You are on page 1of 2

Kawasan Wernicle dan kawasan Broca

Dalam otak manusia, ada dua kawasan yang mempengaruhi input dan output manusia
terhadap bahasa. Kawasan-kawasan tersebut dikenali sebagai Wernicke dan Broca. Kawasan
Wernicke mempengaruhi input atau penerimaan manusia terhadap bahasa. Mungkin
disebabkan kawasan ini terletak antara kawasan penglihatan(terletak di bahagian belakang
otak) dan pendengaran(terletak di bahagian tepi otak). Kawasan Broca pula mempengaruhi
output bahasa seseorang termasuklah dari segi pengucapan dan penyusunan ayat. Mungkin
disebabkan kawasan ini terletak bersebelahan dengan motor area yang mempengaruhi
tindakan manusia.

Implikasi teori perkembangan bahasa Noam Chomsky


- Kaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman yang konkrit
-beri peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan bahasa
- gunakan strategi pengajaran yang pelbagai

IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK TERHADAP PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DARI SEGI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN SOSIO-EMOSI.

Perkembangan bahasa kanak-kanak terhadap pengajaran dan pembelajaran memberikan


implikasi dari segi perkembangan kognitif dan sosio-emosi.
Dari segi perkembangan kognitif, bahasa menjadi perantara terpenting dalam
perkembangan kognitif sebagai penyampai ilmu. Dengan bahasa, kanak-kanak dapat
menginterpretasi sesuatu. Pembinaan ilmu dan penguasaan kemahiran adalah melalui
interaksi sosial dan aktiviti sosiobudaya.
Kanak-kanak dapat memperoleh ilmu secara penaakulan dengan adanya
bahasa. Kanak-kanak juga dapat membuta keputusan dan penilaian dalam memikirkan
sesuatu penyelesaian.
Dalam penyelesaian masalah, individu akan memahami, mengadaptasi dan
mengasimilasinya sebagai tidak balas dan diterjemahkan melalui bahasa. Oleh sebab itu,
bahasa amat penting dalam proses P&P dari segi perkembangan kognitif.
Oleh itu, guru hendaklah mengajar murid dengan melibatkan murid secara aktif
dalam pembelajaran. Bahasa yang digunakan juga perlulah mengikut kesesuaian dan tahap
perkembangan kanak-kanak.
Bagi perkembangan sosio-emosi pula, perkembangan bahasa dapat membantu
murid memngenal pasti jemis emosi mereka denagn menaytakan atau menggambarkan apa
perasaan atau apa yang mereka rasa dengan perkataan.
Guru juga sepatutnya mampu menguasai kemahiran menyelesaikan masalah
melalui gerak balas yang ditunjukkan oleh murid. Guru juga perlu membuat pengukuhan
terhadap apa ynag diajarkan kepada murid-murid. Selain itu guru perlu memotivasikan
murid supaya lebih minat belajar dan elakkan perlakuan negatif.

Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor – Noam Chomsky)


Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak
akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari
peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi
formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai
kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.
Kebaikan

a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran


bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan.
Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar
kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.
b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang
belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap
kognitif mereka sendiri.
c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar
bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-
bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar
kemahiran berbahasa.
Kelemahan

a. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran
bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan
sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah
dalam lisan (mendengar dan bertutur).

Aplikasi dalam kelas bacaan

Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan
perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan
memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran
dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling
asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya
sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh,
dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh
murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan.
Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai,
kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga
semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.

You might also like