You are on page 1of 6

BAHAN-BAHAN KUANTITI JUMLAH Tick

BISKUT SEMPERIT ALMOND LONDON BISKUT DAM


Mentega 250 g 200 g 760 g 1260 g
Gula Kastor 90 g 90 g
Esen Vanilla ½ Sudu Kecil 3 Sudu Kecil 4 ½ Sudu
Kuning Telur 1 1 2 4
Tepung Gandum 260 g 980 g 1690 g
Tepung Jagung 120 g 100 g 220 g
Tepung Kastad 50 g 50 g
Susu Segar 2 Sudu Besar 2 Sudu
Garam Halus ¼ Sudu Kecil ¼ Sudu
Ceri secukupnya Secukupnya
Gula Ising/Halus 150 g / ½ Cawan 250 g 400 g
Tepung Kek 3 Cawan 3 Cawan
Badam & Serbuk Secukupnya Secukupnya
Coklat Masakan Secukupnya Secukupnya
Tepung Kastard 50 g 50 g
Tepung Creamer 100 g 100 g
Serbuk Koko 30 g 30 g
Biskut Dam - Step by step / Checkeredboard Cookies

Bahan Doh Vanila


500gm tepung gandum
50gm tepung kastard
50gm tepung susu/creamer
380gm mentega
150gm gula ising
1 biji kuning telur
2 tsp esen vanila

Bahan Doh Coklat


480gm tepung gandum
50gm tepung susu/creamer
30gm serbuk koko
380gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanila

Cara-cara
1. Doh Vanila : Pukul mentega dan gula hingga berkrim, jangan sampai kembang. Masukkan kuning
telur, gaul rata. Masukkan tepung yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh. Biarkan selama 15
minit.

2. Doh Coklat : Pukul mentega dan gula hingga berkrim, jangan sampai kembang. Masukkan kuning
telur, gaul rata. Masukkan tepung yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh. Biarkan selama 15
minit.

3. Ambil doh vanila, canai setebal 1cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in (5" x 6" x 1cm). Buat
sebanyak 3 kepingan doh vanila. Bungkus dengan kertas minyak atau plastik dan simpan dulu di
dalam peti sejuk selama 1 jam.

4. Ambil doh coklat, canai setebal 1cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in (5" x 6" x 1cm). Buat
sebanyak 3 kepingan doh coklat. Bungkus dengan kertas minyak atau plastik dan simpan dulu di
dalam peti sejuk selama 1 jam.

5. Keluarkan kedua-dua doh vanila dan coklat. Susun seperti dalam gambar : (a) Vanila, Coklat,
Vanila dan (b) Coklat, Vanila, Coklat.
6. Susun ketiga-tiga kepingan (a) dan juga (b) menjadi satu seperti dalam gambar.

7. Ukur doh coklat dan doh vanila selebar 1cm dan tandakan kepada 10 kepingan (stripes) seperti
dalam gambar. Potong seperti gambar di bawah. Buat hingga mendapat 10 kepingan doh coklat
dan 10 kepingan doh vanila.

8. Susun bertindih berselang warna menjadi sebatang seperti dalam gambar dan bungkus dengan
kertas minyak atau plastik. Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras sedikit.
9. Keluarkan dari peti sejuk dan potong setiap batang setebal 1 cm. Buat sehingga habis.

10. Susun di dalam loyang yang telah di gris dan bakar pada suhu 140C selama 25 minit. Jangan
bakar terlalu lama sehingga doh vanila keperangan kerana tidak dapat hasil yang kontras antara
warna vanila dan coklat.
Biskut Almond London / Almond London Cookies

Bahan-Bahan
200 g mentega
½ cawan gula Ising
1 kuning telur
½ serbuk almond
3 cawan tepung kek
Kacang almond
Almond nib
Coklat masakan

Cara-Cara

1.Pukul mentega dan gula. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.

2.Masukkan tepung kek dan serbuk almond. Uli sehongga lembut dan tidak melekat di tangan.

3.Bentukkan doh jadi bulat dan masukkan 1 biji kacang almond yang telah di panggang.

4.Bakar pada suhu 160oc selama 20 minit.

5.Cairkan coklat masakan guna teknik double boiler.

6.Celupkan biskut dalam coklat yang telah cair dan masukkan dalam cawan biskut.
Biskut Samperit

Bahan-Bahan
250 gram mentega
90 gram gula kastor
1 biji kuning telur
260 g tepung gandum
120 gram tepung jagung
50 gram tepung kastad
2 sudu besar susu segar
½ sudu kecil esen vanilla
¼ sudu kecil garam halus
Ceri

Cara-cara

1. Mula-mula pukul mentega, gula kastor dan garam sehingga kembang dan putih.

2.Apabila kembang, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati.

3.Masukkan susu segar, tepung jagung dan tepung kastad. Pukul sehingga sebati.

4.Masukkan doh dalam acuan. Tekan di atas tray Loyang yang telah disapu marjerin.

5.Letakkan ceri diatas biskut.

6.Bakarkan pada suhu 140 – 150 0c selama 15 – 20 minit.

You might also like