You are on page 1of 5

CONTOH JAWAPAN

Soalan Isi dan Huraian Markah


Penuh
Pengenalan 1. Pengenalan
5
Jelaskan lambang-lambang negara kita Malaysia. Markah

· Setiap rakyat perlu menunjukkan kesetiaan,


kesanggupan untuk berkorban dan kecintaan terhadap
tanah air.
· Lambang Negara diwujudkan bagi melahirkan
perasaan tersebut
· Antara lambang negara ialah jata negara, bendera
kebangsaan dan lagu kebangsaan.
· Tujuannya supaya rakyat sentiasa bersemangat,
bersatu padu dan sanggup berkorban demi
mempertahankan kedaulatan negara.
· Lambang Negara juga menjadi simbol kemegahan
dan ketaatan rakyat ke atas negara.

Isi Dan Huraian 2. Jata Dan Bendera Negara


30
i) Terangkan maksud yang terdapat pada Jata Negara. Markah

• Menjadi lambang kemegahan penduduk negara


• Setiap lambang mempunyai maksud tersendiri
• Lima bilah keris lambang negeri Kedah,
Kelantan,Terengganu
dan Johor yang dikenali sebagai Negeri Melayu Tidak
Bersekutu.
• Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang.
• Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka.
• 2 ekor harimau melambangkan keberanian.
• Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan jata negeri
tersebut.
• Bulan sabit –agama Islam sebagai agama rasmi dan
bintang
empat belas gabungan 14 buah negeri Persekutuan.
• Empat jalur berlainan warna merujuk negeri Perak,
Selangor,
Negeri Sembilan, dan Pahang yang dikenali sebagai
Negeri
Melayu Bersekutu.
• Hitam putih lambang negeri Pahang.
• Warna merah dan kuning lambang negeri Selangor.
• Warna hitam, putih, dan kuning lambang negeri Perak.
• Warna merah, hitam, kuning lambang negeri Sembilan
ii) Senaraikan maksud yang tersirat dalam Bendera
Negara serta kronologi peristiwa reka bentuk bendera
negara.

• Menggantikan bendera Union Jack pada tengah malam


31 Ogos 1957
• Pada tahun 1949 ditubuhkan Jawatankuasa reka bentuk
Bendera Persekutuan Tanah Melayu
• Adakan pertandingan mereka bentuk bendera dan 373
peserta mengambil bahagian.
• Encik Mohamad Hamzah telah terpilih sebagai
pemenang.
• Pada 26 Mei 1950 buat pertama kali Bendera
Persekutuan berkibar di perkarangan istana Sultan
Selangor.
• Bendera Persekutuan dikenali juga Jalur Gemilang.
• Dikibar di majlis rasmi dan adapt istiadat rasmi,
seperti hari keputeraan Yang di- Pertuan Agong dan
Hari Kebangsaan.
• Warna merah- keberanian
• Warna putih –kesucian
• Warna biru –Perpaduan
• Warna kuning –lambang kedaulatan Raja-raja Melayu
• Bulan sabit –lambang agama Islam sebagai agama
rasmi
• Bintang berpecah empat belas-lambang gabungan
empat belas negeri.
• 14 Jalur –warna merah dan putih lambang gabungan
negeri.

3. Lagu Kebangsaan 15
Markah
i) Terangkan sejarah perkembangan lagu kebangsaan
kita.

• Sebelum Merdeka lagu kebangsaan ialah ‘God Save


the Queen’
• Lagu kebangssan negara kita dikenali juga lagu
Negaraku yang dicipta pada tahun 1957
• Pemilihan lagu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman
yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan
Polis Depoh, Kuala Lumpur
• Pasukan pancaragam polis Di raja telah
memperkenalkan 4 buah lagu.
• Lagu Terang Bulan iaitu lagu kebangsaan negeri Perak
dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan.
• Majlis Raja-Raja Melayu memperkenankan keputusan
jemaah hakim tersebut
• Lagu terang bulan dipilih sebagai asas lagu
kebangsaan
• Digubah semula oleh En. Saiful Bahri
• Lirik lagu menggambarkan kesetiaan rakyat kepada
negara.
• Lirik lagu menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada
raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan
tanah air
• Membangkitkan semangat patriotik dan cintakan
negara
• Semua rakyat mesti berbangga dengan lagu
kebangsaan.

4. Langkah Kerajaan Malaysia mengukuhkan 15


kedaulatan negara. Markah

i) Cadangkan langkah-langkah yang diambil oleh


kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan kedaulatan
Malaysia.

· Menyokong dasar-dasar negara


· Mengamalkan kebudayaan kebangsaan
· Menghormati budaya kaum lain
· kukuh pegangan agama
· Menghormati perlembagaan negara
· Cinta akan Negara
· Menghormati pemimpin
· Mematuhi undang-undang
· Menghormati lambang-lambang negara
· Bersemangat patriotic
· Mendokong sistem pelajaran kebangsaan
· Bekerjasama
· Mempunyai semangat sukarelawan yang tinggi
· Menyokong pasukan negara
· Mengamalkan prinsip Rukun Negara
· Bersikap rasional
· Mementingkan rundingan dan musyawarah
· mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala
social
· meningkatkan pertahanan negara
· mengukuhkan keselamatan negara

(Mana-mana jawapan munasabah)


5. Kepentingan Jalur Gemilang kepada negara 15
Markah
i) Berdasarkan pengetahuan anda, huraikan kepentingan
Jalur Gemilang kepada negara.

· Bendera kebangsaan membezakan Malaysia daripada


negara lain.
· Berfungsi untuk membangkitkan semangat perjuangan.
· Bendera kebngsaan menimbulkan rasa bangga terhadap
negar kita.
· Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan dalam majlis dan
adat istiadat rasmi,misalnya, pada Hari Kebangsaan dan
Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-
Pertuan Agong,bendera Malaysia dikibarkan disemua
banggunan kerajaan dan juga premis persendirian
sebagai tanda ketaatan kita kepada raja dan negara.
· Kita berasa menjadi lebih patrotik apabila Jalur
Gemilang dikibarkan.
· Kita lebih bersemangat apabila setiap rakyat Malaysia
menjadikan bendera kebangsaan sebagai simbol
perpaduan,kebanggaan dan kedaulatan.
· Sebagai wargenegara Malaysia yang baik,kita
bertanggungjawab menghargai, menghormati,
memuliakan dan memahami maksud yang
dilambangkan oleh bendera kebangsaan kita.
6. Cabaran dan langkah untuk memupuk semangat 10
patriotisme. Markah

i) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia untuk


memupuk semangat cinta akan negara. ( 5m )

· Pengaruh budaya luar ( Mempunyai Dua Kerakyatan )


· Kurang pendedahan tentang kepentingan sejarah
· Perkembangan dunia teknologi
· Globalisasi
· Jurang ekonomi ( Bekerja Diluar Negara )
· Sentimen perkauman
· Menyentuh sensitiviti masyarakat yang menindakkan
semangat kekitaan
· Peningkatan kadar jenayah
· Kurang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
· Keruntuhan akhlak masyarakat
· Nilai-nilai kemanusiaan semakin hilang

(mana-mana yang munasabah )

ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah


di atas. (5m)

· Sambutan Hari Kemerdekaan


· Kempen mencintai negara
· Menerusi dalam matapelajaran Sejarah
· Diterap dalam matapelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan
· Penyertaan program sukarelawan
· Mengadakan pameran berkaitan sejarah negara
· Lawatan ke Memorial seperti Memorial Tunku Abdul
Rahman
· Menerbitkan buku tentang tokoh kebanggaan negara
· Iklan patriotik dalam media massa
· Memperbanyakkan lagu-lagu patriotic
· Menubuhkan kelab penyokong sukan
· Aktiviti sosial seperti gotong royong/ Rukun Tetangga
· Memantapkan pasukan keselamatan
· Mempertingkatkan peralatan ketenteraan

(mana-mana yang munasabah)


7. Nilai-nilai Murni daripada semangat patriotisme.

Nyatakan nilai-nilai murni atau


iktibar yang diperoleh daripada
semangat patriotisme.

· Semangat cinta akan negara


· Berjuang menegakkan kedaulatan negara
· Taat kepada pemimpin
· Sanggup berjuang
· Berani menentang musuh
· Setia kepada negara
· Berilmu pengetahuan
· Bekerjasama
· Berdisiplin
· Berpandangan jauh
· Patriotik
· Berkeyakinan tinggi
· Tidak mementingkan diri sendiri

(mana-mana yang munasabah)

Kesimpulan 8. Rumusan 5
Markah
· Lambang Negara merupakan identiti sesebuah negara
yang mencerminkan kedaulatan dan kemakmuran
negara tersebut
· Setiap Lambang Negara mempunyai makna yang
tersurat dan tersirat.
· Sebagai rakyat Malaysia Kita perlu mempunyai
perpaduan, kebijaksanaan bagi mencapai kejayaan
· Kita seharusnya menghargai perjuangan nasionalis
silam dengan berusaha mempertahankan dan
mengekalkan kemerdekaan negara serta mengisi
kemerdekaan
· Kita harus bersatu untuk menjadi Malaysia sebuah
negara contoh yang berjaya mengekalkan keamanan
walaupun mempunyai penduduk yang berbilang kaum.

You might also like