You are on page 1of 3

1.

0 PENGENALAN

Bagi atlet yang beprestasi tinggi, kejayaan dalam sukan bersifat kompetatif amat bergantung
kepada kekuatan dan kuasa eksplosif oto. Oleh hal yang demikian, keperluan kekuatan dan
kuasa eksplosif otot bagi sukan yang bersifat pasukan seperti bola keranjang, bola tampar,
bola speak dan juga ragbi merupakan tunjang untuk mencapai sesuatu kejayaan yang luar
biasa (Rahimi dan Behpur, 2005). Kemampuan atlet menghasilkan kelajuan pergerakan otot
adalah mekanisme yang sangat penting untuk mendapatkan potensi kerja otot. Dalam
konteks ini, kekuatan dan kelajuan pergerakan memainkan peranan untuk menghasilkan
kuasa otot.

1|A N ATO M I D A N F I S I O LO G I M A N U S I A
2.0 ISI PENULISAN

Dalam penulisan ini, saya akan menghuraikan pengetahuan dalam bidang anatomi dan
fisiologi manusia serta aspek-aspek sains sukan yang mampu meningkatkan prestasi
seseorang atlet dalam sukan bola sepak. Bola sepak merupakan salah satu permainan yang
terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di mata dunia. Bola sepak meruapkan sejenis
permainan yang berbentuk sentuhan. Kecederaan berlaku tanpa disedari atau melalui
kemalangan. Oleh hal yang demikian, saya akan merungkaikan mengenai aspek kemahiran
menggelecek.

2.1 SISTEM OTOT

Sebelum bermain bola sepak, pemain perlu melakukan regangan otot kaki. Hal ini demkian
kerana, pemain akan menggunakan otot kaki khususnya bahagian bawah badan dalam
sukan bola sepak. Pemain kebiasaannya akan kejang jikalau otot hamstring tidak diregang
dengan betul. Oto hamstring ialah otot yang mudah tertarik. Oleh hal yang demikian,
gunakan rutin senaman untuk menjadikannya lembut. Regangan otot hamstring boleh
dilakukan dengan merapatkan kedua-dua kaki sambal mendakap bola kemudian golekkan
bola ke bawah badan menghala ke ibu jari. Seterusnya atlet akan menundukkan badan
semasa bola semakin ke bawah. Selepas itu, golekkan semula bola ke dada.

Seterusnya, ketangkasan pergelangan kaki banyak digunakan semasa perlawanan bola


sepak. Peningkatan ketangkasan kaki boleh dicapai dengan sedikit kawalan kaki yang
mudah dengan meletakkan dua penanda berjarak 1m antara satu sama lain kemudian
pemain akan menggelecek bola daripada satu penanda kepada penanda yang lain. Apabila
sampai ke penanda tersebut, kelecek bola kembali dengan kaki luar.

2.2 SISTEM RESPIRASI

Respirasi ialah perbuatan menginhalasi dan mengekshalasi udara dengan tujuan


menukarkan oksigen dengan karbon dioksida melalui pernafasan. Sistem respirasi terdiri
daripada saluran nafas ataas dan juga saluran nafas bawah. Saluran nafas atas
merangkumi anterior nares dan juga nasal cavity. Tempat berlakunya pertukaran oksigen
dan karbon dioksida adalah di bronkiol, ductus alveolar dan juga alveoli. Bronkiol
mengandungi ribuan kecil alveoli. Alveoli pula mempunyai dinding yang nipis untuk
meningkatkan difusi gas melalui alveolud dan darah dalam kapilari pulmonar.

2|A N ATO M I D A N F I S I O LO G I M A N U S I A
3.0 KESIMPULAN
4.0 RUJUKAN

Rahimi, Rahman & Behpur, Naser. 2005. The Effects Of Plyometric, Weight and Plyometric-
Weight Training On Anaerobic Power and Muscular Strength. Journal Physical
Education and Sport Volume 3 No.1 Tahun 2005. Kurdistan University of Iran.

3|A N ATO M I D A N F I S I O LO G I M A N U S I A

You might also like