You are on page 1of 6

SPSK PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BANTING


PERSIARAN MAJLIS, 42700 BANTING
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS
BILANGAN 2 TAHUN 2018

Tarikh : 05 Jun 2018

Masa : 12.00 tengah hari - 2.30 tengah hari

Tempat : Makmal Komputer A, SMK Bandar Banting

Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1. Puan Siti Khalijah bt Muhammad G.Kanan Mata Pelajaran (Pengerusi)
2. Puan Juzaila bt Mohidin Ketua Panitia
4. Puan Sharanjit Kaur Setiausaha Panitia
5. Puan Rafeah bt Hamdan
6. Puan Nor Hariyati bt Salimin
7. Puan Yoohana bt Mamat
8. Puan Saroja Devi a/p Subramaniam
9. Puan Dhiana bt Mohd Abu Bakar
10. Cik Syahirah bt Mohd Yazid
11. Encik Hashim bin Saidin
12. Puan Nor Shafiza bt Shafi

Tidak Hadir (Bersebab)


1. Puan Paranjothy a/p Nadarajah
2. Puan Chandra a/p Muniandy
3. Cik Anita Santhini a/p Mani
Turut Hadir
Urus Setia Mesyuarat :
1. Puan Sharanjit Kaur a/p Harbhajan Singh Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.

1.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru pada mesyuarat
kali kedua ini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Dicadangkan oleh : Encik Hashim bin Saidin

Disokong oleh : Puan Dhiana bt Mohd Abu Bakar

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

3.1 Pembelajaran dan Pengajaran

3.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa jadual pencerapan telah diedarkan oleh su


akademik dan pencerapan telah bermula. Penilaian kendiri telah berjalan seperti
yang dirancang iaitu daripada 1hb Mei kepada 25 Mei 2018.
Tindakan: Semua guru

3.1.2 Pencerapan kedua adalah dalam proses. Oleh itu, semua guru diminta bersedia
untuk pencerapan yang akan diadakan
Tindakan: Semua guru

3.1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa penyemakan buku latihan fasa pertama telah
dijalankan. Walaubagaimanapun, sekiranya ada lagi guru yang belum menghantar
buku latihan untuk semakan boleh berbuat demikian dalam masa terdekat. Untuk
semester kedua, guru guru diminta menghantar buku Penulisan.

Tindakan: Semua guru

3.1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa Puan Pengetua, Puan Siti Asnah bt Ahmad
memaklumkan bahawa penyusunan Rancangan Pelajaran Harian di dalam Fail
Rekod Mengajar perlu mengikut bulan Januari dan diikuti seterusnya.

Tindakan: Guru berkaitan

3.2 ULBS BAHASA INGGERIS

4.5.1 Puan Norshafiza mengingatkan agar guru –guru tingkatan 4 dan 5 untuk
melaksanakan ULBS dan menghantar fail selewat-lewatnya pada 8 Jun 2018
(Jumaat)
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris Tingkatan 4 dan 5

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


3.2 Pengurusan Peperiksaan

3.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Penolong Kanan Kurikulum,En Yusri bin


Sarabini memohon agar guru-guru dapat menghantar kertas peperiksaan untuk
diriso lebih awal untuk mengelakkan kelewatan cetakan
Tindakan: Semua guru

3.2.2 Pengerusi juga memaklumkan supaya kertas peperiksaan dapat dihantar lebih awal
untuk memudahkan penyemakan oleh Guru Kanan dan Ketua Panitia sebelum
dihantar untuk riso. Kertas peperiksaan yang dihantar juga perlu disertakan skema
jawapan
Tindakan: Semua guru

PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Pengurusan Kurikulum

4.1.1 1 Pengerusi memberitahu bahawa guru perlu menjadi pembimbing dalam


melaksanakan PdP berkesan, melibatkan murid dan perlu menggunakan kaedah
VLE, Pembelajaran Abad Ke – 21(PAK) , Ithink dan sebagainya. Guru perlu
menyediakan lebih banyak soalan Hots (High Order Thinking Skills) untuk
membolehkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.

Tindakan: Semua guru

4.1.2 Pengerusi memaklumkan jadual pelaksanaan Vle Frog akan disediakan untuk
memberikan semua guru dan pelajar peluang untuk melaksanakan Pembelajaran
dan Pengajaran menggunakan VLE Frog. Sekiranya ada guru yang masih tidak
jelas mengenai pelaksanaan VLE Frog, boleh merujuk mentor yang disenaraikan
dalam buku pengurusan
Tindakan: Semua guru

4.1.3 Pengerusi memaklumkan agar guru guru tidak menggunakan sebarang kata kata
kesat, tidak mengenakan sebarang dendaan dan hukuman yang tidak sesuai
contohnya merotan kepada pelajar. Dendaan dan hukuman tidak boleh dikenakan
sama sekali terhadap pelajar.
Tindakan: Semua guru

4.1.5 Pengerusi mengingatkan guru guru agar dapat memaklumkan Take Off
Value(TOV) dan Estimated Target Result (ETR) kepada pelajar.

Tindakan: Semua guru

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


4.2 Post Mortem SPM dan Penilaian Sumatif 1

4.2.1 Pembentangan Post Mortem SPM dan Penilaian Sumatif 1 telah dilakukan dan
hasil dapat pembentangan adalah seperti berikut:

TINGKATAN PERATUS GPMP (%) PERATUS MENGUASAI (%)

PERALIHAN 5.09 45.09

TINGKATAN 1 5.33 36.86

TINGKATAN 2 5.05 44.81

TINGKATAN 3 4.64 55.74

TINGKATAN 4 7.48 57.76

TINGKATAN 5 7.29 52.82

SPM 2017 7.03 64

4.2.2 Antara kekangan yang dihadapi adalah penglibatan pelajar dalam sukan dan
ketidakseriusan pelajar terhadap pelajaran Bahasa Inggeris. Oleh itu beberapa
pendekatan telah dirancang supaya dapat membantu pelajar untuk tingkatkan
peratus kelulusan
Tindakan: Semua guru

5 Program Panitia

5.1 Program Highly Immersive Programme (HIP)

5.1.1 Program HIP perlu dilaksanakan oleh sekolah kita. Seramai 100 orang pelajar telah
disoal selidik dan aktiviti panitia yang dirancang boleh dilaksanakan di dalam kelas,
di luar kelas dan outreach. Antara aktiviti yang dirancang adalah Let’s Speak di
dalam kelas kelas dan English in Action setiap Khamis di perhimpunan.

Tindakan: Semua guru

5.2 Intervention Programme for Writing

5.2.1 Pengerusi memberitahu bahawa guru guru perlu menyediakan templat latihan
penulisan supaya pelajar dapat menulis mengikut keupayaan mereka. Guru-guru
yang terlibat adalah
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


Bil Nama guru Tahap Penulisan Tingkatan
1 Pn Siti Khalijah dan Pn Juzaila Pelajar lemah 4 dan 5
2 Pn. Rafeah, Pn Shafiza dan Pn Nor Hariyati Pelajar sederhana- baik 4 dan 5
3 Cik Anita dan Pn Saroja Pelajar baik- sederhana 3
4 En Hashim dan Cik Anita Pelajar Lemah 3
5 Pn Dhiana dan Pn Yoohana Pelajar Sederhana 2
6 Pn Chandra dan Pn Sharanjit Pelajar Sederhana 1
7. Pn Paranjothy dan Cik Syahiran Pelajar Lemah 2
8. Pn Norlela bt Lahasim Peralihan

Tindakan: Guru guru yang dinyatakan

5. 3 Bengkel Teknik Menjawab

5.3.1 Bengkel Teknik Menjawab Tingkatan 5 akan diadakan mengikut perancangan yang
telah dibuat. Pengerusi memaklumkan supaya bengkel ini dapat diadakan pada
bulan Julai atau Ogos
Tindakan: Semua guru tingkatan 5

5.3.2 Pengerusi memaklumkan agar pelajar Tingkatan 1 dan 2 juga dapat melaksanakan
bengkel ini dan diharap dapat dilaksanakan sebelum Peperiksaan Akhir Tahun.
Tindakan: Semua guru tingkatan 1 dan 2

5. 4 Eksplorasi KBAT (Fun KBAT)

5.4.1 Pengerusi memaklumkan supaya eksplorasi KBAT dapat dijalankan dikalangan


pelajar yang mengikuti Dual Language Programme (DLP). Guru boleh menyediakan
aktiviti serta menyediakan beberapa ganjaran untuk pelajar. Pelancaran program
juga boleh dibuat untuk mengumumkan secara rasmi tentang program ini

Tindakan: Semua guru tingkatan 1 dan 2

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Pengerusi memaklumkan guru guru dapat menghantar laporan laporan program
yang telah dijalankan sebelum ini.

PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 tengah hari. Pengerusi mengucapkan terima
kasih di atas kehadiran semua guru.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010


Urus Setia

Panitia Bahasa Inggeris

SMK Bandar Banting

Tarikh : 8 Jun 2018

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010

You might also like