You are on page 1of 3

MANUSIA PERLU BERSYUKUR

Allah S.W.T memberi peringatan kepada kaum musyrikin supaya mengambil iktibar
daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku terhadap kaum-kuam yang terdahulu.Golongan
ini telah menerima pelbagai nikmat yang Allah telah kurniakan. Segala yang Dia
kurniakan tidak disyukuri sebaliknya mereka melakukan pelbagai-bagai kekufuran dan
menolak segala ajaran yang di sampaikan oleh utusan Allah S.W.T. Lantaran itu Allah
S.W.T telah menurunkan pelbagai azab yang sangat pedih. Mereka telah dibinasakan dan
digantikan dengan kaum yang lain.

RASUL PENYAMPAI WAHYU

Nabi Muhammad S.A.W adalah manusia biasa daripada bangsa Arab yang dilantik oleh
Allah S.W.T sebagai rasul untuk memimpin umat manusia pada jalan yang benar.
Baginda dianugerahkan beberapa keistimewan seperti wahyu, mukjizat, dan dipelihara
daripada sifat maksum.

LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA

Golongan musyrik dan munafik yang membenci Islam sering mempersendakan


Rasulullah dan ajaran Islam. Mereka melakukan perbuatan tersebut kerana tertipu dengan
keseronokan dan keindahan dunia sehingga menggadai agama untuk tujuan tersebut.
Mereka lebih mengutamakan perkara-perkara keduniaan daripada melaksanakan perintah
Allah S.W.T. Golongan tersebut akan mendapat kemurkaan Allah dan mendapat azab
pedih di akhirat kelak.

HIDAYAT MILIK ALLAH S.W.T


Allah S.W.T berkuasa untuk memberi taufik dan hidayat kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mendapat taufik dan hidayat Allah akan dilapangkan
dadanya dan didorong pada jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T, iatu agama Islam.
Sebaliknya, orang yang tidak menerima hidayat Allah S.W.T akan berasa cemas, sempit
dada, dan buntu akal fikirannya.

AKIDAH TERAS KEHIDUPAN


Umat Islam hendaklah meyerahkan segala urusan hidupnya kepada Allah S.W.T yang
mentadbir alam ini. Umat Islam juga hendaklah berpegang teguh pada ajaran ajaran Islam
dengan mengamalkan segala ajarannya dan meninggalkan segala larangannya. Orang
yang teguh imanya tidak akan mensyirikkan Allah dengan yang lain. Setiap manusia akan
menerima balasan yang seadil-adilnya daripada Allah S.W.T di akhirat kelak. Allah
S.W.T mengurniakan darjat dan kelebihan kepada manusia untuk menguji ketabahan dan
keimanan mereka.

CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA


Allah S.W.T telah menjanjikan kemenangan kepada orang yang beriman yang
mengerjakan solat dengan khusyuk, menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan
yang sia-sia, mereka yang mengeluarkan zakat, memelihara kehormatan diri daripada
perhubungan yang diharamkan, amanah serta menepati janji.

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

 Bersyukur kepada Allah


 Menjauhi perbuatan syirik
 Berbuat baik terhadap ibu bapa
 Mendirikan solat
 Melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan
 Gigih dan sabar menghadapi cabaran
 Menyeru manusia melakukan kebaikan

You might also like