You are on page 1of 4

SPSK PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BANTING

PERSIARAN MAJLIS, 42700 BANTING

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS

BILANGAN 1 TAHUN 2018

Tarikh : 28 Disember 2017

Masa : 12.30 tengah hari - 2.00 tengah hari

Tempat : Bilik Wawasan, SMK Bandar Banting

Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1. Puan Siti Khalijah bt Muhammad G.Kanan Mata Pelajaran (Pengerusi)
2. Puan Juzaila bt Mohidin Ketua Panitia
4. Puan Sharanjit Kaur Setiausaha Panitia
5. Puan Rafeah bt Hamdan
6. Puan Nor Hariyati bt Salimin
7. Puan Saroja Devi a/p Subramaniam
8. Puan Paranjothy a/p Nadarajah
9. Puan Yoohana bt Mamat
10. Puan M. Chandra
11. Encik Hashim bin Saidin
12. Cik Anita Santhini a/p Mani
12. Pn Nor Shafiza bt Shafie
13. Puan Dhiana bt Bakar
13. Cik Syahirah bt Mohd Yazid
Tidak Hadir (Bersebab)
1. Pn Nor Shafiza bt Shafie
Turut Hadir
Urus Setia Mesyuarat :
1. Puan Sharanjit Kaur a/p Harbhajan Singh Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.

1.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru pada mesyuarat
kali pertama ini.

1.3. Pengerusi menyatakan penghargaan atas komitmen dan kerjasama semua guru
Bahasa Inggeris sepanjang tahun 2017 dan berharap agar guru dapat berkhidmat
dengan lebih cemerlang dalam mendidik anak murid.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

Tiada

4 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Pembelajaran dan Pengajaran

4.1.1 Pengerusi memberitahu bahawa guru perlu menjadi pemudah cara dan
pembimbing dalam melaksanakan PdP berkesan, melibatkan murid dan
dan perlu menggunakan kaedah VLE, Pembelajaran Abad Ke – 21(PAK) , i-THINK,
strategi pembacaaan HEBAT dan sebagainya. Guru perlu menyediakan lebih
banyak soalan Hots (High Order Thinking Skills) untuk membolehkan pelajar berfikir
secara kritis dan kreatif.
Tindakan: Semua guru

4.1.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa terdapat beberapa program


Pemantapan Profesionalisme Guru yang dirancang dan akan diadakan mengikut
ketetapan yang dirancang. Program Pemantapan yang dirancang perlu dirujuk pada
buku pengurusan (m/s 75)

Tindakan: Semua Guru

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


4.1.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa guru-guru agar bersedia Rancangan
Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian dirancang dan disediakan
Sebelum sesi PdP bermula

Tindakan: Semua guru

4.2 ULBS

4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Puan Norshafiza bt shafie dilantik sebagai Ketua
Pentaksir ULBS bagi tahun 2018. Sehubungan dengan itu, guru guru Tingkatan 4
perlu menyediakan fail ULBS mengikut kelas yang diajar dan bagi guru Tingkatan
5 , perlu mengemaskini fail ULBS Bahasa Inggeris mengikut pergerakan pelajar
bagi tahun ini

Tindakan : Guru Bahasa Inggeris Tingkatan 4 dan 5


Pn. Norshafiza (Ketua Pentaksir ULBS)

4.3 Pencerapan

4.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pencerapan akan dijalankan mengikut jadual


yang telah disediakan di dalam buku pengurusan (m/s 67-69)

Tindakan: Semua guru

4.4 Penetapan dan Semakan buku latihan

4.4.1 Pengerusi menetapkan buku latihan Writing, Literature, Grammar dan


Comprehension untuk semua pelajar. Walaubagaimanapun, untuk pelajar
menengah atas, semua buku perlu menggunakan buku panjang dan bagi
menengah rendah, buku Writing perlu menggunakan buku panjang.

Tindakan: Semua guru

4.4.2 Jadual penyemakan buku latihan akan diedarkan.Guru-guru perlu


menghantar buku untuk semakan kepada Ketua Panitia dan Guru Kanan
Matapelajaran mengikut jadual yang ditetapkan di dalam buku pengurusan
(m/s 70-71)

Tindakan: Semua guru

4.5 Penilaian, peperiksaan dan pentaksiran

4.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa jadual penggubal soalan perlu diserahkan


kepada setiausaha peperiksaan dan GKMP Bahasa. Guru penggubal soalan boleh
merujuk ketetapan kurikulum dalam buku pengurusan untuk membina soalan.
Tindakan: Semua guru

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


4.5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Percubaan lisan mendengar dan bertutur
akan dibuat untuk calon PT3 tahun ini pada bulan April

Tindakan: Ketua Panitia BI dan guru Tingkatan 3

4.6 Belanjawan

4.5.1 Ketua Panitia Bahasa Inggeris membentangkan belanjawan untuk tahun 2018

Tindakan: Ketua Panitia BI

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Pengerusi memaklumkan bahawa guru guru perlu peka dengan falsafah, misi, visi
dan,dasar-dasar pendidikan dan terus berusaha untuk mencapai perancangan
perancangan serta tugasan yang diamanahkan.
Tindakan: Semua guru

PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 tengah hari. Pengerusi mengucapkan terima
kasih di atas kehadiran semua guru.

Urus Setia

Panitia Bahasa Inggeris

SMK Bandar Banting

Tarikh : 28 Disember 2017

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

You might also like