You are on page 1of 8

Soalan 1

Implikasi sekiranya tidak wujud perpaduan kaum


dan integrasi nasional di Malaysia

Perpaduan bermaksud satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan


etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu
dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kenagsaan berlandaskan
kepada Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya
dan bangsa yang dibawa oleh individu. Manakala Integrasi Nasional adalah satu
proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia
khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan
Sarawak untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya
sendiri berteraskan Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara. Justeru,
perpaduan kaum dan integrasi nasional adalah satu perkataan yang membawa
makna yang amat jelas kepada pembangunan negara yang harmoni. Oleh itu,
hubungan etnik yang harmoni adalah sangat diperlukan dalam kalangan masyarakat
sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya
dan kaum. Sehubungan itu, persoalan mengenai hubungan etnik, perpaduan dan
integrasi adalah amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya
membawa kepada pembangunan negara yang lancar dan konsisten tanpa sebarang
gangguan. Selain itu daripada kepentingan dalam pembunganan negara, perpaduan
dan integrasi ini juga penting dalam membantu negara untuk menyelesaikan
masalah yang melibatkan kepelbagaian etnik yang wujud di negara. Persoalannya,
apakah implikasi sekiranya tidak wujud perpaduan dan integrasi nasional dalam
negara?

Salah satu implikasinya adalah keharmonian negara terjejas. Keharmonian


negara terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya,
rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. ini
boleh menyebabkan keamanan negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum,
hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama sesama masyarakat dan dedikasi
masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Seperti
mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginnya keamanan dan
keharmonian namun sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk
memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara.

Implikasi yang kedua ialah keadaan masyarakat sekeliling berasa tidak


tenteram, bebas dan maju dengan keyakinan diri sendiri serta bangga dengan apa
yang dicapai disebabkan tiada perpaduan dan integrasi di dalam negara.
Ketidakwujudan perpaduan dan integrasi menyebabkan rakyat berasa terkongkong
dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah terhad. Hal ini menyebabkan perasaan
tidak puas hati akan wujud di kalangan rakyat dan akhirnya mencetus kepada
pertelingkahan dalam etnik. Sebagai contoh, dalam aspek ekonomi. Merujuk kepada
peristiwa 13 Mei 1969 di mana rusuhan kaum telah tercetus akibat ketidakadilan
dalam arus aktiviti ekonomi di mana setiap etnik telah dipisahkan iaitu kaum melayu
bekerja sebagai nelayan dan petani, kaum india pula bekerja di kawasan estet dan
kaum cina pula bekerja di bahagia perindustrian. Hal ini telah menimbulkan rasa
tidak puas hati di kalangan kaum disebabkan pembahagian dalam sektor ekonomi
yang tidak adil. Oleh itu, jelas betapa penting perpaduan untuk mengelakkan
peristiwa 13 Mei berulang.

Implikasi yang ketiga ialah pembangunan ekonomi yang tidak stabil. Menurut
Joseph Stiglitz yang merupakan ketuan ahli ekonomi bank dunia, kunci bagi survival
Malaysia ialah hubungan etnik yang harmonis atau dalam erti kata yang lain
perpaduan rakyat dalam negara. Beliau menyatakan sekiranya hubungan etnik
tergugat maka survival Malaysia sebagai satu negara bangsa juga turut terjejas.
Peristiwa 1969 jelas membuktikan hubungkait ekonomi dan etnik dimana wujugnya
stereotaip di kalangan etnik pada masa itu. Sehubungan itu, dalam penyelesaian
ekonomi ahaja tidak mencukupi seperti yang kita sedia maklum dimana hubungan
ekonomi dan etnik adalah sangat rapat. Masalah ekonomi terjadi maka masalah ini
akan menjadi masalah etnik. Oleh itu, sebarang penyelesaian masalah ekonomi
mesti diambil kira dalam etnik. Hal ini jelas dimana perpaduan dan integrasi rakyat
adalah amat penting untuk memastikan pembangunan ekonomi yang lancar dan
konsisten.

Implikasi yang keempat ialah pendidikan di Malaysia. Sekiranya tidak ada


perpaduan secara tidak langsung menjejaskan sistem pendidikan di Malaysia.
Seperti mana yang kita tahu misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah
membangunkan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping
memperkembangankan potensi individu dan memenuhi aspirasi negara. KPM
menetapkan matlamat, iaitu melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersepadu,
beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera, menyediakan sumber
tenaga manusia untuk keperlua kemajuan negara dan memberi peluang pendidikan
kepada semua warganegara.Jelas dinyatakan odalam misi Kementerian Pelajaran
Malaysia yang mana misinya juga amat menitikberatkan hal kesepaduan dan
perpaduan. Apabila wujudnya masalah perpaduan dalam negara maka timbul
ketidaksamaan matlamat dan pendapat dalam masyarakat dalam membantu
pendidikan dalam negara dalam erti kata lain menjejas pembangunan pendidikan
dalam negara.

Implikasi yang kelima adalah masyarakat yang demokratik, mengamalkan


bentuk kesefahaman yang matang tidak dapat dipupuk dalam masyarakat.
Masyarakat yang demokratik serta matang dalam membentuk kesefahaman
merupakan satu kunci kepada pembangunan negara. Masyarakat yang demokratik
adalah masyarakat yang boleh menerima pandangan, berkongsi dan melaksanakan
segala sesuatu yang berfaedah. Masyarakat perlu berfikirkan lebih terbuka dalam
menghayati erti kata perpaduan. Hal kesepakatan di kalangan rakyat adalah amat
penting di kalangan rakyat akan mempercepatkan lagi pembangunan negara
seterusnya menjadi contoh kepada negara-negara membangun yang lain.

Implikasi yang keenam ialah wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, tidak
bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila
tidak wujud perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang
tidak bermoral dan bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini pergaduhan
dan pertelingkahan di kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Hal
ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan
kematian akibat pergaduhan yang teruk. Masalah adalah etnik sangat sensitif
sekiranya tidak dihadapi yang teliti.

Implikasi yang ketujuh ialah negara tidak dapat mengubah semua corak
ekonomi dan kehidupan daripada pertanian kepada perindustrian. Seperti mana
yang kita tahu sebelum peristiwa 1969 ekonomi dalam negara lebih dikuasai oleh
golongan cina berbanding rakyat tempatan yang hanya bekerja sebagai nelayan dan
petani. Sekiranya hal ini dibiarkan pembangunan ekonomi secara menyeluruh di
dalam negara tidak dapat dijalankan dengan baik disebabkan wujud stereotaip di
kalangan rakyat. Akibat ketiadaan perpaduan dalam negaratranformasi ekonomi
negara sukar lakukan kerana ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi,
sosial dan kebudayaan. Jelas disini bahawa hanya perpaduan yang dapat
memudahkan proses ini kerana ia banyak melibatkan sosial dan kebudayaan
masyarakat.

Implikasi yang kelapan ialah dalam aspek sosial. Aspek sosial memang tidak
dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Tanpa perpaduan
komunikasi di antara rakyat tidak berlaku. Tanpa komunikasi antara rakyat masalah
perpaduan sukar untuk dihadapi. Contohnya, sekiranya aspek sosialisme tidak wujud
dalam negara akan wujud kelompok-kelompok kecil di mana kelompok-kelompok ini
menunjukkan jurang di antara masyarakat dalam negara. Jurang antara masyarakat
membawa simbol tidak perpaduan di dalam negara ini sekaligus menyebabkan
negara-negara lain akan memandang rendah kerana tiada keamanan dalam negara.
Kesimpulannya, konteks sosialisme adalah penting dalam negara.

Implikasi yang kesembilan ialah berkaitan kestabilan politik. Seperti mana


yang kita tahu sistem politik dalam negara berfungsi untuk mentadbir negara. Namun
sekiranya wujud masalah perpaduan maka ia juga akan menjejaskan kestabilan.
Sebagai contoh, sekiranya tidak wujud perpaduan akan wujud parti-parti kecil di
mana parti-parti ini membawa gerakan atau wakil daripada etnik masing-masing
untuk mempertahankan hak masing-masing. Apabila wujud terlalu banyak parti-parti
secara tidak boleh menyebabkan pertelingkahan atau perang parti sehingga boleh
menyebabkan kecederaan dan kematian. Melalui hal ini, pentadbiran negara
terpaksa melakukan langkah-langkah konkrit untuk menstabilkan semula aktiviti-
aktiviti politik dalam negara. Contohnya, penubuhan Jabatan Perpaduan Negara.
Semakin lama masa yang diambil untuk menjalankan langkah konkrit tersebut maka
semakin menjadi-jadi masalah politik dalam negara.

Implikasi yang seterusnya ialah amalan nilai materialisme yang melampau.


Nilai materialisme yang melampau bermaksud nafsu mencari keuntungan yang
maksimum dalam ekonomi yang bebas. Hal ini sekaligus memupuk ketidakadilan
dikalangan rakyat. Disebabkan amalan nilai ini maka wujud ramai rakyat yang miskin
dan tidak mampu untuk menyara keluarga dan kehidupan. Nilai materialisme ini
boleh mendorong pengguna melakukan apa sahaja seperti penyelewengan, pecah
amanah, menipu, mencuri dan membunuh. Oleh itu, perpaduan adalah penting untuk
mengikis nilai metarialisme.

Selain itu, implikasi yang turut timbul kesan daripada masalah perpaduan
rakyat ialah wujud sikap mementingkan diri dalam masyarakat. Sering kali kita dapati
ada segolongan dalam masyarakat sanggup menggadai prinsip politik, ekonomi,
keadilan dan prokemanusian kerana mencari kepentingan diri. Rakyat seharusnya
ingat bahawa kebanyakan masalah peribadi adalah berpunca daripada masalah
perpaduan masyarakat. Namun, sekiranya tidak wujud perpadua rakyat masing-
masing mahu mencari kepentingan sendiri sehingga melupa hal kemasyarakat yang
sepatutnya didahulukan. Sikap ini perlu dikikis sekiranya tidak masyarakat akan
menjadi suatu masyarakat yang berjiwa kosong.

Kesimpulannya, menerung kepada usaha memupuk perpaduan integrasi


nasional telah dimulakan sejak awal penubuhan negara dan kemerdekaan Malaya.
Perlembangaan Negara merakamkan aspirasi ini dengan menetapkan perundangan
penting negara. Dengan ini masyarakat hari ini perlu lebih fasih dan arif mengenai
Perlembangaan Negara dan jangan melemahkan Perlembagaan Negara. Inilah
keluhuran Perlembagaan dalam lafaz Rukun Negara. Selain itu, Rukun Negara perlu
juga dihayati dan dipraktikkan setiap hari kerana ia mengingati kita kepentingan
perpaduan dan kedaulatan negara. Hal-hal berikut adalah penting dan harus
diketahui oleh masyarakat negara agar dapat mengelakka implikasi-implikasi negatif
yang timbul kesan daripada masalah perpaduan dalam negara.
Soalan 2

Program untuk Memupuk Perpaduan

Program 1 : Program Bulan Kebersihan

Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai


kaum. Kepelbagaian ini telah menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang unik.
Perpaduan kaum merupakan kunci pembangaunan dan kemajuan bagi sesebuah
negara berbilang kaum seperti Malaysia. Apabila wujud perpaduan kaum, suda pasti
segala yang direncanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi, taraf hidup
dan pembangunan.Pemimpin negara mahu anak-anak dididik akan pentingnya
perpaduan kaum menerusi kerjasama, muafakat dan toleransi. Oleh itu, sesuatu
yang perlu dilakukan pada peringkat IPG untuk menyemai nilai jati diri ke arah
perpaduan membabitkan semua bangsa.

Salah satu program boleh membabitkan semua bangsa dalam IPG untuk
memupuk perpaduan adalah Program Bulan Kebersihan. Program ini merangkumi
aktiviti seperti gotong royong, pertandingan keceriaan bilik dalam asrama dan
ceramah. Aktiviti sebegini secara tidak langsung dalam melibatkan semua warga
dalam IPG untuk memupuk hubungan yang lebih erat sesama bangsa. Pelaksanaan
program ini perlu dilakukan secara berpanjangan. Sebagai contoh, pada minggu
pertama dalam sebulan, pihak penganjur hanya menjalankan satu aktiviti seperti
aktiviti gotong royong di kawasan IPG. Minggu kedua pula aktiviti pertandingan
keceriaan bilik dan minggu seterusnya ceramah dan perasmian penutup bulan
kebersihan.

Kesimpulannya, dengan menjalankan program nescaya perpaduan dan


hubungan yang harmoni sesama kita dapat dipupuk secara beransur-ansur. Program
ini harus dijalankan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun di dalam IPG untuk
menjamin perpaduan yang berpanjangan dan kekal dalam membantu pembangunan
negara yang aman dan harmoni dari segala aspek.
Program 2 : Sukan

Niat untuk menjalankan program di dalam IPG adalah satu niat yang amat
baik. Hal ini kerana individu atau kumpulan penganjur tersebut sedar bahawa
sesuatu program boleh membawa banyak manfaat terumata sekali dalam memupuk
semangat perpaduan dalam masyarakat setempat.

Salah satu program lagi yang boleh dianjur untuk memupuk perpaduan ialah
Program Sukan. Jenis sukan yang perlu anjurankan dalam IPG harus aktiviti sukan
yang boleh disertai oleh semua warga IPG termasuk pensyarah. Sebagai contoh,
sukan rakyat seperti bola tampar, bola jaring, takraw dan badminton. Berdasarkan
pemerhatian saya di dalam IPG dengan melaksanakan sukan permainan sebegini
sudah tentu boleh mengeratkan hubungan pelajar dengan pensyarah seterusnya
memupuk perpaduan.

Program ini bukan sahaja dapat memupuk perpaduan, namun program ini
juga boleh memupuk gaya hidup yang sihat. Seperti mana yang kita tahu bersukan
itu merupakan satu amalan gaya hidup sihat. Dengan bersukan, individu dapat
menyegarkan tubuh badan dan melancarkan peredaran darah di dalam tubuh.

Kesimpulannya, jelas dengan melaksanakan program ini kita dapat


memperolehi banyak kebaikan dalam aspek kesihatan mahupun dalam perpaduan.
Demikian itu, program ini harus dilaksanakan di dalam IPG kerana ini program ini
adalah satu program yang menyeronokkan.
Program 3 : Penubuhan Kelab Rukun Negara

Secara umumnya perpaduan kaum dapat diwujudkan dengan membentuk


persefahaman antara kaum. Sejarah membuktikan, prasangka kaum bumiputera
terhadap kaum lain jua amat tinggii. Aktiviti sosial dalam masyarakat adalah amat
penting.

Salah satu program yang boleh membentuk persefahaman antara kaum ialah
dengan menubuhkan Kelab Rukun Negara di dalam IPG. Penubuhan kelab amat
sesuai dalam membentuk persefahaman antara kaum.

Seperti mana yang kita tahu, kelab ini membawa objektif untuk
memperkenalkan prinsip-prinsip rukun negara, memberi pengertian dan kefahaman
tentang lima prinsip Rukun Negara, menyuburkan dan mempertingkatkan kesedaran
kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan dan
menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang
berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersepadu,
berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan
negara.

Salah satu aktiviti yang boleh dijalankan melalui Kelab Rukun Negara di dalam
IPG ialah, pertandingan menghasilkan karya kreatif mengenai Rukun Negara. Dalam
karya tersebut membincangkan perlakuan yang dapat menggambarkan kecintaan
kepada negara dan pelajar boleh mencipta pantun tentang Rukun Negara dan nilai-
nila murni yang perlu diterapkan.

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Rukun Negara adalah sangat sesuai untuk


memupuk perpaduan dalam masyarakat. Kelab ini juga boleh meningkatkan lagi
penghayatan individu terhadap prinsip Rukun Negara.

You might also like