You are on page 1of 1

PENGENALAN

Ledakan globalisasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kini, kian berkembang pesat
mengikut zaman. Takrifan teknologi maklumat dan komunikasi boleh diterjemahkan melalui
penerangan tentang sebarang teknologi yang dapat membantu menyebar luas maklumat,
menyimpan dan memproses maklumat, berkomunikasi di antara satu sama lain, mampu
membuat transaksi perbankan, dan mampu menghasilkan dan mendapatkan maklumat yang
kita mahukan di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu dan tempat. Ledakan TMK ini telah
mempengaruhi dan merubah sosioekonomi dan kehidupan manusia dalam pelbagai bentuk dan
bidang fokus.

Saban tahun, peningkatan fungsi TMK dapat dilihat dalam sesebuah organisasi. TMK telah
berjaya merevolusikan perjalanan sesebuah organisasi seiring dengan peningkatan kemudahan
yang disediakan oleh sesebuah negara. Kecekapan pengurusan dalam pelbagai aspek dapat
dilihat terutama aspek yang melibatkan kos kewangan. Penggunaan TMK yang berprestasi
tinggi mampu mengurangkan kadar kesilapan daripada berlaku dan seterusnya dapat
meningkatkan prestasi pekerja yang melakukannya. Justeru itu, objektif penulisan ini adalah
untuk melihat keberkesanan hubungan kepimpinan dan teknologi komunikasi terhadap
perubahan keorganisasian di kalangan pekerja kumpulan pengurusan dan profesional dengan
kumpulan pelaksana, di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

You might also like