak bersandar kepada nas syarak, tetapi berdasarkan
kepada ijtihad yang kemungkinan salah, oleh itu dengan menyamakan kaedah ke atas
semua furuk termasuk dalam bahagain yang tanpa pertimbangan sewajarnya..
Pendapat Terpilih

Penulis lebih cenderung untuk memilih pendapat yang membolehkan kaedah fiqh
dijadikan sebagai sumber hukum. Ini kerana hujjah yang digunakan oleh pendapat yang
tidak menerimanya adalah lemah berdasarkan alasan-alasan berikut:

a. Jelas bahawa kaedah fiqh adalah berdasarkan kepada dalil-dalil yang sebahagiannya
mencapai tahap qat‘i manakala yang lain sememangnya mempunyai dalil dan sandaran.
b. Kaedah yang dikeluarkan berdasarkan ijtihad juga dikira, walaupun ia hanya
mencapai tahap zann kerana zann hanya semasa mengistinbatkan hukum.
c. Setiap kaedah mempunyai pengecualian. Adanya pengecualian tidak menjejaskan
sifat kullinya.

Penutup

Ilmu kaedah fiqh suatu ilmu yang mesti dikuasai oleh para ulama hari ini sesuai dengan
kedudukan dan peranannya dalam menyelesaikan persoalan-persolan yang berlaku yang
memerlukan jawapan segera.

Ustaz Wan Mohd Zul Bin Wan Yusuf


Polimas
19 Syawal 1434

You might also like